Home Novel Komedi/Romantik Komedi Kenapa mesti dia??!!!
Kenapa mesti dia??!!!
Diyana Ramlan
19/1/2015 14:48:36
155,530
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 27

“Alhamdulillah! Kenyang nya abang Luqman! Terima kasih banyak-banyak tau” ucap Natasha sebaik sahaja mereka sampai di sebelah kereta milik Luqman. Restoran mamak bistro di hadapan mereka dipandang sekilas. Atas permintaan Natasha, tempat ini menjadi tempat mereka menjamu makan malam pada malam ini. Luqman pula hanya menuruti kemahuan Natasha. Jika boleh, segala kemahuan Natasha akan dituruti.

Luqman tersenyum “Amboi. Memang la kenyang. Dah dia makan tiga keping roti canai, dua keping roti bum!” perli Luqman lalu mentertawakan Natasha.

Natasha mencebik.

“Ala.. dah orang tu belanja kita. Apa lagi. order aja la! Hehehe”

“Abang tak kisah. Apa je yang Sha nak. Abang sanggup dan rela lakukannya. Demi orang yang abang sayang.” Ucap Luqman. Muka Natasha bertukar merah. Malu dengan apa yang dikatakan Luqman.

“Ish abang Luqman ni!”

“Betul Sha. Just say it. Abang akan sedaya upaya lakukannya untuk Sha. Just for you sayang” ucap Luqman lagi dengan suara yang cukup mengetarkan jiwa Natasha. Makin merah muka Natasha menahan malu.

“Dah la! Jom balik!”

Baru sahaja tombol pintu kereta itu ingin Natasha buka, pergelangan tangan Natasha ditarik lembut. “Sha.” Panggil Luqman cukup lemah lembut.

“Err.. ye abang Luqman?”

“Sha terima kan?’ Tanya Luqman.

“Terima apa abang Luqman?’ Tanya Natasha kembali.

“Sha terima kan luahan hati abang semalam?”

“Entah la abang. Sha.. Sha tak tahu.. apa pula kata mama dan papa nanti”

“Mama dan papa setuju.” Ucap Luqman. Terus sahaja wajah tampan itu direnung Natasha. seperti tidak mempercayai sahaja apa yang dikata Luqman.

“Apa? Mama Wati dan Papa Im setuju?” Tanya Natasha kembali. Eh! aku pekak ke? Takkan macam tu je Mama Wati dan Papa Im boleh setuju?

Luqman hanya mengangguk.

“Tapi macam mana…”

“Itu sha kena Tanya mama sendiri. Mama nak jumpa sha esok. Boleh sha datang rumah kami?” Tanya Luqman lagi. Natasha mengaru kepalanya yang tidak gatal. Ni apa kes minta aku datang rumah? Ish! Seganlah!

“Segan la abang Luqman! Dah la semalam Sha terus balik je” Jawab Natasha. Tertunduk malu kerana mengingatkan peristiwa semalam. Kerana terlalu terkejut dengan luahan hati daripada Luqman, dia tanpa mengucapkan apa-apa terus sahaja angkat kaki daripada rumah banglo milik orang tua Luqman.

Luqman ketawa kecil dengan gelagat yang di pamer Natasha. “Tak ada apalah. Dah! Esok abang datang ambil sha dekat rumah ye? Esok kan hujung minggu? Biar Abang je ambil Sha?”

“Suka hati abang Luqman la.” Kata Natasha lalu masuk kedalam kereta. Luqman hanya ketawa kecil lalu mengikuti Natasha masuk kedalam kereta.

“Terima kasih Abang Luqman.” Ucap Natasha sebaik sahaja kereta diberhentikan dihadapan rumah teres milik Natasha. Wajah tampan itu ditenungnya. Sebuah senyuman dihadiahkan buat jejaka itu.

“Terima kasih je?” Tanya Luqman cuba untuk bergurau. Natasha ketawa kecil.

“Birthday abang Luqman kan sabtu ni? So, hadiah nanti sha bagi sabtu la. He he he”

Luqman mengelengkan kepalanya. “Tak nak. Abang tak kisah pasal hadiah”

Natasha mengerutkan dahi kehairanan. Aik? Kalau tak nak hadiah, abang Luqman ni nak apa? Takkan duit kot? Takkan gaji doktor tak cukup? Nak dibandingkan dengan aku, banyak lagi gaji dia. Kalau dia tak ada duit sekali pun, Papa Im kan kaya?

“Err.. Abang Luqman nak apa?” Tanya Natasha tidak mengerti.

Enjin kereta dimatikan. Luqman duduk menghadap Natasha. Ditenung sepasang mata berwarna hazel milik Natasha. “Abang nak kan jawapan daripada Sha. Jawapan bagi luahan hati abang semalam.”

“Oh.. erm.. Sha.. err..”

“Sayang, Abang betul sayang dan cintakan Sha.” Luqman meluahkan kata-kata tulus daripada hatinya. Memandang sepasang anak mata itu dengan penuh rasa cintanya. Ya Allah. Abang Luqman, jangan la pandang sha macam tu. Iman tak kuat. Huhuhu.

“Sha..”

“Sha?”

Natasha menundukkan kepala. Malu. “Sha pun sayangkan abang.”

“Really?!!! Ya Allah! Thank you sayang!” mahu sahaja Luqman memeluk Natasha. Tetapi oleh kerana memikirkan mereka hanya adik dan abang angkat sahaja dan bukannya keluarga sedarah dengannya, dimatikan niatnya itu. Sabar.

“Okay la. Sha keluar dulu.” Ucap Natasha lalu cepat-cepat keluar dari kereta. Baru sahaja Natasha ingin membuka pintu pagarnya, bunyi hon dibunyikan daripada kereta Luqman. Natasha memalingkan wajahnya memandang Luqman yang berada di dalam. Cermin kereta di bahagian penumpang diturunkan.

“Thanks sayang. Jumpa esok.” Ucap Luqman lalu meninggalkan kawasan perumahan itu. Natasha hanya tersenyum tersipu malu.
Previous: Bab 26
Next: Bab 28

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Diyana Ramlan