Home Novel Seram/Misteri KEJAM
KEJAM
nurmazunie razif
2/5/2017 21:09:03
51,581
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 3

Bab 3


Kereta berwarna hitam milik Erin dipandu perlahan , memasuki perkarangan rumah agam yang tersergam megah seperti istana berstruktur lama itu. Rumah agam tersebut mempunyai identiti  mewah pemiliknya iaitu Puan Marry. Halaman rumah agam tersebut diperhati lama oleh Erin. Kemas dan teratur. Lanskapnya juga indah. Erin berjalan sehingga ke anjung rumah bahagian luar. Beberapa anak tangga didaki. Lampu cendeliar yang tergantung menambahkan lagi seri anjung rumah tersebut.


Erin mendekati pintu, Loceng di bahagian pintu dibunyikan beberapa kali. Beberapa saat kemudian,  terjojol wajah Puan Marry yang memakai kebaya merah membuka pintu, lantas mereka bersalaman.


Mereka berdua berbual mesra di ruang tamu sambil menikmati Jus buah naga yang dihidangkan Bibik dan beberapa potong kek tiramisu menjadi pemanis mulut pada petang itu. Erin menikmati hidangan itu sepuasnya. Mana tidaknya, dah petang begini perutnya sudah terasa lapar, selalunya dia akan singgah di warung Pak Mahat yang terletak berhampiran hospital untuk mengisi perutnya apabila tiba di rumah nanti. Tetapi oleh kerana mahu ke rumah Nilam, niatnya untuk singgah ke warung Pak Mahat dibatalkan. Erin tidak mahu membazirkan masa, ini kerana rumah Nilam agak jauh dari hospital dan hampir-hampir terletak di pinggir bandar.


Setelah agak lama berbual mesra dengan Puan Marry yang Erin panggil nenek , dia meminta diri ke tingkat atas untuk ke bilik Nilam bagi melihat keadaan sebenar rakannya . Dia menaiki tangga batu berpusing yang mempunyai pemegang berukiran klasik bercorak awan larat dengan langkah perlahan dan penuh berhati-hati. Setibanya di hadapan pintu bilik , dia mengetuk pintu kayu itu dengan agak kasar.


Erin hilang sabar apabila Nilam masih tidak membuka pintu biliknya. Terasa macam nak tendang pula pintu bilik mahal ini. Fikir Erin, namun setelah berfikir banyak kali, Erin membatalkan niatnya mahu menendang pintu bilik tersebut, tak pasal pasal patah pula kakinya nanti. Lagipun dia berada di rumah orang, kalau adiknya sendiri yang berkelakuan begini sudah lama rasanya dia menendang pintu itu berkali-kali.Sikap tidak sabarnya acapkali menguasai diri.


"Nilam.... kau kat dalam ke? Aku ni... Erin, berapa lama lagi aku nak jerit nama kau kat luar ni!!". Jerit Erin, separuh hati. 


Wajahnya basah dengan peluh. Erin tidak dapat merasai sejuk penghawa dingin di situ, mungkin tidak dipasang agaknya. Fikir Erin.


Nilam Terdengar pintu diketuk bertalu-talu dari luar. Dalam keadaan terpaksa Nilam bangun agak lambat untuk membuka pintu tersebut. Memang tabiatnya dari dulu, suka mengunci pintu apabila berada didalam bilik. Dia  tidak suka diganggu, lebih lebih lagi jika jiwa dan fikirannya runsing. Dia lebih suka bersendirian melayan perasaanya sendiri ketika ini.


Terbuka sahaja pintu, wajah Erin yang ada iras-iras pelawak Jehan Muse tersengih-tersengih menampakkan pendakap giginya yang berkilat. Walaupun Erin marah dengan tingkah laku Nilam, namun sebaik sahaja melihat wajah pucat Nilam, hatinya mulai sejuk. Tidak disangkanya, keadaan Nilam seteruk ini. Wajah Nilam lebih teruk dari sebelum ini, terlalu pucat, bibirnya sahaja Erin lihat sepucat bibir mayat, rambut pula serabai, dah macam hantu kak limah. Nak gelak pun ada, tetapi ditahannya sedaya mungkin.


" Kenapa kau datang ni?" Nilam menyoal sambil memaut bahu Erin dan mengajaknya duduk di birai katil.


