Home Novel Komedi/Romantik Komedi Kenapa mesti dia??!!!
Kenapa mesti dia??!!!
Diyana Ramlan
19/1/2015 14:48:36
155,541
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 25

Gedebuk!

“Aduh!” Natasha tersedar dari lamunannya. Fail yang dipegangnya terjatuh dari genggaman. Haih! Kerana peristiwa semalam, habis semua perkara tidak dapat diberi tumpuan. Ini semua gara-gara abang Luqman la ni!

Sebuah keluhan keluar dari mulutnya. Fail yang jatuh tadi diambil dari lantai.

“Aik? Panjang kau mengeluh?” tegur satu suara di belakangnya. Natasha memalingkan wajahnya. Shakirah! Memang tepat masanya!

“Ya Allah! Kirah!”

Dia segera mendapatkan teman baiknya itu. Dipeluk erat sehingga tidak boleh bernafas dibuatnya. Terasa beban dan kejutan yang dihadapinya kebelakangan ini sedikit kurang jika dibandingkan sebelumnya.

“Dah! Kau ni kenapa?” Shakirah yang awalnya hanya mahu melawat teman baiknya terasa hairan pula dengan gelagat Natasha. Gerak hati yang meronta ingin melawat teman baiknya walau kerjanya mengunung membawanya ke pejabat Natasha. Ternyata, gerak hatinya itu benar mengatakan bahawa ada yang tidak kena akan diri Natasha.

“Lega! Kau datang tepat pada masanya!” segera ditarik tangan sahabatnya ke ruang sofa di pejabatnya untuk diceritakan apa yang telah terjadi kepada dirinya. Cerita bagaimana dia mengenali Faiz, cerita bagaimana dia berjumpa Dahlia di majlis kenduri Mama Wati dan Papa Imran, dan cerita terbaru bagaimana Luqman meluahkan isi hatinya dihadapan Faiz, Mama Wati dan majikannya Datin Seri Paduka Fazian. Diceritanya daripada A sehingga Z. meluahkan semuanya kepada teman baiknya itu.

“Wah! Alhamdulillah!!!” Shakirah mengucapkan rasa syukurnya buat Natasha.

“kenapa pula?” Tanya Natasha kehairanan.

“Ya lah. Kau kan dah lama sukakan si Luqman tu. Yang kau mengelabah ni kenapa? Relax la beb!” Kata Shakirah lalu menepuk lembut bahu teman baiknya.

“Aku memang la suka. Tapi..”

“Tapi apa lagi?” Tanya Shakirah tidak puas hati.

“Aku takutlah!” Luah Natasha lalu melepaskan keluhan buat kali kedua.

Shakirah mengelengkan kepalanya. “Kau nak takut apa? Takut Mama Wati dan Papa Imran tak restu? Takut Datin Seri marah kau? Ke.. kau takut berjauhan dari Faiz?”

“Ish! Apa kena mengena dengan Faiz pula dalam ni?” marah Natasha. Dah kenapa nak babitkan si kerek tu?

“Ye la. Mana tahu..” belum sempat Shakirah menghabiskan kata-katanya, Natasha terlebih dahulu memotongnya. “Mana tahu apa?”

“hehehe.. tak ada apa-apa. Look. Kau sukakan Luqman, dia pun sukakan kau. Hal Mama Wati dan Papa Imran pula, aku gerenti mereka mesti merestui hubungan korang! Hal Datin Seri pula, InshaaAllah dia akan faham. InshaaAllah.” Kata Shakirah.

Kata-kata Shakirah benar buat hatinya tenang daripada gelisah. Ada benarnya kata teman baiknya itu. Apa yang aku takutkan? Sudah lama aku menyukai Luqman dalam diam. Kini, Abang Luqman juga sudah meluahkan bahawa dia juga mempunyai perasaan yang sama denganku. Jadi, kenapa aku ingin berasa takut?

Tok! Tok!

Bunyi ketukan di pintu bilik pejabat Natasha menganggu perbualan mereka. Pasti Mila! Arahan masuk diberi. Namun sangkaannya meleset sama sekali. Ternyata bukan Mila yang muncul disebalik pintu tersebut, tetapi Dahlia. Natasha terkedu sebentar. Begitu juga Shakirah. Kedua- dua mereka berpandangan antara sendiri.

“Hai. Tak nak jemput I masuk?” tegur Dahlia yang masih berdiri tercegat di hadapan pintu pejabatnya. Pantas sahaja Natasha bangun lalu mengorak langkah mempelawa Dahlia masuk. Shakirah yang turut terkejut dengan kedatangan yang tidak disangka itu turut sama bangkit dari duduknya.

“Silakan Dahlia. Mila. Prepare kan minuman ya.” Arah Natasha kepada Mila yang berdiri di belakang Dahlia sejak tadi.

Mila mengangguk faham. “Air panas atau sejuk cik Natasha?”

“Just give me coffee” ujar Dahlia sebelum sempat Natasha memberi arahan kepada Mila. Mila mengerti lalu menutup pintu bilik pejabat majikannya.

