Home Novel Komedi/Romantik Komedi Kenapa mesti dia??!!!
Kenapa mesti dia??!!!
Diyana Ramlan
19/1/2015 14:48:36
155,552
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 12

Langkah diatur penuh cermat dan berhati-hati sekali menuju ke kafeteria hospital. Langkahnya penuh dengan berjaga-jaga oleh kerana hari ini dia terpaksa memakai kasut bertumit tinggi. Sudahlah dia terlupa hendak membawa kasut lain, dia kini terpaksa memakai kasut berketinggian enam inci. Ini semua kerana mesyuarat yang diadakan pagi tadi. mesyuarat yang melibatkannya bersama dengan ahli lembaga pengarah yang lain. Termasuklah Datin Seri Paduka Fazian. Jika tidak, mana mungkin dia akan memakai kasut tinggi sedemikian.

Natasha melangkah masuk ke kafeteria tersebut. Orang ramai yang rata-ratanya terdiri dari pekerja hospital tersebut memandang ke arahnya. Dah kenapa semua pandang aku? Perasaan aku je kot. Natasha menepis cepat-cepat perasaannya itu.

Dia meninjau keadaan sekeliling. Ingin melihat jika Luqman sudah menunggunya ataupun tidak. Dari jauh, dia dapat melihat susuk tubuh Luqman yang membelakanginya. Dia mengukirkan senyuman lalu melangkah ke arah meja yang diduduki Luqman.

“Abang Luqman dah lama tunggu?” tanya Natasha setelah menghampiri Luqman yang sedang menyedut minumannya. Luqman yang menyedari kehadiran Natasha lantas bangun lalu menolong menarikkan kerusi di hadapannya untuk diduduki Natasha. Senyuman di bibirnya makin lebar dari biasa sahaja melihat wajah Natasha.

“Tak lah. Abang baru setengah jam dekat sini.” Jawab Luqman jujur. Natasha tergelak kecil.

“Abang Luqman perli Sha ek?” tanya Natasha lagi. Luqman pula tergelak kecil.

“Cantik Sha hari ini.”Puji Luqman masih lagi mengukirkan senyumannya buat Natasha. Muka Natasha sudah merona merah dengan pujian Luqman. Mana tidaknya, pujian itu datang dari orang yang sangat dia sayang selain sayangnya kepada arwah ibu dan bapanya.

“Hari ini jela? Ha ha ha… memandai je abang Luqman ni.” Tegur Natasha. Menidakkan pujian Luqman itu tadi. kepalanya tergeleng-geleng mengikut menidakkan pujian tersebut.

“Betul la. Dulu masa Sha kecil, sha comot sangat. Bila dah besar ni. Lawa pula. Mesti bangga teman lelaki sha.” Puji Luqman lagi. Masih dengan sikap jujurnya itu.

Natasha menggelengkan kepalanya.

“Sha mana ada boyfriend.” Ringkas sahaja jawapan yang diberi Natasha terhadap pujian Luqman itu tadi. Luqman tergelak kecil. Seakan tidak percaya dengan jawapan yang diberi Natasha. Mana mungkin orang secantik Natasha tidak memiliki teman lelaki?

“Kenapa pula abang Luqman gelak? Betul la.” Kata Natasha. Menegaskan yang dia masih lagi ‘solo’ sehingga ke hari ini.

“Abang tak percayalah. Mesti ada seseorang yang sha minat ni.” Kata Luqman. Muka Natasha merona merah lagi. Ish Abang Luqman ni! Suka sangat buat muka aku merah la!

“Erm… sha pergi order air dulu la.” Ucap Natasha. Menukar topik perbualan mereka. Natasha ingin bangkit dari duduknya namun dihalang Luqman.

“Sha nak minum apa? Abang ambilkan. Maklumlah, dekat sini semua kena ambil sendiri. Order lepas itu ambil dekat kaunter. Takut nanti Sha tak biasa. Meh abang ambilkan.” Jelas Luqman panjang lebar. Natasha hanya mengangguk tanda dia faham.

“Erm… Serupa macam abang Luqman la. Teh Limau manis.” Kata Natasha.

“Makan apa?” Tanya Luqman lagi. Natasha hanya mengelengkan kepalanya. Luqman mengangguk faham lalu beredar ke kaunter untuk memesan air yang dipesan Natasha. Mungkin dia sudah memahami kerenah Natasha yang tidak makan waktu tengahari.

Natasha melihat sekelilingnya. Luqman memilih tempat mereka di luar kafeteria. Berdekatan dengan tempat lalu lalang untuk ke surau dan bersebelahan dengan bangunan tempat letak kereta. Barangkali Luqman memilih tempat ini untuk mengurangkan kebisingan yang ada di dalam kafeteria tersebut. Mungkin juga ingin menghirup udara segar?

“Doktor, boleh tak saya duduk dekat sini?” terdengar satu suara perempuan tidak jauh dari tempat dia duduknya. Suara pertanyaan itu menarik minat penglihatannya. Terbeliak kedua-dua biji bola matanya. Kerek! Lelaki yang bergaduh dengannya itu tadi. Aduh! Dia kerja dekat sini ke? Aku ingatkan dia kerja dekat Hospital lain. Dah la duduk menghadap aku! Natasha membongkokkan sedikit duduknya. Tidak mahu dilihat lelaki tersebut.

