WAJAH
ceria Suhaila berubah warna. Tiada angin, ribut dan taufan muram di
paras menawan itu telah mencuri perhatian Wafhi. Panggilannya tidak
bersambut, ‘sms’ tidak dijawab, dia jadi penasaran. Bagai
terngiang-ngiang pula pesanan ibu Suhaila di cuping telinganya agar
mengikut ke mana saja gadis itu pergi. Semenjak dua menjak ini si
gadis gemar berahsia. Ibu mana tidak risau perubahan sikapnya,
mendadak sahaja.
“Abang....
apa sebenarnya yang abang nak cakap ni? Jangan nak buat Sue macam
nie!” Suara Suhaila sudah berubah nada. Dia jadi kurang sabar
dengan sikap Wafhi itu.
“Tengok!
Sue yang abang kenal tak pandai nak marah-marah sesuka hati dia.
Tapi, Sue yang duduk bertentangan dengan abang ni dah lain.”
Berubah
air muka Intan Suhaila ditempelak begitu oleh Wafhi.
“Maaflah
kalau kata-kata abang tadi menyinggung perasaan Sue. Abang cuma
mengambil berat hal kamu. Salah ke?”
“Memang
tak salah. Tapi, cara abang tu buat Sue marah.” Wafhi tersengih.
“Abang
baru aje nak bertanya, kamu dah marah-marah.” Suhaila mengerling
dengan hujung matanya. Dia diam. Malas hendak membalas kata Wafhi
lagi.
“Kalau
pun Sue ada masalah berkaitan peribadi jangan campuradukkan dengan
kerja. Tak boleh macam tu.”
“Apa
yang abang tahu, yang Sue tak tahu?”
“Betul
kan, tekaan abang? Sue ada krisis dengan seseorang? Sampai bila Sue
nak tanggung penderitaan yang Sue alami sendirian? Salahkah abang nak
tahu?”
Kelopak
mata Intan Suhaila bergenangan. Fikirannya kusut semenjak dua menjak
ini. Masalah datang bertimpa-timpa.
“Tak
ada masalah yang tak dapat diselesaikan. Sue ada masalah dengan Fikri
lagikah?” Wafhi menyambung kata.
Suhaila
menggelengkan kepalanya.
“Sue
tak percayakan abang?”
“Sekali
Sue percayakan abang, sampai bila-bila Sue akan percayakan abang.”
“So...
apa ditunggu lagi. Ceritakanlah pada abang. Mana tahu abang boleh
tolong.”
“Memang
Sue adaproblem
dengan seseorang. Kami kenal dah lama. Kenalan Sue semasa di
universiti dulu. Dia tipu Sue. Dalam duk kata sayang dekat Sue... dia
adaaffair
dengan orang lain. Bukan mainglamour
lagi perempuan tu.”
Akhirnya
meluncur laju dari seulas bibirnya apasebenarnya
yang menjadi tanda tanya di benak Wafhi selama ini.
“Sue
masih sayang kan dia?” Menggeleng.
“Kalau
tak sayang kenapa perlu cemburu? Bukankah cemburu tu tanda sayang?”
“Sue...
tak pernah meletakkan harapan pada hubungan ini. Sue takut, Sue akan
kecewa. Walaupun dah lama kenal, kami masih di peringkat mengenali
hati budi. Nah! Sudahnya Sue kecewa jugak akhirnya kerana selama ini
dia yang Sue percaya, rupa-rupanya tidak ikhlas dengan kata-katanya.
Sue tertipu.”
‘Benarlah
tekaan ku selama ini. Lelaki yang minum bersama Sue di restoran Mc
Donald tempoh hari adalah teman istimewa Sue. Ah! Dengan sesiapa pun
Sue berkawan, abang tetap sayangkanmu. Cuma, Sue saja tak tahu apa
yang ada di hati abang ni.’ Rintih hati
Wafhi pilu.
Empangan
air mataSuhaila pecah juga. Berderaian air
mata mengalir membasahi pipinya. Wafhi menghampiri Suhaila.
Ditepuk-tepuk belakang Suhaila dengan penuh rasa sayang. Ingin
rasanya dia memeluk gadis itu supaya lebih selesa menghamburkan rasa
sedih di dalam pelukannya. Namun, tidak tergamak dia melakukannya
kerana Suhaila bukan muhrimnya.
Setelah
tangisanSuhaila mereda, baharulah mereka
menyambung perbualan yang terhenti tadi.
“So,
apa tindakan Sue?”
“Entahlah bang. Dia datang jumpa Sue
semalam. Dia marah-marah Sue. Tak tahulah apa nak buat. Sue malas nak
kaitkan dia dengan model lawa tu. Dia sendiri tahukan, apa yang dia
nak. Siapalah Sue ni, pada dia.”
