Home Novel Seram/Misteri KEJAM
KEJAM
nurmazunie razif
2/5/2017 21:09:03
51,579
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 18

Bab 18

Tidak semena-mena kereta mereka berhenti dari teroleng-oleng. Bunyi cakaran di bumbung kereta juga turut terhenti. Suasana sunyi tiba-tiba mencengkam diri masing-masing. Farah memberi isyarat tangan ke arah Nico, menunjuk ke arah bumbung kereta sebagai tanda mengiyakan kehadiran makhluk tersebut namun tiada respon dari Nico. Cuma mata Nico sahaja yang melihat ke arah bumbung, melilau melihat kalau-kalau terdapat bunyi hentakkan kaki makhluk tersebut di atas bumbung kereta .  Tiada bunyi. Suasana sepi.

"Syukkk... syukkk...woii..." Farah berbisik perlahan ke arah Nico, namun jarak mereka masih lagi sehasta.

Nico yang menyedari suara bisikan halus dari Farah mengalihkan pandangan ke arah Farah dan dia memberi isyarat kepala kepada Farah supaya  meneruskan percakapannya.

"Makhluk tu dah balik rumah ke?! Dah insaf kot!" sempat lagi Farah berseloroh. 

Wajah Nico merona merah, tanda tidak mengemari gurauan Farah yang baginya tidak berasas tu. Dia yakin sepenuhnya mereka berdua masih lagi di dalam bahaya.

"Kau main-main Farah, nanti makhluk tu muncul kat belakang kau, baru kau tahu, tak cukup tanah kau lari nanti!!" marah Nico sekadar berbisik perlahan. Bengang rasanya dalam saat nyawa di hujung tanduk pun sempat nak main-main lagi. Ishh, rasa macam nak duku je kepala sewel si Farah ni.

"Memang taklah aku lari tak cukup tanah!! Kita kan dah terperangkap kat dalam kereta buruk kau ni, macammana nak lari!!".

"Ishh, sedap je mulut kau kata kereta aku ni buruk!! Hasil kerja kuat aku ni tau! " Nico tersengeh-sengeh.

"Ye lah!! Kau rasa mana makhluk tu pergi ye? Takkan senyap macam tu je? Tak percaya pula aku"

"Entah" sepatah kata dari Nico sambil meneguk air mountain dew berwarna oren yang mengandungi perisa limau di dalamnya. Lega sedikit tekak yang terasa amat kering. Air tersebut sempat dibelinya semasa dalam perjalanan ke tanah perkuburan siang tadi. 

Farah cuma tersengih melihat gelagat Nico itu. Bukan main rakus meneguk air tersebut sehingga meleleh keluar dari mulut dan membasahi pakaian. Dahaga sangat barangkali, maklumlah mereka sedang menghadapi situasi getir.

Sedang Nico dan Farah ralit dengan tingkah-laku masing-masing, tiba-tiba tanpa diduga, makhluk yang menyerang mereka sebentar tadi, muncul kembali dengan  mencakar-cakar cermin tingkap di sebelah Nico menggunakan kukunya  yang panjang. Apa lagi bergemalah suara dia dan Farah menjerit kuat bagaikan histeria memenuhi ruangan kereta itu. Masing-masing terkejut dengan kehadiran tidak diduga makhluk tersebut.

 Nico cepat-cepat beralih kedudukan. Dia menuju ke arah tempat duduk belakang. Dia betul-betul tidak mahu melihat wajah hodoh lagi gerun makhluk yang sedang menyeringai ke arah dalam kereta. Sebab itu dia beralih tempat, lagipun Nico dapat merasakan yang mereka mempunyai peluang untuk melarikan diri dari pintu belakang kereta. 

Farah segera berpaling ke belakang. Riak wajah kerisauan begitu tampak di wajah Farah sehingga peluh tidak henti-henti mengalir dari dahinya.

"Apa kita nak buat ni!" tanya Farah dalam nada menggigil.

"Kita keluar dari sebelah kanan ni, lepas tu kita lari sekuat hati....okey?". usul Nico.

"Kau gila! Kau nak mati! Aku taknak!" bentak Farah berkali-kali

Tiada kata yang dapat Nico lafazkan lagi, apabila Farah mulai menangis.

Nico mengalihkan pandangannya dari wajah Farah, ke arah pisau rambo yang masih lagi tergengam erat di tangan. Namun Nico tidak dapat berbuat apa-apa dengan senjata tersebut selain memandang kosong. Ideanya mahu merempuh keluar difikirkannya buat kedua kali. Dia masih bertimbal balik. Tidak mungkin dia mahu meninggalkan Farah berseorangan sedangkan dia melarikan diri. Tidak mungkin! Walau apapun yang terjadi Nico akan pastikan dia dan Farah selamat.

"Cuba hidupkan enjin kereta! Cepat!" Nico memberi arahan dengan nada tegas.

