Home Novel Seram/Misteri KEJAM
KEJAM
nurmazunie razif
2/5/2017 21:09:03
51,571
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 10

Bab 10

Semasa membontoti Tok Bomoh Arong ke arah bilik berlangsir kuning yang hanya beberapa ela sahaja di hadapan, Nilam sempat menjenguk ke luar jendela yang terkuak luas.

Suasana di luar rumah begitu gelap. Hitam pekat. Tiada apa yang dapat dilihat Nilam kecuali tiga pasang mata anjing hitam peliharaan Tok Bomoh Arong yang bersinar kekuningan. Mungkin anjing hitam tersebut sedang berkeliaran di halaman rumah. Cuma cahaya samar-samar dari dalam rumah sahaja yang terbias ke halaman. Lampu jalan cuma terdapat di jalan tar di lorong masuk rumah Tok Bomoh Arong sahaja. Itupun Nilam menyedarinya semasa mula-mula datang ke situ petang tadi.

Nilam berpaling semula ke dalam rumah. 

Rumah kayu beratap zink itu cuma diterangi lampu mentol berwarna oren sahaja. Mentol lama yang jarang orang sekarang menggunakannya. Lampu tersebut cuma digantung sahaja pada alang rumah. Sakit pula matanya apabila memandang lampu tersebut begitu lama.

"Ehem,ehem" Tok Bomoh Arong yang telah berada di muka pintu bilik berdeham kuat.

Nilam mengangguk perlahan tanda memahami isyarat itu. Teguran tersebut menyedarkannya dari melayan perasaanya sendiri. Sebenarnya Nilam begitu berat hati mahu meneruskan tujuannya mengikut Tok Bomoh Arong ke dalam bilik berlangsir kuning, tetapi apabila memikirkan Erin dan Doktor Nazmi yang bersungguh-sungguh mahu menolongnya, Nilam akur dengan kehendak bomoh tersebut. 

Sebaik sahaja jari kakinya menjejaki bilik berlangsir kuning, Nilam melihat sebuah katil bersaiz queen dan beberapa peralatan mengubat sama seperti yang terdapat di luar. Bilik itu hanya diterangi lampu dari mentol yang tergantung di alang rumah. Lampu yang sama seperti di luar tadi. Tiba-tiba perasaan Nilam menjadi gugup. 

"Awak boleh baring di atas katil tetapi sebelum tu, minum air penawar ini dahulu" tanpa persetujuan Nilam, Tok Bomoh Arong membaringkan Nilam di atas katil, tetapi sebelum itu Nilam telah meneguk air yang diberi oleh Tok Bomoh Arong. Tidak sampai seminit, dia terasa begitu mengantuk dan mahu tidur. 

Nilam tidak terlena terus. Dia seperti berkhayal di dalam dunianya yang tersendiri. Dia masih dapat melihat mentol yang tergantung di alang bilik itu terbuai-buai ditiup angin dari jendela yang terbuka luas di sebelah katil.

Nilam dapat melihat bayang-bayang Tok Bomoh Arong berjalan ke arah jendela , lantas menutup jendela tersebut. 

Setelah itu, Tok Bomoh Arong duduk di sisi Nilam dan memulakan pengubatannya. Kemeyan dibakar di dalam dupa, asapnya dibiarkan berkepul-kepul naik ke udara. Cebisan-cebisan kemeyan dilempar lebih banyak ke dalam bara api. Jampi mantera menari-nari di bibir Tok Bomoh Arong. Badannya digoyang-goyangkan ke kiri dan ke kanan. Nilam dapat merasai katil tempatnya berbaring bergegar. Namun, Nilam tidak mampu bangun dari katil tersebut. Sendi-sendinya seperti lumpuh, begitu juga dengan suaranya seperti tidak mahu keluar dari kerongkong.

Tiba-tiba jendela di sebelah katilnya, terbuka sendiri. Dentuman kuat daun jendela yang menghempas dinding membuatkan Tok Bomoh Arong terkejut dan hampir mahu terjatuh dari katil, namun tidak dipedulikan oleh Tok Bomoh Arong, lagipun tiada siapa di luar sana yang akan melihat  kegiatannya ketika itu. Rumahnya agak terpencil dan sedikit tersorok ke dalam. Oleh itu, tidak akan ada sesiapa yang akan lalu lalang di hadapan rumahnya. Lagipun, malam agak pekat di luar. Bulan keliwon akan memunculkan diri sedikit masa lagi. Sebelum malam keliwon itu muncul dan pendampingnya mahukan korban darah seorang gadis, Tok Bomoh Arong akan terlebih dahulu 'merasmikannya'. 

