Home Novel Komedi/Romantik Komedi Kenapa mesti dia??!!!
Kenapa mesti dia??!!!
Diyana Ramlan
19/1/2015 14:48:36
155,561
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 23

“Assalamualaikum Luqman.” tegur Faiz lalu melangkah ke arah Luqman. Luqman membalas senyuman dan bersalaman dengan Faiz. Mereka kemudian berbicara sesuatu. Tetapi tidak lama kerana selepas itu Faiz melangkah masuk ke dalam rumah banglo itu. Tinggallah dirinya dan Luqman yang masih merenung dirinya itu. Gulp!

“Ab.. Abang Luqman. apa khabar?” tanya Natasha sekadar bertanya khabar. Luqman mengorak langkah menghampiri Natasha membuatkan Natasha tidak senang duduk. Luqman kemudiannya memberhentikan langkahnya betul di hadapan Natasha membuatkan dirinya berasa segan. Natasha menundukkan wajahnya.

“Sha.” Panggil Luqman. Natasha diam membisu. Tidak menjawab langsung panggilan tersebut.

“Sha” Panggil Luqman sekali lagi. Kali ini lebih lembut dari sebelumnya.

“Ya Abang Luqman?” tanya Natasha. Masih menundukkan wajahnya. Terasa segan ingin memandang wajah Luqman tika ini.

“Sha, maafkan abang.” Ucap Luqman lalu mencangkung memandang wajah Natasha. Serta merta wajah Natasha merona merah. Perangai Abang Luqman langsung tak berubah! Sama macam masa kecil-kecil dahulu. Natasha tersenyum.

“Maafkan abang ya Sha?” pinta Luqman sekali lagi setelah permintaan pertamanya tidak mendapat sebarang jawapan daripada Natasha.

“Abang buat salah apa? Sha tak faham la” Akhirnya Natasha bersuara.

Luqman bangun daripada cangkungnya tadi. merenug tepat ke wajah Natasha yang sedang memandangnya. “Abang tahu. Abang rasa abang perlu jelaskan perkara ni sebelum Dahlia balik ke Malaysia lagi. Maafkan Abang. Abang…” belum sempat Luqman menuturkan kata-katanya, Natasha terlebih dahulu memotongnya.

“Sha faham. Sha harap abang bahagia dengan Dahlia. Hehehe…” ucap Natasha sambil tersenyum. Biarpun perit, dia harus menunjukkan riak gembira di hadapan Luqman.

“Tapi Abang…” sekali lagi Natasha memotong kata-kata Luqman.

“Abang jangan risau la… Nanti nak kahwin Sha nak jadi pengapit Dahlia tau! jangan lupa jemput tau!” ucap Natasha lagi lalu menepuk perlahan berkali-kali pada bahu Luqman. Natasha mengukirkan sebuah senyuman buat Luqman. tidak mahu Luqman berasa simpati padanya.

“Natasha…” Panggil seseorang dari jauh. Natasha berpaling memandang gerangan yang memanggilnya itu. Faiz! Agak-agak dia dengar tak ya?

“Datin panggil” ucap Faiz lalu beredar dari situ. Mungkin tidak mahu ikut campur akan halnya dengan Luqman. Natasha mengangguk lalu ingin beredar menuju ke Ruang Tamu namun di halang oleh Luqman. di genggam erat tangan kanan Natasha. Seolah tidak mahu melepaskan Natasha pergi.

“Errr… Abang Luqman?”

“Abang nak Sha tahu, Abang sayangkan Sha. Tulus dari hati abang.” Ucap Luqman lalu beredar meninggalkan Natasha termangu sendirian.

Apa? Sayang? Kalau sayang kenapa abang buat sha macam ni? Kenapa abang siksa sha? Kenapa memberi harapan pada sha? Abang tahu bukan sha tidak suka menjadi perampas? Merampas sama sahaja dengan perbuatan mencuri. Sakit! Sangat sakit abang! Belasan tahun sha tunggu abang. Setia menunggu. Tetapi akhirnya sha dapat tahu abang sudah jadi milik Dahlia? Walaupun belum akad nikah, tetap sha tetap rasakan diri sha ini perampas jika sha masih mempunyai perasaan ini.

Sudah lima minit berlalu tetapi Natasha masih lagi berdiri kaku. Langsung tidak berganjak dari tempat dirinya berdiri sejak tadi.. “Natasha?” panggil suara itu lagi. Faiz. Tersentak sebentar Natasha. Dia menyeka air mata yang sudah mulai jatuh dari pipi.

Semakin diseka, semakin lebat air matanya itu jatuh. Makin tidak dapat dikawal. Akhirnya Natasha tertunduk menangisi kesedihan dihatinya. Aku sayang Abang Luqman. tapi, Aku tak ingin menjadi perampas. Aku harus melupakan dia. Tapi, kenapa dia harus memberi aku peluang yang tidak pasti? Kenapa Abang Luqman?

Previous: Bab 22
Next: Bab 24

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Diyana Ramlan