Home Novel Komedi/Romantik Komedi kurang asam punya bos!
kurang asam punya bos!
nuroll shazlinda hairul
22/1/2013 14:55:25
398,834
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Beli Sekarang
Bab16

16

“Sayang, you ni kenapa? Dah dua minggu I tengok you monyok. Kalau you jumpa I dengan muka macam ni lebih baik tak jumpa,” rungut Julia.

“Bukan I yang nak jumpa dengan you tapi you yang ajak I keluar. Jangan nak salahkan I pula,” tenang tutur bicara Firuz Eidil. Bosan.

“Kalau I tak ajak you keluar jangan harap you nak keluar. You ni nama aje tunang I. Tapi tak macam tunang I pun. Bosan, you tahu tak!” bentak Julia.

“Suka hati you lah. I nak balik. I penat.” Firuz Eidil sudah bangun dari kerusi yang didudukinya.

“Youuu!” Julia menahan geram. Sakit hati melihat Firuz Eidil. Baru sahaja sampai dah nak balik. Akalnya ligat mencari idea yang boleh menguntungkannya.

“Kalau you nak balik boleh. Tapi I nak RM1000. I nak pergi shopping. Boleh sayang?” Julia membelai lembut lengan Firuz Eidil.

Firuz Eidil merenung tepat ke arah Julia. Wajahnya sengaja diseriuskan. Julia membalas kembali renungan Firuz Eidil dengan senyuman yang menggoda. Firuz Eidil kemudian mengeluarkan dompetnya lalu dia menyerahkan sekeping kad kredit kepada Julia. Julia mengambilnya dengan senyuman yang melebar dibibirnya.

“Terima kasih, sayang. Sebab itulah I sayang sangat dekat you. You tak nak temankan I pergi shopping?” Julia mengajak ayam. Lagi pun dia memang tahu Firuz Eidil tak akan mengikutnya.

It okay. I nak balik rumah.”

Okay my dear, i’ll go first.”

Julia terus berlalu meninggalkan Firuz Eidil. Langkah Julia diperhatikan. Jiwanya terasa kosong. Hidupnya tiada lagi warna-warni. Entah mengapa sejak dua minggu ini jiwanya terasa kosong. Seolah-olah ada sesuatu yang telah hilang dari hidupnya. Dia masih tertanya-tanya mengapa. Sehingga hari ini dia masih belum menemui jawapan pada soalannya.

Previous: Bab 15
Next: Bab 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.