Home Novel Cinta CINTA DI PERDU HATI
CINTA DI PERDU HATI
Raiza Khairina
21/4/2013 00:09:31
29,858
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Petikan bab...gundah gulana di hati Suhaila.

WAJAH ceria Suhaila berubah warna. Tiada angin, ribut dan taufan muram di paras menawan itu telah mencuri perhatian Wafhi. Panggilannya tidak bersambut, ‘sms’ tidak dijawab, dia jadi penasaran. Bagai terngiang-ngiang pula pesanan ibu Suhaila di cuping telinganya agar mengikut ke mana saja gadis itu pergi. Semenjak dua menjak ini si gadis gemar berahsia. Ibu mana tidak risau perubahan sikapnya, mendadak sahaja.

Abang.... apa sebenarnya yang abang nak cakap ni? Jangan nak buat Sue macam nie!” Suara Suhaila sudah berubah nada. Dia jadi kurang sabar dengan sikap Wafhi itu.

“Tengok! Sue yang abang kenal tak pandai nak marah-marah sesuka hati dia. Tapi, Sue yang duduk bertentangan dengan abang ni dah lain.”

Berubah air muka Intan Suhaila ditempelak begitu oleh Wafhi.

“Maaflah kalau kata-kata abang tadi menyinggung perasaan Sue. Abang cuma mengambil berat hal kamu. Salah ke?”

“Memang tak salah. Tapi, cara abang tu buat Sue marah.” Wafhi tersengih.

“Abang baru aje nak bertanya, kamu dah marah-marah.” Suhaila mengerling dengan hujung matanya. Dia diam. Malas hendak membalas kata Wafhi lagi.

“Kalau pun Sue ada masalah berkaitan peribadi jangan campuradukkan dengan kerja. Tak boleh macam tu.”

“Apa yang abang tahu, yang Sue tak tahu?”

“Betul kan, tekaan abang? Sue ada krisis dengan seseorang? Sampai bila Sue nak tanggung penderitaan yang Sue alami sendirian? Salahkah abang nak tahu?”

Kelopak mata Intan Suhaila bergenangan. Fikirannya kusut semenjak dua menjak ini. Masalah datang bertimpa-timpa.

“Tak ada masalah yang tak dapat diselesaikan. Sue ada masalah dengan Fikri lagikah?” Wafhi menyambung kata.

Suhaila menggelengkan kepalanya.

“Sue tak percayakan abang?”

“Sekali Sue percayakan abang, sampai bila-bila Sue akan percayakan abang.”

So... apa ditunggu lagi. Ceritakanlah pada abang. Mana tahu abang boleh tolong.”

“Memang Sue adaproblem dengan seseorang. Kami kenal dah lama. Kenalan Sue semasa di universiti dulu. Dia tipu Sue. Dalam duk kata sayang dekat Sue... dia adaaffair dengan orang lain. Bukan mainglamour lagi perempuan tu.”

Akhirnya meluncur laju dari seulas bibirnya apasebenarnya yang menjadi tanda tanya di benak Wafhi selama ini.

“Sue masih sayang kan dia?” Menggeleng.

“Kalau tak sayang kenapa perlu cemburu? Bukankah cemburu tu tanda sayang?”

“Sue... tak pernah meletakkan harapan pada hubungan ini. Sue takut, Sue akan kecewa. Walaupun dah lama kenal, kami masih di peringkat mengenali hati budi. Nah! Sudahnya Sue kecewa jugak akhirnya kerana selama ini dia yang Sue percaya, rupa-rupanya tidak ikhlas dengan kata-katanya. Sue tertipu.”

‘Benarlah tekaan ku selama ini. Lelaki yang minum bersama Sue di restoran Mc Donald tempoh hari adalah teman istimewa Sue. Ah! Dengan sesiapa pun Sue berkawan, abang tetap sayangkanmu. Cuma, Sue saja tak tahu apa yang ada di hati abang ni.’ Rintih hati Wafhi pilu.

Empangan air mataSuhaila pecah juga. Berderaian air mata mengalir membasahi pipinya. Wafhi menghampiri Suhaila. Ditepuk-tepuk belakang Suhaila dengan penuh rasa sayang. Ingin rasanya dia memeluk gadis itu supaya lebih selesa menghamburkan rasa sedih di dalam pelukannya. Namun, tidak tergamak dia melakukannya kerana Suhaila bukan muhrimnya.

Setelah tangisanSuhaila mereda, baharulah mereka menyambung perbualan yang terhenti tadi.

So, apa tindakan Sue?”
“Entahlah bang. Dia datang jumpa Sue semalam. Dia marah-marah Sue. Tak tahulah apa nak buat. Sue malas nak kaitkan dia dengan model lawa tu. Dia sendiri tahukan, apa yang dia nak. Siapalah Sue ni, pada dia.”

