Home Novel Komedi/Romantik Komedi kurang asam punya bos!
kurang asam punya bos!
nuroll shazlinda hairul
22/1/2013 14:55:25
398,848
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Beli Sekarang
Bab 17

17

“Selamat pagi mama, papa.”

Elfira berlari anak menuruni anak tangga. Dia kemudiannya mencium pipi mama dan papanya.

“Anak papa ni dah besar panjang pun masih nak manja-manja lagi?” usik Tan Sri Lukman Hakim.

“Apa salahnya papa.”

Elfira duduk bertentangan dengan Puan Sri Karmila. Dia begitu berselera menikmati nasi goreng.

“Anak papa pakai cantik-cantik pagi ni nak ke mana?”

“Cantik ke papa? Mengarut je papa ni. Takkan pakai jean dengan T-shirt pun nampak cantik?” duga Elfira. Dalam hati dia berbunga riang.

“Anak papa ni pakai apa pun cantik.”

“Ada-ada sahajalah papa ni. Sebenarnya hari ini L nak balik semula ke rumah. Papa pun dah sihat. Lagipun L dah lama tinggalkan kerja. Nanti apa pula kata bos L?”

“Pergilah sayang. Jangan risaukan papa. Mama dan Mak zah ada untuk jaga papa.”

“Terima kasih papa. Papa mesti janji jangan lupa makan ubat dan ikut nasihat doktor.”

“Okey sayang.”

“Hem sedap betul Mak Zah masak. Kalau macam ni selalu boleh gemuk L.”

“Ha! Lepas itu rupa jadi macam teletubbies,” sampuk Zamrin Edril yang muncul tiba-tiba.

“Along ni main sergah je. Cuba masuk itu beri salam dulu. Ini tidak terus je mengutuk orang, tak baik tau!” Elfira pura-pura merajuk.

“Amboi, adik along sekarang dah pandai merajuk. Setahu alonglah, orang yang suka merajuk ni biasanya hatinya dah dimiliki.” Zamrin Edril semakin galak menggiat.

“Mana ada, lagipun adik along mana ada orang yang nak. Bukannya lawa pun. Adik alongkan brutal.”

“Butalah orang itu. Adik along ni ada pakej lengkap untuk jadi model tau. Kaki jinjang, muka cantik, body mengancam tapi iyalah satu je yang tak kena...”

“Apa?”

“Pakaian dan gaya tu macam lelaki patutlah orang tak pandang. Nak tahu sebab apa?”

“Kenapa?” Elfira mengangkat keningnya. Wajahnya diseriuskan.

“Sebab orang itu tak pasti sama adik along ni lelaki ke perempuan!” Zamrin Edril mencubit pipi Elfira.

“Alonggg!” Elfira menjerit. Geram dia kerana dibuli oleh Zamrin Edril.

Zamrin Edril terlebih dahulu cabut lari. Elfira mengejar Zamrin Edril. Selagi dia tak dapat membalas perbuatan alongnya selagi itu dia tidak akan berpuas hati.

“Along, L sudahlah itu jangan berlari lagi. Hish si L ni, tengah makan pun, boleh lagi nak kejar along dia. Sudah-sudahlah itu,” tegur Puan Sri Karmila.

“Mana along nak lari?” sola Elfira setelah Zamrin Edril duduk di kerusi.

“Okey, along mengaku kalah.” Zamrin Edril mengangkat kedua belah tangannya.

Mereka ketawa. Tan Sri Lukman Hakim dan Puan Sri Karmila sekadar tersenyum melihat telatah anak-anaknya. Walaupun mereka sudah dewasa, namun adakalanya Tan Sri Lukman Hakim dan Puan Sri Karmila merasakan anak-anak mereka masih kecil. Puan Sri Karmila sering merasakan bagai semalam dia baharu melahirkan anak-anaknya itu.

Previous: Bab16
Next: Bab 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.