Home Novel Seram/Misteri KEJAM
KEJAM
nurmazunie razif
2/5/2017 21:09:03
51,607
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 8

Bab 8


Di dalam kereta Mitsubishi Triton VGT GS kepunyaan Doktor Nazmi dihentian R&R.


"Nilam bangun,woi bangun!" jerit Erin di sebelah telinga Nilam yang duduk di kerusi hadapan penumpang. Kepala Nilam yang terlentok membolehkan Erin melihat jelas wajah sahabatnya itu.Wajah Nilam berpeluh-peluh seperti baru selesai melakukan larian bermaraton .


"Woii! Bangun! Jangan takutkan aku!".


Erin begitu cemas melihat Nilam menjerit seperti meracau di dalam tidur. Bergema kereta tersebut dengan suara Nilam yang nyaring bagaikan mahu tercabut jantungnya apabila Nilam menjerit tidak tentu pasal. Ish, rasa mahu sahaja ditamparnya Nilam sekuat hati, biar sahabatnya itu sedar dari lena yang panjang siang-siang hari.


"Siang siang hari pun boleh mengigau,...".Erin mengeleng-gelengkan kepala.


Erin sebenarnya dah mula masak dengan perangai sahabatnya itu. Sejak akhir-akhir ini Nilam sering menunjukkan tingkah-laku yang menjengkelkan. Kadang-kadang masa kerja pun Nilam boleh sesuka hatinya tidur. Kalau setakat tidur sahaja tidak mengapa, ini asyik mengigau sehinggakan satu bilik jururawat boleh mendengarnya.


"Nilam bangun,woi bangun!" Sekali lagi Erin menjerit di sebelah telinga Nilam, namun masih lagi tidak mendatangkan hasil.


Erin mengoncang pula bahu dan menampar  pipi Nilam dengan agak kasar sehingga pipi Nilam   kelihatan kemerah-merahan. Tiada perasaan bersalah langsung di hati Erin memperlakukan Nilam sebegitu. Biar igauan sahabatnya segera terbejat.


Nilam terpinga-pinga dan terpisat-pisat bangun. Dia mamai seketika. Nilam memegang pipi kanannya kerana terasa agak perit dan pedih .Dia menoleh ke belakang dan memandang Erin agak lama.  Nilam mengeluh perlahan. Dengan badan yang sengaja dipusing mengadap Erin, Nilam memerhatikan Erin dengan pandangan kelegaan yang tergambar di wajahnya.


"Kau hidup lagi Erin, syukur alhamdulillah" Nilam mencubit-cubit tangan Erin sehingga perempuan itu mengaduh kesakitan.


"Woi, apa ni...cubit-cubit sakitlah, bila pula aku mati?" Erin menyergah Nilam dengan wajah yang mencuka.


"Kau tu, tidur tak kira tempat, sana sini asyik nak tidur je....lepas tu terjerit-jerit, kau mimpi apa?atau kau kena kacau?" marah Erin sambil menepuk-nepuk bahu Nilam dari kerusi belakang kereta.


"Kau kena tindih dengan hantu tindih ye, hehehehe" Erin menyakat pula.


"Lancang betul mulut kau Erin!" Nilam membalas kata-kata Erin sambil menjeling tajam ke arah sahabatnya itu sebagai tanda meluat. Malas nak layan!


Erin pula cuma tersengeh-sengeh. Bukannya apa geram betul rasanya apabila Nilam seringkali memperkatakan perihal yang tidak-tidak. Adakalanya Erin seperti melihat Nilam berada di dalam keadaan trauma. Trauma kerana takutkan sesuatu. Apabila ditanya, jawapannya sama iaitu bayangan nenek tua dan suara hilaian yang acapkali menakutkan Nilam. Alahai, hebat sungguh penangan nenek tua dan suara jahanam itu sehingga Nilam terbawa-bawa  ke dalam mimpi. 


"Uhhh".


Erin mengeluh perlahan. Dia berdoa di dalam hati semoga Nilam dilindungi ALLAH dari segala perkara buruk dan semoga perjalanan mereka untuk ke sempadan siam baik-baik sahaja serta dijauhkan dari malapetaka.

