Home Novel Komedi/Romantik Komedi Kenapa mesti dia??!!!
Kenapa mesti dia??!!!
Diyana Ramlan
19/1/2015 14:48:36
155,536
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 5

“Sha nak makan apa? Abang ambilkan” pelawa Luqman bermurah hati ingin mengambilkan makanan untuk Natasha. Adik angkat kesayangannya.

“Eh? Tak payah la. Abang Luqman ni. Nak buat layanan first class pula dekat Sha.” Kata Natasha agak segan dengan pelawaan Luqman itu. Mukanya merona merah. Luqman hanya ketawa kecil melihat wajah comel Natasha yang sedang menahan malunya itu.

“Lah.. buat apa nak malu. Erm.. Chichken chop?” tanya Luqman.

"Allergic" 

"Beef Lasagna?" tanya Luqman sekali lagi. benar-benar ingin melayan puteri kesayangannya itu.

"tak suka beef." jawab Natasha menahan ketawa kerana sengaja mencari alasan agar tidak dilayan bagai puteri. 

"Sha. please..." rayu Luqman perlahan. 

"okay.. okay.." kali ini Natasha mengalah. Luqman tersenyum.

"urm.. Fettucine Pasta with chilli Tuna and swiss brown mushroom?" tanya Luqman panjang lebar nama menu yang ada di situ. Natasha tergelak kecil. 

"Amboi. ha ha ha.." Natasha hanya mampu tergelak. dia kemudian menganggukkan kepala lalu menyambung “boleh juga.”

“Great! Please.. have a sit dear. I will be back in five okay?” kata Luqman lalu terus beredar dari tempat duduknya. Natasha hanya tersenyum melihat Luqman. Tidak menyangka yang Luqman akan melayannya seperti seorang puteri. Gentleman gitu. Pujinya dalam hati.

Bunyi deringan di telefon bimbit mengejutkannya. Pantas sahaja dia mencapai telefon bimbit itu di tas tangan yang senantisasa di sisinya. Tertera nombor pejabat di skrin telefonnya. Mukanya sedikit berkerut.

“Dah pukul berapa dah ni? Takkan dia orang semua tak balik lagi?” luah Natasha sendiri. Dia kemudiannya menekan punat hijau di skrin untuk menjawab panggilan tersebut.

“Assalamualaikum. Liyana Natasha here.” Ucap Natasha sedikit tegas. Risau jika yang membuat panggilan tersebut adalah bosnya, Datin Seri Paduka Fazian.

“Waalaikumussalam cik Natasha. Saya ni, Mila.” Kedengaran suara Mila, setiausahanya di hujung corong telefon. Suaranya berbunyi sedikit cemas.

“Ye Mila?” Tanya Natasha sedikit runsing. Manakan tidak, Mila menelefonnya kini sudah waktu larut malam. Apatah lagi diluar waktu bekerjanya. Jika tidak kerana sebarang kecemasan, pasti dia tidak akan di hubungi oleh pekerjanya ini. Pasti ada sesuatu yang tidak kena. Getus hatinya.

“Cik Natasha…. Erm.. macam mana nak cakap ye.. erm.. arrr..” kedengaran suara Mila sedikit tergagap-gagap.

“Why Mila? Ada apa-apa yang berlaku ke?” tanya Natasha sedikit runsing tetapi masih boleh dikawalnya lagi.

“Pejabat kita kena pecah masuk Cik Natasha. Habis design kita di koyaknya.” Ujar Mila. Kata-kata Mila dirasakan Natasha ibarat terkena kejutan elektrik sahaja. Mana tidaknya, hasil rekaannya yang selama tiga bulan itu dalam sekelip mata sahaja hancur.

“Apa? Bila?”

“Baru je ni Cik Natasha. Tadi lepas saya dengan Effy pulang dari dinner, kami terus ke pejabat sebab saya lupa nak ambil briefcase. tapi, bila nak buka sahaja pintu pejabat kita, pintu tu tak berkunci. saya tak tahu..” belum sempat kata-kata Mila itu dapat diteruskan, Natasha terlebih dahulu memotong percakapannya.