Tok Bomoh Arong tersenyum lebar, kain pelikatnya yang separas lutut ditanggalkannya. Cuma boxer sahaja yang kelihatan. Nilam dapat melihat jelas perlakuan bomoh tersebut. Dia mahu menjerit dan bangun dari situ. Namun keadaannya seperti tadi. Dia seperti terikat kemas oleh tali halimunan di katil itu. Tubuhnya tidak boleh bergerak langsung. 

"Ah, Erin, Nazmi tolong aku!!! Tolong aku!!" rintih Nilam di dalam hati. 

"Bunuh dia, Nilam... bunuh, lelaki itu berniat jahat kepada kau" kedengaran suatu suara bergema di dalam sel-sel otak Nilam. Suara yang amat dikenalinya. Suara itu yang sering menganggunya. Mata Nilam yang separuh kuyu tiba-tiba terbuntang luas, dia menoleh ke arah Tok Bomoh Arong yang sedang membelai-belai rambutnya penuh nafsu.

"Cepat Nilam,...bunuh dia, Lelaki ini jahat" gema suara tersebut seakan-akan meresap ke dalam mindanya dan dia mendapat semangat yang luar biasa .Semangat dari suara yang seringkali menghantuinya.

Nilam seperti diresapi oleh sesuatu yang menyuruhnya untuk membunuh Tok Bomoh Arong, namun dia tidak melakukannya. Dia masih mempunyai kewarasan akal untuk berfikir yang mana baik dan buruk.

Semasa Tok Bomoh Arong mahu menindih tubuh montok Nilam dan mahu memperkosanya, serta-merta Nilam menolak kuat tubuh sasa Tok Bomoh Arong sehingga terlentang di lantai. Tok Bomoh Arong mengaduh kesakitan. Dengan sedaya upaya memerah kudrat yang ada, Nilam  berlari keluar dan memanggil Erin serta Doktor Nazmi berulang-kali. Tiada sahutan.

"Erin , Nazmi, aku nak balik...uhuk..uhuk...aku nak balik" tersedu-sedan Nilam menangis.

Sebaik sahaja langkah kaki Nilam berada di ruang pemujaan . Alangkah terkejutnya dia,cuma beberapa kaki di hadapannya, di dalam kesuraman mentol dan cahaya yang berbalam-balam kelihatan Tok Bomoh Arong telah menjadi mayat. Seekor serigala yang begitu besar, lebih besar dari serigala biasa iaitu seperti Dire Wolf sedang melapah dan mengeluarkan isi perut Tok Bomoh Arong. Daging yang disiat dan isi perut yang terburai dinikmati dengan lahap. Serigala tersebut mengeluarkan bunyi yang amat menakutkan. Nilam menekup mulutnya dengan tangan. Dia cuba bernafas dengan perlahan supaya tidak mengeluarkan bunyi bising. 

Tubuhnya tidak dapat bergerak apabila melihat serigala di hadapannya mengoyak pangkal tengkuk Tok Bomoh Arong sehingga memancut-mancut darah yang keluar. Daging di pangkal tengkuk Tok Bomoh Arong disiat-siat sehingga kepala Tok Bomoh Arong bercerai dari badan. 

"Siapa yang bersama aku di dalam bilik tadi?" Nilam merasakan lututnya mula lemah dan dia jatuh terduduk mengadap mayat Tok Bomoh Arong yang begitu ngeri. 

Tiba-tiba seperti ditendang oleh sesuatu, kepala Tok Bomoh Arong dengan mata yang terbeliak besar bergolek-golek ke sisi lutut Nilam. Nilam  menggigil kerana ketakutan yang amat sangat. 

"Nazmi, Erin tolong aku!! Uhuk...uhuk..." rintih Nilam dengan suara yang amat perlahan. 

 Nilam mengagahkan dirinya untuk berdiri, setelah itu dia memandang sekeliling bagi mencari Erin dan Doktor Nazmi semula. Tidak mungkin mereka meninggalkannya berseorangan di rumah bomoh tersebut. Hanya anak mata sahaja yang melilau namun kaki Nilam masih terpaku di tempat yang sama. Anak matanya beralih ke arah serigala tadi. Serigala itu masih berselera menikmati tubuh Tok Bomoh Arong. 

