Home Novel Cinta Cerita Kita
Bab 90

Angah masih terpacak di hadapan telivisyen menyaksikan cerita-cerita yang ada, terutamanya rancangan drama korea yang sedang disiarkan di siaran tv berbayar berkenaan. Daripada pagi angah begitu, sampailah ke patang kerana dia perlukan sesuatu untuk menghiburkan hatinya dan kesunyian…bukanlah jalan.

Hakim yang baru pulang dari pejabat terlopong melihat kerana seingat dia, sejak pagi tadi begitulah keadaan kakak iparnya itu dan sekarang dia masih lagi di situ. Bunyi kipas ruang tamu yang berdengung hebat akibat dipasang pada kelajuan maksimun turut sama merimaskannya dan tanpa berlengah dia bertindak untuk mengurangkan halajunya. Angah nampak apa yang berlaku, namun dia saja buat-buat tak tahu.

“Angah, padamlah dulu tv ni ya. Dah panas dah tv ni ha.” tuturnya sebelum mematikannya. Jauh di sudut hati angah rasa sedih kerana sekarang barulah dia faham akan makna menumpang.

 

“Assalammualaikum…tengah buat apa tu?” soal angah pada Safi yang baru selesai memasak makanan tengah-hari. Sambil berdiri Safi mengesat-ngesat peluh sendiri.

“Waalaikummussalam…angah. Ingatkan sape tadi.”

“Safi tengah masak. Abah suruh buat gulai kari daging cincang dengan kentang. Lepastu buat sambal sikit. Ha, settle kerja.” tambahnya menyampaikan apa yang diusaha.

“Tak masak lagi ke? Kalau tengah masak, Safi pergilah sambung masak. Angah tak nak kacau. Nanti hangit pulak makanan tu.” tutur angah bersedia mahu memutuskan talian.

“Eh eh! Angah, dah masak dah. Baru masak tadi.” balas Safi kembali.

“Dah masak…angah ingat belum lagi…” jawap angah sambil berfikir-fikir untuk menyatakan hajatnya.

“Angah rasa macam mana? Sakit lagi ke?” soal Safi bertanyakan keadaan biarpun baru semalam dia menanyakan perkara yang sama.

“Angah ok. Macam nilah, macam mana lagi. Sakit tu dah tak ada rasa sangat, tapi bila gerak kuat-kuat adalah rasa sakit sikit.” terang angah pula.

“Oklah tu. Takpa, nanti lepas bukak jahitan, bolehlah angah balik sini.”

“Mak mana? Mak? Mak sihat ke tak?” soal Safi pula.

“Mak sihat. Tu sibuk melayan cucu…” kemaskini angah, ringkas sebelum perbualan jadi terhenti, membuatkan Safi seperti dapat rasa ada benda yang sedang mengganggu angah saat itu.

“Angah! Kenapa?” soalnya, seperti sudah dapat membaca.

“Hmm? Tak ada apalah.” jawapnya juga ringkas.

“Tadi beriya-iya telifon, tapi sekarang tak nak cakap pulak. Safi tahu, angah ada benda nak cakap ni kan?”

“Apa dia? Cakaplah. Ha…tapi, jangan cakap yang angah nak suruh Man jemput angah balik. Kan angah tak siap bukak jahitan lagi. Nanti…” belumpun habis bicara, angah menyatakannya juga.

“Angah nak balik…”

“Safi bawak angah balik rumah…” tutur angah seakan-akan sebak, membuatkan Safi terus sunyi dah tak tahu bagai mana mahu menguruskannya kerana beberapa hari lepas ateh dah berkeras tak membenarkan.

“Tapi angah, haritu Safi dah bagitahu pada ateh. Ateh tak kasi. Ateh cakap nanti buat susah-susah nak datang sana semula, lagipun seminggu lagi kan dah boleh bukak jahitan.” balas Safi menyatakan perancangan, membuatkan angah sepi tak berbunyi.

“Kan seronok kat sana. Ada budak-budak, boleh buat main. Abang dengan adik kan ada. Ha, tak la rasa boring sangat.” tambah Safi, namun angah dilihat kekal juga sepi.