"Amboi tak boleh ke aku nak tengok kau "tuan puteri" yang cantik jelita ni" Erin cuba bergurau.


"Sudah 3 hari tau aku tak nampak kau? Kau cuti ke?,Aku risau... kau sakit ke...Nilam?.... kebetulan aku shif pagi hari ni jadi sebaik sahaja habis  kerja petang tadi, aku fikir nak tengok kau.. jadi aku singgahlah... tak salahkan?" Sempat lagi Erin menjeling tajam sambil memuncungkan mulutnya yang berlipstik merah terang, bagai mulut itik menghadap Nilam. Aksi merajuk terpamer di riak wajah Erin.


Nilam tersenyum dan mencubit pipi Erin yang putih gebu itu. Apa lagi, terjeritlah Erin. Cubitan Nilam terasa perit di pipinya. Kelihatan pipi Erin  kemerahan-merahan menahan cubitan yang tidak diduga itu.


"Tak salah pun.. kau nak tengok aku.. malah dialu-alukan.... aku MC 4 hari .. tak sedap badan...rindu kat aku ye.?"Nilam berseloroh seterusnya disambut  ketawa yang panjang berjela oleh Erin.


“ Takkan tak sedap badan sampaikan kau jadi kurus kering dan pucat macam ni Nilam? Cuba cerita kat aku apa sebenarnya yang berlaku ni?” Erin menyoal. Tidak puas hati dengan alasan yang diberikan oleh Nilam.


Erin dapat merasakan Nilam mempunyai masalah lain. Bukan hari ini dia mengenali Nilam. Sudah bertahun-tahun gadis itu dikenalinya. Rahsia Nilam juga diketahuinya, namun keadaan Nilam tidak pernah ‘separah’ ini.


Mereka berdua mengenali di antara satu sama lain sejak dari sekolah menengah lagi, itupun setelah mereka memasuki sekolah berasrama penuh. Selain itu, mereka juga merupakan rakan sekerja dan merangkap sahabat baik.


Keakraban mereka sudah seperti adik beradik bak kata pepatah berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing. Nilam sering menceritakan masalahnya kepada Erin, namun kali ini Erin hairan Nilam seperti menyembunyikan sesuatu darinya. Perkara apa yang Nilam sembunyikan sebenarnya?


“ Aku tahu kau ada  sembunyikan sesuatu dari aku, ceritalah kat aku, jangan pendam Nilam, nanti masalah kau tu memakan diri kau balik” Nasihat Erin penuh simpati. Matanya diliarkan memandang di sekeliling bilik Nilam, hidungnya terbau bau hamis yang begitu pengit namun Erin diamkan sahaja, demi menjaga hati sahabatnya itu.


" Aku sebenarnya, sebenarnya......" Teragak-agak Nilam mahu menceritakan apa sebenarnya yang terjadi kepadanya. Dia berada di antara dua persimpangan. Dia takut jika Erin mempersendakannya. Maklumlah bukan semua manusia dapat menerima cerita akan gangguan mistik yang sering menghantui seseorang. Tetapi jika tidak diceritakan, jiwa Nilam akan makin tertekan. Silap haribulan boleh jadi gila pula.


" Sebenarnya apa? Kau sakit? Sakit apa? Bagitahulah aku"


" Sebenarnya sejak sebulan ini aku sering mendengar suara hilaian, bisikan dan kadang-kala aku ternampak bayang-bayang seorang nenek tua mengekori aku kemana sahaja... aku takut",  Nilam menceritakan segalanya yang terjadi dari awal hingga akhir kepada Erin.


"Opsss..  aku tak kisah kalau kau tak percaya, aku faham.."  Nilam berkata agak kasar, sambil itu tangannya memintal-mintal hujung rambutnya yang panjang sehingga paras pinggang itu.


Selain kejadian di rumah, Nilam juga mengalami gangguan di hospital. Nilam mengimbas kembali peristiwa yang berlaku semasa di hospital tempoh hari. Peristiwa tiba- tiba dia menjerit  seperti dirasuk begitu menghantui. Waktu itu, Nilam mahu mengambil bacaan tekanan darah seorang pesakit, apabila tiba-tiba dia ternampak bayangan hitam yang menjelma betul-betul dihadapan muka. Bayangan tersebut menyeringai dan memperlihatkan giginya yang panjang serta mata yang merah menyala seolah-olah mahu menerkam ke arahnya. Kerana terlalu terkejut Nilam menjerit dengan sekuat hati sehingga mengejutkan para pesakit dan staff yang sedang bertugas.