“Kat tempat lain tak ada tempat ke?” tanya lelaki itu tegas. Penuh dengan lagak sombong pada pandangan Natasha. Tiada langsung senyuman diwajahnya. Hanya jelingan sahaja. Amboi! Kerek betul la mat kerek ni. Memang patut pun aku panggil kau kerek!

Jururawat yang menanyakan soalan tadi menundukkan wajahnya. Mungkin malu kerana ditanya sebegitu. Aduh! Kasihannya dia.

“Errr… Tempat lain penuh doktor.” Jawab jururawat itu perlahan sahaja. Masih lagi menundukkan kepalanya.

“Ha! Tengok apa tu!” sergah Luqman dari belakang Natasha menyebabkan Natasha terjerit nama ‘kerek’. Luqman ketawa sakan dapat mengenakan Natasha. Manakala Natasha pula sudah merona merah menahan malu bukan kerana dirinya di sakat Luqman, tetapi lelaki yang di panggil kerek itu memandang tepat ke wajahnya. Sah! Mesti dia ingat aku pasang telinga. Abang Luqman ni!

“Abang Luqman ni!” di cubitnya lengan Luqman. Geram!

“Suka sangat la menyakat Sha! Geram tau!” sambung Natasha lagi apabila melihat tawa Luqman masih tidak berhenti. Malah menarik minat orang sekelilingnya pula. Termasuk kerek tu!

“Nah! Ini dia minuman tuan puteri. Siap double triple ais lagi tau!” Ucap Luqman lalu diletaknya gelas yang berisi teh limau manis itu di hadapan Natasha. Natasha mengerling ke jam tangannya. Keningnya terangkat sebelah.

“Cepatnya. Tak sampai dua minit” tanya Natasha seakan tidak percaya dengan kepantasan pesanan yang dikirimnya kepada Luqman. Uish! Ilmu apa yang abang Luqman pakai ni?

“He he he…” Luqman hanya tersengih lalu duduk di tempatnya. Bunyi kerusi ditolak kasar dari arah belakang Luqman sekali lagi menarik minat Natasha. Lelaki yang bergaduh dengannya di tempat letak kenderaan tadi dilihat bangun lalu beredar dari tempat duduknya dengan muka masam mencuka. Wah! Mamat tu dah belah! Bagus! Bagus! Hati Natasha bersorak gembira. Serta merta bibirnya mengukirkan senyuman tanpa dia sendiri sedari.

“Sha tengok apa tu?” pandangan Natasha kini menarik perhatian Luqman. Namun, apabila dia menoleh kebelakang, tiada apa-apa yang dilihatnya. Hanya orang ramai sahaja.

“Tak ada apa-apa” Ucap Natasha lalu menyedut minumannya. Luqman mengangkat kedua-dua bahunya.

“Sha apa khabar? Macam mana kes hari itu? Dah dapat tangkap ke pencuri tu?” Tanya Luqman bertubi-tubi. Dia kemudian menyedut minumannya.

Redup sahaja wajah Natasha apabila diajukan soalan itu. Dia kemudian menghela nafas yang berat sekali. “Nak kata pencuri tu, tak juga abang Luqman. Sebab dia tak curi apa-apa pun. Dia hanya koyak semua karya kami sahaja. Cuma, tu la, siapa dan apa motif dia buat tu yang membinggungkan sha.” Jelas Natasha. Sejujurnya, dia sendiri pelik kenapa pelaku itu tidak mencuri karya mereka. Malah dia hanya menghapuskan sahaja.

“Sha tak rasa ini angkara orang dalam?” tanya Luqman bersahaja.

“Tak tahulah abang Luqman. Sha tak suka tuduh sesiapa. Takut dapat dosa free memfitnah je.” Kata Natasha berterus terang. Memang ada benarnya juga. Jika dia main tuduh sahaja tanpa bukti, itu sudah dikira memfitnah. Dan memfitnah itu tergolong di dalam dosa-dosa besar. Astaghfirullah!

Luqman mengangguk faham. “Habis jalan penyelesaian sha tentang kes itu macam mana?” tanya Luqman mengambil berat akan masalah yang dihadapi Natasha.

Natasha mengangkat kedua-dua bahunya tanda dia sendiri tidak tahu. “Entah! Tengoklah macam mana. Sha ingat nak biarkan sahaja. Sebab ada hikmah disebalik semua ni, Abang Luqman. Disebabkan kes hari itu la rekaan terbaru kami diterima Datin Seri dengan penuh pujian tau. jadi, Sha ada juga rasa berterima kasih dekat si pelaku tu. He he he...” Natasha tergelak kecil dengan kata-katanya sendiri.

“Biarkan macam tu je?” tanya Luqman seolah tidak percaya.

Natasha tergelak kecil lagi. Natasha mengelengkan kepalanya. “Of course la tak! Tengok la nanti apa Sha nak buat.”

“Pulak. Terserah Sha la.” Kata Luqman turut sama tertawa. Bukan kerana marah dengan sikap ambil mudah dan suka berahsia Natasha itu, tetapi kagum dengan sikap positifnya. Betullah kata orang, sikap positif mampu membuat hidup kita menjadi lebih baik. Bersangka baik atau dalam bahasa arabnya dipanggil ‘Husnudzon’ juga membentuk diri yang ceria dan hidup bahagia.

Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Diyana Ramlan