Home Novel Komedi/Romantik Komedi kurang asam punya bos!
kurang asam punya bos!
nuroll shazlinda hairul
22/1/2013 14:55:25
398,732
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Beli Sekarang
Bab 7

7

Elfira memakirkan kereta di garaj. Wajah Firuz Eidil ditatap melalui cermin pandang belakang. Dia akui lelaki itu memang kacak tapi perangai lelaki itu yang membuatkan Elfira berasa rimas.

“Dah sampai Encik Firuz,” beritahu Elfira. Dia membukakan pintu kereta untuk Firuz Eidil.

“Awak boleh balik. Tapi esok jangan lupa datang tepat pada waktunya.”

“Baik Encik Firuz. Saya balik dulu. Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam,” jawab Firuz Eidil perlahan antara dengar dan tidak.

Elfira berlalu meninggalkan perkarangan rumah Firuz Eidil.

Firuz Eidil tersenyum sendiri apabila melihat rumahnya yang bersih. Semuanya dalam keadaan teratur dan kemas. Sempurna di matanya. Firuz Eidil mencalitkan jarinya ke kabinet. Tiada habuk. Langkah kaki diatur menuju ke tingkat atas. Pintu biliknya ditolak perlahan. Haruman ambi pure menusuk ke hidungnya. Terasa tenang dan damai. Lantas tubuhnya direbahkan ke katil. Dia memejamkan matanya. Dia ingin menikmati ketenangan itu walau untuk seketika.

Firuz Eidil mengukir senyum apabila terpandangkan Elfira. Gadis itu kelihatan cantik menggayakan gaun labuh berwarna putih bersih. Wajahnya tampak ayu. Dia mendekati Elfira dengan jambangan mawar merah. Sebaik tiba di hadapan gadis itu, dia melutut lalu menghulurkan bunga tersebut kepada Elfira. Senyuman terukir di bibir Elfira. Indahnya dirasakan saat itu.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi nyaring. Firuz Eidil terkejut sehingga jambangan bunga itu jatuh ke tanah. Elfira hilang dari pandangan matanya.

“L, L, awak ke mana?”

Telefon bimbitnya semakin nyaring berbunyi. Firuz Eidil tersedar dari lenanya. Dia memandang sekeliling. Kamar itu sepi tanpa sesiapa.

“Mimpi rupanya!” keluhnya kesal.

Firuz Eidil mencapai telefon bimbitnya. Tertera nama Julia di skrin telefon bimbitnya.

“Hai sayang, you kat mana?”

I kat rumahlah. Kenapa you call I ni?”

“Eh, sejak bila pulak yang I tak boleh call you?”

“Bukan begitu. I tengah tidur tadi.”

“Oh, sorry Iganggu you. Sayang, you jangan lupa ya malam ni kita ada date. Suruh driver you ambil I okey.”

“Maaf sayang, driver I hanya kerja atas urusan pejabat sahaja. Urusan peribadi dia tak terlibat.”

“Eh, macam itu pulak. Dia kan personal driver you.Sepatutnya ke mana sahaja yang you nak pergi dan tak kira jam berapa pun dia mesti jalankan tugas dia.”

“Sayang, dia itu manusia. Dia pun perlukan rehat juga. Dah I nak siap dulu, nanti I ambil you di rumah.”

“Okey. Itunggu you. Jangan lambat tau. Love you so much.”

“Okey, love you too.”

Firuz Eidil segera mematikan talian. Jam dinding hampir melewati angka 8. Dia segera bangkit kemudian menuju ke bilik mandi. Siulan kecil bermain di bibirnya. Bayangan Julia bermain diruang matanya. Dia sendiri tidak tahu bagaimana dia boleh bertahan dengan sikap Julia yang adakalanya seperti budak-budak, manja dan kuat memerintah. Sebab itulah orang kata cinta itu buta. Sebab dia pun buta dek panahan cinta!

****

“Huarghh, penatnya! Baru sehari kerja dah rasa macam nak tercabut semuanya.”

Elfira menggeliat. Rasa letih menyelubungi dirinya. Tubuhnya direbahkan ke sofa. Matanya dipejamkan rapat. Tenang rasanya.

“Lambat balik L. Kau dah solat maghrib ke belum?” tanya Sofea yang baru keluar dari biliknya.