Lamunan Nilam terbejat apabila Erin bersuara sambil mengengam tangannya. Erin dapat merasai tangan Nilam panas, seperti baru keluar dari dalam air yang mendidih. Dia diamkan, risau pula jika sahabatnya itu semakin risau dan akan memudaratkan kesihatannya. Boleh menjadi lebih parah dari sekarang ini.


" Aku faham, sebab aku pun  mengalaminya, tetapi tidaklah sehebat cerita kau tadi, dasyat sangat, kalau aku ditempat kau, dah lama aku jumpa bomoh.." ujar Erin.


" ha! Jumpa bomoh? Kau gila ke? Syirik tau?" Nilam mengeleng-gelengkan kepala sebagai tanda tidak bersetuju, namun setelah dipujuk berulangkali, akhirnya Nilam mengalah, walaupun hatinya berat. Semuanya demi menjaga hati Erin.


Mereka terdiam lama untuk seketika apabila Erin kembali bersuara   bagi memecah suasana sunyi di antara mereka..


" Nazmi kirim salam, kebetulan semalam aku terserempak dengan dia" Kata Erin. . 


Erin teringat pertemuan tidak sengajanya dengan Doktor Nazmi semasa di koridor semalam. Salam dari doktor muda itu disampaikannya kepada Nilam, namun tiada sebarang respon diberi cuma hembusan nafas mereka berdua sahaja yang kedengaran.


Ketika bersekolah di asrama penuh, Nilam telah menemui Erin atau nama sebenarnya Noorul Erin, mereka berkawan sehingga menjadi sahabat baik. Segala masalah atau luahan perasan dikongsi bersama. Pendek kata tiada rahsia di antara keduanya.  


Mereka telah berjanji untuk tidak merahsiakan apa sahaja perkara ke atas diri masing-masing. Oleh kerana itulah, Nilam mengambil keputusan mahu memberitahu Erin masalahnya. Kini perasaanya puas dan lega. Harapannya semoga Erin dapat membantunya serba sedikit.


Berlainan pula dengan Doktor Nazmi, Nilam jarang meluahkan masalah yang dihadapinya kepada Doktor Nazmi, tunangnya itu. Bukannya apa, dia lebih selesa jika Erin yang mendengar masalahnya. Perempuan dengan perempuan lebih senang berkomunikasi. Oleh sebab itulah, Nilam senang mendampingi Erin. 


****************************************


Nilam mula merancang sesuatu. Dia mahu keluar sebentar malam ini. Dia akan keluar berseorangan sahaja. Sebenarnya, dia mahu melupakan segala masalah yang menghantuinya. Dia tidak mahu lagi menelan ubat tidur pada malam ini. Bukannya apa, dia sering sahaja lewat bangun apabila menelan ubat tersebut. Kepalanya juga akan terhoyong-hayang keesokkan pagi. Badannya bertambah tidak bermaya apabila mengambil pil tidur tersebut.


Tepat jam 11.00 malam, Nilam mendandan dirinya secantik yang mungkin.Wajahnya di "touch up" dengan bedak setebal mungkin, supaya kesembapan wajahnya tidak nampak ketara.Rambut perangnya dibiarkan lepas.


Skirt ketat paras paha dan baju tanpa lengan berwarna hitam disarungkan ke tubuh montoknya. Sehelai jaket kulit berjenama mahal disarungkan kemudian di tubuh. Nilam melihat penampilannya di cermin, dia tersenyum bangga. Kecantikan yang dimilikinya persis seorang model sentiasa  memukau sesiapa sahaja yang memandang.


Nilam kelihatan seksi dengan pakaian itu.Kasut tumit tinggi berkilat menjadi pilihannya. Nilam meliuk-liukkan badannya semasa berjalan supaya kelihatan anggun dan lebih mempesonakan


Pemergian Nilam keluar dari rumah agam itu diperhatikan oleh Puan Marry dengan wajah yang menyingga. Namun tidak juga dia menahan Nilam dari terus meninggalkan rumah. 


Gangang telefon dicapai, Puan Marry perlu menghubungi seseorang bagi mengintip gerak-geri Nilam. Dia tahu pasti cucunya itu pergi ke kelab malam untuk berhibur. Dimana kelab tersebut terletak, tidak pula dia tahu.