"Kau orang kat mana?" Nilam bermonolog di dalam hati. 

Dikumpulkan segala semangat yang telah hilang tadi dan Nilam menarik nafas panjang sebelum melangkah perlahan-lahan menuju pintu. Tetapi Nilam tidak bernasib baik, lantai yang dipijaknya berkeriut dan mengeluarkan bunyi yang agak kuat. serigala tersebut menyedari tindakan Nilam. Serigala itu berpaling ke arahnya dan mula menyeringai serta menunjukkan taringnya yang tajam , seperti mahu menerkam.

Serigala tersebut mengeluarkan bunyi yang begitu menakutkan Nilam. Matanya merah menyala. Berkali-kali Nilam menelan liur. Kerongkongnya terasa kering. Tiba-tiba Nilam seperti mendengar dentingan jam sebanyak 12 kali.

"Jam 12, mustahil.. kalau tak silap aku tak sampai 1 jam pun aku kat dalam bilik berlangsir kuning tu?" Untuk kepastian Nilam mengerling jam di pergelangan tangannya pula. Sahih. Tepat jam 12 tgh malam. 

Nilam menarik nafas lambat-lambat. Dia menoleh ke arah serigala itu semula. Serigala tersebut masih seperti tadi, mengeluarkan bunyi yang membuatkan bulu roma Nilam meremang. 

Nilam menyusun strategi di dalam mindanya.  

Nilam mula berlari dan secara drastik terus melompat ke tanah, tanpa menuruni anak tangga. Sakitnya tulang belakang Nilam bukan kepalang. Serigala tersebut mengejarnya lantas  serigala itu melompat ke tanah.  Serigala tersebut,berjalan ke arah Nilam yang terlentang di tanah. Kesakitan yang dialaminya membuatkan Nilam tidak dapat bangun. Nilam pasrah.

Serigala tersebut semakin hampir menuju ke arah Nilam. Kelihatan Kukunya yang panjang berjalan mencengkam tanah. 

"Jangan! Jangan!....tolong jangan bunuh aku...tolong!!" Nilam merintih sayu. serigala tersebut berada betul-betul di hadapan wajahnya.

Tiada lagi dengusan marah dari serigala itu. Nilam memejamkan matanya. Dia redha menghadap sakaratul maut yang langsung tidak diduganya sama sekali. Namun, tiada kesakitan yang Nilam rasai tetapi Nilam terasa sesuatu yang basah menjilat mukanya. Serigala tersebut menjilat wajahnya dengan rakus. 

Nilam menggigil. Dia ketakutan. Seumur hidupnya belum pernah dia diperlakukan seperti itu. Tiba-tiba perasaan takutnya datang menerpa. Nilam menjerit sekuat hatinya. Dia menepis-nepis kepala serigala yang menjilatnya itu. Terasa jijik sekali.

"Arghhhhhhh....tolong! Tolong aku! Tolong!!"

Nilam meronta-ronta seperti cacing kepanasan.

Tiba-tiba, sayup-sayup terdengar seseorang melaungkan azan. Suara itu semakin hampir di tempat Nilam terbaring.

Doktor Nazmi berdiri di sisi Nilam apabila lafaz terakhir azan dilaungkan. Doktor Nazmi hairan dengan tingkah-laku Nilam yang berguling seorang diri di tanah. Nilam juga meraung seperti tidak sedarkan diri. Manakala kelibat Tok Bomoh Arong tidak kelihatan. Begitu juga dengan Erin. Doktor  Nazmi tidak melihat batang tubuh Erin di mana-mana. 

Nilam dapat melihat serigala itu beransur-ansur menjadi asap  hitam pekat yang memenuhi  ruang udara. Secara perlahan-lahan asap hitam itu menipis, bagaikan dibawa angin pergi dari situ. Dia yang tadinya terjeri-jerit dan meronta-ronta bagaikan dirasuk telah kembali tenang. Kini hatinya lega, benar benar lega. 

"Nilam! Nilam! awak kenapa?" 

