Home Novel Komedi/Romantik Komedi Kenapa mesti dia??!!!
Kenapa mesti dia??!!!
Diyana Ramlan
19/1/2015 14:48:36
155,529
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 11

Bunyi ketukan di pintu pejabat mematikan lamunannya seketika. Entah kenapa, peristiwa semalam di hadapan rumahnya itu sedikit sebanyak menganggu konsentrasinya dalam kerja. segera dia menggelengkan kepala masih lagi tersenyum. Dah kenapa dengan aku ni?

Bunyi ketukan di pintu bunyi lagi. Pantas sahaja Natasha menyuruh gerangan yang mengetuk pintu itu masuk menemuinya.

“Cik Natasha.” Tegur Mila. Tersembul wajahnya di hadapan pintu. Wajahnya kelihatan lebih ceria dari biasa.

“Ya mila?” tanya Natasha sambil tersenyum ke arah setiausahanya itu. Mila turut sama membalas senyuman Natasha.

“Cik Natasha tak lunch ke? Dah waktunya ini.” Ucap Mila, menginggatkan Natasha. Pagi tadi dia ada menginggatkan setiausahanya agar mengingatkan berkenaan temu janjinya dengan Luqman. Malah dia menyuruh setiausahanya membatalkan semua temu janjinya dengan klien selepas waktu rehat. Sudah semestinya Mila mengesyaki bahawa Natasha ingin keluar berjumpa dengan seseorang istimewa.

“Oh ye! Terima kasih ya mila!” ucap Natasha segera bangun membersihnya mejanya. Mila sudah tersenyum kambing di pintu biliknya. Sah! Ini mesti ingat aku nak pergi dating ni.

“kirim salam saya dekat someone special tu ya Cik Natasha.” Sakat Mila. Sejak peristiwa pembentangan yang mendapat pujian tempoh hari, hubungan dia dan setiausahanya rapat sekali. Malah bukan dengan Mila sahaja, turut sama dengan pekerja bawah seliaannya juga. Mereka seperti tidak lagi gerun dengan sikap Natasha yang tegas itu. Tambahan pula, sikap Natasha kini sudah kurang tegasnya.

Natasha tergelak kecil. “Ada-Ada sahaja awak ni Mila. In Shaa Allah.” Jawab Natasha. Dia kemudian membetulkan tudung dan pakaiannya. Mila yang dari tadi ingin menyakat Natasha lagi membatalkan niatnya sebaik sahaja telefon bimbit milik Natasha berbunyi. Pantas sahaja Natasha mengambilnya. Tertera nama Abang Luqman di skrin telefon miliknya.

“Assalamualaikum Abang Luqman.” Ucap Natasha memulakan bicara salamnya. Cuba untuk menyembunyikan keterujaannya itu. Disambut oleh Luqman dihujung talian. Tetapi Natasha dapat mendengar jelas Luqman sedang sibuk ketika ini. Mungkin masih di Hospital barangkali.

“Abang Luqman nak sha tunggu dekat mana ni?” tanya Natasha sebaik sahaja memberi salam. Butang baju blazernya dibuka sedikit.

“Mengenai tu. Abang rasa kita lunch dekat kafe hospital tempat abang kerja boleh tak Sha? Hari ini ramai pesakit. Abang sibuk sikit ni. Boleh tak Sha?” tanya Luqman. Berharap Natasha setuju dengan cadangannya. Bukan dibuat-buat, tetapi memang dia sangat sibuk sekarang ini. Ditambah lagi dengan bilangan kedatangan pesakit yang parah akibat kemalangan yang baru dihantar ke hospital lagi membuatkannya bertambah sibuk.

“Oh… Boleh sahaja. Sha datang sekarang ya.” Kata Natasha. Setuju dengan cadangan Luqman. Dia sedikit pun tidak kisah dimana mereka akan makan tengahari kerana segala temujanji dengan pelanggannya sudah di tunda keesokkan hari.

“Okay Sha. Terima kasih. Sorry sangat tau!” ucap Luqman dihujung talian lalu mematikan talian tersebut. Mungkin keadaannya yang terlalu sibuk membuatkan dia berbuat begitu. Tidak boleh berlama di dalam talian.

Natasha menghembuskan nafasnya perlahan. Nampaknya dia akan ke Hospital Ampang untuk makan tengahari bersama dengan Luqman. Dia tidak kisah akan perkara itu. Memandangkan jarak tempat dia bekerja dan hospital tempat Luqman bekerja juga tidak berapa jauh letaknya. Cuma yang memeningkan dia adalah kesesakan jalan raya menuju ke sana sahaja. Terpaksalah dia menempuh perjalanan yang sepatutnya mengambil masa kurang sepuluh minit itu menjadi lebih kurang hampir dua puluh minit. Selesai mengemas meja dan membetulkan pakaiannya, dia segera keluar dari pejabat menuju ke lobi bangunan.

