Home Novel Cinta CINTA DI PERDU HATI
CINTA DI PERDU HATI
Raiza Khairina
21/4/2013 00:09:31
30,161
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Sinopsis

Sinopsis Cinta Diperdu Hati

Mimpi jadi nyata...

Kau titipkan rindu dihatiku!

Mengisahkan Suria redho, jodoh pertemuan, ajal maut ditangan Tuhan. Intan Suhaila memendam rasa. Benci pada bapa sendiri kerana menceraikan ibunya saat ibu menderita penyakit misteri. Hati mana mahu menerima, sikap bapa berubah sekelip mata. Dirinya tidak lagi diakui sebagai anak.

Keluarganya membawa Suria berubat. ketika dlm proses perubatan itulah baru diketahui Suria terkena buatan sihir. Sebaik pulih dri sakitnya, Suria bergiat aktif menjadi pengedar syarikat jualan langsung. Dengan sedikit modal yang dia ada, dia menyewa sebuah kedai kecil untuk memasarkan barangan kesihatan.

Intan Suhaila kecewa. Jiwa remajanya semakin tergugat. Hati kecilnya tercuit apabila orang tuanya tidak lagi bersama. Bencinya pada bapa bertambah-tambah, setelah abang kandungnya pula meninggal dunia akibat kemalangan ngeri yang meragut nyawanya.

Tahun berganti tahun, giliran Intan Suhaila pula menamatkan pengajiannya. Perniagaan Suria pula meningkat maju sehingga mampu mengusahakan sebuah restoran yang mengenengahkan resepi-resepi berasaskan herba.

Haji Fuad selaku bapa saudaranya menawarkan pekerjaan sebagai juruakaun di syarikatnya.Intan Suhaila menerimanya dengan berat hati. Di situlah dia bertemu semula dengan saudara tirinya. Konflik mulai terjadi antara Intan dengan saudara-saudara tirinya.

Manakala bapanya pula didapati hilang, sebaik difitnah menggelapkan duit syarikat. Tiada siapa yang tahu Ibrahim dibawa Haji Fuad tinggal di kampung halamannya di Perak. Di Perak, Ibrahim menjalani rawatan tradisional yang mana Haji Fuad sudah lama mengesyaki Ibrahim turut mengidap penyakit misteri yang dideritai Suria suatu ketika dulu.

Alif Wafhi cuba menyayangi Intan Suhaila lebih dari seorang adik. memandangkan mereka membesar bersama-sama. Nntuk mengubah perasaan menjadi sebaliknya adalah terlalu sukar buatnya. namun, dalam diam dia jadi cemburu dengan kehadiran teman baik Intan Suhaila di Universiti iaitu Shamsul Anuar.

Apa sebenarnya yang berlaku dalam keluarga Intan Suhaila? Aliff Wafhi dan Shamsul Anuar, siapakah yang berjaya merebut kasih Intan Suhaila? Sinopsis cerita Cinta Diperdu Hati yang sudah bersiaran di Ilham.

Next: Prolog

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.