Home Novel Komedi/Romantik Komedi kurang asam punya bos!
kurang asam punya bos!
nuroll shazlinda hairul
22/1/2013 14:55:25
398,331
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Beli Sekarang
bab 31

31

Elfira sudah berada di hadapan bangunan Firuz Land. Elfira menarik nafas lalu dilepaskan perlahan. Elfira menilik jam dipergelangan tangannya. Tepat pukul 5 petang. Dia yakin Firuz Eidil masih berada di pejabat. Menurut Sofea sejak sebulan lalu Firuz Eidil sering pulang lewat.

Elfira kini berada di hadapan pintu pejabat Firuz Eidil. Dia serba salah. Ada getar di hatinya. Dia bimbang jika kehadirannya akan mengundang rasa kurang senang buat Firuz Eidil. Kunci ditangannya digenggam erat. Dia masih lagi berdiri kaku di hadapan pintu.

“Eh L,” tegur Tasya.

Elfira terkejut.

“Kau buat apa depan pintu ni? Kenapa tak masuk?”

“Hem...” Elfira serba salah. Kepalanya yang tidak gatal digarunya.

“Kau sihat, Tasya.”

“Aku beginilah. Wah, sejak kau berhenti kerja ni sekali pun kau tak datang jenguk kita orang. Dahlah berhenti mengejut.”

Elfira sekadar senyum.

“Kau dah dapat kerja baru ke?”

“Alhamdulillah.”

“Jadi pemandu lagi?”

“Jadi pembuat air,” Elfira mengusik Tasya.

“Kau nak jumpa bos ya?”

Elfira mengangguk.

“Dia ada kat pejabat tu. Jaga-jaga semua orang dah balik. Aku yang terakhir ni. Aku pun nak gerak dulu. Nanti bila kau free kita semua boleh keluar bersama. Kau nak aku interkom bos ke?”

“Tak apa Tasya. Aku boleh jumpa sendiri. Terima kasih ya.”

Mereka berbalas salam dan pelukan. Elfira menghantar Tasya dengan ekor matanya.

Elfira membaca bismillah. Dia menolak pintu pejabat. Dia melangkah perlahan. Jantungnya kian berdegup pantas. Dia berada di hadapan bilik Firuz Eidil. Dia masih teragak-agak sama ada mahu berjumpa Firuz Eidil atau tidak.

Akhirnya Elfira mengambil keputusan untuk mengetuk pintu bilik Firuz Eidil. Kedengaran suara Firuz Eidil menyuruhnya masuk. Kelihatan Firuz Eidil sedang asyik menyemak failnya tanpa memandang ke arah Elfira. Elfira sudah berdiri kaku di hadapan Firuz Eidil.

“Sibuk sangat ke? Kalau macam tu tak apalah. Saya datang cuma nak pulangkan ini je.”

Elfira meletakkan kunci rumah Firuz Eidil di atas meja. Baru dia hendak melangkah Firuz Eidil memanggilnya.

“L...”

Firuz Eidil menutup failnya. Elfira berpaling. Mereka saling berbalas pandang. Ada getar di hati masing-masing.

“Kenapa Encik Firuz tenung saya begitu?” tanya Elfira memecahkan kesunyian.

“Awak, L?”

“Yelah sayalah ni.”

“Saya tak bermimpikan?” tanya Firuz Eidil lagi.

Elfira bosan. Dia mendekati Firuz Eidil. Lalu dia menghadiahkan...

Pang! Satu tamparan hinggap di pipi Firuz Eidil. Elfira senyum. Seronok pula rasanya dapat tampar Firuz Eidil.

“Kenapa awak tampar saya?” jerkah Firuz Eidil. Dia menggosok perlahan pipinya.

“Sebab saya nak buktikan yang Encik Firuz tak mimpi,” jawab Elfira selamba.

Firuz Eidil terdiam seketika. Dia tidak jadi marah kepada Elfira.

“L, terima kasih kerana kembali.”

“Encik Firuz jangan nak perasan. Saya datang sini bukan sebab nak kembali kerja dengan Encik Firuz tapi saya datang sekadar nak bagi kunci itu je. Lepas ni saya dah tak ada kaitan dengan Encik Firuz lagi.”

“L, saya tahu saya salah. Tapi boleh tak awak bagi saya peluang kedua?”

“Peluang kedua untuk apa?” tanya Elfira.

Biasanya pekerja yang akan minta peluang kedua bukannya majikan. Ini dah terbalik pulak. Lepas itu cakap mendayu-dayulah pulak. Heee seram bulu roma aku dibuatnya, omel Elfira di dalam hati.

“Peluang kedua untuk awak maafkan saya dan saya nak awak bekerja semula dengan saya?”

As adriver or maid?” tanya Elfira sinis.

“Both.”

Elfira senyum mengejek.

“Encik Firuz, saya dah lama maafkan awak. Tapi soal kerja itu saya rasa saya dah tak boleh nak bekerja dengan Encik Firuz lagi. It over. Encik Firuz carilah orang lain yang lebih bagus daripada saya. Lagi pun saya dah dapat kerja yang lebih baik. Terima kasih saja.”

“Itu alasan awakkan? Saya sanggup rayu dengan awak. Saya nak awak kembali bekerja dengan saya.”

“Maaf. Keputusan saya muktamad.”

Firuz Eidil terdiam. Dia terduduk. Lalu dia bingkas berdiri. Hatinya terasa sebak. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia harus berperasaan seperti itu. Wajah Elfira ditatapnya mengharapkan secebis simpati daripada gadis itu.

“Tak payahlah Encik Firuz nak buat muka kasihan dengan saya. Untuk kesekian kalinya saya katakan keputusan saya muktamad. Saya rasa ini yang terbaik.”

“Okey, saya mengalah. Saya tahu yang awak tak akan tarik balik keputusan awak. Kalau begitu kita pergi minum petang?”

“Tak apalah, saya nak balik. Tujuan asal saya datang sini sebab nak pulangkan kunci tu je.”

“Sudahlah awak tak nak kerja dengan saya, sekarang permintaan saya yang sedikit itu pun awak tak sudi. Ya, saya sedar saya ni majikan yang teruk.”

“Tahu tak apa. Maaf, saya terpaksa pergi dulu. Assalamualaikum.”

Elfira berlalu meninggalkan Firuz terpinga-pinga sendiri. Firuz hanya mampu membiarkan Elfira pergi tanpa dapat dihalang.

“Waalaikumussalam,” jawab Firuz Eidil perlahan. Entah mengapa hatinya terasa sebak.

Previous: Bab 30
Next: Bab 32

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.