Nilam memandang kosong bangunan yang dipenuhi manusia di hadapan matanya. Mimpi yang baru sebentar tadi dialaminya, menjelma kembali di ruang ingatan. Di dalam mimpi itu, dia bertemu Nenek Anong serta kematian tragis sahabatnya Erin. Erin dibunuh dengan kejam. Selepas itu dia terhumban ke dalam gaung yang curam dari puncak yang tinggi sehingga ketakutan menguasai diri .Masih Nilam terasa tubuhnya melayang layang bagaikan sehelai kertas .


"Nasib baik cuma mimpi" Nilam bersyukur, hanya mimpi ngeri yang dialaminya. Cuma mainan tidur.


"Erin, tadi aku bermimpi" Nilam terasa seperti mahu berkongsi mimpinya dengan Erin. 


Nilam mahu melepaskan perasaan tidak sedap hatinya kepada seseorang. Dia takut jika mimpinya menjadi kenyataan. Dia tidak sanggup kehilangan Erin. Tiba-tiba kelopak matanya digenangi air jernih. Lantas cepat-cepat Nilam menyekanya. 


"Kau mimpi nenek tua lagi kan!?" Erin menduga. 


"Betul tapi kali ini lain" Nilam merenung wajah polos Erin yang membuat mimik muka hairan.


"Lain yang macammana pula? Setahu aku, kau akan mimpi nenek tua yang ketawa mengilai-ngilai, macam pontianak, lepas tu kau pula yang akan terjerit-jerit" perli Erin sinis.


"Kali ni, mimpi aku luar biasa! tak macam yang selalu aku mimpi tu!" Nilam mempertahankan hujahnya. Dia dapat merasakan ada makna yang tersirat di sebalik mimpi tersebut. 


"Maksud kau?" Erin bertanya mahukan kepastikan. Luar biasa yang bagaimana dimaksudkan Nilam. Baginya semua mimpi adalah permainan tidur, cuma ada mimpi baik ataupun buruk sahaja. Pastinya mimpi buruk itu datangnya dari syaitan. Sebab itulah orang tua-tua dahulu selalu berpesan supaya membasuh kaki sebelum tidur dan membaca ayat-ayat al quran sebagai pendinding diri. 


"Tadi aku bermimpi menemui seorang perempuan cantik berkebaya kuning dan bersanggul emas, memberikan aku sekuntum bunga sena!" Cerita Nilam. 


"Tetapi yang menjadi persoalannya sekarang siapa perempuan berkebaya kuning itu? dan apa kaitannya dengan Nenek Anong?" Nilam menyoal, namun sebenarnya soalan tersebut lebih kepada dirinya sendiri.  


"Nenek Anong? Siapa Nenek Anong,Nilam?" giliran Erin pula yang bertanya. Wajahnya berkerut, cuba mengingat jika dia mengenali wanita yang digelar Nenek Anong.


"Nenek Anong yang selalu aku pantau di wad 2A/1!, takkan kau tak pernah jumpa kot!..." Nilam menengking.


"Ishh, kau mengarut apa pula ni Nilam, setahu aku katil tu kosong okey...." balas Erin dengan riak wajah terkejut. 


"Kau jangan bergurau, Erin...aku...aku..." Nilam gugup. Darahnya meruap sehingga ke kepala. 


Jika benar katil yang dimaksudkan Erin itu telah lama kosong, siapa pula Nenek Anong yang sering dipantaunya semasa di hospital? Oh! Tidak! Memang tak masuk akal. Apa sebenarnya yang dia alami? Nilam mulai runsing.


"Dah parah sangat masalah kau ni Nilam, dah tak payah banyak fikir, tak payah fikir pasal perempuan berkebaya kuning dan tak payah fikir pasal Nenek Anong kau yang mengarut tu, apa kata, kita berubat dulu dengan bomoh yang aku nak kenalkan kat kau ni, lagipun kita sudah separuh perjalanan ni" Erin cuba menenangkan Nilam yang kelihatan sudah mulai kusut fikirannya. 


"Kita buat apa kat sini, Erin?" Nilam mengubah topik perbualan apabila di hadapannya tersergam gerai-gerai makanan yang dikunjungi ramai orang. Baru dia tersedar akan situasi di hadapannya.