"Hello, tolong aku ikut cucu aku sekarang!". Tanpa memberi salam, Puan Marry bersuara keras di talian. Seketika kemudian, ganggang diletakkan dan dihempas kuat, sehingga mengejutkan Bibik yang sedang berjalan dibelakang Puan Marry kerana mahu ke tandas. Bibik mengurut dada berulang kali.


Begitulah sikap Puan Marry jika marah, sering mengikut hawa nafsu amarah sehingga apa sahaja yang dihadapan matanya mahu dihempasnya. Bibik sudah masak sangat dengan perangai buruk majikannya itu. Adakalanya dia pula yang menjadi mangsa bebelan majikannya apabila marah.


Kereta Volkswagen Golf  berwarna merah diparking elok dipetak khas VVIP. Nilam melangkah penuh gaya ke arah pintu kelab. 


Kini dia telah berada di dalam sebuah kelab malam eksklusif di ibu kota . Kelab malam yang paling mahal di antara kelab-kelab malam yang ada di situ. Kelab malam khas untuk golongan berada dan VVIP sepertinya. Bukan senang nak masuk kelab malam seperti ini, jika tidak mempunyai pas khas untuk para pelanggan. Kelab malam ini dikawal ketat oleh bodyguard  berbadan mantap seperti ahli bina badan yang diupah khas oleh pemilik kelab.


Nilam, merupakan salah satu pengunjung VVIP di kelab malam ini. Dia sering ke sini jika perasaannya berasa tertekan atau mahu menghilangkan rasa bosan yang membelenggu diri sebelum ini, tetapi malam ini tujuannya berlainan. Dia mahu lepas dari suara jahanam yang sering mengganggunya.


" aku mahu enjoy malam ini sepuas puasnya" Nilam bermonolog di dalam hati sambil memandang sekeliling kelab  yang dipenuhi pemuda pemudi itu.


Kakinya berhenti melangkah, anak matanya diliarkan melihat beberapa pasangan sedang   melempiaskan perasaan ghairah di dalam suasana yang membingitkan.  Lampu berbentuk bulat yang berwarna warni dan berpusing di tengah tengah pentas tarian menyilaukan sedikit pandangan Nilam, matanya mengecil. Dia berjalan semula mencari tempat duduk yang sesuai setelah lama terpana melihat pelbagai aksi tarian di tengah pentas itu.


Nilam duduk di kerusi kaunter.  Minuman beralkohol dipesan. Beberapa minit kemudian pelayan lelaki yang kelihatan tampan membawa  minuman yang berwarna coklat gelap. Diteguknya alkohol itu gelas demi gelas. Lagu rancak yang berkumandang serta membingitkan telinga,dihayatinya dengan penuh perasaan. Badannya digoyang-goyangkan mengikut rentak . Sesekali dia akan mengukir senyuman manja dan mengoda kepada pelayan lelaki yang berada di hadapannya. Pelayan lelaki itu cuma tersenyum. Bukan mudah seorang pelayan mahu mendekati pelanggan VVIP seperti Nilam. Mereka terikat dengan undang-undang kerja dan undang undang tersebut mesti dipatuhi jika tidak nahas mereka dikerjakan oleh pemilik kelab.


Dari  jauh seorang lelaki berambut perang, tinggi lampai dan bertatu di leher, mula berniat untuk mengambil kesempatan ke atas Nilam, apabila dilihatnya gadis itu telah separuh mabuk dan cuma berseorangan. Semenjak dari Nilam mula-mula masuk tadi dia perasan akan kehadiran gadis cantik yang tidak berteman itu, namun dia tidak gelojoh untuk mendapatkan gadis berambut perang itu. Setelah lama diperhati dan pasti yang Nilam tidak didekati oleh sesiapa, barulah pemuda bertatu itu mamainkan peranannya sebagai lelaki kasanova  berperangai syaitan. Pantang nampak perempuan cantik, semua mahu digodanya. Tambahan pula, Nilam telah mabuk dan sedang berkhayal dalam dunianya sendiri. Pemuda bertatu itu, mula mengukir senyuman bermakna di bibirnya sambil melangkah laju ke arah Nilam yang sedang bercakap sendiri.


