Home Novel Komedi/Romantik Komedi kurang asam punya bos!
kurang asam punya bos!
nuroll shazlinda hairul
22/1/2013 14:55:25
398,328
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Beli Sekarang
bab 33

33

“Amboi sekarang aku tengok kau dengan Firuz bukan main rapat lagi. Ada apa-apa yang aku tak tahu ke?” soal Sofea lalu duduk di sebelah Elfira.

Elfira tidak mengendahkan bicara Sofea. Dia begitu leka menonton Saiful Nita.

“Kau dengar tak apa yang aku cakap ni L?” Sofea meninggikan sedikit suaranya.

“Dengar, aku dengan Firuz tu tak ada apa-apalah. Aku dengan dia cuma bekas majikan dan bekas pekerja. Tak lebih daripada itu.” Elfira mengambil kerepek kentang mister potato yang berada ditangan Sofea.

“Cubalah ambil elok-elok,” sungut Sofea.

“Suka hatilah.”

“L, dengarlah apa aku nak cakap.”

“Apa lagi Fea? Aku nak tengok cerita Saiful Nita pun tak senang,” rungut Elfira.

“Esok hari terakhir kau tolong diakan?”

“Hem kenapa?”

“Jadi maknanya minggu depan kau mula kerja di syarikat papa kaulah?”

“Macam itulah.”

“Wah, jadi bos besarlah kau. Dari seorang personal driver cum maid jadi pengarah urusan.

“Dah papa aku nak aku kerja dengan dia. Kalau ikutkan hati malas aku nak kerja dengan keluarga. Tapi buat masa ni aku kerja sebagai PA aje.”

“Ala, lambat laun kau tetap kena ambil alih syarikat papa kau. Agak-agak kau, nanti kau rindu tak dengan si mat singa tu?”

“Soalan apalah yang kau bagi kat aku ni?”

“Kenalah tanya. Aku pelik tengok bos aku. Bos aku sanggup bercuti semata-mata ingin habiskan masa bersama kau. Pergh kalau tunang dia tahu mahu lunyai kau dikerjakannya. Itu pun hari-hari tunang dia telefon aku. Dah naik jenuh aku nak menjawabnya. Nasib baik dia percaya cakap aku. Kalau tak aniaya kau orang.”

“Manalah aku tahu. Pada aku dia bos, jadi suka hati dialah nak kerja ke nak cuti ke? Aku tak ada hak nak halang.”

“Aku tahulah dia bos. Tapi tingkah laku dia itu pelik sangat. Dia itu jenis yang pentingkan kerja. Dia tak akan tinggalkan kerja semata-mata untuk urusan yang remeh-temeh. Bahkan dia tak pernah tinggalkan kerja semata-mata untuk tunang dia sekali pun. Tapi kerana kau dia sanggup tinggalkan semuanya.”

“Itu aku tak tahu dan aku tak nak tahu. Sudahlah malas aku nak cakap pasal si mat singa tu lagi. Bukan ada faedah pun.”

Sofea tidak mampu untuk berkata-kata lagi. Walaupun hatinya kuat mengatakan yang Firuz Eidil menyukai Elfira namun memandangkan sikap Elfira dia mengambil langkah untuk tidak mengambil tahu.

“Okeylah Fea, cerita ini dah habis aku nak masuk tidur dulu. Esok si mat singa tu nak ajak aku pergi mana aku pun tak tahu. Kau bukan tak tahu sepanjang beberapa hari ini penat aku temankan dia pergi sana sini.”

“Untunglah kau, dia ajak kau ronda-ronda satu Malaysia.”

“Ha’ah yelah yang penatnya aku dia duduk relaks je aku yang memandu ni penat tau. Dahlah aku nak tidur.”

“Selamat malam, L. Sebelum terlupa, percayalah cakap aku yang dia cintakan kau,” usik Sofea. Matanya dikenyitkan nakal.

“Kau jangan nak mengarut. Dia tu tunang orang. Aku...aku memang tak ada hati dengan dia. Okey. Selamat malam.”

“Kau mungkin boleh tipu aku tapi kau tak boleh tipu diri kau,” bidas Sofea.

Elfira bingkas bangun kemudian menuju ke biliknya. Sofea menutup televisyen. Tangannya pantas mendail nombor tunangnya. Dia berasa lega apabila panggilannya bersambut. Mendengar suara Airel membuatkan hatinya berbunga riang.

Previous: Bab 32
Next: bab 34

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.