Home Novel Komedi/Romantik Komedi Kenapa mesti dia??!!!
Kenapa mesti dia??!!!
Diyana Ramlan
19/1/2015 14:48:36
155,543
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 8

“Cik Natasha” panggil Mila berkali-kali. Natasha tersentak. Terasa mahu menangis sahaja dia ketika ini. Tetpi ditahannya agar tidak terus menerus melayan perasaannya dikala ini. Kertas-kerta kerja yang hancur dan terkoyak yang berada di lantai biliknya itu di renungnya. Ya Allah, Kuatkanlah hatiku ini.

“Mila. You dah report hal ini ke pihak atasan?” tanya Natasha. Cuba untuk mengawal segala macam perasaan di dalam hatinya kini.

“Dah, Cik Natasha.” Jawab Mila ringkas.

“Any news from them?” tanya Natasha lagi. Masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberi setiausahanya. Di ambilnya secebis kertas yang berada di hujung kasut tumit tingginya itu. Rekaan eksklusifnya untuk pelanggan kerabat diraja dan bangsawan juga turut di koyakkan oleh seorang yang berhati penuh kedengkian ini.

“Mereka tak dapat nak buat apa-apa Cik Natasha. Mereka juga tidak mahu perkara ini dilaporkan ke pihak polis sebab tak ada barang berharga yang dicuri. Selain itu, mereka tak nak hal ini diketahui umum. Takut menjatuhkan reputasi syarikat.” Jawab Mila jujur. Kepalanya ditundukkan .

Natasha hanya melepaskan keluhan yang teramat berat sekali. Melepaskan sebentar beban yang bakal di kendongnya. Haih! Nampaknya ada yang tak tidur malam ni. Dah la presentation dekat Datin Seri Paduka Fazian lagi dua minggu.

“Kumpulkan semua team saya. Emergency meeting lagi dua puluh minit.” Tegas arahan yang diberi Natasha. Pantas sahaja Mila keluar dari bilik pejabat Natasha untuk memberitahu semua pekerja di bawah Natasha.

Natasha berjalan menuju ke mejanya lalu duduk merenung jauh ke luar tingkap yang terdapat di belakang mejanya. Pandangannya itu kini kosong. Fikirannya serabut. Memikirkan hal kerja yang baru sahaja siap itu minggu lepas, kini dia dan pekerja terpaksa mereka semula. Siapalah pula yang berdengki dengannya? Kenapa harus rekaannya? Bukan itu sahaja, rekaan pasukannya juga turut sama musnah! Hancur! Bersepah terkoyak di dalam biliknya yang belum di bersihkan oleh mak cik Bedah, tukang bersih di pejabatnya itu. Di pejamkan matanya pula.

‘Ya Allah. Jika ini dugaan buatku. Maka Engkau kuatkan dan tabahkanlah hatiku ini Ya Allah’. Natasha berdoa dalam hati. sedih kerana hasil kerjanya hancur begitu sahaja. Diraup wajahnya dengan kedua telapak tangannya.

“Siapalah yang dengki dengan kami ni?” terlepas jua keluhannya itu.

“Allah nak uji hambanya. Sabar, berusaha dan teruskan berdoa.” Satu suara menegurnya dari belakang. Cepat-cepat dia memalingkan kerusinya ke meja terarah kepada suara yang menegurnya. Abang Luqman?! Hampir sahaja dia terjerit tapi pantas sahaja di mengawal perasaannya ketika itu.

Luqman hanya tersenyum melihat Natasha. Natasha bangkit dari duduknya.

“Duduklah abang Luqman.” Jemputnya lalu kembali duduk di kerusinya. Begitu juga Luqman. Dia mengambil tempat di hadapan meja berhadapan dengan Natasha.

“Macam mana abang boleh masuk? Mila…”

“Dia nak bagitahu Sha.. tapi abang cakap abang nak buat surprise kat Sha.” Kata Luqman setelah memotong pertanyaan Natasha.

Natasha mengangguk tanda faham.