"Hai... sayang!".Teguran pemuda itu dibalas Nilam dengan senyuman. Lantas Nilam merangkul badan pemuda itu dan memeluknya.


"peluang aku ni". Bisik pemuda bertatu tu.


Gadis yang diidamnya dari tadi senang-senang menyerah kepadanya. Lantas dia menarik Nilam menari bersamanya di ruang tengah kelab.Pemuda pemudi mula bersorak-sorak riang. Pasti sekejap lagi mereka akan menyaksikan adegan 'panas' di antara gadis dan pemuda bertatu yang sedang dikuasai alkohol serta pil khayal itu. Mereka berdua seperti berada di dunia sendiri. Dunia syurga yang indah membara. Nafsu syaitan berada di kemuncak.


pemuda bertatu itu sebenarnya telah dikuasai oleh  sejenis pil yang boleh membuatkan nafsunya membuak-buak untuk dipuaskan. Manakala Nilam pula telah mula mabuk, langsung tidak mempedulikan keadaan dirinya yang seperti seorang GRO, sedang menari di dalam keadaan ghairah. Terliuk-liuk ibarat cahaya lilin yang ditiup angin. Banyak mata terarah kepada mereka berdua. Namun, Nilam dan pemuda bertatu itu kelihatan asyik menari dan hanyut di dalam dunia mereka sendiri.

Pemuda bertatu telah mula melakukan perbuatan yang tidak senonoh kepada Nilam. Nafsu pemuda bertatu itu,  betul betul telah "naik gila".


Pemuda   bertatu itu mula menanggalkan bajunya di khalayak ramai. Pemuda pemudi yang berada di situ mula mengerumuni mereka sambil bersorak untuk melihat aksi berahi yang bakal tertayang di depan mata. Sebenarnya Nilam tidak menyedari apa yang berlaku. Dirinya telah dikuasai alkohol sepenuhnya sehingga dia tidak sedar dirinya telah diperlakukan sedemikian rupa.


Pemuda bertatu itu sudah mula naik 'hantu', dia mahu melakukan sesuatu yang lebih memalukan kepada Nilam, namun  belum sempat pemuda bertatu itu mahu melakukan perbuatan tidak senonohnya dengan lebih jauh lagi, tiba tiba satu tumbukan kuat mengenai wajahnya yang bernafsu itu. Pemuda bertatu , tersungkur jatuh dan mula  membebel memaki hamun manusia yang menumbuknya tadi. 


Seorang lelaki berkot labuh berwarna hitam dan bertopi fedora muncul tiba-tiba di tengah-tengah keasyikan pemuda pemudi itu. Lelaki itu merenung tajam pemuda bertatu tersebut, tetapi tidak menumbuknya lagi.  


Lelaki bertopi fedora , mendapatkan Nilam yang tubuhnya terdampar di lantai, lantas menyarungkan kot labuh yang dipakainya ke tubuh Nilam. Semua mata memandang lelaki bertopi fedora itu dengan pandangan hairan. Siapakah dia? Tiba-tiba muncul dan melakukan onar?


Lelaki itu lantas mengendong Nilam keluar dari kelab  dan membawanya pulang dengan menaiki kereta Nilam sendiri. Kereta meluncur laju membelah malam yang bertragedi  menuju ke rumah agam di puncak bukit.


Lelaki bertopi fendora dibenarkan masuk oleh Puan Marry. Nilam digendong oleh lelaki itu sehingga ke bilik dan menyelimutkannya.


"Dekatkan dirimu kepada ALLAH nak, jangan jadi seperti ibumu!". Bisik lelaki bertopi fedora ke telinga Nilam. Namun  bait-bait kata tersebut tidak didengari Nilam.


Lelaki bertopi fedora itu, melangkah perlahan meninggalkan bilik Nilam dengan wajah sugul. Setitis air mata menuruni pipi lelakinya. Hatinya sebak bagai dihiris-hiris. Cuma dia yang mengetahui.


Sampai sahaja di ruang tamu bawah, lelaki itu duduk di sofa berhadapan dengan Puan Marry.


"saya dah tukarkan ubat tidur yang dimakannya dengan ubat yang lain, Nilam tidak akan perasan, nanti ada masa kita berhubung lagi Puan". Kata lelaki itu kepada Puan Marry. Wajah tua Puan Marry tidak ditatapnya.


"Baiklah, terima kasih kerana menolong aku" Puan Marry berkata angkuh.

