Home Novel Komedi/Romantik Komedi Kenapa mesti dia??!!!
Kenapa mesti dia??!!!
Diyana Ramlan
19/1/2015 14:48:36
155,556
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 19

Lebih seminggu Natasha menyibukkan dirinya dengan hal berkaitan kerja. kerja yang datang pula bukan main banyak sekali sehinggakan dia tidak menang tangan melakar karyanya. Namun, dia langsung tidak kisah. Kerana ini peluang untuknya menyibukkan diri sekaligus melupakan hal yang bersangkut paut dengan hatinya. Dia tidak mahu lagi memikirkan tentang perasaannya yang tidak bersambut itu.

“Cik Natasha” Bunyi intercom mematikan kerjanya yang tertumpu pada skrin komputer. Natasha mengeluh sebentar. Dia mengerling pada jam yang ada di skrin komputernya. Sudah lepas waktu rehat tengahari.

“Ye Mila?” tanyannya sambil membuat renggangan ringan sekadar meredakan lenguh dibadan.

“Encik Luqman Hakimi bin Datuk Imran ingin berjumpa dengan Cik Natasha.” Ucap Mila. Serta merta kedua-dua mata Natasha terbeliak. Apa? Abang Luqman? Alamak! Aku tak bersedia lagi ni nak jumpa dia!

“Erm. Okay. Suruh dia masuk jumpa saya. And, Beritahu saya bila klien saya yang seterusnya sudah sampai, suruh dia tunggu di bilik mesyuarat.” Jawab Natasha. Cuba menenangkan dirinya. Sudah seminggu peristiwa itu berlaku. Dan sudah seminggu juga dia cuba mengelak dari bertemu dengan Luqman. Sengaja dia melakukan begitu. Dia mahu menenangkan hatinya yang masih gundah gulana ini.

Bunyi ketukan dipintu membuatkan hati Natasha kian resah. Dia cuba menenangkan hatinya seboleh mungkin. “Masuk!” arahnya tegas. Tersembul wajah Luqman memasuki pejabat Natasha.

Natasha bangun lalu mempersilakan Luqman duduk di kerusi sofa yang sudah sememangnya khas untuk tetamu. Dia kemudian mengikuti Luqman lalu duduk di sofa berhadapan dengan Luqman.

“Sha sihat?” tanya Luqman. Wajahnya kelihatan redup sekali. Ada sesuatu terjadi ke? Takkan bergaduh dengan Dahlia kot? Ish! Menyibuk je aku ni!

“Alhamdulillah Sha sihat. Abang Luqman sihat?” tanya Natasha kembali sambil mengukirkan senyuman buat Luqman. Cuba mempamerkan wajah ceria di hadapan Luqman. Sedangkan hatinya sudah resah dengan pelbagai persoalan dan perasaan yang bermain di hatinya.

Luqman tidak terus menjawab pertanyaan Natasha itu. Dia mengangguk kemudian dia termenung buat seketika sehinggakan Natasha terpaksa memanggilnya beberapa kali. “Abang Luqman? Abang Luqman okay ke ni?”

“Aaaa… Abang Okay.” Jawab Luqman perlahan.

“Mama Wati dengan Papa Im sihat?” tanya Natasha lagi. Dia rasa bersalah pula kerana meninggalkan majlis tanpa memberitahu kedua-dua orang tua angkatnya. Hendak buat macam mana, hati dan perasaannya itu sudah tidak tahan lagi.

“Kenapa Sha tinggalkan abang hari itu?” tanya Luqman tanpa menjawab pertanyaan Natasha. Natasha sedikit terkejut dengan pertanyaan Luqman yang tiba-tiba itu. Dia sudah menjangka soalan itu yang akan ditanya Luqman, namun dia tidak menyangka wajah Luqman sebegitu sunggul sewaktu bertanya kepadanya. Langsung tidak seperti Luqmannya yang dahulu.

“Aaaa… apa dia abang Luqman?” tanya Natasha berpura-pura tidak mengerti dengan soalan yang diajukan Luqman itu tadi.

Luqman merenung tajam anak mata milik Natasha. “Kenapa Sha tinggalkan abang hari itu?”

“Oh! Sha ada emergency masa tu. Terpaksa balik masa tu juga.” Natasha membuat alasan. Tetapi nampaknya Luqman seperti tidak mempercayai akan kata-katanya.

“Emergency apa?”

“Emergency la. Emergency dengan klien” balas Natasha. Tangan Natasha pula bermain-main di hujung bajunya. Meredakan keresahan yang kian memuncak.

Luqman mengangguk faham. “Emergency dekat tasik ya?” tanya Luqman. serta merta kedua anak mata Natasha merenung tepat ke wajah Luqman. Apa?

“Aaaa… ap.. apa yang abang Luqman cakap ni? Sha tak faham la” Natasha cuba berdolak dalih. Masih berpura-pura tidak mengerti.

“I saw you with that guy. Who is he?” tanya Luqman tegas. Tiada langsung senyuman diwajah tampan itu. Hanya renungan tajam sahaja memandang Natasha. Kecut perut pula Natasha dibuatnya.

“Aaa… that guy.. he..” belum sempat Natasha menjawab pertanyaan daripada Luqman, panggilan daripada Mila di intercom mematikan kata-katanya. Bingkas sahaja dia bangun untuk menjawab panggilan intercom di atas meja kerjanya itu. Fuh! Nasib baik Mila panggil aku!

“Ye mila?”

“Datin Seri Kamila sudah ada di bilik mesyuarat untuk temujanjinya lagi sepuluh minit.” Ucap Mila melaporkan temujanji dengan kliennya. Natasha mengerling sebentar jam di tangannya. Awal!

“Baik. Lagi lima minit saya ke sana.” Jawab Natasha sedikit tegas.

“Abang nak penjelasan daripada Sha sebelum abang balik. Siapa lelaki itu” tanya Luqman yang sudah berada di belakang Natasha. Rapat.

“kenapa?” tanya Natasha sedikit gerun dengan keseriusan yang ada pada Luqman ketika ini. dia menundukkan wajahnya agar tidak terus bertentang mata dengan Luqman.

“Sha milik abang.” Jawab Luqman. Pantas sahaja Natasha mendongakkan wajahnya memandang Luqman. Apa? Seperti tidak menyangka akan apa yang di kata oleh Luqman. aku bermimpi kah?

“Apa abang merepek ni? Abang kan dah ada Dahlia.” Jawab Natasha lalu menggelengkan wajahnya beberapa kali. Luqman mengenggam erat tangan kanan Natasha. Sakit! Luqman kelihatan seperti ingin mengatakan sesuatu, tetapi dihalang oleh bunyi ketukan di pintu pejabat Natasha. Serta merta Natasha menolak tubuh Luqman berdiri jauh darinya.

“Errr.. Sha ada appointment sekarang ni. Sha pergi dulu.” Ucap Natasha lalu beredar dari situ. Tidak mahu berlama dengan situasi itu. Takut hatinya kembali mengharap akan perkara yang tidak pasti lagi.

Previous: Bab 18
Next: Bab 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Diyana Ramlan