Home Novel Komedi/Romantik Komedi Kenapa mesti dia??!!!
Kenapa mesti dia??!!!
Diyana Ramlan
19/1/2015 14:48:36
155,555
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 28

Natasha tersenyum seorang diri di dalam biliknya. Hal berjumpa dengan Mama Wati dan Papa Imran sudah pun selesai petang tadi. Alhamdulillah. Semuanya berjalan dengan lancar. Malah, tidak diduga olehnya bahawa kedua-duanya merestui hubungan barunya dengan Luqman. Mereka bukan sahaja merestui hubungannya dengan Luqman, malah ingin mengikat tali pertunangan secepat mungkin.

Natasha berdiri di balkoni biliknya. Wah! Banyaknya bintang. Melihat bintang yang bertaburan di langit menjadi tabiatnya jika dia dilanda perasaan. Tidak kiralah perasaan sedih ataupun gembira. Pasti bintang yang dicarinya. Dia bersyukur. Berkat kesabarannya menunggu Luqman selama ini berbaloi. Kini mereka sudah merencana ingin mengikatnya dengan jejaka yang selama ini dihatinya.

Entah kenapa, wajah Faiz tiba-tiba bermain di mindanya. Dia suka ke tak ye aku dah bersama dengan Abang Luqman? Yela, dulu, aku beriya menangis depan dia. Bergedebuk bergedebak dengan dia. Nak bagitahu dia tak ek? Agak-agak dia perli aku tak ek? Eh! Tapi.. kenapa pulak aku nak bagitahu dia? Ish aku ni!

Bunyi telefon bimbit membuatkan Natasha tersedar daripada lamunan. Dia segera mendapatkan telefon bimbitnya yang berada di atas katil bersaiz Queen itu.

Ibu.

Ibu atau Puan Salimah merupakan ibu angkatnya setelah kedua ibu dan bapa Natasha meninggal dunia. Ibu lah yang telah menjaganya daripada kecil. Ibu juga yang telah meyakinkan Makcik Zura dan Pakcik Daud bahawa ibu sanggup menjaga tanpa mengambil satu sen pun bayaran. Ini kerana Ibu tidak mempunyai seorang anak dan telah kematian suami pada usia yang sangat muda. Cintanya pada suaminya membuatkan dia tidak berkahwin sehingga kini. Ibu juga merupakan seorang bekas pendidik. Jadi, tidak hairanlah bagaimana Natasha boleh berjaya kerana selain berkat usaha dan doanya, dia juga sangat didorong oleh Ibu.

Punat hijau ditekan lalu dia memberi salam buat ibu. “Assalamualaikum ibu.”

“Waalaikumusalam. Sha sihat sayang?” ibu menjawab dengan penuh lemah lembut.

“Alhamdulillah. Sha sihat. Ibu sihat? Makan ubat tak?”

Kedengaran Ibu ketawa halus. “Alhamdulillah. Sha ni. Ibu Tanya dia, dia Tanya ibu balik.”

“Hehehe..”

“Sha, bila sha nak balik rumah ibu? Kuala Lumpur dengan Tanjung Karang kan tak jauh mana pun.” Tanya Ibu separuh merajuk. Mana tidak merajuknya, salah Natasha juga kerana sudah dua bulan tidak pulang ke rumah. Mana tidak rindu Ibu tu.

“InshaaAllah minggu depan Sha balik bu. Cuti Sha dah lulus dah pun. Cuma belum bagitahu Ibu je.” Natasha tersengih sendirian.

“Alhamdulillah. Anak ibu ni balik juga. Rindu tau!”

“Sha pun rindukan ibu.” Balas Natasha. Memang benar dia amat merindui ibunya itu. Ibu seorang sahaja dapat memahami kata hatinya. Memahami kehendaknya. Walaupun bukan ibu kandungnya, kehadiran ibu dalam hidupnya dirasakan seperti ibu kandungnya.

“Sha. Ibu nak Tanya sikit boleh?”

“Tanyalah ibu. Sha tengah free ni.” Tanya Natasha kembali.