“Biasalah jalan sesak. Dah. Aku dah solat di surau tadi masa dalam perjalanan balik ke rumah,” beritahu Elfira dalam keadaan matanya yang masih terpejam rapat.

“Aku tahu kau penat. Tapi pergilah mandi dulu. Takkan kau nak terus tidur.”

“Fea, bagilah aku rehat lima minit je. Lepas itu aku pergi mandi. Kau masak apa malam ni? Aku laparlah.”

“Kau tak makan lagi ke? Bos tak belanja kau makan?”

“Mat singa tu nak belanja aku makan? Sampai kiamat belum tentu lagi.” Matanya kembali segak. Elfira duduk menghadap Sofea. Sofea ketawa besar. Kepalanya digelengkan berulang kali. Geli hati dia melihat telatah Elfira. Elfira mencebik.

“Kau tak jawab soalan aku lagi. Kau masak apa?”

“Amboi marah nampak? Aku masak sambal udang dengan sayur bayam tumis aje. Bolehkan?”

“Boleh sangat. Aku bukan cerewet bab makan yang penting perut aku kenyang.”

“Alhamdulillah untung aku dapat kawan macam kau. Kalau setengah anak orang kaya itu cerewet.”

“Aku sempoi je. Kalau kau goreng telur pun aku bedal. Nak harap aku masak memang taklah kan.”

“L, sekali-sekala kau kena turun ke dapur. Belajar memasak. Nanti senang kau. Kalau kau kahwin nanti takkan kau nak bibik yang masakkan untuk laki kau atau tak akan kau nak makan luar hari-hari. Silap hari bulan terima madu kau.”

“Hish kau ni Fea, mulut tak ada insurans ke? Beranilah laki aku bagi madu, teruk madu aku itu aku kerjakan,” ujarnya dengan wajah serius. Makan madu boleh, bermadu memang tak lah!

“Silap hari bulan kau yang teruk dikerjakan.”

Sofea masih seronok menyakat Elfira. Elfira mencemberut. Lantas tawa Sofea pecah apabila melihat wajah Elfira. Kiut dan kelakar. Elfira semakin memuncungkan bibirnya. Geram dengan Sofea yang mentertawakannya! Loceng rumah mereka berbunyi. Elfira dan Sofea saling berbalas pandang.

“Siapa pula yang datang malam-malam ni?” tanya Elfira.

“Manalah aku tahu. Sekejap aku pergi tengok.”

Sofea segera ke pintu. Dia mengintai. Lalu mengukir senyum. Daun pintu di buka.

“Abang Erry,” sapa Sofea.

“Assalamualaikum Sofea.”

“Waalaikumussalam. Masuklah abang. L ada kat dalam,” Sofea mempelawa Erry Edrian masuk ke dalam rumah mereka.

“Angah!” Elfira mendapatkan Erry Edrian. Dia mendakap erat lelaki itu. Macam bertahun tak jumpa lagak mereka. Erry Edrian melepaskan pelukan adiknya.

“Mana angah tahu L ada kat sini?”

“Mama beritahu. Mama yang bagi alamat rumah ni. Jadi angah nak tengoklah adik angah yang manja tapi brutal ni.”

“Abang Erry duduklah dulu. Biar Fea buatkan air.”

“Tak payah susah-susah Fea. Sekarang L dan Fea pergi bersiap, kita makan kat luar. Abang belanja.”

“Betul ke ni angah? Kalau macam itu L nak mandi dulu. L belum mandi lagi ni. Tunggu tau.” Elfira pantas menuju ke biliknya.

“Patutlah angah ada bau kambing tadi. Rupanya orang tu tak mandi lagi. Dah itu siap boleh peluk angah lagi. Hish, nasib baiklah tak melekat bau kambing tu pada angah. Kalau tak cancel belanja makan,” usik Erry Edrian. Sengaja dia cakap kuat-kuat supaya Elfira mendengar tiap butir bicaranya.

“Angah! Sama je macam Fea suka buli L,” jerit Elfira dari dalam bilik.

Erry Edrian dan Sofea ketawa. Mereka memang suka menyakat Elfira. Sebab dengan spontannya dia akan cepat meradang.

Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.