Home Novel Cinta Cerita Kita
Bab 112

Ridzuan sibuk membuka pintu kedai bukunya. Kedai buku yang diusahakan hampir sepuluh tahun itu memang sudah menjadi impiannya sejak dulu. Impian dia, dan impian Ati juga.

 

“Nanti abang ingat, abang nak usahakan kedai buku sendiri. Lepastu nanti, bolehlah kita baca buku hari-hari. Tak payah nak meminjam-minjam macam ni lagi.” tuturnya sebelum menyandarkan kepala pada batang pokok cemara.

“Kedai buku? Wah seronoklah kalau macam tu! Nanti buat sekali satu ruangan pembacaan khas untuk anak-anak dengan orang dewasa. Lepastu, kita decorate cantik-cantik.” cadang Ati yang sedang sibuk dengan kerja menyulamnya.

“Dah. Dah siap dah!”

“Nah, cuba tengok.” tuturnya sambil menyuakan sehelai sapu tangan yang sudah lengkap disulam dengan initial yang dirasakan sesuai, tanda ketuanan.

“Wah! Dah siap! Cepatnya!” balas Wan tak percaya kerana rasanya baru sebentar tadi Ati mengusahakannya atau sebenarnya dia yang tidak terasa akan peralihan masa...kerana cinta.

“W.R.w, Wan Ridzwan. Cantik! Pandai Ati buat. Nanti, abang bagi sapu tangan abang yang lain. Lepastu, abang nak Ati buat sama macam ni lagi, boleh?” pintanya pula.

“Boleh, nanti abang bagi Ati. Biar Ati buatkan untuk semuanya sekali.” balas Ati, bahagia bila usahanya memberi pulangan seperti yang diharapkan.

“Nanti kan, abang ingat, lepas habis study abang nak kerja dulu. Kumpul duit banyak-banyak, lepastu bukak kedai kita. Lepas dah ada kedai…” kata-katanya terhenti sebelum tangannya mencapai jari-jemari Ati lalu digenggam erat.

“Lepas dah ada kedai…kita kahwin.” tutur Wan terang, cukup terang untuk membuatkan Ati jadi kekok memandang.

“Kenapa?”

“Ke Ati nak kahwin dulu, lepastu baru kita bukak kedai?” seloroh Wan, seronok mengenakan.

“Ish! Apalah abang ni! Ada ke Ati cakap macam tu?”

“Cakap tu memang la tak, tapi…”

“Ha ha! Jangan nak meneka-neka.”

“Ati pun fikir benda yang sama. Ati tak rasa nak kahwin lagi, nak cari duit dulu, kerja dan berbakti pada orang tua. Bila masanya dah sampai, baru difikirkan yang lain-lainnya.”

“Betul Ati tak kisah?” soal Wan sukar untuk mempercayainya.

“Hmm, kalau dah memang ada tertulis jodoh kita, takkan lari ke mana. Cepat atau lambat tu, terpulanglah pada Dia. Kalau dah sampai masa, ada, kalau tak…”

“Kalau tak?” pintas Wan sambil terus mengeratkan genggaman.

“Kalau tak ada, maknanya memanglah tak ada.” jawap Ati dan Wan mula rasa tak sedap hati mendengarnya.

“Hah! Tak boleh jadi! Kalau macam ni, baik kita kahwin dulu. Nanti hujung minggu abang hantar rombongan.” balas Wan tegas membuatkan Ati terus mengeras sebelum segera membalas.

“Ish! Abang ni! Janganlah main-main! Kalau kena tolak baru tahu sebab Ati tak boleh bagi guarantee.”

“Tak ada guarantee! Biar benar! Dah, kalau macam tu, tak dapatlah nak repair?” balas Wan berjenaka sebelum ketawa antara suka, gembira dan bahagia. Ati tumpang sekaki, ceria dan bersenang hati.

“Sekejap! Tadi abang kata repair kan? Maksud abang apa?”

“Ooo…”

“Apa awak ingat saya ni mesin basuh? Nak kena repair-repair bagai.”

“Tengok, belum apa-apa lagi awak dah cakap saya macam tu. Awak…”

“Awak?! Kenapa Ati cakap awak? Mana pergi abang?” soal Wan mula tak tenang.

“Abang?”

“Huh! Abang dah buang!” jawabnya, buat-buat merajuk.