Tiba-tiba ingatannya kembali mengingat semula bahawa dia, Erin dan tunangnya Doktor Nazmi dalam perjalanan ke sempadan siam untuk berjumpa bomoh yang kononnya pandai mengubat. Idea tersebut datang dari Erin sendiri. Oleh kerana desakan nalurinya yang mahukan segala masalahnya segera selesai, Nilam menerima cadangan Erin dengan hati yang terbuka. 

Nilam tidak menyangka belum lagi sampai ke destinasi yang mahu ditujui dia telah dihantui oleh mimpi buruk yang begitu menganggu mindanya. Namun, tidaklah sampai melemahkan semangatnya untuk memeruskan tujuan asal perjalanan mereka.


"Kita berhenti sekejap. Sekarang ini kita di hentian R&R!". Nilam tersentak. Erin menjawab soalan Nilam agak kasar. 


Erin dapat melihat jelas, Nilam melilaukan matanya memandang ke luar kereta seperti mencari sesuatu.


"Apa yang kau cari?" giliran Erin pula yang bertanya. Keliru pula dia dengan sikap Nilam yang seperti tidak tentu arah itu.


"Nazmi mana? Dari tadi aku tak nampak?" Wajah putih kemerahan Erin dipandangnya dengan mata yang agak membulat.


",Nazmi pergi beli kudap-kudap untuk bekalan dalam perjalanan nanti" Erin memberi penjelasan  kepada soalan Nilam.


Nilam mengangguk tanda mengerti.


"Kudap-kudap tu apa ya?".Tanya Nilam dengan dahi yang berkerut.


"hehehehehe".Erin tergelak kecil.


"Kudap-kudap tu makananlah, kalau dalam perjalanan nanti lapar!".Erin menerangkan.


Sekali lagi Nilam mengangguk tanda faham.


Tiba tiba Doktor Nazmi membuka pintu belakang kereta dan menghulurkan beberapa bungkusan makanan dan minuman kepada Erin. Selepas bungkusan tersebut bertukar tangan, Doktor Nazmi masuk ke bahagian tempat duduk pemandu dan mula memandu ke destinasi yang dirancang.


Kereta bergerak menyusur keluar dari hentian R&R dan dipandu laju membelah lebuh raya. GPS sebagai penunjuk arah dibuka. Takut juga jika tersesat jalan. Maklumlah belum pernah sekalipun mereka menjejakkan kaki ke kampung yang agak terpencil itu, kecuali Erin yang mempunyai pengalaman ke sana. 


Erin sendiri sudah lupa, jalan menuju ke rumah bomoh tersebut, maklumlah sudah agak lama dia tidak menjejakkan kakinya ke kampung itu. Pengalaman yang dia ada pun, cuma sewaktu kecil sahaja. Sejak berpindah ke bandar dimana dia dan keluarganya menetap sekarang, belum pernah lagi dia menjejakkan kakinya ke kampung tersebut. Lagipun neneknya telah lama meninggal, maka sejak itu ibu dan ayahnya tidak lagi pernah pulang ke kampung. 


"Ah! Cerita lama" desis hatinya. Perasaan sayu mulai menusuk masuk ke dalam jiwa keperempuanannya.


"Awak dah tak mengantuk lagi?"Tegur Dr.Nazmi berbasa-basi bagi memulakan perbualan. 


"Tak" acuh tak acuh Nilam menjawab.


Doktor Nazmi cuma tersenyum mendengar jawapan itu.Dia tahu tunangnya tiada mood untuk berbual. 


"Seksinya!"


Nilam agak tersentak dengan teguran Doktor Nazmi . Wajah tampan tunangnya dipandang lama. Bukannya Doktor Nazmi tidak biasa dengan cara dia berpakaian. Tiada apa yang berubah. Dia cuma memakai seluar jeans ketat dan thirt pendek hitam berleher V. Mungkin agak seksi tetapi pakaian sebegitu biasa dipakainya.


"Macam biasa sahaja!" agak kuat Nilam membalas perbualan Doktor Nazmi.


"Tak takut ke?"Soal Dr.Nazmi sambil melakar senyuman penuh makna.


Nilam yang mendengar soalan sebegitu mengerutkan dahi. Agak hairan apa yang mahu ditakutkan. Tentang apa? 


