Home Novel Cinta CINTA DI PERDU HATI
CINTA DI PERDU HATI
Raiza Khairina
21/4/2013 00:09:31
30,157
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Petikan bab... Gelisah hati

‘Tahulah nasib kau Ibrahim, bila kau pulang nanti. Kau takkan terlepas dari genggaman aku. Kau ingat senang, nak lupakan semuanya?’

Dia syak, Ibrahim dalam diam tanpa pengetahuannya telah pergi berubat. Yakin benar, rahsianya kini berjaya dihidu oleh orang terdekat. Siapa lagi yang disyakinya kalau bukan bekas madunya itu.

Ketidakpuasan hati yang dipendam terhadap bekas madunya itu telah membunuh rasa belas kasihan di dalam dirinya. Segalanya disebabkan api dendam yang diciptanya sendiri kembali menghantui dirinya.

‘Aku takkan biarkan Ibrahim datang menemuimu Suria. Aku takkan biarkan! Kau tunggu nasib kau Suria. Kau tunggu!’ Jerit Puan Fauziah di hadapan cermin bingkai di meja soleknya.

Penyakit hati, seperti rasa dendam, iri hati, dan dengki yang menguasai hati Puan Fauziah sudah sampai ke tahap membimbangkan. Dia lupa pada kekuasaan Allah yang mengatasi segala kekuasaan. Barangkali dia sepatutnya beringat, bahawa harta benda dan kedudukan yang bersifat duniawi itu selamanya tidak kekal. Paling jauh dan lama, sepanjang hidupnya sahaja, bahkan mungkin sebelum itu.

“ADA apa mama nak jumpa dengan Farah nie? Sekarang kan waktu kerja?”

Farah menyapa mamanya sebaik sahaja menemui mamanya di lobi, tempat kerjanya. Dia melihat sekeliling, bimbang ada yang melihatnya kelibatnya di situ bersama mamanya. Dia tidak bersedia untuk memperkenalkan mamanya kepada sesiapa pun rakan sepejabatnya. Lebih daripada itu, dia juga tidak mahu dituduh main-main sewaktu bekerja. Cukuplah sekali bulan lepas dia dikenakan tindakan disiplin kerana gagal menyiapkan laporan kewangan syarikat seperti mana yang dikehendaki majikannya.

“Mama perlukan duit, sayang!”

Farah menjegilkan matanya sambil memeluk tubuh.

“Mama ni... kan sejumlah wang dimasukkan ke akaun mama setiap bulan? Tak cukup lagi ke duit yang Pak Cik Mail bagi tu?”

Meskipun perlahan, kerasnya nada suara Farah menampar cuping telinga Fauziah. Dia menelan air liurnya. Terasa pahit.

“Duit belanja tu untuk bayar ansuran kereta, buat bayar bil telefon, api, air lagi, buat belanja Faizah lagi. Selebihnya untuk belanja dapur. Manalah cukup,” kata Fauziah.

“Mama kata tak cukup? Mama buat apa dengan RM5,000 setiap bulan tu? Bayar ansuran kereta tak sampai RM1,000 sebulan. Rumah pulak... sewa tak kena bayar. Cukup apa untuk buat belanja dapur, bayar bil semua dan lebih daripada cukup untuk menabung.”

‘Manalah cukup. Setiap minggu mama ada macam-macam aktiviti. Pergi spa dengan kawan-kawan mama yang ada status. Pergi seminar kawan mama yang masing-masing punya nama dalam business. Kadang-kadang mama beli aksesori mahal semata-mata nak jaga harga diri mama di mata kawan-kawan mama tu. Adakalanya hendak menjaga hati kawan-kawan mama, mama beli produk yang dijual dia orang tu. Ish! Takkanlah aku nak kena bagitahu anak aku, apa yang aku buat dengan duit belanja tu. Tak pasal-pasal kena sembur dengan anak sendiri.’ Detik hati Fauziah.

“Kenapa mama diam?”

“Hujung minggu ni mama ada dinner dengan kawan mama. Mama tempah baju baru. Tapi, mama nak kena jelaskan bayaran esok. Duit mama tak cukup.”

“Berapa harga baju mama tu?”

Mendengar kata-kata anak gadisnya itu, wajah Fauziah ceria sedikit.

“Tak mahal... RM1,500 aje. Nanti bila mama ada duit lebih mama bayarlah balik.”

“RM1,500 mama kata murah. Mama... seumur hidup Farah tak pernah pakai baju semahal tu. Mama bukan main lagi.”

Merah padam wajah Farah. Langsung tidak menyangka mamanya sendiri sanggup berhabis duit semata-mata kerana sepasang baju.

“Nanti mama gantilah balik duit Farah tu. Mama pinjam aje.” Fauziah memujuk rayu anaknya lagi.

“Habis tu, pinjaman bulan lepas bila mama nak bayar?”

“Farah nak tolong mama ke tidak ni?” pertanyaan berbalas pertanyaan juga.

“Kalau Farah kata tak, macam mana?”

Farah masih lagi berteka-teki dengan mamanya.

Saat itu Farah terpandang kelibat seorang anak muda yang sedang menapak keluar dari pintu lift. Farah kenal lelaki itu. Rakan sejabatannya yang berjaya mencuri hatinya.

Wajah cemberut mamanya dipandang sekali lalu.

“Yelah... yelah, kali ini Farah tolong mama. Tapi, untuk kali nie aje. Lain kali pandai-pandailah mama ikhtiar sendiri. Tapi, sekarang ni Farah tak ada cash. Farah bank ini je nanti.”

“Bila tu?” tanya Fauziah tidak sabar.

“Petang-petanglah lepas waktu kerja.”

“Betul ke Farah?

“Betullah mama. Cepatlah mama balik... ikut pintu belakang. Boss Farah ada dekat depan.”

Farah berbohong. Dia menarik lengan mamanya menuju pintu belakang lobi syarikat.

Sebaik sahaja mamanya hilang dari pandangan mata Farah, anak muda yang dikenali Farah tadi, menapak ke arahnya.

“Eh, Farah... buat apa you dekat sini?”

Farah terjerit kecil kerana terkejut dengan sapaan lelaki itu.

Sorry... tak sengaja,” jawab lelaki itu sambil tersenyum.

Never mind... ada orang jumpa I tadi sampaikan pesan. Dia dah balik dah.”

“Pesan?”

“Kawan mama I kut. Pesan sesuatu... suruh I bagitahu mama I.”

Entah ke berapa kali dia menipu. Dia tiada pilihan kerana bimbang lelaki itu akan memandang serong kepadanya. Perkenalan mereka masih baharu bermula. Dia tidak mahu disebabkan hal sekecil itu, impiannya tidak kesampaian.

You ni... keluar waktu kerja ni tak apa ke?”

“Karang tak pasal-pasal kena lagi macam mana?” tanya anak muda itu.

You tolong I lah kali ni, Zam. Janganlah kasi tau sapa-sapa, okey?”

“Okey... janji you temankan I malam ni.”

“Oh... never mind. Kita nak ke mana?”

“Adalah... rahsia.”

“Oh... nak berahsia pulak.”

“Malam nanti you tahulah tempat tu. Istimewa untuk you,” jawab Zamri sambil tersenyum. Senyuman itulah yang menawan hati Farah.

“Apa-apa jelah you ni.”

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.