Home Novel Cinta Cerita Kita
Bab104a

Phang!!! Hentakan pintu yang kuat sudah cukup untuk membuatkan bahu jadi terangkat.

Pung! Phang! Pung! Bunyi lantingan-lantingan susulan mampu menaikkan tekan darah sampai ke puncak kepala, bila mendengar ulangan, hatinya terus mendidih tak berhenti kerana keadaan itu bukan sekali, malah boleh dikatakan hari-hari.

“Dah kenapa dengan Usop ni?” tegur mak tak dapat nak bertahan lagi. Jika dibiarkan memang takkan ada kesudahan dan Usop hanya membalas dengan jelingan tajam tanda ketidakpuasan hatinya.

“Kenapa mak tak masak untuk abah! Tu ikan dekat bawah tudung saji tu! Sampai dah berulat, apa yang mak buat?!” Usop memuntahkan segala amarah.

“Manalah mak tahu! Tanyalah dengan abah kalian tu! Bila mak nak buang, dimarah! Dah?”

“Suruh dimasak, tapi tak dimakan. Dah tak elok, tak bagi pulak nak dibuang.” jawap mak tak rela difitnah sedemikian rupa. Usop menggeleng-gelengkan kepala tak percaya dan abah yang ada di pintu biliknya kekal berdiam diri tak mahu mengulas apa-apa.

“Mak!”

“Kalau mak nak pergi, mak pergilah kemana-mana yang mak nak!”

“Sebab Usop rasa, mak dah bukan macam mak Usop lagi!” tutur Usop, lupa akan diri.

“Dah kenapa Usop pandai-pandai nak menghalau mak?”

“Ini kan rumah mak.” jawap mak, membantah.

“Huh! Awak bayar semula!”

“Bayar semula duit saya menyara mak bapak awak tu dulu. Bagi balik!” sampuk abah pula.

“Duit apa? Bila masanya awak yang menyara mereka?”

“Oh, memberi makan beberapa pinggan tu maksud awak…”

“Dah lupa awak jasa mereka menjaga anak-anak awak? Tak ingat awak?” balas mak perlahan.

“Huh! Lantaklah!” tutur abah tetap membantah membuatkan mak terus mati…hati.

 

“Ha, dah. Dah boleh makan. Bagi anak tu makan.” arah mak pada ateh yang sedang menjaga anak-anaknya, dengan mata.

“Mak, abah pesan suruh ateh cakap pada mak.”

“Nanti mak dah tak payah nak masak untuk abah lagi. Sebab abah dah tak nak makan apa yang mak masak.” tutur ateh pada mak yang sedang menghidang setelah beberapa kali arahan yang sama diulang. Serentak itu wajah mak terus berubah.

 

“Kita kena selesaikan juga hal ni!”

“Hari ni jugak! Dah tak boleh dibiarkan lagi!” arah abah, marah.

“Apa lagi yang tak selesainya? Kan semua urusan rumah, lawyer tengah uruskan. Apa lagi masalahnya?” soal mak sangsi.

“Saya nak rumah tu dijual. Kereta tu pun sama. Duitnya saya nak bahagi. Agih-agihkan pada anak-anak saya.” jawap abah. Mukanya tegang. Safi hanya mendengar daripada dapur. Man duduk di meja makan turut menjadi saksi peristiwa hitam itu. Ina dan Usop duduk bersilang panggung senang hati di sofa berhampiran abah.

“Kan arwah dah pesan rumah tu jangan dijual. Dia nak rumah tu jadi tempat anak-anak saudaranya tinggal kalau ada yang belajar di sana. Tempat keluarga menginap kalau ada urusan di bandar. Dia dah pesan kan. Takkan awak tak ingat?” balas mak mengangkat wasiat. Dia kecewa, dia terpaksa berusaha keras demi sebuah janji yang sudah dibina.

“Sampai, hati awak? Rumah tu satu-satunya harta peninggalan arwah. Sepatutnya kita jaga, tapi awak nak menjahanamkannya.”

“Saya tak setuju kalau awak nak jual rumah tu. Saya tak rela melanggar janji. Di situlah tempat arwah meninggal. Tempat akhir hayat dia. Awak buat tak kisah je kan?”

“Awak langsung tak sayangkan anak tu. Perangai awak memang tak pernahnya nak berubah. Tak habis-habis nak memaksa saya.” tambah mak lagi. Abah mula naik angin. Mukanya masam mencuka kerana dia memang paling pantang ditentang. Ina dan Usop tersenyum melihat. Suka barangkali, suka melihat abah menggunakan kuasa vetonya.

“Awak tamak! Awak nak bolot semua harta tu! Awak kata tak nak bagi saya kan? Awak ingat saya tak tahu?!”

“Apa yang awak cakap ni? Siapa cakap?! Siapa yang sampaikan pada awak macam tu? Siapa?”

“Bila masa saya nak bolot semua harta arwah tu!” mak sangat terkejut dengan tuduhan tak berasas abah. Semuanya kerana salah faham. Benarlah kata orang, kerana mulut badan binasa.

Rancangan asalnya untuk menyimpan dan melaburkan duit insuran arwah. Faedahnya boleh diguna buat belanja kerana mak tak rela abah guna duit tu untuk tujuan salah terutama kerja-kerja mengarutnya. Tapi, ia tidak dilakukan, bila along tak henti-henti menanyakan akan perihal wang tersebut.