“Eh? Kirah. I don’t know you ada dekat sini? I ingat bantal sofa tadi. Matching sangat.” Perlian yang keluar daripada mulut Dahlia pedas sekali. Natasha memandang Shakirah yang sedang menahan geram. Wajahnya yang kelat dapat dibaca Natasha walaupun dilindungi disebalik senyuman yang dibuat-buat.

“Haah. I dah lama dah ada dekat sini. Orang yang rabun je tak nampak i.” perli Shakirah kembali. Aduh! Kalau dibiarkan ni habis diorang berperang mulut. Perli memerli ni.

“Ehem! Dahlia. What brings you here? I thought Datin Seri pergi overseas pagi tadi?’

“I ke sini nak bincang dengan you.” Dia memandang Shakirah sekilas.

“Just the two of us.”

Shakirah bangun. Dia mengerti barangkali. Dia kemudian meminta diri kerana mempunyai urusan yang perlu diuruskan di pejabatnya. Setelah pintu pejabat ditutup rapat, Dahlia duduk di ruang sofa yang tersedia. Begitu juga Natasha. Perasaan gelisah menguasai diri. Takut juga jika Dahlia mengila memarahinya kerana Luqman.

“I ada benda nak discuss dengan you.” Ujarnya lagi lalu menyilangkan kakinya yang panjang persis kaki seorang model. Uh! Seksi habis! Nasib aku perempuan! Kalau lelaki, mesti tergoda habis!

“Erm.. what is it Dahlia? Ada benda yang tak kena ke?” Tanya Natasha kembali. Bukan berani mana pun. Buat-buat berani sahaja.

Tajam mata Dahlia merenung Natasha. Kecut perut pula dibuatnya.

“Pasal Luqman.” Jawab Dahlia ringkas. Matanya masih merenung Natasha. Sedikit pun tidak beralih dari merenung wajah itu.

Terasa kesat air liurnya tika ini. Dah! Ni mesti Datin Seri dah cerita hal semalam! Aduh! Habis la! Bukan aku tak kenal dengan perangai si Dahlia ni! Kalau dia tak suka, mesti mengamuk habis.

“errm… pasal hal tu. Serius I tak jangka langsung! i..”

“Cop! Cop! Hal apa ni?” Tanya Dahlia. Dahinya berkerut kehairanan.

Eh? Dia… tak tahu ke? Kepala yang tidak gatal itu digaru.

“Err.. you nak cakap apa pasal Luqman?” pertanyaan Natasha diganggu dengan ketukan pintu pejabatnya. Mila masuk dengan membawa dua cawan coffee yang diminta majikannya. Dia meletakkan cawan itu perlahan-lahan di atas meja lalu beredar ke luar dari pejabat itu.

“Jemput minum” Natasha mempelawa tetamunya minum air yang sudah tersedia. Dahlia hanya menuruti.

“I tahu Luqman suka you.”

Hampir tersedak air yang diminum Natasha. Nasib sahaja air itu belum sampai ke tekak, jika tidak. Naya.

“Ha?”

“I tahu Luqman suka you. Dari dulu lagi.” Suara Dahlia mengendur. Wajahnya tertunduk. Seperti menahan sebak yang melanda dirinya tika ini.

“I tak faham. Apa maksud you Dahlia? Mustahil Abang Luqman suka kan i. Dia anggap I tak ubah macam adik dia.”

“Tak Natasha. I tahu Luqman. Waktu kami di universiti dahulu pun. I tahu dia simpan perasaan pada seseorang. Memang kami bercinta. Tapi..” dia mendongakkan wajahnya. Redup sahaja pandangan matanya.

“Tapi jasadnya sahaja di sana. Hati? Langsung tidak terbuka untuk i.” jelasnya menahan sebak.

“Dahlia.. i..” belum sempat Natasha menghabiskan kata-katanya, Dahlia terlebih dahulu memotongnya.

“I tahu apa yang berlaku semalam. Dan waktu kenduri di rumah Auntie wati dulu. I sengaja mahu lihat reaksi Luqman dihadapan you. I know the person that he loves most is not me. It’s you. And always be you. Maafkan I Natasha.” Ucap Dahlia perlahan. Masih merenung sepasang mata milik Natasha. Jelas menunjukkan kekesalan di wajahnya.

“You buat apa?” Tanya Natasha sedikit hairan.

“Sebab menahan Luqman untuk menyayangi you.” Ucap Dahlia.

Natasha mengukirkan sebaris senyuman di bibirnya. Membalas pandangan redup di mata Dahlia. “you tak perlu minta maaf dekat i. sebab I dah lama maafkan you. You tak perlu risau.”

“Tapi Natasha.. i..”

“Tak pe. Really.. ikhlas.. I redha..” ucap Natasha beriya-iya menjelaskan bahawa dia benar-benar ikhlas bahawa dia sudah pun memaafkan Dahlia.

Dahlia akhirnya mengukirkan senyuman. “tapi.. kasihan orang tu”

“Hurm? Orang mana?” Tanya Natasha hairan. Dahlia mengelengkan kepala. Dia kemudian menghirup air kopi yang di sediakan setiausaha Natasha. Pelik! Ah! lantaklah! asalkan hal dia dan Dahlia sudah tidak ada apa-apa lagi. 

Previous: Bab 24
Next: Bab 26

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Diyana Ramlan