"Takut apa?" balas Nilam kasar.


"Saya dengar bomoh siam ni, kuat ilmunya, tak takut kena ubat guna-guna ke? Nilam kan cantik, seksi pula tu.. takut nanti bomoh siam terpikat pula" panjang lebar Doktor.Nazmi menjawab soalan Nilam.


"Padanlah muka awak nanti" Nilam menyindir.Rasa mahu tergelak pula apabila Doktor Nazmi membuat mimik muka merajuk. Memang tak hansem langsung, ulah marajuk yang dipamerkan. Buruk betul.


"Aku kan ada ......boleh gantikan tempat kau" sampuk Erin di tempat duduk belakang dengan ketawa terkekeh-kekeh. Dia secara tidak sengaja telah mencuri dengar perbualan antara Nilam dan Doktor Nazmi.


Tidak semena-mena, Nilam melempar CD yang terletak di atas dashboard kepada Erin di belakang sebagai tanda protes.Tidak sesekali dia akan melepaskan Doktor Nazmi kepada orang lain. Cintanya kepada Doktor Nazmi umpama cinta mati yang tiada gantinya..


"Kau tetap milik aku Nazmi" suara hati Nilam berkata-kata.


"Alah, bergurau pun tak boleh! " Erin masih lagi ketawa. Nilam menarik muka masam, manakala Doktor Nazmi juga ketawa dengan seloroh Erin.


"Ikut suka kaulah!" Nilam tersenyum.


Di sepanjang perjalanan mereka memasang muzik  agak kuat sambil bergelak ketawa. Sesekali mereka akan mengerakkan badan ke kanan dan ke kiri mengikut rentak muzik yang berkumandang.


Nilam semakin melupakan mimpi buruknya sebentar tadi. Dia kini lebih menikmati perjalanan yang semakin hampir ke destinasi.


"Weh,korang..orang tua-tua cakap, kalau terlalu seronok, akan terjadi sesuatu yang tak elok tau" pekik Erin dari arah belakang. Namun suara Erin antara dengar dengan tidak kerana muzik rancak yang dimainkan bergema di segenap ruang kereta.


Erin menepuk bahu Nilam dan mengisyaratkan supaya volume radio diperlahankan. Nilam menurut arahan. Volume radio diputar seperlahan yang boleh. Setelah volume radio diperlahankan,Nilam menoleh semula ke arah Erin.


"Apa kau cakap tadi?"


"Aku cakap..orang tua-tua cakap, kalau terlalu seronok, akan terjadi sesuatu yang tidak elok" ulang Erin.


"Kau ni! Aku baru nak rasa seronok! Dah kau fikir yang bukan-bukan" 

Doktor Nazmi yang sedang fokus kepada pemanduan tidak langsung mengambil peduli perbualan di antara mereka berdua. Cuma telinganya sahaja yang bagaikan telinga lintah.


"Hati aku tiba-tiba rasa tak sedaplah Nilam" Erin memandang Nilam dan Doktor Nazmi silih berganti. Dari pandangannya Erin amat berharap semoga Doktor Nazmi dan Nilam memahami perasaannya ketika ini.

Entah kenapa, jantungnya tiba-tiba berdegup kencang dan hatinya seperti berkata-kata supaya mereka tidak meneruskan perjalanan itu. Padahal dialah yang sebenarnya terlebih teruja dan beria-ria mengajak mereka berjumpa bomoh tersebut. Ah! Bagaikan ada sesuatu yang bakal terjadi kepada mereka.


Erin kembali menyandarkan badannya di kerusi belakang kereta apabila tiada balasan kata-kata dari Nilam mahupun Doktor Nazmi.


Nilam memikirkan semula kata-kata Erin sebentar tadi. Fikiran warasnya cuma mengatakan bahawa Erin cuma membuat telahan yang tidak berasas. Tujuan mereka cuma mahu pergi berubat sahaja, tidak mungkin sesuatu yang buruk terjadi. Nilam yakin, semuanya akan baik-baik sahaja. 


Nilam memandang Doktor Nazmi agak lama, dia mahukan pendapat lelaki itu pula. Dia tahu, walaupun Doktor Nazmi fokus kepada pemanduannya, namun Doktor Nazmi mendengar apa yang dibualkan oleh dia dan Erin sebentar tadi.