Farah mencapai kunci kereta dan cuba untuk menghidupkan  enjin kereta tersebut , namun masih lagi tidak dapat dihidupkan. 

"Nico enjin kereta ini tak boleh hidup!!"

Makhluk yang berada di luar kereta mendengus-dengus marah. Cermin kereta mula ditumbuk kuat sehingga retak.

Melihat situasi itu,  Farah kembali menangis malah tersedu sedan. Bukan tangisan sedih, tetapi tangisan takut yang teramat sangat. 

 Popppp...

Lampu dari power bank tiba-tiba terpadam, mungkin telah kehabisan bateri.

"Farah! Farah! Bertenang. Jangan menangis!! Jangan menyerah okey! Jom Kita rempuh keluar dari sini! " Nico memberikan Farah semangat, walhal dirinya sendiri begitu takut dan buntu ketika itu.

Makhluk di luar semakin hebat menganas. Separuh dari kereta Nico remuk dan kemek di sana sini. Cermin kereta banyak yang sudah retak. 

"Kau pasti kita selamat merempuh keluar? Farah menyoal Nico dalam sisa tangisannya.

"Aku yakin kita akan selamat. Jom kita keluar dari kereta ni. Sekurang-kurangnya kita berusaha. Aku taknak mati sia-sia dalam kereta ni!"

Mendengar kata-kata semangat dari Nico, Farah kembali tenang. Fikiran warasnya kembali hadir untuk menimbal segala keputusan yang bakal dia dan Nico laksanakan. Biar mereka mati dengan cara tidak menyerah kalah kepada makhluk ghaib yang menyerang mereka. Itulah nekad Farah dan Nico.

"Cepat pasang lampu kereta tu,"arah Nico.

Dengan gaya teragak-agak Farah memasang lampu kereta sehingga jalan di hadapan mereka terang-benderang. Farah dan Nico terkejut besar apabila di hadapan , diterangi cahaya dalam suluhan lampu kenderaan, kelihatan lelaki berkot hitam yang memakai topi fedora lusuh , kelabu warnanya sedang memandang tepat ke arah mereka. Namun, lelaki itu, memakai penutup muka bagi melindungi wajah. Lelaki misteri itu, memegang sebilah keris di tangan kanannya.

Mata masing-masing bulat memerhati lelaki bertopi fedora itu. Wajah Farah dan Nico pucat serta-merta. Terbayang di ruangan mata mereka akan lelaki misteri itu menghunus keris ke arah mereka. Lantas apakah yang akan terjadi kepada mereka? Masing-masing meneguk liur, mulut yang semenjak tadi terlopong dikatup kembali. Sebagai tanda mereka tersedar dari memerhati lama lelaki misteri di hadapan mata.

"Lelaki tu!" Jerit Farah.

"Ya , aku tahu, apa lelaki tu buat kat depan kereta kita ni?"

"Mesti nak bunuh kita ni! Macammana ni Nico, jomlah kita rempuh je keluar!! Lantaklah apa nak jadi pun aku nekad" Farah bersemangat mahu menyelamatkan diri dari makhluk hodoh yang menyerang mereka dan dari lelaki bertopi fedora yang tiba-tiba muncul entah dari mana itu.

"Aku kira sampai tiga, lepastu kita buka pintu kereta dan lari sekuat hati ke arah sana tu, okey?" Nico menunding jarinya ke arah hutan di sebelah kanan mereka. Di situlah destinasi mereka mahu melarikan diri.

Makhluk hodoh di luar kereta sudah dapat menembusi kukunya yang panjang ke dalam kereta melalui cermin tingkap kereta yang telah pecah berderai. Tiada lagi pelindung di antara mereka dan makhluk hodoh itu.  Farah yang masih berada di tempat duduk pemandu mulai menggigil. Tangannya mula mencapai pembuka pintu kereta, dia mahu lolos ke luar dan berlari ke arah hutan seperti yang dirancang oleh mereka, namun belum sempat Farah dan Nico membuka pintu kereta. Lelaki misteri itu serta-merta melompat ke arah makhluk hodoh yang sedang beraksi ganas itu, lantas makhluk hodoh dan lelaki bertopi fedora tersebut berguling-guling di atas tanah.  

Farah dan Nico bagaikan terpukau seketika. Aksi seperti WWF di antara makhluk hodoh dan lelaki bertopi fedora itu betul-betul mengagumkan mereka. Mana tidaknya dah macam dalam drama bersiri supernatural pula.

"Kita nak keluar tak?" tanya Farah apabila dilihatnya Nico mencapai telefon bimbit dan merakam aksi pergelutan di antara lelaki bertapi fedora dan makhluk hodoh tersebut. 

"Nico! Kau buat apa tu?" Farah mulai geram dengan tingkah-laku Nico yang tidak mengendahkan soalannya tadi dan sudah mulai lupa akan rancangan asal mereka mahu meloloskan diri ke dalam hutan.

"Aku dapat rasa, lelaki itu penyelamat kita. Aku yakin" balas Nico.

