Home Novel Komedi/Romantik Komedi Kenapa mesti dia??!!!
Kenapa mesti dia??!!!
Diyana Ramlan
19/1/2015 14:48:36
155,542
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 9

Lebih seminggu Natasha dan kumpulan di bawah seliaannya mengambil masa untuk menyiapkan segala lakaran dan rekaan baru mereka untuk di bentangkan di hadapan Datin Seri Paduka Fazian. Segala bentuk hiburan dan ajakan terpaksa ditolak termasuklah ajakan Luqman seminggu lepas. Dan hari ini, semua penat lelah mereka membuahkan hasil yang tidak disangka-sangka. Ternyata, kejadian pecah masuk yang menghancurkan segala hasil kerja mereka dahulu membuatkan rekaan mereka yang baru ini dipuji oleh Datin Seri Paduka Fazian.

Natasha mengambil tempat di kerusi dalam bilik pejabatnya. Urusan pembentangan malam pertunjukan fesyen yang bakal diadakan kurang dua minggu lagi telah pun selesai. Ternyata, rekaan darinya dan pekerjanya mendapat pujian daripada Datin Seri Paduka Fazian, CEO di dalam syarikat ini. Bukan itu sahaja, segala lakaran dan rekaan untuk pelanggan kerabat yang memerlukan bantuannya juga sudah siap dan sudah pun di bincangkan bersama mereka mengikut jadual yang telah di susun dengan bantuan daripada setiausahanya, Mila.

“Alhamdulillah.” Terungkap perkataan syukur di bibir Natasha. Di raup wajahnya dengan kedua telapak tangannya. Menghilangkan penat yang dilaluinya sejak minggu lepas lagi.

“Cik Natasha.” Bunyi dari intercom mengejutkan dirinya yang sedang beristirahat itu. Dia membetulkan duduknya sebentar.

“Ya Mila?” jawabnya ringkas.

“Datin Seri Paduka Fazian want to see you, cik Natasha” ucap Mila ringkas. Dahi Natasha berkerut seribu. Datuk Seri nak jumpa aku? Bukankah dia dah balik selepas pembentangan tadi? Soalnya di dalam hati.

“Bukan Datin Seri dah pulang ke Mila?” tanyanya inginkan kepastian.

“I Don’t know Cik Natasha.” Balas Mila. Eh? Tak tahu pula dia ni. Soalnya lagi di dalam hati.

“Di mana?” tanya Natasha lalu bangkit membetulkan baju kemejanya yang sedikit runyuk itu.

“Di bilik meeting, Cik Natasha.” Jawab Mila.

“Okay. Terima kasih.” Ucap Natasha lalu melangkah ke pintu bilik pejabatnya bersama sebuah buku plan yang selalu dibawanya jika melibatkan mesyuarat atau bersua dengan pelanggan. Baru sahaja pintu biliknya dibukanya, tiba-tiba, PAPPPP!!!!! bunyi letupan kecil berbunyi di hadapan biliknya itu sedikit sebanyak memeranjatkan dirinya yang langsung tidak mempersiapkan diri itu. Cepat-cepat di memejamkan matanya. Pejabat Kena Bom ke? Mak!! Jeritnya di dalam hati.

“SURPRISE!!!” Jerit semua pekerja yang berada di bawah seliaannya itu. Riuh sebentar kedaan ketika itu. Natasha membukakan matanya perlahan-lahan.dilihatnya kepingan kertas berkilau terbang jatuh dari atasnya. Fuh! Lega bukan bom!

“ya Allah. Terkejut saya.” Ujar Natasha, jujur. Dia kemudian menyambung “What’s all this? Mila?” tanya Natasha sambil ketawa kecil. Terhibur sedikit dengan perancangan parti mengejut pekerjanya ini.

“Kami buat surprise parti ni untuk Cik Natasha. Kami berterima kasih sangat sebab Cik Natasha seorang leader yang terbaik. Semua rekaan dan lakaran yang di bentang tadi Cik Natasha yang punya bukan? Tapi, Cik Natasha bilang dekat mereka bahawa kami semua yang lakar. Terima kasih Cik Natasha.” Luah Mila sambil tersenyum. Disambut pula ucapan terima kasih beramai-ramai daripada pekerjannya yang seramai kurang lebih dua puluh orang itu.

“Ya Allah. Apa la yang korang merepek ni. Kita kan buat bersama? Jadi, ganjarannya pun bersama lah.” Ucap Natasha. Dia agak terharu juga dengan kejutan ini. Mana tidaknya, dia hampir sahaja ingat bahawa letupan kecil itu tadi merupakan letupan bom.

“Ala Cik Natasha ni malu-malu pula.” Usik Syafiq, salah seorang pekerjanya kini. Natasha tergelak kecil. Terhibur dengan kemesraan yang diberi semua pekerja bawahan kepadanya. Semua orang yang berada di situ turut sama tergelak dengan usikan itu.

Bunyi tepukan tangan mematikan seketika sambutan mereka. Semua mata tertumpu kea rah belakang mereka. Begitu juga Natasha. Datin Seri! Jerit Natasha di dalam hati. Kelihatan semua kakitangan di situ semua menundukkan wajah mereka. Takut barangkali dengan tetamu yang tidak diduga itu.

“Well, tak nak jemput saya makan sekali ke?” tanya Datin Seri Paduka Fazian selamba sambil ketawa. Semua kakitangan yang tadinya takut bertukar menjadi ceria semula. Dijemputnya bos besar mereka itu ke meja berdekatan untuk menjamu selera dengan bekalan dan makanan yang dibeli mereka khas untuk meraikan kejayaan mereka kali ini. Kelihatan Datin Seri Paduka Fazian berasa tidak kekok makan sekali dengan semua pekerjanya. Malah dia langsung tidak kisah makan di atas pinggan kertas. Sungguh rendah diri. Natasha hanya tersenyum melihat telatah semua kakitangannya, termasuklah bos mereka itu. Sungguh dia beruntung bekerja di dalam syarikat milik Datin Seri Paduka Fazian. Dia merasakan mereka ibarat satu keluarga yang besar sekali.

Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Diyana Ramlan