“Atiiii, jangannn!” balas Wan, menyesali keterlanjuran.    

 

  Sesi temuduga pengambilan pekerja baru melibatkan beberapa orang pencari kerja yang masih berusaha. Ridzwan sempat memerhatikan calon-calon yang ada menanti di kerusi sebelum bebola matanya terhenti pada seraut wajah pemuda yang dilihatnya saling tak tumpah seperti Ati.

“Siapa dia? Kenapa rupa mereka seakan sama?” bisiknya di hati sebelum menyedari akan sebuah hakikat yang mungkin dan bakal diketahui. Andai benar sangkaannya, dia akan mendapatkan jawapan pada setiap satu persoalan yang sudah terlalu lama dinanti-nantikan.

 

“Assalammualaikum…” tutur calon terakhir, pelengkap bagi proses temu duga yang dijalankan.

“Waalaikumussalam, duduk.” balas Ridzwan sambil menarik nafas dalam.

“Muhammad Ikhwan Bin Zainal. Boleh awak terangkan tentang latar belakang pendidikan dan pengalaman kerja, kalau ada.” arah Ridzwan sambil mata kekal terarah pada pemuda lingkungan awal 20an itu.

“Saya lepasan diploma pemasaran daripada UMP dan buat masa ni saya tak ada sebarang pengalaman kerja lagi. Ini baru temu duga dan pekerjaan pertama buat saya sebab baru sebulan lepas saya habis study.” jawapnya setelah berjaya menyusun kata.

“Apa kelebihan yang awak ada dan yang paling penting sekali, sejauh mana awak rasa awak mampu membantu dalam meningkatkan prestasi syarikat?” soal Ridzwan terus ingin menguji.

“Saya bersedia belajar semuanya daripada mula. Di samping itu, untuk meningkatkan pestasi syarikat, saya berpendapat, promosi jualan melalui dalam talian perlu lebih dipergiat seiring dengan perubahan teknologi yang semakin pesat. Ada macam-macam kaedah baru yang boleh diperkenalkan misalnya, pembelian tanpa sentuh, juga pembayaran secara debit yang dilihat lebih moden dan berdaya-saing.”

“Hmm…ok, boleh dipertimbangkan.” jawap Ridzwan sambil berfikir-fikir untuk melanjutkan soalan. Soalan yang paling ditunggu-tunggu.

“Daripada luar tadi saya perhatikan awak. Dan sekarang saya ada satu soalan tambahan untuk awak…”

“Awak…”

“Awak kenal dengan Izzati? Nurul Izzati binti Zulkifli?” tutur Ridzwan ingin merungkai.

“Kenal. Dia mak saudara saya. Mak saya ada cerita tentang kisah Encik dengan arwah Mak Su.”

“Arwah?” balas Ridzwan tak percaya, hampir tercabut tangkai hatinya.

“Ya, Mak Su Ati dah meninggal hampir 20 tahun dulu, selepas beberapa bulan dia menderita akibat penyakit yang tak dapat nak diubat.”

“Apa penyakitnya?”

“Kanser.” jawapan yang membuatkan Ridzwan terdiam dan tak mampu untuk meneruskan perbualan.

“Takpalah. Kalau macam tu, buat masa ni, awak balik dulu. Saya akan hubungi awak semula nanti.” tuturnya dalam usaha mententeramkan hati yang kuat bergelombang kini.

 

Jalan-jalan kenangan diselusuri dengan langkahan yang longlai, namun kekal juga digagah sehinggalah di tiba di tapak kasih dan cintanya pernah tercurah. Batang pohon cemara yang sudah berganda saiznya disentuh sebelum hatinya jadi hiba.

“Bismillahir rahmanir rahim…”

“Al-hamdu lillah hi rabbli alamin…” ungkapnya sebelum dengan tak semena-mena dia jadi sebak pula.

“Ar-rahmanir rahim…”

“Ma..ma, maliki yawmid-din…” bacaannya tersekat bila nafas tiba-tiba terasa makin berat. Serentak itu dia menekan bahagian dada yang rasa sengsara dan tak berdaya. Air mata yang cuba dikawal sejak awal tumpah juga akhirnya.

“Atiii…” rintihnya berduka dengan kenyataan yang masih cuba untuk diterima…cinta pertama, sudah lama pergi meninggalkannya.

