Home Novel Komedi/Romantik Komedi Kenapa mesti dia??!!!
Kenapa mesti dia??!!!
Diyana Ramlan
19/1/2015 14:48:36
155,559
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 22

Bunyi deringan telefon bimbit di sebelahnya itu memeranjatkan Natasha yang sedang bersarapan. Dia mengerling pada skrin telefon bimbitnya itu.

Mama Wati

Pantas sahaja tangannya mencapai dan menekan punat jawab pada skrin telefon itu. Menjawab panggilan daripada orang yang paling dia hormat dan sayang.

“Assalamualaikum Mama Wati!” Ucap Natasha dengan nada ceria. Natasha mencapai alat kawalan jauh televisyen untuk memperlahankan suara.

“Waalaikumussalam anak mama ni. Sihat?” tanya Datin Wati di hujung talian. Natasha tersenyum. Memang sudah dijangka, mesti Mama watinya ini akan tanya khabarnya dulu sebelum sempat dia menanyakannya kepada Mama kesayangannya itu.

“Alhamdulillah. Sihat je ma. Mama Wati sihat?” Jawab Natasha tenang.

“Alhamdulillah sihat juga. Mama Wati ada benda nak cakap ni.” Ucap Datin Wati dihujung talian. Gulp! benda apa tu?

“Erm.. apa dia Mama Wati?” tanya Natasha sedikit gementar. Takut juga jika Mama Wati perasan akan hubungannya dengan Luqman yang sedikit renggang.

“Itu rahsia. Datang rumah mama ye petang ni?” Ajak Datin Wati lalu memutuskan talian telefon. Aik? Mama Wati ni kenapa?

Natasha meletakkan telefon bimbitnya di atas meja dapur itu. Nafas panjang dihela. Nampaknya dia terpaksa kesana. Tak mengapalah. Mungkin ada perkara mustahak yang ingin dibincangkan. Natasha bingkas bangkit lalu mendaki tangga untuk bersiap ke kediaman Datin Wati.

“Assalamualaikum.” Ucap Natasha yang sedang berdiri di hadapan pintu rumah banglo milik Datin Wati. Bukan kerana tidak berani masuk ke dalam rumah tersebut, tetapi tidak sopanlah jika dia terus sahaja memasuki rumah tersebut tanpa pengetahuan tuan rumah ini.

“Waalaikumussalam. Masuklah Sha. Mama ada dekat ruang tamu kedua ni” panggil Datin Wati dari dalam rumah. Pantas sahaja kaki Natasha melangkah masuk menuju ke ruang tamu kedua di kediaman tersebut.

“Mama Wati, Sha ada bawakkan…” kata-katanya terhenti apabila terlihat bahawa bukan sahaja dia tetamu Datin Wati, tetapi ada juga tetamu lain. Tetamu yang sangat dia kenali. Datin Seri Paduka Fazian dan anak terunanya, Faiz! Serta merta kakinya seperti di gam. Tidak dapat melangkah. Alamak! Datin Seri! Dahlah sejak peristiwa kerek kenalkan aku sebagai bakal menantu dia tu, aku seboleh mampu mengelak dari bertembung dengannya. Tapi terjumpa pula. Aduh!

“Marilah duduk sini Sha.” Panggilan dari Mama Wati mengejutkan Natasha dari terus berdiri kaku. Perlahan-lahan Natasha jalan ke arah mereka lalu bersalaman dengan Datin Seri Paduka Fazian dan Mama Wati kesayangannya. Dia kemudian duduk di sebelah Datin Wati. Berhadapan dengan Datin Seri Paduka Fazian dan Faiz.

“Natasha ni anak you ke Wati?” tanya Datin Seri Paduka Fazian kepada Datin Wati. Ada riak tanda tanya di wajahnya. Mungkin tidak percaya bahawa Natasha dapat berada di situ. Datin Wati tersenyum lalu mengangguk mengiyakan.

“Oh yeke? Tak sangka. Natasha. Dah lama saya tak jumpa you.” Sapa Datin Seri Paduka Fazian kepada Natasha. Gulp!

“Saya ada je dekat Ofis, Datin Seri” ucap Natasha sedikit gugup. Matanya dikerling sebentar kepada Faiz yang sedang sibuk melayan telefon bimbitnya. Ish kerek ni! Tak nak tengok langsung muka aku! Eh? Kenapa aku kisah pula dia tak pandang aku?