Bunyi nyanyian lagu ‘Untuk Dia’ oleh Sleeq dan Najwa Latif kedengaran sederhana kuat di corong radio. Kenderaan MyVi yang di pandu Natasha dipandu sederhana laju setelah melalui lampu isyarat yang ketiga. Dia kini sudah hampir ke kawasan parkir Hospital Ampang.

Hari ini dia kira bernasib baik kerana kurang kenderaan yang menggunakan jalan menuju ke hospital tersebut. Jika tidak, dia pasti tersangkut lagi di lampu isyarat yang pertama.

HOSPITAL AMPANG, PANDAN MEWAH.

Sesampainya dia di hadapan pintu hospital,Dia segera memberikan signal ke kiri untuk memasuki perkarangan hospital lalu membelokkan keretanya ke kanan menuju ke arah bangunan terletaknya tempat parkir kereta. Nasibnya hari ini semamangnya memihak kepadanya, kerana terdapat beberapa lagi tempat kosong yang ada di dalam bangunan itu. Jika tidak, jangan haraplah pak cik keselamatan itu hendak memberinya kebenaran untuk memasuki bangunan tersebut. Kerana sememangnya jika tempat parkir sudah penuh, mereka tidak akan membenarkan sebarang kenderaan masuk kecuali kenderaan pekerja hospital yang sudah ada nama di petak parkir khas mereka.

Natasha memandu kereta kesayangannya penuh cermat sekali mendaki ke tingkat tiga bangunan. Kerana di situ baru di letakkan tempat parkir kereta untuk pelawat. Sewaktu dia sibuk mencari-cari tempat kosong untuk meletakkan kenderaannya, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Segera dia menekan pembesar suara untuk menjawab panggilan tersebut.

“Assalamualaikum. Liyana Natasha here” jawab Natasha tanpa memandang skrin telefon bimbitnya. Kepalanya masih meninjau-ninjau sekeliling kalau-kalau ada tempat kosong.

“Waalaikumussalam. Cik Natasha, Mila ni.” Jawab Mila dihujung talian.

“Ye Mila?”

“Maaf mengganggu Cik Natasha, saya Cuma nak tanya ni.” Kata Mila. Dirinya rasa serba salah kerana menganggu Natasha ketika ini. Sedangkan dia tahu Natasha sudah mengatakan bahawa sebarang hal kerja perlu diberitahu keesokkan hari. Tetapi kali ini dia terpaksa, kerana Datin Seri Paduka Fazian sendiri yang ingin dia mengambil dokumen tersebut dari bilik fail.

“Ye? Tanyalah. And make it quick. Saya tengah memandu ni.” Jawab Natasha. Tenang bersuara. Ini mesti berkaitan dengan kerja.

“Dokumen mengenai festival fesyen minggu depan tu cik Natasha simpan di mana ya? Datin seri minta saya ambilkan.” Terang Mila ringkas. Tidak mahu membuang masa kerana Natasha sedang memandu.

Natasha membelokkan keretanya ke kanan, mendaki lagi ke tingkat empat kerana di tingkat tiga tiada langsung kekosongan. “Cuba awak ke bilik fail. Cari di almari nombor tiga, bahagian penting.”

“Dah cik Natasha. Tapi tak jumpa.” Jawab mila, hampa.

“Tak jumpa?” tanya Natasha inginkan kepastian. Setahunya, dia letakkan fail tersebut di situ.Natasha menjeling ke skrin waktu dashboardnya. Lambat dah ni! Natasha menekan pedal minyaknya sedikit.

“Ha! Dekat atas meja saya. Cuba awak tengok. Kalau tak ada juga, mungkin Puan Sabariah yang ambilnya, sebab semalam dia minta kebenaran saya untuk buat sedikit pengubahsuaian.” Terang Natasha panjang lebar kepada setiausahanya. Pandangannya kini kurang fokus pula ke pemanduannya kerana masih memikirkan di mana letaknya fail tersebut.

“Oh… baik Cik Natasha. Maaf mengganggu.” Kata Mila. Masih lagi rasa serba salah. Natasha tergelak kecil.

“It’s okay.” Jawabnya ringkas.

‘Ha! Jumpa pun satu tempat parkir kosong.’ Hatinya gembira apabila terlihat satu tempat parkir tidak jauh darinya. Pedal minyak ditekan. Dia memandu keretanya menuju ke petak parkir tersebut.

Tiba-tiba sebuah kereta BMW bewarna putih masuk ke petak parkir kosong yang ingin dimasukinya membuatkan dirinya terpaksa menekan brek kecemasan. Dirinya terdorong sedikit kehadapan. Bunyi gesekan tayar kuat kedengaran. Ya Allah. Nak mati ke pemilik kereta tu? Kalau nak pun jangan la bahayakan aku! Nafas Natasha turun naik. Cepat-cepat dia beristighfar.