Wafhi tersenyum.

‘Siapa kata Sue bukan siapa-siapa. Sue istimewa pada pandangan abang. Kalaulah Sue tahu apa yang abang rasa sekarang, tidaklah Sue tertekan kerana lelaki lain.’ Bisik hati kecil Wafhi.

“Tak payahlah Sue layan dia. Buat apa pedulikan dia. Abang kan ada.”

“Maksud abang, apa?”

Wafhi ketawa senang. Bertambah hairan dibuatnya Suhaila.

“Buang tabiat ke apa abang ni. Ketawa-ketawa pulak.”

Suhaila mengerling geram. Namun, hatinya menjadi semakin geram. Sesudah ketawa, Wafhi tersenyum-senyum pula sambil memandangnya. Suhaila bangkit daripada duduknya. Dia menuju ke tempat parkir kereta tanpa memandang Wafhi lagi.

Dengan pantas lengan Intan Suhaila dipautnya.

“Eh! Adik abang ni. Nak merajuk-merajuk pulak. Abang ketawa pun tak boleh.”

“Mestilah Sue bengang. Kitaserius dia main-main pulak.”

“Dah... toksah nak sedih-sedih lagi. Bila tengok Sue marah-marah macam ni, buat abang geram nak peluk adalah. Maklumlah...”

“Maklumlah apa?” Belum pun sempat Wafhi menghabiskan kata-katanya, Suhaila mencelah.

“Sue nampak semakin cantik.”

“Ish! Mengada-ngada pulak abang ni.”

Suhaila mengukir senyuman. Dia senang dengan lawak spontan yang dibuat Wafhi itu. Sekurang-kurangnya dalam keadaan runsing itu, hatinya terhibur.

Setelah tempat duduk di bawah pokok yang merendang di tepi tasik diduduki orang, pasangan itu menyusuri tepian tasik pula. Angin petang yang menghembus telah membangkitkan suasana romantis di antara mereka. Keheningan hadir mengisi ruang. Masing-masing mendiamkan diri. Suhaila tidak tahu apa yang difikirkan Wafhi. Begitu juga Wafhi tidak tahu apa yang difikirkan Suhaila.

Suasana hening tiba-tiba. Wafhi membiarkanSuhaila melayan fikirannya. Membiarkan Suhaila menenangkan jiwanya sendiri.

“Abang pernah bercinta?” terlontar pertanyaan itu tanpa disangka-sangka.

Sudah pastilah Wafhi terkejut. Apatah lagi dia yakin dia tidak bersedia untuk menjawabnya.

“Perlukah Sue tahu?”Suhaila mengangguk.

Wafhi menarik nafas dan melepaskannya perlahan-lahan. Buat seketika dia mencari kekuatan diri. Sudah lama dia menguburkan rasa cinta yang bertamu buat seorang gadis idaman hatinya beberapa tahun yang lalu. Kini... dia perlu mengenang kembali kenangan yang sudah lama cuba dilupainya itu. Meskipun sakit, namun Suhaila perlu tahu sejarah cinta pertamanya yang tidak kesampaian itu.

“Abang pernah sayang seseorang. Lama dulu... masa... er... Sue masa tu baru habis SPM. Lebih kurang setahun jugaklah. Tapi, setelah kami berjanji sehidup semati, kepercayaan abang pada dia hilang sebab, dia curang dengan abang. Abang tak boleh terima,” jawab Wafhi.

“Kenapa boleh jadi macam tu?”

“Dipendekkan cerita, sikapnya berubah. Abang tak puas hati dengan alasan yang dia berikan. Jadi, abang cuba selidik. Satu malam abang berharap sangat nak jumpa dia. Dia mengelak. Abang intip dia dalam diam. Rupa-rupanya dia keluar dengan lelaki lain. Sejak hari tu... abang tak lagi berminat nakcontact dia. Sakit hati ni belum habis.”

Ada genangan air mata di pelupuk mata Wafhi. Suhaila menyedari itu.

“Maafkan Sue... bang. Kerana Sue abang ungkit kisah lama abang.”

It’s okay. Never mind,” ujar Wafhi sambil tersenyum.

“Lupakan sesuatu yang telah menyakitkan hati kita. Mulakan hidup baru,” kata Wafhi sambil mencuit hidung Suhaila.

Wafhi menarik lengan kiri Suhaila supaya gadis itu menyaingi langkahnya. Sudah lama benar mereka mengambil angin di sekitar tasik. Dia ingin pulang ke rumah. Berehat dan sebagainya lagi.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.