Doktor Nazmi kehairanan. Dipandangnya sekilas ke arah langit. Bulan keliwon telah menjelmakan diri di dada langit sehingga membuatkan suasana malam di halaman rumah Tok Bomoh Arong tidak dipenuhi kegelapan lagi. Doktor Nazmi dapat melihat jelas riak ketakutan di wajah tunangnya itu. Entah mengapa Doktor Nazmi bagaikan dapat menelah ada sesuatu yang terjadi kepada Nilam. 

Doktor Nazmi lantas memeluk Nilam. Memapah gadis itu untuk berdiri. Dia menyelimutkan tubuh gadis itu dengan jaket hitam yang dipakainya. Nilam menangis teresak-esak di dalam pelukan Doktor Nazmi. Doktor  Nazmi membawa Nilam duduk sebentar di anak tangga rumah Tok Bomoh Arong.

"Apa yang terjadi?" anak mata Doktor Nazmi tepat memandang ke dalam anak mata Nilam yang begitu sayu memandang wajahnya.

Doktor Nazmi dapat merasakan pada malam keliwon itu, wajah Nilam begitu berseri-seri. Berlainan sekali wajah tunangnya. Di telinga kanan Nilam terselit sekuntum bunga yang berwarna kuning. Doktor Nazmi menelan liurnya berkali-kali apabila dia merasakan dirinya mengalami kepanasan yang luar biasa. Tiba-tiba nafsu lelakinya mengetarkan seluruh tubuhnya. 

Doktor Nazmi dapat melihat jelas wajah Nilam sedikit demi sedikit bertukar menjadi wajah seorang wanita anggun berkebaya kuning dan bersanggul emas. Alis wanita itu begitu lentik dan hidungnya bak seludang. Kulitnya pula seperti telur yang dikupas. Nafsu lelaki Doktor Nazmi bertambah naik dari tadi. Dia lantas memeluk tubuh wanita di hadapannya itu. Tidak semena-mena satu tamparan padu hinggap di pipi kanannya.

"Awak dah gila ke?!"

Doktor Nazmi seperti baru tersedar dari mimpi. Dia terpinga-pinga. Dipandangnya wajah Nilam berkali-kali. Bukan lagi wanita berkebaya kuning dan bersanggul emas di hadapannya. Dia lantas beristifar berulang-kali. 

"Astafirullallahalazim..." Doktor Nazmi meraup wajahnya. 

"Apa yang terjadi kepada aku sebentar tadi? Adakah aku bermimpi? Tak mungkin. Siapakah wanita yang aku nampak tadi? Begitu mempesonakan sehingga aku tidak dapat mengawal nafsu lelakiku untuk memilikinya" Doktor Nazmi bermonolog di dalam hati.

"Awak kenapa?" Tanya Nilam. Tangisannya sebentar tadi telah reda. Kini dia pula yang dilanda persoalan tentang Doktor Nazmi yang tadi seperti mahu menciumnya.

"Saya okey. Awak kenapa Nilam? Kenapa terjerit-jerit di tanah?" topik asal persoalan dibangkitkan semula. 

"Atas.....atas...Tok Bomoh Arong...." Nilam tergagap-gagap untuk memberitahu perkara sebentar.

"Kenapa dengan Tok Bomoh Arong?" Doktor Nazmi memandang hairan wajah Nilam.

"Mayat..." 

Sebaik sahaja mendengar sepatah perkataan itu dari mulut Nilam, Doktor Nazmi lantas memanjat anak tangga untuk ke bahagian atas. Hampir mahu terkeluar isi perutnya apabila dia melihat mayat Tok Bomoh Arong tanpa kepala dengan isi yang berkecai-kecai dan isi perut yang terburai keluar terlentang di ruang pemujaan. Bau darah hanyir menusuk hidung.   

Nilam yang berada di bawah mula mengoyang-goyangkan tubuhnya ke hadapan dan ke belakang. Perasaan risau mula menular di benaknya.

Oleh kerana panik, Doktor Nazmi bergegas turun. 

"Jom awak, kita pergi dari sini cepat, " arah Doktor Nazmi.

Mereka berdua berlari-lari anak meninggalkan halaman rumah Tok Bomoh Arong. Sebaik sahaja mereka pergi, tiga pasang mata yang bersinar kekuningan mengintai dari arah bawah rumah.  

Erin yang sedang bersandar di bahagian sisi kereta Mitsubishi milik Doktor Nazmi, terperanjat apabila terdengar bunyi derapan seperti orang berlari. Erin hairan apabila dia melihat Doktor Nazmi dan Nilam sedang berlari dengan wajah pucat lesi. Mimik muka masing-masing seperti di dalam kerisauan.

