Home Novel Komedi/Romantik Komedi Kenapa mesti dia??!!!
Kenapa mesti dia??!!!
Diyana Ramlan
19/1/2015 14:48:36
155,553
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 14

“Liyana Natasha? Are you really Liyana Natasha?” tegur seorang wanita di hadapannya. Natasha mendongakkan kepalanya memandang gerangan yang menegurnya tadi. Amboi! Minah salleh celup mana ni? Seksi habis!

Natasha bangun dari duduknya sambil tersenyum. ‘Mungkin salah seorang klien aku kot?’ tekanya di dalam hati.

“Ye saya. I’m Liyana Natasha. Anything that I can help you miss…?”

“It’s me! Dahlia la!” kata wanita yang bernama Dahlia itu memperkenalkan dirinya lalu mengenggam erat kedua-dua tangan Natasha. Kening Natasha terangkat sebelah. Siapa?

“Dahlia minah senget tu ke?” lantang sahaja Shakirah bertanya. Lah! Minah ni ke?

“Hey! Apa kata I macam tu!” marah Dahlia. Berang sedikit dengan kata-kata Shakirah. Shakirah pula sudah ketawa sakan dengan kata-katanya sendiri. Mana tidaknya, Dahlia dahulu merupakan seorang yang suka mengikut mood apabila berkata-kata. Jika moodnya itu baik, maka perangainya itu baiklah dia. Jika moodnya itu tak baik, alamatnya habislah orang itu. Dibulinya.

Disebabkan perangai itu la dia tidak disukai ramai. Malah digeruni oleh junior di sekolahnya.

“Oh My God! Dah lama gila I tak jumpa korang! Rindu!” ucap Dahlia teruja. Sejak bila pula kita rapat ni?

“Ha ha ha…” hanya sengihan sahaja yang diberi Natasha kepada Dahlia. Pelik. Kerana bukankah mereka bermusuhan sejak dahulu lagi? Ini apa kes tiba-tiba rindu aku? Getus hati Natasha.

“You buat apa sekarang?” tanya Dahlia.

“tengah borak je.” Jawab Natasha. Loyar buruk dengan Dahlia. Shakirah sudah tergelak sakan dibelakangnya.

“Ish you ni. Main-main ea… sama macam dulu. Tak, maksud I kerja la. You Kerja apa sekarang?” tanya Dahlia. Berminat ingin tahu akan pekerjaan Natasha sekarang.

“I kuli je” jawab Natasha ringkas.

“Ish Sha! Kau ni! Suka sangat merendah diri la. Tahu la kau tu dah rendah. Ni dahlia, Natasha sekarang dah jadi terkenal tau. dia pereka fesyen terkenal tau! terkenal!” sengaja Shakirah menekan perkataan terkenal itu. Tidak mahu Dahlia merendahkan Natasha lagi seperti sewaktu dia di sekolah dahulu.

“Oh really? Wow! Congrats! i bangga dengan you!” puji Dahlia. Natasha hanya tersengih. Siap kau Kirah lepasni. Hehehe…

“Bangga la! Kawan I ni dah jadi terkenal! Famous gitu! Ramai orang kenamaan dia kenal! Tak jealous ke Dahlia?” tanya Shakirah sengaja mahu main api dengan Dahlia. Aduh minah ni! Nasib baik muka kau cantik, kalau tak dah herot mulut kau aku kerjakan! Gumam Natasha dalam hati. geram dengan gelagat Shakirah memujinya melangit. Memalukan!

“I pun pereka fesyen juga. Wow! Tak sangka pekerjaan kita sama!”

Shakirah telan air liurnya. Terasa kesat pula tiba-tiba. Natasha pula sudah tersenyum mengejek. Tu la! Tadi suka sangat puji aku melangit! Ini Dahlia la Kirah! Mesti tak nak kalah punya. Natasha tersenyum mengejek lagi. “Oh really! Tak sangka. You ni Dahlia dari dulu asyik nak sama je dengan i. ha ha ha…”

“Ha ha ha… well, takdir!” Dahlia tersenyum bangga. “Okay la. I ada hal ni. Nak jumpa klien dari luar Negara ni. Biasalah, orang Luar Negara ni selalu tepati masa. Orang kata janji orang putih!”

“Take care!” ucap Natasha sambil bersalaman dengan Dahlia. Begitu juga Shakirah.

“I will. Okay la dah lambat nak jumpa klien ni. Maklumlah, macam I cakap tadi, klien dari luar Negara la katakana.” Kata Dahlia lalu melambaikan tangannya kepada mereka berdua.

Apabila Dahlia beredar sahaja dari situ, terhambur juga ketawan Natasha yang ditahan-tahan sejak tadi. Shakirah pula sudah masam mencuka disebelahnya.

“Hish! Geram la aku dengan si Dahlia tu! Cakap nak menang je! Bagi la aku menang pula kali ini!” bentak Shakirah. masih lagi geram dengan sikap Dahlia sebentar tadi. Natasha pula masih lagi galak ketawakan Shakirah.

“Kau ni shakirah. macam kau tak tahu pula dengan Dahlia tu. Dia itukan memang macam tu dari dulu. Biarkan jela dia.” Tergeleng-geleng kepala Natasha memikirkan hal mereka sebentar tadi. Natasha sebenarnya sudah lali dengan perangai Dahlia yang hanya mahu menang sahaja itu. Dia sudah lali sehingga tidak kisah lagi malah tidak mahu ambil peduli langsung lagi jika Dahlia ingin mengajak mereka bergaduh.

“Tapi aku geram la weh! Kau ni! Dari dulu asyik diam je! Geram! Dah tu tengok la baju dia tu, seksi habis!” ucap Shakirah masih lagi geram dengan sikap Dahlia yang masih tidak berubah dari bangku sekolah.

“Dah! Tak baik la kau mengata mengutuk dia bagai. Dapat dosa free je tau!” tegur Natasha. Sekadar menasihati Shakirah.

Shakirah mengeluh panjang. Cepat-cepat dia beristighfar. Tidak mahu lagi menghamburkan kata-kata yang boleh menyebabkan dia mengutuk Dahlia lagi.

Previous: Bab 13
Next: Bab 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Diyana Ramlan