Home Novel Cinta Cerita Kita
Bab108b

“Dia gadis bertudung merah,”

“Hatiku tergoda tergugah.”

“Tak cuma parasnya yang indah…”

“Dia baik dia solehah.”

 

“Dia gadis berkerudung merah,”

“Bawalah diriku padanya.”

“Takkan habisku berdoa,”

“Jadi kekasih halalnya.” alun Rasman kuat lagi nyaring untuk menarik perhatian Safi yang sedang duduk berjuntai diatas besi palang kandang.

“Rasman, Rasman…”

“Apalah yang aku nak buat dengan kau ni…” bisiknya sebelum mengeluh sendiri. Tudung merah yang sesekali bergoyang dibawa angin segera dipegang supaya tak terbang.

“Assalammualikum sayang…” sapanya waktu tiba setelah mengambil tempat di sebelah Safi.

“Jauh sikit! Nanti kalau orang nampak, entah apa pulak yang mereka borak.” arah Safi mahu menjaga batasannya dan Rasman pantas mengikut arahan.

“Sayang…”

“Sayang?!”

“Iyalah sayang. Kenapa? Kau tak suka aku panggil kau sayang?”

“Haruslah! Lagipun kita bukannya ada apa-apa! Dahtu, kenapa pulak nak bersayang-sayang?” balas Safi tak puas hati.

“Tapi…” jawap Rasman dah mula mengendur.

“Man, aku bukan tak suka kau. Tapi aku ni. Aku tak sedia lagi, tapi kau dah cakap cinta, sayang macam ni, takut aku dengar. Walaupun aku tahu yang kau hanya main-main…”

“Siapa kata aku main-main? Kenapa? Kau tak percaya pada aku?” pintasnya menyoal.

“Bukan macam tu, cuma…”

“Ya-Allah kau ni Man. Macam manalah aku nak cakap baru kau boleh faham?”

“Aku…”

“Kau tak suka lelaki?!” pintas Rasman segera.

“Gila kau! Dah tu kau ingat aku ni apa? Orang tak berguna?” balas Safi dah mula ketawa.

“Ha, macam tu! Barulah manis.” tutur Rasman, turut ketawa.

“Safi, jadilah kekasih aku!” pintanya tak mahu beralah, membuatkan muka Safi terus berubah merah.

“Tahu tak lagu yang aku nyanyi tadi lagu apa?” soalnya semula dan serentak itu Safi menggelengkan kepala.

“Kekasih Halal, nyanyian band satu kampung dengan aku. Aku suka lagu tu…”

“Dia gadis berkerudung merah,”

“Hatiku tergoda tergugah…” belumpun sempat disambung. Safi dah mencelah.

“Tergugah tu apa?” soalnya.

“Tergugah tu maknanya…” terang Rasman. Selesai menjelaskan dia menyambung semula nyanyian dan Safi kekal memberikan perhatian.

 

 “Assalamualaikum…” tuturnya saat tiba di muka pintu. Mak yang sedia menanti sejak tadi rasa lega di hati.

“Waalaikumussalam…”

“Lambat Safi balik hari ni, dah lepas Maghrib. Risau mak. Baru ingat nak telefon tadi.” balas mak yang ada berdiri disitu.

“Hari ni kami timbang lembu. Itu yang makan masa sikit. Lagipun kan dah dekat musim raya haji ni, dah tak sampai sebulan dah.”

“Bagi senang, kalau ada pembeli datang, dah tahu beratnya.” terang Safi yang sedang mencapai mangga pintu dan menguncikannya.

“Mak dah sembahyang?” soal Safi pula.

“Belum lagi. Baru ingat nak pergi ambil air sembahyang tadi. Tiba-tiba dengar bunyi kereta Safi, itu yang tak jadi.”

“Jomlah kita sembahyang dulu. Lepastu nanti kita makan.” arah mak yang sudah mula membuka langkahan.

“Mak masak apa? Kita makan apa malam ni?”

“Tadi mak masak gulai lemak kacang botol dengan telur itik. Kacang botol yang Safi tanam dekat atas tu, dah banyak buahnya. Itu yang mak ambik buat masak.”

“Wah! Sedaplah. Tapi, ada tak yang mentah lagi? Ada lagi yang tinggal? Sebab Safi suka buat ulam.”

“Ada. Ada mak tinggalkan yang muda-mudanya. Tu, ada dekat bawah tudung saji tu, mak dah sediakan. Dahlah, jom kita sembahyang dulu. Siap sembahyang nanti baru kita makan.” tutur mak lagi menyatakan perancangan.

“InsyaAllah…” bisik Safi di dalam hati, melengkapkan.

 

Previous: Bab108a
Next: Bab 109

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.