Doktor Nazmi yang mengerti akan pandangan Nilam kepadanya cuma menyungkitkan bahu sahaja. 


Nilam beralih semula memandang Erin yang sedang merenung ke luar tingkap kenderaan tersebut. Dia melihat Erin sedang memerhatikan pokok-pokok kehijauan yang daunnya melambai-lambai ditiup angin. 


Erin  begitu keasyikan melihat pemandangan luar tersebut. Adakalanya dia  mengerti lambaian pepohonan tersebut seperti mengalu-alukan kedatangan mereka. Melambai penuh makna. Perasaan Erin semakin dibuai kerisauan. 


"Jangan mengarutlah Erin, tenangkan perasaan kau okey, aku pun mimpi buruk juga tadi, tapi sekarang aku okey, kau juga yang cakap mimpi aku tu cuma mainan tidur, jadi samalah juga dengan perasaan kau tu, kau tu risau tak bertempat,...ishh lagipun. kita dah jauh ni, dah keluarpun dari lebuhraya" Nilam mengeluh.Dia cuba menyedapkan hati Erin.

Erin cuma terkebil-kebil memandang wajah Nilam.


"Lagipun ini kan idea kau Erin, kau ni kacau mood aku betul lah....."dipandangnya wajah Erin yang  kelihatan resah.


Perasaan marah terhadap Erin mula meresap masuk ke dalam dada.Nilam mengetap giginya tanda geram.


"Dah la ,Erin.takkan terjadi apa-apalah, lagipun Nazmi kan ada....kau kenal ke tak bomoh tu Erin?"Soal Nilam.


""Memanglah aku kenal, cuma nama je aku dah lupa" Ujar Erin perlahan.


"Perasaan aku je kot Nilam....maafkan aku ye" Erin memegang lembut bahu Nilam.


"Tak payah nak risau sangat, aku ada bawa beberapa senjata, sebagai langkah berjaga jaga" Doktor Nazmi menyampuk, sambil menunjuk ke arah dashboard. Nilam memahami situasi itu yang mengisyaratkannya supaya membuka dashboard.


Sebaik sahaja dashboard kereta dibuka, Nilam melihat sebilah pisau rambo  bersarung cantik dan sepucuk pistol .Nilam  mengambil pisau rombo tersebut dan membelek-beleknya. Nilam berasa pelik, perlu ke pisau dan pistol tersebut? Apakah motif Doktor Nazmi membawa senjata tersebut? Adakah untuk dijadikan alat mempertahankan diri? Perlahan-lahan perasaan curiga terhadap Doktor Nazmi menyusup masuk ke dalam hati.


"Kenapa awak bawa semua ni?" Nilam mengerutkan dahi sambil memandang kembali pisau di tangannya serta pistol di dalam dashboard tersebut silih berganti. 


Nilam meletakkan semula pisau rambo yang dipegangnya ke dalam dashbord dan  menutup kembali dashboard apabila diarahkan oleh Doktor Nazmi.


"untuk keselamatan diri" Doktor Nazmi tergelak kecil melihat reaksi Nilam yang menjelingnya dengan tajam.


Jelingan kekasih hatinya itu begitu menusuk kalbu dan seringkali membuatkan jantung Doktor Nazmi berdebar. Debaran cinta si pungguk yang merindukan bulannya. Itulah kiasan yang sering digunakannya apabila bergurau senda dengan Nilam. Dia diibaratkan sebagai pungguk manakala Nilam pula sebagai bulan purnama yang seringkali terserlah kecantikannya.


"Hahahahaha" 


"Kenapa awak gelak tiba-tiba?" marah Nilam.


"Awak tu kan bulan purnama, jangan marah-marah nanti malap cahayanya!" Doktor Nazmi berseloroh.


"Tak kelakarlah 'En.Pungguk'!" 


Doktor Nazmi tersenyum. Hatinya berbunga-bunga melihat keindahan senyuman di bibir Nilam. Dia tahu Nilam cuma marah-marah manja sahaja. 

Di tempat duduk belakang Erin telah lama tertidur manakala Nilam dan Doktor Nazmi masing-masing menyepikan diri.

...............................................................


Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh nurmazunie razif