Natasha keluar dari keretanya, dia kemudian melangkah ke hadapan ingin melihat jika dia ada ter’cium’ kereta BMW yang keluar itu tadi. Hatinya dilanda resah. Tangannya mengigil, masih terkejut dengan keadaan tadi.

Fuh! Lega. Tak kena! Lagi dua inci je lagi nak langgar. Nasib baik sempat tekan break. Kalau tidak, melayang duitnya ingin membaiki kos kerosakan. Walaupun bukan kerana kesalahannya, dia tetap bimbang jika kereta kesayangnya itu kemek. Di urut dadanya meredakan keresahan yang ada.

“Awak ni buta ke? Tak Nampak kereta saya nak masuk?” marah seseorang dari belakangnya. Ini pasti pemilik kereta BMW tersebut! Eh! Dia yang buta cakap kita! Selamba badak dia je tuduh orang!

“Hello! Awak tu yang buta!” marah Natasha lalu berpaling memandang gerangan yang memarahinya itu tadi. geram pula aku dengan dia ni! Natasha mengetap bibirnya menahan geram.

Natasha memandang tepat ke wajah pemuda yang memarahinya. Wajahnya yang putih dan bersih itu ditatap Natasha penuh kemarahan. Harap muka je handsome! Tapi perangai? Kerek betul!

“Apa? Saya?” Tanya pemuda itu. Dia dilihat memakai baju putih yang selalu dipakai oleh pekerja-pekerja di dalam hospital tersebut. Oh! Doktor rupanya. Ingatkan mamat sewel mana tadi. ada otak rupanya.

“Ya! Awak la!” Natasha memberanikan diri mengatakan pemuda tersebut yang salah. Heh! Dia tak kenal lagi siapa Liyana Natasha! Marilah kalau nak gaduh!

“Weh nenek, saya yang masuk dulu la. Apesal pula saya yang salah. Dasar nenek kebayan.” Marah pemuda itu dengan sombongnya. Amboi! Panggil aku nenek! muka aku yang lawa ni kau kata macam nenek kebayan? Wah! Melebih!

“Amboi! Sedap mulut awak je cakap saya nenek kebayan. Awak tu? Doktor kerek! Sombong gila! Awak la yang salah! Ini laluan one way la! Saya la yang sepatutnya dapat parkir ni dulu. Awak tiba-tiba laju potong saya tadi. lepas tu nak claim ini tempat parkir awak. Suka suki je.” Bebel Natasha. Rasa meluat benar dia dengan pemuda di hadapannya kini. Rasa mahu sahaja dia cungkil keluar anak mata berwarna hazel milik lelaki ini. Geram!

“Huh! Orang dah salah memang macam tu. Banyak alasan!” perlinya. Eh eh? Ni memang mintak dah ni! Muka Natasha merona merah menahan amarahnya. Di jelingnya kereta BMW berwarna putih milik lelaki tersebut. Ikutkan hati, mahu sahaja dia sepak kereta tersebut.

“Sedap mulut awak je. Awak tu harap je pakai kot doktor bagai. Tapi perangai? Hilang terus ke sopan santun tu? Jadi doktor ni memang hanya pada jawatan sahaja ke? ” Bidas Natasha lalu mengetap bibirnya. Ya Allah, sabarkanlah hatiku ini.

“Apa? Jaga sikit mulut tu ya?”

“Apa? Betul apa? Awak tu tiba-tiba je drive laju. Bahayakan orang lain!! Mana sifat kemanusiaan yang ada pada seorang doktor?” Bidas Natasha lagi. Ha! Lawan la mulut laser aku ni! Tahu pulak diam!

Wajah tampan lelaki itu mula tegang. Nampak jelas urat-urat mula timbul pada lehernya yang putih itu. rahangnya pula diketapnya. 

Orang ramai mula datang melihat apa yang terjadi. Malu dengan orang yang mula berkumpul, akhirnya pemuda tersebut mengambil keputusan mengalah.

“Huh! Awak ambil la nenek kebayan! Setakat tempat parkir pun nak gaduh! Macam budak-budak.” Katanya lalu masuk kedalam kereta dan berlalu dari situ.

"Biarlah!" jerit Natasha lalu menjelirkan lidahnya ke arah kereta lelaki tersebut yang mula hilang dari pandangan.

Natasha tersenyum kemenangan. Yes! Padan muka! Tula! Nak gaduh lagi dengan aku! Harap muka je handsome. Tapi kerek gila!

Malas ingin melayan perasaan marahnya itu, dia masuk kedalam kereta MyVinya lalu parkir kenderaannya di petak parkir yang direbut olehnya dan pemuda itu tadi. Nasib aku dapat parkir ni! Kalau tak, entah dimana lagi dia hendak parkir kereta comel kesayangan aku ini.
Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Diyana Ramlan