“Sha, Mama dengan aunty fazian ada perkara nak bincang ni. Soal business. Ajaklah Faiz bersiar-siar dekat taman sekejap ya?” minta Datin Wati. Natasha mengangguk faham. Begitu juga dengan Faiz. Mereka kemudian bergerak meninggalkan Datin Wati dan Datin Seri Paduka Fazian untuk membincangkan hal mereka.

“Awak! Macam mana ni?! Saya tak jelaskan lagi berkenaan status tu tempoh hari” ucap Natasha sedikit risau. kerana masih tidak menjelaskan berkenaan status ‘Daughter-in-law to be’ yang dikatakan Faiz tempoh hari.

Faiz kelihatan tenang sahaja sambil bermain lagi dengan telefon bimbitnya. Natasha yang sedikit tidak puas hati dengan sikap Faiz itu segera merampas telefon itu. “Hoi!” marah Faiz.

“Awak dengar tak apa yang saya cakap ni?” Tanya Natasha sekali lagi. Ish! Mat kerek ni! Serius boleh tak?

“Tahu dah. Saya dah explain dekat mama balik. Jangan la risau sangat.” Jawab Faiz tenang.

“Serius?” tanya Natasha seakan tidak percaya dengan kata-kata yang keluar dari mulut Faiz itu. Faiz hanya mengangguk tanda perkara itu betul dan dia tidak menipu.

“Alhamdulillah!” diraup kedua-dua tapak tangan yang masih memegang telefon bimbit Faiz itu sekali kemuka. Apabila telefon bimbit itu terkena sahaja dahi Natasha, automatik sahaja terpampang skrin hadapan di telefon itu terbuka. Terbeliak mata Natasha melihat skrin tersebut.

“Dah kenapa tengok macam nak tercabut mata tu?” tanya Faiz. Serta merta muka Natasha merona merah. Dipulangkan kembali telefon itu kepada pemiliknya. Ish! Tak tahu malu!

“Kenapa?” tanya Faiz sedikit hairan dengan tingkah laku Natasha. Dia kemudian membelek telefonnya. Tidak semena-mena, terhambur tawa Faiz.

“Lah! Ini ke?” tanya Faiz lalu menunjukkan gambarnya yang tidak berbaju sewaktu menghadiri kelas renang di London dahulu. Makin merah muka Natasha.

“Ish! Tak tahu malu! Tak payah la tunjuk!” marah Natasha. Geram dengan Faiz yang galak ketawakannya. Makin merah muka Natasha, makin kuat Faiz menyakat Natasha sehinggakan Natasha mencubit geram pada lengan Faiz. Geram sangat!

“Hahaha… berketak tak badan saya? Hahaha…” ketawa Faiz.

“Diam la kerek! Malu la sikit! Saya ni perempuan! Mana biasa tengok benda-benda tu semua! Badan perempuan je saya tengok! Mana la saya tak malu!” marah Natasha lagi. Tetapi ketawa Faiz Nampak seperti tiada surutnya. Makin kuat lagi adalah.

“Eleh! Kalau awak kahwin dengan saya nanti mesti awak suka” Faiz sudah mula mahu menyakat Natasha. Makin merah wajah Natasha dengan kata-kata Faiz. Apa?

“Ish! Siapa nak kahwin dengan awak! Perasan!”

“Betul tak nak? Orang cakap saya handsome.. orang cakap la.. bukan saya.” Kata Faiz, memuji diri sendiri.

Natasha menjeling tajam ke arah Faiz sambil tersenyum sinis. “Angkat bakul sendiri Nampak? Siapa kata awak handsome? Tak handsome! Langsung tak comel!”

“Yeke? Bukan hari itu awak juga yang kata saya ni comel?” tanya Faiz menginggatkan Natasha semula akan kejadian di Tasik Titiwangsa tempoh hari. Serta merta wajah Natasha kembali merah. Manakala Faiz sambung ketawa dengan pertanyaannya sendiri apabila tidak mendapat respon daripada Natasha. Dia ni!!!

“Ehem!”

Bunyi deheman menganggu kerancakan perbualan Natasha dan Faiz. Pantas sahaja mereka memandang gerangan yang menegur itu. Hampir terkeluar jantung Natasha apabila melihat Luqman sedang merenungnya sambil berpeluk tubuh! Serius sahaja wajahnya. Langsung tiada senyuman di bibir itu. Sejak bila dia ada dekat situ?
Previous: Bab 21
Next: Bab 23

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Diyana Ramlan