Home Novel Komedi/Romantik Komedi kurang asam punya bos!
kurang asam punya bos!
nuroll shazlinda hairul
22/1/2013 14:55:25
398,851
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Beli Sekarang
Bab 3

3

“Banyaknya barang kau, L.”

Sofea membantu Elfira membawa masuk beg Elfira ke bilik.

“Mana banyaknya. Baru dua beg. Kira okeylah itu.”

Familykau tak kisah ke kau pindah tiba-tiba ni?”

“Papa dan mama aku okey. Asalkan aku pandai jaga diri dan maruah keluarga.”

“Wow, sporting betul papa dan mama kau.”

“Mula-mula papa aku tak setuju juga. Dia nak aku majukan syarikat keluarga kami. Katanya kalau setakat nak jadi pembantu peribadi, di Bumi Jaya pun boleh dan papa aku akan ajarkan selok belok perniagaan. Tapi aku kata aku nak cuba kat tempat lain dulu. Akhirnya, papa aku terpaksa akur dengan kehendak aku dan sebab itulah sekarang ni aku berada di rumah kau.”

“Pandai kau. Peribadi itu dah tepat tapi bukan pembantu peribadi sebaliknya pemandu peribadi,” usik Sofea.

“Hem itulah. Kalau papa dan mama aku tahu aku jadi driver, confirm aku kena cincang hidup-hidup. Kau pun tahukan mana ada nak Tan Sri jadi driver. Jatuh saham beb.” Elfira melabuhkan punggungnya di atas katil. Beg pakaiannya dibiarkan di tepi meja solek. Sofea turut sama melabuhkan punggungnya di sisi Elfira.

“Itulah kalau aku ni wartawan, dah lama aku siarkan kisah kau ini di muka depan akhbar aku. Aku tulis: Seorang anak Tan Sri bekerja sebagai pemandu peribadi,” ujar Sofea sambil tangannya diawang-awangan. Dia membayangkan artikel itu terpampang di dada akhbar.

“Suka hati kau aje!” Elfira memukul tubuh Sofea dengan bantal.

“Ouch, sakitlah!”

“Padan muka kau. Suka sangat usik aku. Seronokkan?” Elfira mengangkat keningnya. Sofea mencebikkan bibir. Elfira mengekek ketawa melihat rupa Sofea yang melucukan hatinya.

“Dahlah, aku nak masuk tidur dulu miss driver. Esok jangan lupa pergi rumah bos baru kau. Nanti tertunggu-tunggu pulak Encik Firuz Eidil kau itu. Kesian dia.”

“Amboi-amboi seronoknya kau kenakan aku eh.”

“Bukan aku nak kenakan kau tapi betul apa. Aku juga nak ingatkan kau, jangan kau jatuh cinta dengan bos aku sudahlah. Dia tu dahlah kacak dan bergaya pulak itu.”

“Hish tak sayang mulut betul kau ni.”

“Apa pulak? Kalau ALLAH dah kata kau dengan dia berjodoh siapa kau nak tolak takdir itu kan? Encik Firuz Eidil tu baik. Kau dengan dia pun sama taraf. Kau anak Tan Sri, dia tu pun anak Tan Sri. Sepadan sangat.”

Semakin galak Sofea mengusik. Elfira berasa rimas dengan usikan tersebut. Jangan masin mulut kawannya itu sudahlah. Minta dijauhkan.

“Daripada aku layan kau, lebih baik aku tidur. Aku pun dah penat sangat ni.”

“Kau halau aku ke L?” tanya Sofea sambil buat muka sedih.

“Ya, tak reti-reti lagi ke nak keluar dari bilik beta ni.”

“Tak apa, aku lepaskan kau hari ini. Tapi hari lain jangan harap. Selamat malam miss driver.”

“Feaaaa!” Elfira membaling sebiji bantal ke arah Sofea.

Sofea segera berlari keluar dari bilik Elfira sambil mengejek Elfira. Elfira menghadiahkan renungan tajam buat Sofea. Dia gembira dengan kehadiran Elfira di dalam rumah itu. Lepas ni tak adalah dia sunyi lagi. Ada jugalah kawan untuk dia berbual dan bergaduh. Jika tidak rumah itu sunyi sepi.

Untuk dia keluar bersama tunangnya jauh sekali. Kesibukan Airel seringkali membuatkan Sofea berasa bosan. Memandangkan tugas Airel sebagai doktor perlu diutamakan membuatkan Sofea seringkali dihambat kerinduan. Airel lebih banyak menghabiskan masanya di hospital berbanding bersama dengannya.

Sementara itu di bilik, Elfira memandang siling. Dia masih berkira-kira apakah agaknya reaksi bos Sofea jika dapat tahu yang drivernya nanti adalah seorang perempuan. Dia tersenyum sendirian. Perlahan-lahan matanya dipejamkan. Elfira sendiri tidak sedar jam berapa dia tertidur.

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.