“Saya tak kisah dan saya tak nak ambil tahu!”

“Harta orang mati, memanglah untuk orang hidup! Kalau bukan untuk yang hidup, untuk siapa lagi?”

“Duit insuran haritu pun, buat pakai dua tiga tahun, cukuplah.”

“Saya tak kira! Saya tetap nak rumah dan kereta tu dijual! Awak kena ikut cakap saya. Ke awak nak jadi isteri derhaka?!” ugut abah sambil mencekak pinggang. Mak perasan, perangai abah jadi makin teruk sejak pulang melawat kampung halamannya. Entah apalah yang dibincangkan mereka dengan saudara-mara di sana sampai abah berperangai seperti orang gila. Menuduhnya tamak, tapi reliti ketamakan itu sendiri yang membinasakannya kini.

“Awak tahu tak?! Awak salah! Awak langgar hukum Quran, hukum Allah! Saya tak nak masuk neraka! Macam mana pun, saya tetap tak setuju rumah tu diletakkan atas nama awak.”

“Sepatutnya, awal-awal lagi, awak hanya dilantik sebagai pemegang amanah.”

“Dah? Sekarang bukan? Kan memang…” sanggah mak cuba membetulkan kesalahan tafsiran, kerana itulah jalan yang sedang diusahakan.

“Huh! Apapun, saya tetap nak rumah tu dijual! Hasilnya dibahagi sama rata.” pintas abah semula.

“Nak dijual macam mana rumah tu?! Proses tukar nama pun tak selesai lagi. Awak cakap senang, yang menguruskannya saya. Bila ajak awak, awak mengelak. Tak nak pergilah, sibuklah, tak ada masalah.”

“Dulu, masa saya mula-mula uruskan, tak pulak awak bantah. Sekarang bila semua dah diproses, barulah nak berbunyi! Kan dah memang saya ni pemegang amanah. Dah? Apa lagi masalah?” tutur mak marah. Kesabarannya dicabar lagi. Mereka tak mahu mengerti, malah sengaja memulakan sengketa, semata-mata kerana harta.

“Kalau dah teruk sampai macam ni, baik mak minta cerai je dengan abah!” sampuk Ina yang sedang bersantai di sofa dengan wajah selamba. Ringkas, namun mampu menghancurkan sebuah keluarga secara total. Cerai. Perkataan keramat yang cuba untuk tidak diungkap selama ini, malah langsung tak mahu difikirkan, timbul dek kerana mulut lancang Ina yang berhati kering.

 

Mak dan Safi terdiam. Kaku. Tidak mereka sangka, Ina yang masih setahun jagung itu sanggup mengeluarkan kata-kata tak berakal sebegitu. Safi mengucap dalam diam. Kalau diikutkan hati, mahu saja mulut itu diramas dan ditampar semahunya. Sedang makan pun masih mengharapkan ihsan daripada orang tua, memang dasar anak tak sedar diri. Gerutunya sendiri.

“Tu, duit dekat dalam bank tu siapa yang ambik?! Kemana hilangnya? Kenapa tak bertambah?” soal abah.

“Duit apa?” soal Safi betul-betul tak tahu.

“Huh! Kau yang masukkan duit tu dulu! Dah tu sekarang kenapa duit lama dekat dalam tu boleh dah hilang?” balas abah kekal menuduh.

“Yang tanya orang buat apa?! Siapa yang memegang kadnya?”

“Tu! Baik abah tanya orang sebelah abah tu? Tanyalah dia!” balas Safi sambil menuding jari pada Usop, dah tak mampu nak menanggung setiap satu tohmahan yang dilemparkan. Usop hanya mengukir senyuman, mempamerkan kemenangan.

“Nanti ateh balik, awak ikut dia! Saya dah tak nak duduk dengan awak lagi. Dah haram hukumnya kita tinggal sebumbung!”

“Lepasni, kita buat hidup masing-masing.” tutur abah, mengarah. Mak masih terpaku di muka pintu, tak menjangka.

“Ha! Kau Safi, ikut sekali! Tak payah nak duduk di rumah ni lagi!” arahnya lagi, mengalahkan tuan rumah, mungkin terlupa ataupun sengaja. Ina dan Usop masih mampu duduk bersilang panggung, gembira menjadi pemerhati. Man juga dilihat terkejut, namum langsung tak berani mahu membuka mulut.

“Tak payah abah nak arah-arahkan Safi. Safi tahu apa yang terbaik untuk diri sendiri.”

“Ya, Safi akan pergi, tapi bukan sebab abah yang suruh, tapi dengan rela hati. Rumah ni pun memang tak ada makna apa-apa dah.”

“Duduklah kalian dalam neraka ni.” balasnya tegas sebelum menuju ke arah mak. Tangan mak diraih sebelum mereka meninggalkan makhluk-makhluk Allah yang tak berhati perut, mengikut hawa nafsu dan tewas pada bisikan sang penggoda, syaitan durjana.

Belum pun setahun angah pergi, keluarga sudah berantaka lagi. Kalau angah ada, pasti dia kecewa kerana puncanya sama! Harta! Pinjaman sementara dariNya, daki dunia yang mampu menyesatkan manusia, senteng akal fikiran, juga lemah pegangan iman.

Previous: Bab103b
Next: Bab104b

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.