Home Novel Komedi/Romantik Komedi kurang asam punya bos!
kurang asam punya bos!
nuroll shazlinda hairul
22/1/2013 14:55:25
398,307
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Beli Sekarang
bab 27

27

“Hai L, rindunya aku kat kau.” Sofea segera mendapatkan Elfira yang sedang menonton televisyen di ruang tamu.

“Amboi, baru dua hari tak jumpa aku dah rindu?” usik Elfira.

“Mestilah sunyi rumah ni tanpa kau.”

“Yelah tu.”

“Betullah. Kau tengok cerita apa tu?”

“Dejavu di Kinabalu.”

“Bila kau sampai?” tanya Sofea.

“Pukul 4 petang tadi. Aku dah siap masak. Lebih baik kau pergi mandi. Lepas solat maghrib nanti kita boleh makan bersama.

“Itu yang aku suka dengar. Sejak kau dah pandai masak ni, aku tak payah lagi nak masak.”

“Dah jangan nak banyak bunyi. Cepat pergi mandi.”

“Amboi halau nampak?” Sofea pura-pura merajuk.

“Halaulah. Aku dah tak tahan bau kambing,” usik Elfira.

“Sampai hati kau.” Sofea terus berlalu meninggalkan Elfira yang masih lagi asyik melayan cerita Dejavu di Kinabalu.

Sofea sendawa.

“Alhamdulillah, sedap kau masak L,” puji Sofea.

Elfira mengukir senyum. Mereka mengemas ruang makan. Usai sahaja mengemas, Elfira dan Sofea menghabiskan masa di ruang tamu sambil menonton berita.

“Aku ada hal nak beritahu kau ni.” Elfira memecahkan keheningan malam.

“Hal apa?”

“Lusa aku nak pergi bercuti.”

“Bercuti? Woo bestnya. Aku pun dah lama tak bercuti. Kau nak ke mana?”

“Aku nak cuti-cuti Malaysia. Aku nak jelajah satu Malaysia. Dari utara sampai ke selatan. Aku juga akan ke Sarawak dan Sabah.”

Sofea ternganga, Dia seakan tidak percaya.

“Biar betul kau ni L?”

“La, kau pun tak nak percaya juga ke?” tanya Elfira. Dia hairan apabila semua orang tak nak percaya dengan kata-katanya. Dia bukan ada buat sesuatu yang pelik. Sekadar bercuti.

“Susah aku nak percaya.”

“Tak nak percaya sudah.”

“Kau pergi dengan siapa? Mesti guna banyak duitkan?”

“Aku pergi seorang. Papa aku yang sponsor.”

“Untunglah kau ada orang sponsor. Kau pergi bercuti sampai nak keliling Malaysia ni sebab kau frust dengan si mat singa tu ke?”

Elfira senyum. Dia merenung wajah Sofea. Mereka saling berbalas pandang. Kemudian Elfira menggeleng.

“Tidak! Aku memang nak pergi bercuti. Dah lama sangat aku duduk kat UK tu dulu. Malaysia ni pun dah banyak yang berubah. Jadi, aku nak ambil angin dan mood baru. Daripada aku jadi penanam anggur terhormat sekarang ni, lebih baik aku habiskan masa dengan melihat keindahan ciptaan Tuhan.”

“Sikit pun tak ada kerana perbuatan mat singa?” tanya Sofea masih tidak puas hati.

“Adalah sikit. Siapa pun akan terasa. Kerana hal remeh aku diberhentikan kerja,” beritahu Elfira jujur.

“Kalau suatu hari nanti mat singa nak suruh kau kerja dengan dia semula kau nak tak?”

As a driver or maid? Dahlah Fea, aku dah serik kerja dengan dia.”

“Jadi kau tak naklah.”

“Tak nak aku! Keputusan aku muktamad.”

“Marah nampak. Kau masih tak maafkan dia?”

“Fea, sedangkan nabi ampunkan umat. Inikan aku manusia biasa yang tak punya apa-apa. Aku dah maafkan dia.”

“Tapikan L, ini salah kau juga.”

“Apa pasal pulak salah aku?”

“Kalau dari awal lagi kau dedahkan identiti kau mesti dia tak buat kau macam ni.”

“Fea, kau kenal aku kan? Aku tak nak orang kenal aku kerana aku ni anak orang ternama. Biarlah mereka cuma kenal papa dan mama aku. Aku tak nak tumpang sekaki.”

“Aku tahu pendirian kau. Kalau orang lain dah sibuk nak beritahu yang diri tu anak Tan Sri, anak Tan Sri, semata-mata nak dapatkan layanan kelas pertama.”

“Itu mereka bukan aku.”

“Kau pergi bercuti ni bawa kereta atau terbang?”

“Bawa kereta. Aku nak nikmati perjalanan yang panjang. Cuma ke sabah dan Sarawak nanti baru aku naik kapal terbang.”

“Sabah dan Sarawak itu memang dah sah lah kau naik kapal terbang.”

Mereka ketawa.


Previous: bab 26
Next: Bab 28

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.