Lama Ibunya berjeda. “Ibu?” Tanya Natasha lagi. menanti pertanyaan yang belum ditanya oleh Ibunya.

“Betul ke Sha dengan Luqman?” pertanyaan Ibunya itu mengundang senyuman bahagia di bibir Natasha. Alah! Malu la kita!

“Erm..” Jawab Natasha dengan anggukan seolah Ibunya dapat melihatnya tika ini.

“Erm? Apa tu?” Tanya ibunya dibalik talian.

“Ya ibu. Kenapa?” Tanya Natasha kembali.

“Bukan apa. Tadi ada orang call ibu. Dia cakap dia Datin Wati. Dia beritahu, minggu depan dia nak datang merisik dan bertunang terus dengan Sha. Jadi, ibu tanyalah siapa? Dia cakap dengan anak dia. Luqman. Masa tu la Ibu teringatkan Luqman yang kamu pernah suka dan cerita dekat ibu dulu. Kamu dengan dia sekarang?” Tanya Ibu lagi. tidak puas hati selagi anak kesayangannya itu tidak menceritakan perkara sebenar kepadanya.

“Ya ibu. Panjang ceritanya. Tapi nanti sha balik sha bagitahu ibu ya. Kita gossip gossip. Hehehe” kata Natasha mengelak. Tidak mahu membuat ibunya bertanya banyak. Dia juga sebenarnya tidak selesa untuk bercerita di dalam talian, dia lebih mengemari bercerita secara berhadapan dengan ibu. Sambil dia bercerita, bolehlah dia memeluk ibunya itu yang sangat dirinduinya.

“Herm. Kamu tu. Bila suruh cerita kata nanti. Yelah. Nanti jangan lupa balik.” Tegur ibunya lagi sekadar mengingatkan.

Natasha ketawa kecil. “Baik Puan!”

“Eh! Tapi bu, bila rombongan mama abang Luqman kata nak datang ya ibu?” Tanya Natasha. Pagi tadi, tidak pula Mama Wati menyatakan hasrat untuk merisik atau berkunjung kerumah ibunya. Tup tup, berita ini disampaikan oleh ibu pula. Apa la mama Wati ni! Buat cek panasaran je.

“Minggu depan juga. Ibu pun setuju sangat! Tak sabar juga ibu nak dapat menantu.”

Minggu depan?! Maknanya, hari dia pulang kerumah merupakan hari dia bakal bertunang?

“Maknanya.. Sha.. Hari sha balik tu.. Sha akan jadi..”

“Ha la… kamu jadi tunang Luqman. Jangan lupa balik!” ingat ibu sekali lagi.

Entah kenapa hatinya berbunga riang. Ya Allah! Aku dan Abang Luqman akan bertunang! Tak sangka!!! Mahu sahaja dia melompat gembira waktu ini. Tetapi kerana dia di dalam talian bersama dengan ibu, terpaksa ditahan perasaan terujanya itu.

“InshaaAllah ibu. Nanti sha balik ya. Tapi, macam mana dengan majlis..” belum sempat Natasha menghabiskan kata-katanya, Ibu terlebih dahulu memotong kata-katanya.

“Tak payah la kamu nak risaukan hal majlis. Tahu la ibu uruskan. Ibu kan ramai kawan. Ni, jiran kita pun ramai boleh tolong. Yang penting anak ibu ni balik. Jangan tak balik pula. Karang, dekat jari mana pula Datin tu nak sarung cincin.” Seloroh ibu. Mengingatkannya berkali-kali. Natasha hanya ketawa halus.

“Baik ibu.”

“Herm. Ha la.. ok la, ibu nak ke surau ni. Kamu jangan lupa apa yang ibu pesan ni. Assalamualaikum.” Ucap ibunya disambut salam tersebut oleh Natasha sebelum talian dimatikan. Spontan itu juga Natasha seperti orang sudah hilang akal. Dia melompat penuh teruja. Seronoknya! Aku dapat jadi tunang abang Luqman!!

Previous: Bab 27
Next: Bab 29

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Diyana Ramlan