“Kenapa bersepah ni Sha? Ini ke yang buatkan Sha terkejar-kejar nak balik sampai pengsan?” tanya Luqman sedikit hairan dengan keadan di bilik pejabat adik angkatnya ini. Kedaan bilik ini tidak ubah seperti kapal pecah.

Natasha hanya mengangkat kedua bahunya sambil tersenyum.

“kenapa abang datang?” tanya Natasha terus terang. Luqman ketawa kecil.

“Terus-terangnya.” Kata Luqman jujur.

“Abang nak tengok keadaan Sha. Abang tak sempat jumpa Sha pagi tadi sebab abang pergi jogging. Sampai hati Sha balik tak jumpa abang dulu” rajuk Luqman. Dia kemudian memasamkan mukanya tanda protes. Alahai. Ingat comel la tu? Getus hati Natasha lalu ketawa kecil.

“Sha dah biasa. Selalunya, lepas solat subuh Sha terus ke pejabat. nak elak traffic jam.” Jelas Natasha. Cuba memujuk Luqman namun tidak berjaya.

“Mana boleh macam tu.” Protes Luqman lagi. Wajahnya yang berkacukan Pan Asia itu ditatap Natasha lama. ‘Abang Luqman janganlah buat macam tu. Nanti Sha bertambah terpikat dekat abang Luqman.’ Luahnya di dalam hati.

“Muka abang ni handsome sangat ye?” puji Luqman sendiri lalu menghamburkan ketawanya. Jelas Nampak lesung pipit di kedua belah pipinya. Lelaki ini yang membuatkan dia tidak dapat tidur lena. Lelaki ini yang membuatkan dia sentiasa resah. Dan lelaki ini juga menjadi dambaan semua wanita yang melihatnya walaupun baru pertama kali bersua muka.

“Perasan!” Natasha menjelirkan lidahnya. Luqman tergelak sakan.

“Oleh kerana Sha tak tunggu abang balik pagi tadi, Sha kena teman abang makan tengahari esok?” ucap Luqman. Dahi Natasha berkerut seribu.

“Esok? Tapi Sha rasa tak boleh la abang Luqman. Minggu depan boleh?” tanya Natasha. Memandangkan dirinya yang baru sahaja berhadapan dengan satu beban yang mungkin buat dirinya dan pekerjanya terpaksa bersekengkang mata menyiapkan rekaan terbaru mereka setelah rekaan lamanya dikoyak dan dihancurkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Okay! It’s a date!” terus sahaja Luqman menyetujui cadangan Natasha itu. Dia sebenarnya sudah dapat mengagak bahawa Natasha akan berkata sebegitu.

“Okay.” Ucap Natasha. Sedikit lega kerana Luqman menerima cadangannya tanpa mempersoal banyak.

Luqman bangkit dari kerusinya membuatkan Natasha juga turut bangun dari duduknya.

“Okay la. Abang nak balik hospital ni. Nanti kalau ada apa-apa, abang call Sha ya?” ucap Luqman lalu menghadiahkan sebuah senyuman buat Natasha. Natasha hanya mengangguk.

“Baik Doktor Luqman.” Ucap Natasha penuh lemah lembut.

Langkah Luqman terhenti apabila dia berada di hadapan pintu bilik pejabat Natasha. Dia menoleh sebentar memandang Natasha.

“Sha.. B.A.N.G.K.I.T!” ucap Luqman lalu menarik tombol pintu bilik lalu beredar dari bilik pejabat Natasha. Natasha tersenyum.

“Abang Luqman masih ingat.” Kata Natasha sendirian. BANGKIT. Sebuah perkataan yang mempunyai makna atau istilah dari akronim rekaan mereka sejak kecil lagi. Ia membawa makna berusaha untuk terus maju kehadapan. Bangun, Kuat, Ikthiar dan Tawakal. Itulah makna disebalik BANGKIT yang mereka cipta sendiri jika ditimpa masalah. Dengan perkataan itu jugalah yang membuatkan dia dan Luqman berjaya ke tahap ini.

Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Diyana Ramlan