Farah cuma mendengus kasar mendengar jawapan yang tidak sepatutnya dari Nico. Baginya mereka berdua masih lagi di dalam situasi bahaya. Identiti lelaki bertopi fedora tidak mereka ketahui sama sekali. Adakah memang benar lelaki tersebut berpihak kepada mereka berdua? Soalan itu berlegar-legar di ruang minda Farah buat seketika.

"Creeeeeeeeeeetttttttttttt........." 

Bunyi sesuatu menyeret lantai mengejutkan lamunan Farah. Dia dapat melihat jelas makhluk tersebut menyeretkan kukunya yang panjang dan tajam di atas jalan sehingga mengeluarkan bunyi seretan yang agak meremangkan bulu roma. Farah berpaling melihat Nico di tempat duduk belakang. Nico masih lagi dengan situasi sama iaitu merakam adegan di hadapan mereka dengan mulut terlopong luas.

Geram pula rasanya Farah melihat Nico begitu asyik dan bersemangat merakam, sedangkan nasib mereka belum tahu lagi selepas ini. Farah kembali memalingkan kepalanya ke arah hadapan, dia dapat melihat lelaki bertopi fedora tersebut menikam bertubi-tubi dada makhluk hodoh itu dengan keris yang dipegang.  Asap berkepul-kepul keluar dari tubuh besar hitam legam itu lantas makhluk tersebut rebah menyembah bumi. 

Sebaik sahaja  makhluk tersebut tumbang, Farah dan Nico dapat melihat makhluk hodoh tersebut seolah-olah ditelan bumi dan lenyap dari pandangan mereka berdua.

 Farah dan Nico lekas-lekas membuka pintu kereta dan berlari keluar untuk menyelamatkan diri masing-masing. Mereka berdua berlari selaju yang boleh, namun belum sempat langkah diorak lebih pantas, Farah dan Nico merasa seolah-olah dicucuk sesuatu seperti jarum di belakang tengkuk mereka. Sedikit rasa sakit. Tiba-tiba mereka berdua rebah menyembah bumi. Pandangan mata Farah dan Nico semakin kabur.dan kabur. Akhirnya cuma kegelapan yang dilihat mereka.

*******

Rancangan manusia yang ingin melihat kematian farah dan nico tidak diizinkan ALLAH. Manusia itu menjerit semahunya, sambil menghempaskan bekas pembakaran kemeyan di hadapannya. Wajahnya merah menyala menahan rasa marah yang membuak-buak. Ditendangnya bangkai 2 ekor ayam di hadapannya sehingga bangkai-bangkai ayam itu terpelanting membantai dinding bilik pemujaan itu.

Jin pendamping peliharaannya tewas di tangan lelaki bertopi fedora yang dia tidak kenali sama sekali, siapakah gerangannya lelaki itu. Dendamnya semakin membara. Tidak disangkanya ada penyelamat yang akan menggagalkan rancangannya.

"Ah! Tak guna!!!" jerit manusia itu sekuat hati.

*******

Lelaki bertopi fedora menghampiri Farah dan Nico yang terbaring kaku di tanah. Wajah kedua-dua gadis malang itu diperhati. Firasatnya benar-benar terjadi kali ini. Manusia yang dikenalinya itu sedang menuntut bela di atas kejadian masa lalu yang gadis-gadis ini tidak sedari.

Lelaki bertopi fedora mengeluh halus lantas beristiqfar berulang-kali. Mainan syaitan amat bijak menyesatkan manusia sehingga dendam menguasai hati dan perasaan. Bisakah hati manusia itu yang kini telah gelap kembali jernih sepertI asalnya? Tiada jawapan yang lelaki fedora itu dapat rungkaikan kepada persoalannya tadi. 

Lelaki bertopi fedora itu, terpaksa menyumpit Farah dan Nico dengan ubat pelali sebentar tadi. Dia tidak mahu identitinya terbongkar gara-gara mahu menyelamatkan mereka berdua.Dengan identitinya yang tidak diketahui dia pasti dapat menjalankan rancangannya dengan baik. Cuma ada seorang sahaja yang mengetahui identiti sebenarnya dan mereka berkomplot bersama.

Deruan angin yang agak kencang menyedarkan lelaki bertopi fedora itu dari mainan perasaannya sebentar tadi, lantas tubuh Farah dan Nico dicempung masuk ke dalam kereta. Walaupun keadaan kereta itu agak teruk dihempap-hempap oleh makhluk hodoh yang mahu menyerang mereka tadi, namun masih berfungsi.

Lelaki bertopi fedora membawa kedua-dua gadis malang itu pulang ke rumah sewa mereka. Sampai sahaja di hadapan rumah , dia memakir kereta di hadapan pagar  , meninggalkan Nico dan Farah yang masih pengsan di dalam kereta dan bergerak pergi. 

Bersambung


Previous: Bab 17
Next: Bab 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh nurmazunie razif