Home Novel Komedi/Romantik Komedi Kenapa mesti dia??!!!
Kenapa mesti dia??!!!
Diyana Ramlan
19/1/2015 14:48:36
155,550
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 13

Keadaan di kompleks beli-belah MidValley Megamall itu sesak dengan orang ramai. Kompleks beli-belah yang terpanjang di asia ini sudah semestinya menjadi pilihan orang ramai terutamanya pada waktu hujung minggu. Baik remaja mahupun yang sudah berkeluarga, kompleks ini memang menjadi kunjungan terpilih.

“Shakirahku sayang, banyak lagi ke yang kau nak beli ni?” tanya Natasha. Sudah letih kakinya berjalan dari satu kedai ke satu kedai di kompleks MidValley ini. Sudah naik kematu dah kaki ini dirasakannya.

“Ala kau ni. Jalan sikit pun nak membebel.” Ujar Shakirah. tidak mempedulikan rungutan Natasha. Dia sengaja mengajak Natasha temankannya berjalan menghilangkan kekusutan di fikirannya itu.

Natasha memberhentikan langkahnya lalu menarik tangan Shakirah membuatkan langkahnya turut terhenti. “Sikit kau kata? Tu! Dah sepuluh bag kot kau pegang.” Luah Natasha sedikit tidak puas hati dengan jawapan yang diberi Shakirah tadi.

Shakirah hanya tersengih. “Alaa… relax la. Aku gurau je kot tadi.”

“kau ada masalah apa ni kirah?” tanya Natasha jujur. Tidak mahu lagi Shakirah berdolak dalih dengannya. Shakirah mengeluh panjang. Dia kemudian mengambil tempat duduk yang berada tidak jauh dari mereka. Natasha hanya mengikut sahaja.

Shakirah mengeluh lagi. Setelah beberapa ketika dia mendiamkan diri, barulah dia menerangkan masalahnya kepada Natasha. “Aku bukan apa. Papa aku minta balik kampung dalam masa terdekat ni.”

“Balik jela.” Jawab Natasha jujur. Sebuah cubitan hinggap di lengannya. Natasha mengaduh sakit lalu di gosok lengannya beberapa kali. Aduh! Boleh tahan sakit juga minah ni cubit aku! Boleh lebam ni!

“Kau ni! Lurus betul la. Jujur sangat.” Tegur Shakirah sedikit berang. Natasha hanya tersengih. Shakirah meneruskan kata-katanya.

“Aku bukan tak nak balik. Boleh aje. Tapi, kau tahu jela, Papa bila nak aku balik tiba-tiba ni mesti ada sesuatu. Macam dulu, dia suruh aku balik masa tu jugak, rupa-rupanya dia nak aku kahwin dengan anak Pak Mat jiran sebelah rumah aku tu.”

“Kau terima tak?” tanya Natasha. Berminat pula ingin tahu cerita Shakirah.

Shakirah hanya menggelengkan kepalanya. “Tak nak la aku! Dah la anak dia tu tak bekerja, nanti kalau kahwin, aku pula nak kena sara hidup dia. Ish!”

Natasha mengangguk faham. Betul juga. Nafkah seharusnya diberi oleh sang suami. Bukannya isteri.

“Habis tu? Kali ni papa kau nak satukan kau dengan siapa pula?” tanya Natasha lagi.

Shakirah hanya mengangkat kedua-dua bahunya tanda dia tidak tahu. “Entah! Itu la yang dia nak aku balik ni. Kalau boleh nak secepat mungkin. Tapi…”

“Tapi?” Tanya Natasha tidak sabar ingin mengetahui cerita shakirah seterusnya. Shakirah mengeluh panjang lagi. Dia menundukkan kepalanya.

“Kau dah ada boyfriend ke?” tanya Natasha lagi. Jujur. Shakirah mengelengkan kepalanya. Habis tu?

“Tapi… aku tak bersedia lagi la Sha. Kau tahu kan peristiwa aku dengan Haziq dulu? Aku takut perkara sama berulang. Dan aku tak nak papa aku kecewa dengan aku kali kedua.” Keluh Shakirah lagi. Peristiwa kemalangan Haziq sewaktu dia hampir sahaja bakal mendirikan rumah tangga itu masih lagi terpahat utuh di kotak ingatannya. Mana mungkin dia boleh melupakan peristiwa tersebut. Peristiwa yang meragut nyawa cinta hatinya. Lebih teruk apabila Haziq menghembuskan nafas terakhirnya dipangkuannya. Memang sukar untuknya melupakan peristiwa itu.

Natasha mengusap lembut belakang Shakirah. menenangkan hati rakan karibnya yang sedang gundah gulana itu. Walaupun dia tidak alami apa yang Shakirah pernah rasa, tapi dia sangat mengerti apa itu ‘cinta pertama’. Bagi Shakirah, Haziq merupakan cinta pertamanya. Tidak mungkin dia dapat melupakan cinta pertamanya itu. Malah tiada sesiapa pun yang mampu melupakan cinta pertamanya.

“Sabar Shakirah. mungkin ada hikmah disebalik semua ni.” Kata Natasha sekadar menenangkan hati Shakirah. hatinya sedih melihat rakan baiknya itu masih mengingati peristiwa pahit yang disimpannya.

Shakirah mengukirkan senyuman. “Kau dengan Abang Luqman macam mana?” Tanya Shakirah bersahaja.

“Ish kau ni! Ke situ pula.” Ditolaknya shakirah sedikit. Natasha dan Shakirah tergelak kecil.

“Dah tu. Ala… cerita la! Takkan tak ada improvement kot?” Tanya Shakirah. Natasha hanya tersengih.

“Liyana Natasha! Kau ni! Kenapa tak terus terang je dekat Abang Luqman pasal perasaan kau?” tanya Shakirah seakan tidak percaya. Sudahlah Natasha dengan Luqman dari kecil lagi berkawan, tetapi rakan baiknya ini tidak pernah mahu meluahkan apa yang tersingkap di dalam hatinya. Lebih penting perasaannya terhadap Abang Luqman.

“Ish! Tak nak la! Buatnya aku bertepuk sebelah tangan? Malu je!” Natasha mengelengkan kepalanya tanda tidak mahu. Tak nak! Tak nak!

“Kalau kau tak cakap dengan dia, macam mana la kau nak tahu dia ada perasaan yang sama dengan kau atau tidak. Kau ni!” Sebuah lagi cubitan hinggap pula di pipi gebu milik Natasha. Merah pipinya kesan daripada cubitan Shakirah itu tadi. Aduh! Macam Mama Wati la kau ni Kirah! Ngomel Natasha dalam hati.

“Pokoknya, aku tetap ngak mau sih!” Ucap Natasha masih berdegil. Sebuah lagi cubitan hinggap di pipi sebelah kanan Natasha. Kali ini Natasha dapat menepis sedikit dengan tangannya. Kedua-dua mereka tertawa. Terhibur sedikit.

“Liyana Natasha? Are you really Liyana Natasha?”

Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Diyana Ramlan