“Takpalah, kalau angah nak macam tu, takpa. Nanti Safi telipon Man bagitahu yang angah mintak jemput.” janji Safi demi menggembirakan hati angah. Angah terus tersenyum mendengar, kerana dia tahu Safi takkan pernah mengecewakannya.

“Ok! Safi, terima kasih.” tuturnya semula bila dah kembali ceria membuatkan Safi dipenuhi rasa bahagia.

“Hmm, tak ada apalah tu. Ingat ya, jaga diri. Nanti kirim salam Safi dekat semua. Ha, sebelum terlupa, jangan makan benda yang bukan-bukan. Nanti memoyak pulak luka tu.” tutur Safi, berpesan.

“Ok ok ok…” jawap angah yang masih gembira.

“Assalammualaikum…” tutur kedua-duanya, serentak, sebelum kedua-duanya ketawa.

“Waalaikummussalam…” jawap kedua-duanya, juga senada…berkongsi bahagia.

 

“Ateh, tadi Safi dah telipon Man. Lepastu, Man kata esok Man nak datang sana, nak ambik angah.” tutur Safi pada ateh.

“Nak datang ambik angah? Kan ateh dah cakap, tak payah ambik angah! Biar angah terus duduk sini sampai bukak jahitan tu dulu!”

“Yang Safi degil sangat kenapa?” balas ateh yang dah naik darah, keras dan kasar.

“Seminggu je lagi pun, bukannya lama mana! Buat susah-susah je nanti nak hantar semula ke sini!” tambahnya kekal berapi.

“La, angah yang beriya mintak dijemput, dah tu macam mana?” balas Safi tak tahu mahu mengikut yang mana. Dia yang tersepit, dan dia yang rasa sakit. Mana satu perlu diturut, kepercayaan ateh atau kehendak angah? Jujur dia tak tahu yang mana satu, tapi satu yang pasti, dia mahu menggembirakan angah selagi termampu.

“Takpa, ateh tak payah risaulah, nanti Man cakap dia yang akan hantar angah ke sana semula. Esok Man syif malam…” namun belumpun sempat Safi menerangkan, talian dah dimatikan.

“Tut.tut.tut…” tekanan yang sedang memuncak akhirnya dihentikan, membuatkan Safi tak terkata, namun dia dah biasa dilayan sedemikian rupa.

“Ateh ni memang tak pernahnya nak berubah…” keluhnya sendiri.

 

Bebola mata angah membulat saat terdengarkan deringan telifon bimbit yang datang daripada bawah bantal alas kepala. Tergesa-gesa dia mencapainya sebelum tersenyum suka saat terpandangkan nama yang tertera.

“Assalammualaikum, Safi dekat mana? Dah bertolak dah ke?” soalnya terus sambil bergerak ke birai katil.

“Waalaikummussalam…angah…”

“Ateh tak kasi…” balas Safi perlahan, namun sudah cukup untuk menceritakan kesedihan lantas mematikan segala senyuman yang terbit di wajah angah.

“Takpalah…”

“Kalau dah tak ada siapa yang nak ambik angah, takpa. Assalammualaikum.” jawap angah sebelum menamatkan perbualan dan Safi kekal ditemani rasa kekesalan.

“Waalaikummussalam…” balasnya, mendoakan kesejahteraan hidup seorang kakak.

 

Safi tak henti memeriksa luka pembedahan menegak di perut angah yang kelihatan sudah membengkak. Terdapat juga sedikit bahagian yang berair dan belum kering. Bila diperiksa, dia nampak seperti ada kemunculan nanah bersama. Angah yang kekal terbaring tutut sama menelitinya.

“Angah! Ni macam dah ada nanah. Haritu kata dah kering. Ni kenapa boleh berair semula?”

“Ha! Ke angah ada salah makan ni? Angah ada makan benda-benda gatal ke?” soalnya tak percaya pada apa yang dilihat mata dan angah cepat-cepat menidakkannya.

“Takada-takada. Mana ada!”