" urusan kau dengan aku masih belum selesai,  ingat jangan dekati Nilam tanpa arahan aku!" Puan Marry menuding tepat wajah lelaki bertopi fedora itu dengan cari telunjuknya. Mukanya amat bengis sehinggakan tidak mampu ditatap oleh lelaki bertopi fedora itu.


Siapakah lelaki berkot hitam dan bertopi fedora itu sebenarnya.? Apa kaitannya dengan Puan Marry dan hubungannya dengan Nilam? Biarkan masa merungkai segala persoalan ini.


KeesokkannyaNilam teruk dimarahi oleh Puan Marry kerana tidak menjaga maruahnya sebagai seorang wanita. Kelakuan NIlam yang meneguk minuman beralkohol  telah meluluhkan hati Puan Marry dan lebih membuatkan Puan Marry berasa amat marah adalah kerana Nilam hampir dirogol oleh lelaki buaya yang pantang melihat perempuan cantik. 


"Maafkan Nilam nek," Sambil melutut di hadapan neneknya. Nilam tidak sanggup melihat air mata neneknya yang jatuh berjejeran.


Puan Marry tidak menyangka yang cucu kesayangannya itu merupakan salah seorang pelanggan kelab malam terkemuka yang dinaungi oleh kongsi gelap.


" Nenek tidak akan teragak-agak menghalau Nilam dari rumah ini, jika Nilam melanggar arahan nenek, jangan pergi lagi ke tempat itu, faham!! Puan Marry memberiKan amaran keras kepada Nilam yang sejak dari tadi melutut dan tunduk memandang lantai.  


Dia tidak mahu Nilam terjebak dengan kegiatan tidak bermoral orang-orang di dalam kelab tersebut. Dia mahu cucunya menjadi seorang muslimah dan seorang wanita yang baik-baik. Tetapi apakan daya, kerana terlalu memanjakan cucunya itu, Nilam sedikit terpesong, Namun masih tidak terlambat untuknya membimbing cucu kesayangannya itu ke pangkal jalan. Puan Marry mengeluh kasar dan memaut bahu Nilam supaya berdiri.


"Nilam tidak akan ulangi lagi perbuatan Nilam tempoh hari, Nilam janji." sambil mengangkat sebelah tangannya separas bahu dan jari jemari dikembangkan.


" janji dengan nenek Nilam, nenek tak mahu kehilangan Nilam, macammana nenek kehilangan ibu Nilam."Puan Marry sengaja menekan sedikit perkataan kehilangan itu. Hanya dia yang memahami maksud sebenar kehilangan yang diperkatakannya.


"Ok.......Nilam janji!." ujar Nilam sambil memeluk Puan Marry yang bersanggul tinggi .Pelukkan cucunya itu dibalas mesra dan kepala Nilam digosok lembut.


Nilam Amira binti Rizal,  merupakan cucu tunggal kepada Puan Marry. Cucu yang ditatang bagaikan minyak yang penuh, pendek kata dijaga dengan cukup sempurna dan segala kehendak dipenuhi. Menurut kata Puan Marry, ibu dan ayah Nilam sudah lama meninggal, namun belum pernah sekalipun Nilam menziarahi kubur kedua-dua orang tuanya sejak kecil. Bermacam helah diberikan oleh Puan Marry jika perkara itu dibangkitkan, sehinggakan Nilam naik muak mendengar segala alasan yang diberikan. Setelah meningkat dewasa, Nilam tidak lagi membangkitkan soal kedua orang tuanya. Baginya, kehadiran neneknya sudah cukup baginya.


Selepas beberapa hari, Nilam ada bertanya kepada Puan Marry, bagaimana dia diselamatkan daripada menjadi mangsa nafsu buas lelaki buaya berperangai syaitan tempoh hari.. Neneknya cuma mengatakan bahawa dia diselamatkan oleh seorang lelaki  budiman. Tetapi nenek tidak puls memberitahunya siapakah gerangannya lelaki itu.


Nilam mahu mengucapkan terima kasih, namun itu cuma harapan Nilam sahaja, entah bila lelaki itu akan muncul kembali.Wajah lelaki budiman itu juga ,Nilam tidak tahu bagaimana rupanya kerana pada malam kejadian, dia terlalu mabuk sehingga tidak mengecam sesiapa yang berada di sisinya.


Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh nurmazunie razif