 

“Aduh, sakit gila gigi! Dah mula bengkak dah. Tak boleh jadi. Esok kena pergi cabut ni.” tutur Safi sedang dia membelek-belek mulut dengan menggunakan cermin kecil.

“Eh! Mana boleh dicabut waktu tengah bengkak. Nanti darahnya susah nak berhenti.” tutur mak, mencelah.

“Iya ke? Dah tu macam mana? Dah dua hari dah macam ni. Nak pergi kerja pun dah rasa tak selesa.”

“Kena kurangkan bengkak tu dulu. Takpa, nanti mak tumbuk rumput semalu lepastu nanti Safi bungkus dan tepek sekat situ.” cadang mak yang sudah mula bergerak.

“Mak nak pergi mana?” soal Safi pula.

“Nak naik ke atas, nak cari semalu. Mak rasa ada mak tinggalkan hari tu. Ada ke Safi mencabutnya?”

“Tak ada.”

“Ha. Kalau tak ada, maksudnya ada lagilah tu.” jawap mak yang sudah mula bangun.

“Naik elok-elok. Lampu tu pasang.” tutur Safi mengingatkan.

“Iya.” jawap mak selesa bila tahu ada yang bimbang akan keselamatannya.

 

“Cabut gigi?” soal doktor lelaki berbangsa tiounghwa yang sudah lengkap memakai pelitup muka.

“Hmm.” balas Safi sambil menganggukkan kepala.

“Ok, kalau macam tu, you baring sini.” arahnya pada Safi yang masih berdiri.

Selesai memberi bius pada kawasan yang dirasakan bersesuaian, Safi didiamkan. Sesekali doktor tersebut bertanyakan akan keadaan.

“Ada rasa lagi?” soalnya.

“Ada.” balas Safi selesai memeriksa pipi.

“Ok, takpa. Kalau macam tu, kita tunggu lagi.” arahnya pula sebelum meletakkan semula ragum ke dalam dulang dan terus menanti.

“Ok, sekarang you rasa macam mana? Ada rasa sakit lagi?” soalnya semula, namun belumpun sempat Safi memeriksa, tangan dokor tersebut telah terlebih dahulu mendarat di bibir bawahnya. ‘Sentuhan’ yang dirasakan tidak diperlukan kerana ianya lebih kepada bentuk cubitan. Serta merta angin Safi naik sampai ke kepala menahan rasa kerana inilah kali pertama dia menerima layanan sebegitu. Oh tidak! Buat kali kedua, selepas tangannya digenggam dan diusap-usap tanpa rela oleh pemandu teksi yang dinaikinya, berketurunan sama, juga bertahun-tahun dulu.

“Tak guna! Dia ni mabuk ke apa?!” bisik Safi berteman rasa sakit hati.

“Hai, nasiblah tengah sakit gigi! Kalau tak, mesti ada yang dah tak bergigi!” gerutunya sakit hati bila maruahnya rasa dicabuli.

“Ok, sekarang you buka mulut.” arahnya pula, bersedia untuk menjalankan tugas.

“Argh!” tutur Safi perlahan, masih dapat merasakan kesakitan, biarpun bius telah diberikan. Rawatan yang cukup berbeza keadaan jika dibandingkan dengan yang diterima di hospital kerajaan. Bila dah tak tertahan, Safi menghulurkan tangan. Cengkaman pada pergelangan tangan doktor terbabit dikuatkan sebagai satu bentuk penolakan. Melihat keadaan itu, dia segera meminta pertolongan.

“Tolong! Tolong!”

“Tolong pegang dia ni!” tuturnya meminta pertolongan daripada jururawat pembantu yang ada di situ.

 

Satu jelingan dilepaskan pada doktor yang sudah turut sama keluar selesai memberikan perkhidmatan. Berteman perasan sebal, Safi akhirnya mengalihkan pandangan saat terlihat keadaan si doktor yang nampak tak berani nak bertentang mata dengannya. Mungkin takut kelakuannya sebentar tadi didedahkan pada sesiapa.

“Apalah…”

“Memang semua lelaki zaman ni, perangai macam ni? Langsung tak boleh nak tengok perempuan?”

“Bila tengok perempuan, mulalah nak mengambil kesempatan. ”

“Takpa Safi, anggap je yang dia tengah mabuk.” bisiknya di hati, kecewa. Membesar-besarkan? Itu memang tak pernah menjadi kebiasaan.

 

Previous: Bab111b
Next: Bab113a

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.