Home Novel Komedi/Romantik Komedi Kenapa mesti dia??!!!
Kenapa mesti dia??!!!
Diyana Ramlan
19/1/2015 14:48:36
155,520
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 3

Pagi Sabtu itu, Natasha sudah siap ingin keluar ke pasaraya terdekat untuk membeli barangan basah dan kering untuk kegunaan di dapur. Natasha mengenakan baju T lengan panjang berona biru muda, seluar jeans hitam dan bertudung shawl satin berwarna kelabu. Cukup ringkas dan kemas. Dia keluar sebaik sahaja selesai siap berpakaian dan terus memandu keretanya ke pasaraya terdekat, Jusco.

“Assalamualaikum Mak Cik!” tegur satu suara dari belakang Natasha sewaktu dia sedang meneliti salah satu barang di hadapannya. Pantas sahaja dia menoleh ke belakang melihat gerangan yang menegurnya itu. siapa pula la yang selamba badak dia je panggil aku makcik ni? nenek betul. geram.

“Waalaikumsalam. Ya Allah. Shakirah. aku ingatkan siapalah tadi.” Jawab Natasha sebaik sahaja mendapat tahu rakannya itu yang menegurnya. shakirah hanya tergelak kecil.

Shakirah menjeling ke dalam troli yang ditolak Natasha. “Ini je ke kau beli? Macam nak buat kenduri aje?” tanya Shakirah.

Natasha pula tergelak kecil. Kemudian dia mengelengkan kepala.

“Ini untuk stok sebulan dekat rumah la. Senang tak perlu ulang alik setiap minggu dekat pasaraya ini. Kau buat apa dekat sini?” tanya Natasha pula.

“Aku pun beli barang juga. Ibu aku minta aku belikan barang untuk masak esok. Ada kenduri sedikit. Eh! Kau jangan lupa datang tau!” kata Shakirah mengingatkan Natasha berkenaan dengan kenduri tahlil yang diadakan secara kecil-kecilan itu.

“Insyaallah. Esok kan abang Luqman dah nak balik. Jadi aku tak janji tau. Nanti kirim salam dekat mak kau ya?”

“Aah la. Aku yang ingatkan kau tapi aku pula yang lupa. Ha! Tak apa, tak apa. Kau tak masak apa-apa ke untuk Abang Luqman kau tu?” kata Shakirah sudah tersengih-sengih. Natasha terasa sedikit malu dengan usikan kawan baiknya itu.

“Erm. Aku ingat nak masakkan dia Shepered Pie. Kau rasa okay tak?” Natasha bertanya pendapat Shakirah.

“Aku rasa macam kurang sesuai la. Yela, dia dekat London tu hari-hari dia makan makanan orang sana. For sure he wants makanan dari sini. More like tradisional food. Ha! Apa kata kau buat kuih bakar? Kau kan expert buat kuih tu!” cadang Shakirah memandangkan Natasha amat pandai dalam buat kuih tersebut.

Natasha mengangguk tanda setuju.

“Erm. Geliga juga otak kau ni kan? tu favourite dia tu. Hehe.. thank you my love.” Puji Natasha lalu tergelak kecil.

“Tahu dah otak aku ni geliga. Okay la, berbual dengan kau sampai ke esok tak habis. Aku pergi cari barang ibu aku pesan dulu ya. Kita sambung dekat telefon nanti. Bye! Assalamualaikum.” Ucap Shakirah lalu menolak trolinya berlalu dari situ.

“Waalaikumsalam.”
Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Diyana Ramlan