Wafhi
tersenyum.
‘Siapa
kata Sue bukan siapa-siapa. Sue istimewa pada pandangan abang.
Kalaulah Sue tahu apa yang abang rasa sekarang, tidaklah Sue tertekan
kerana lelaki lain.’ Bisik hati kecil Wafhi.
“Tak
payahlah Sue layan dia. Buat apa pedulikan
dia. Abang kan ada.”
“Maksud
abang, apa?”
Wafhi
ketawa senang. Bertambah hairan dibuatnya
Suhaila.
“Buang
tabiat ke apa abang ni. Ketawa-ketawa pulak.”
Suhaila
mengerling geram. Namun, hatinya menjadi semakin geram. Sesudah
ketawa, Wafhi tersenyum-senyum pula sambil memandangnya. Suhaila
bangkit daripada duduknya. Dia menuju ke tempat parkir kereta tanpa
memandang Wafhi lagi.
Dengan
pantas lengan Intan Suhaila dipautnya.
“Eh!
Adik abang ni. Nak merajuk-merajuk pulak. Abang ketawa pun tak
boleh.”
“Mestilah
Sue bengang. Kitaserius
dia main-main pulak.”
“Dah...
toksah nak sedih-sedih lagi. Bila tengok Sue marah-marah macam ni,
buat abang geram nak peluk adalah. Maklumlah...”
“Maklumlah
apa?” Belum pun sempat Wafhi menghabiskan kata-katanya, Suhaila
mencelah.
“Sue
nampak semakin cantik.”
“Ish!
Mengada-ngada pulak abang ni.”
Suhaila
mengukir senyuman. Dia senang dengan lawak spontan yang dibuat Wafhi
itu. Sekurang-kurangnya dalam keadaan runsing itu, hatinya terhibur.
Setelah
tempat duduk di bawah pokok yang merendang di tepi tasik diduduki
orang, pasangan itu menyusuri tepian tasik pula. Angin petang yang
menghembus telah membangkitkan suasana romantis di antara mereka.
Keheningan hadir mengisi ruang. Masing-masing mendiamkan diri.
Suhaila tidak tahu apa yang difikirkan Wafhi. Begitu juga Wafhi tidak
tahu apa yang difikirkan Suhaila.
Suasana
hening tiba-tiba. Wafhi membiarkanSuhaila
melayan fikirannya. Membiarkan Suhaila menenangkan jiwanya sendiri.
“Abang
pernah bercinta?” terlontar pertanyaan itu tanpa disangka-sangka.
Sudah
pastilah Wafhi terkejut. Apatah lagi dia
yakin dia tidak bersedia untuk menjawabnya.
“Perlukah
Sue tahu?”Suhaila mengangguk.
Wafhi
menarik nafas dan melepaskannya perlahan-lahan. Buat seketika dia
mencari kekuatan diri. Sudah lama dia menguburkan rasa cinta yang
bertamu buat seorang gadis idaman hatinya beberapa tahun yang lalu.
Kini... dia perlu mengenang kembali kenangan yang sudah lama cuba
dilupainya itu. Meskipun sakit, namun Suhaila perlu tahu sejarah
cinta pertamanya yang tidak kesampaian itu.
“Abang
pernah sayang seseorang. Lama dulu... masa... er... Sue masa tu baru
habis SPM. Lebih kurang setahun jugaklah. Tapi, setelah kami berjanji
sehidup semati, kepercayaan abang pada dia hilang sebab, dia curang
dengan abang. Abang tak boleh terima,” jawab Wafhi.
“Kenapa
boleh jadi macam tu?”
“Dipendekkan
cerita, sikapnya berubah. Abang tak puas hati dengan alasan yang dia
berikan. Jadi, abang cuba selidik. Satu malam abang berharap sangat
nak jumpa dia. Dia mengelak. Abang intip dia dalam diam. Rupa-rupanya
dia keluar dengan lelaki lain. Sejak hari tu... abang tak lagi
berminat nakcontact
dia. Sakit hati ni belum habis.”
Ada
genangan air mata di pelupuk mata Wafhi. Suhaila menyedari itu.
“Maafkan
Sue... bang. Kerana Sue abang ungkit kisah lama abang.”
“It’s
okay. Never mind,” ujar Wafhi sambil
tersenyum.
“Lupakan
sesuatu yang telah menyakitkan hati kita. Mulakan
hidup baru,” kata Wafhi sambil mencuit hidung Suhaila.
Wafhi
menarik lengan kiri Suhaila supaya gadis itu
menyaingi langkahnya. Sudah lama benar mereka mengambil angin di
sekitar tasik. Dia ingin pulang ke rumah. Berehat dan sebagainya
lagi.