“Okay! I’ll be there in about ten minutes. Call Encik Kamal to inform this. Then you call me back okay? Oh Mila, stay calm.” Terus sahaja talian itu diputusnya. Dia harus segera ke pejabat. Tidak ada masa di sini. Dia harus melihat sendiri bagaimana keadaan pejabatnya kini.

Baru sahaja Natasha ingin bangun untuk beredar, Luqman sudah pun sampai di meja mereka bersama makanan yang di pesan oleh Natasha.

“Sha? Kenapa ni?” tanya Luqman setelah menyedari ada perkara yang tidak kena dengan adik angkatnya itu. Natasha hanya tersenyum hambar.

“Sha kena pergi ni Abang Luqman.” Ringkas sahaja jawapan yang diberi Natasha. Dahi Luqman berkerut tidak faham.

“Go where? You haven’t eat anything yet Sha?” Tanya Luqman tidak puas hati dengan jawapan yang diberi Natasha.

“Office. Ada emergency.” Luah Natasha. Luqman mengangguk faham.

“Sha pergi dulu ya abang. Kirim salam Sha dekat mama Wati dan Papa Imran tau!” sambung Natasha lalu cepat-cepat beredar dari situ. Langkahnya laju sahaja keluar dari kediaman mewah milik pasangan ibu bapa angkatnya. Bunyi deringan di telefon bimbit membuatkan dirinya yang sedang melangkah laju di sisi jalan raya itu terganggu. Dia memperlahankan langkahnya, kini pandangannya tertumpu kepada bunyi di dalam tas tangan itu. Dengan kelam kabut di mencari-cari di mana dia meletakkan telefon bimbit jenama iphone 6 nya itu.

“Aduh! Mana pula aku letak ni!” getus Natasha. Geram.

Dalam sibuk dia mencari telefon bimbitnya itu di dalam gelap malam, tanpa dia sedari di kini sedang berjalan di tengah jalan raya di kawasan perumahan itu. Bunyi hon dan lampu daripada kenderaan langsung tidak dihiraunya.

“Ha! Jumpa….” Baru sahaja dia ingin gembira kerana sudah menjumpai telefon itu, dia kini baru menyedari bahawa dia berada di tengah jalan raya dan sebuah kenderaan dipandu laju yang berada tidak jauh darinya yang akan melanggarnya.

“Alamak!” dia hanya sempat memejamkan mata sahaja apabila menyedari di bakal dilanggar. Kedua-dua tangannya diraupkan ke muka. Aduh! Mati lah aku! Aku tak nak mati! Amalan aku masih banyak lagi tak buat! Ya Allah! Aku tak nak mati! Jeritnya dalam hati.

Disangkanya dirinya bakal terkena sesuatu yang menyakitkan. Tetapi tidak terjadi apa-apa. Malah kini dirasakan dirinya berada dalam pelukan seseorang. Dalam samar-samar lampu yang terdapat di jalan raya itu, dia hanya dapat melihat sehelai tali leher yang kelihatan agak pelik itu.

“Ehee.. peliknya tali leher” kata Natasha antara sedar atau tidak.

“Awak okay ke?” tanya satu suara garau yang masih memeluknya itu. Di goncang perlahan tubuh kecil Natasha yang antara sedar atau tidak.

“Saya masih hidup ke?” tanya Natasha lalu mengusap tali leher itu. Matanya kuyu sahaja kerana masih terkejut dengan kejadian dia hampir dilanggar itu tadi.

“Ye. Awak masih hidup.” Jejaka itu mengiyakan. 

"Alhamdulillah." Natasha tersenyum. tangannya kini menarik-narik tali leher yang kelihatan sungguh pelik itu. ada pula tali leher begini di masa ini? tali leher bercorak lipstick wanita. pondan ke apa? 

"weh! Awak jangan nak pengsan pulak!" tegur lelaki yang menyelamatkannya itu tadi. tangannya masih memeluk Natasha yang masih lemah itu. 

"Bising la. bagi la orang tidur kejap." memejamkan matanya. Lalu dia tidak sedarkan diri. Yang hanya dia dengar ialah bunyi riuh di sekelilingnya. Mungkin orang ramai juga terkejut seperti mana dia juga. Ahh! Biarlah.. aku nak rehat sekejap. Monolognya sendiri lalu melelapkan matanya. tidak sedarkan diri.
Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Diyana Ramlan