"Eh, kenapa dengan kau orang berdua ni? Urusan kau dengan Tok Bomoh Arong dah selesai ke Nilam?" tanya Erin sambil memerhatikan tingkah laku  Doktor Nazmi yang tergesa-gesa memasuki kereta.

Manakala, Nilam pula menarik tangan Erin masuk ke dalam kereta. Tubuh Erin tersandar apabila dia ditolak masuk oleh Nilam dengan agak kuat.

"Weh, apa tolak-tolak ni? Kenapa?"

"Nanti aku cerita kat kau apa yang terjadi. Aku pun tak tahu apa yang terjadi sebenarnya" kata Nilam cuba menenangkan Erin yang penuh tanda tanya.

Doktor Nazmi memecut pacuan 4 rodanya , meluncur laju membelah malam yang kian lewat menuju ke arah destinasi yang tidak pasti.

***************

Kenderaan diberhentikan di hadapan sebuah hotel lama.

"Hotel Angsana" nama hotel tersebut dibaca Erin sepatah.

"Kenapa kita berhenti kat sini, Nazmi" soal Nilam.

"Kita tidur kat hotel ni malam ini, esok pagi-pagi kita bertolak balik!" Doktor Nazmi memberi pencerahan yang menyakinkan Nilam dan Erin.

Lantas mereka bertiga chek In di hotel tersebut dan menempah dua buah bilik di lobi hotel. Setelah itu masing-masing menaiki lif untuk ke bilik masing-masing. Sebelum itu, semasa di dalam kereta tadi mereka telah mengagihkan bekalan makanan dan minuman yang dibeli semasa di R&R kepada dua bahagian. Satu bahagian Doktor Nazmi dan satu lagi bahagian Erin serta Nilam. 

Mereka mengambil bilik sebelah menyebelah, supaya senang mahu berkomunikasi di antara satu sama lain.

Seusai sahaja Erin dan Nilam mandi. Mereka berdua menikmati roti dan manggi kari cup. Nasib baik hotel tersebut ada menyediakan perkhidmatan pemanas air. Mereka cuma perlu menuang air panas di dalam manggie cup dan membancuh nescafe 3 in 1. Perut yang berkeroncong sejak dari awal malam tadi kini senyap apabila telah diisi. 

"Kau kenapa dengan Nazmi tadi, lari macam nampak hantu sahaja?" tanya Erin.

Nilam yang sedang meneguk nescafe panas berhenti serta merta. Peristiwa tadi terbayang semula di hadapan mata .  Dengan air mata yang bergenang Nilam menjawab ikhlas pertanyaan Erin. Dia menceritakan kisah sebenarnya dari mula dia mahu diperkosa oleh Tok Bomoh Arong sehingga dia dijilat oleh serigala jadian. Tidak lupa juga tentang Tok Bomoh Arong yang telah menjadi mayat.   Erin yang mendengar cerita Nilam terlopong mulutnya. Tidak tertelan rasanya maggie cup di dalam mulutnya apabila dia mengetahui Tok Bomoh Arong telah dibunuh dengan kejam. 

"Siapa yang lakukan pembunuhan itu,Nilam?"

"Entah! Aku tak tahu!".

"Kau rasa ada orang lain ke di situ selain kita bertiga?".

"Entah,aku tak tahu!!" tengking Nilam. "Maafkan aku Erin, tapi aku tiada jawapan setiap soalan kau tu, aku sendiri pun buntu!". 

"Okey, tapi macammana kalau pihak polis dapat tahu?!! Kenapa tinggalkan mayat Tok Bomoh Arong macam tu je!"

"Masa tu aku dan Nazmi panik sangat,Erin, kami tak tahu nak buat apa" terang Nilam dengan wajah murung. Dia mengeluh panjang. 

"Pasal pihak polis. Aku tak tahu. Aku takut"  Nilam menangis teresak-esak sambil dipeluk oleh Erin.

Tiada kata-kata yang dapat dilafazkan oleh Erin mahupun Nilam. Masing-masing tidak menyangka perkara sebegitu bakal terjadi kepada mereka. Mereka cuma mampu berdoa semoga segalanya akan menjadi baik. Manakala di bilik sebelah. Doktor Nazmi telah melelapkan matanya kerana terlalu penat.



Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh nurmazunie razif