“Mana ada angah langgar pantang. Angah makan biasa je.” jawapnya segera.

“Iya ke? Dah tu, kenapa boleh jadi macam ni?” tutur Safi sambil membelek-belek lagi.

“Takpalah, kita tengoklah esok macam mana…” tambahnya sambil menyapukan ubat pada luka.

 

Berhati-hati tangan angah dipimpin menuju ke bilik rawatan yang dah ditetapkan. Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya datang juga dan sebentar lagi jahitan pada lukanya akan dibuka. Setelah itu berlaku, dapatlah dia pulang ke rumah, rumah yang sebenar-benar rumah. Tiada lagi sekatan dan tekanan. InsyaAllah…bisiknya sendiri.

Selesai didudukkan mereka didatangi seorang doktor perempuan yang berusia lingkungan akhir 30an, sedia memberikan rawatan.

“Cik, tunggu di luar.”

“Puan, sila baring.” arahnya pada kedua-dua dan tanpa menunggu lama angah dan Safi melaksanakannya.

 

Bebola matanya seakan terhenti saat terpandang apa yang sudah terjadi sebelum wajah angah yang pucat tak berdarah dikerling sekali lagi.

“Safiii…” tutur angah sambil jari ditudingkan pada perut sendiri, minta simpati, membuatkan Safi segera mengetap gigi.

“Angah?! Macam mana boleh jadi macam ni???” soalnya betul-betul tak percaya pada apa yang sedang terhidang dihadapannya. Jahitan pada perut angah sudah terbuka sepenuhnya, daripada bawah pusat sehinggalah ke dada.

“Laillahaillallah…angah! Kenapa boleh jadi macam ni? Siapa yang buat ni? Kan ke sikit je kawasan yang tak kering tadi, tapi kenapa bukak semua?” soalnya semula mahu meminta penjelasan segera.

“Doktor tadi…” jawap angah terketar-ketar sebelum memeriksa semula luka. Ngilunya terasa sampai ke tangkai hati, sebelum cepat-cepat dia mengalihkan pandangan, berusaha untuk menerima kenyataan. Safi mula naik darah dan bergegas mencari, tapi yang dia nampak cuma belakang tubuh doktor wanita yang sudah amat jauh meninggalkannya. Dalam pada dia mencari jalan untuk meredakan gelodak perasaan dia didatangi oleh seorang jururawat yang sudah bersedia untuk membuat kerja-kerja ‘pembersihan’.

“Boleh saya tanya, bila luka ni nak dijahit semula?” soal Safi mengambiltahu situasi semasa.

“Kalau tak silap tadi doktor ada bagitahu, mungkin ambil masa sampai lima ke enam hari.” balas jururawat tersebut sambil terus menyumbat kain kasa putih yang ada dibawa ke dalam lubang luka.

“Lima ke enam hari? Kenapa sampai kena tunggu lama macam tu? Takkanlah nak dibiarkan perut ni terbuka sampai selama tu?!” soal Safi semula setelah mendapatkan jawapan yang sangat tidak munasabah.

“Kena tunggu bilik bedah kosong dulu, bukannya boleh masuk-masuk terjah je begitu. Itupun dah kira awal dah tu. Kalau tak, mungkin perlu tunggu lebih lama.” jawapnya pula. Safi terasa arus panas menjalar terus sampai ke muka dan telinga saat mendengarnya. Sempat juga angah dipandang dan apa yang dia lihat, hanyalah riak wajah lemah dan pasrah daripada angah.

 

Setelah berbincang dengan Man dan ateh, mereka akhirnya membawa angah ke sebuah hospital swasta yang ada di pinggir ibu kota. Setelah diperiksa doktor menjadualkan operasi pada keesokan paginya. Di situ angah dijaga dengan baik dan yang paling penting sekali…angah tak perlu hidup selama seminggu dengan berteman luka perut yang luas terbuka. Biarpun kosnya tinggi, namun tak menyakitkan hati. Mujur ada ateh yang mahu menyumbang, membantu mengikut cara yang dia mampu.

 

Previous: Bab 89b
Next: Bab 91

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.