Home Novel Komedi/Romantik Komedi Kenapa mesti dia??!!!
Kenapa mesti dia??!!!
Diyana Ramlan
19/1/2015 14:48:36
155,553
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 10

Tepat jam dua belas tengah malam baru Natasha sampai di kawasan perumahnya. Tetapi, belum lagi kenderaannya itu menghampiri rumah teres miliknya, dia terlihat satu kenderaan Toyota Suzuki hitam berhenti parkir di hadapan rumahnya. Menghalang dia untuk masuk ke dalam rumah.

“Kereta siapa pula ni?” keretanya di berhentikan di belakang kereta yang tidak dikenali itu. Dia meninjau-ninjau di belakang kereta tersebut dari dalam keretanya. Tiba-tiba matanya membulat!

“Perompak?! Perogol?! Penyamun ke?!!!!” ditekup mulutnya. Di tinjau pula keadaan sekeliling kawasan rumahnya. Takut juga penyamun itu bersembunyi berhampiran dengannya. Mak! Ada penyamun. Nak buat apa ni???

Tangannya meraba-raba di lantai tempat duduk pemandu. Dia akhirnya membuat keputusan untuk keluar dan lihat sendiri siapa pemilik kereta yang menghalangnya masuk parkir di dalam rumahnya itu. Tangannya mencapai sesuatu di bawah kerusi pemandunya itu. Di tarik keluar objek tersebut. Stering Lock!

“Ya. Ini senjata aku. Habis lah kau penyamun! Muahahaha…” kata Natasha sedikit bangga bahawa dia dapat menewaskan penyamun tersebut dengan hanya membawa stering Lock seberat lima kilogram itu.

Pintu keretanya dibuka perlahan. Natasha keluar perlahan-lahan sambil menggenggam erat stering Lock tersebut. Dia memerhati keadaan sekelilingnya. Gelap gelita. Hanya ada lampu jalan yang samar-samar sahaja yang terletak tidak jauh darinya.

‘Semangat Natasha! Semangat!’ Monolognya sendiri sekadar menyedapkan hatinya yang sudah mulai berasa tidak sedap hati itu.

Langkah di atur perlahan menuju ke kereta hitam itu. Makin dekat dia dengan kenderaan itu, makin berdebar hatinya. Berbagai perasaan bermain di dalam hatinya. Otaknya pula mula memikirkan pelbagai perkara yang tidak enak. Ya Allah, selamatkanlah aku.

Sampai sahaja di cermin belakang kereta tersebut. Cepat-cepat dia duduk bercangkung seperti ayam ingin bertelur sahaja. Gulp! Sedia Natasha. Sedia! Dia kini berjalan itik pula ke arah pintu pemandu kereta tersebut. Berjalan ala-ala perisik yang ingin menyerang hendap musuhnya. Persis seperti apa yang ditonton di televisyen. Aduh! Penat la pula. Ngomel Natasha.

Sampai sahaja di hadapan pintu pemandu kenderaan hitam itu. Dia segera bangun. Ingin mengejutkan pemandu di dalam. Ingin tahu siapa yang berani meletakkan kenderaannya itu di situ. Namun hampa. Tiada sesiapa pun di dalam kenderaan itu.

“Eh? Tak ada orang pun?” tanyanya sendiri sambil mengaru kepalanya yang dilitupi tudung. Hairan. Kalau dah tak ada pemandu, kereta ni milik siapa pula? Getus hatinya.

“Huuuuuuu…” tiba-tiba terdengar sayup-sayup suara di belakangnya. Halus dan perlahan sahaja suaran itu. Seperti suara menangis juga ada. Erk!!! Ni… macam… macam… hantu… Di raup wajahnya ketika itu. Seram!

“Natasha…” panggil suara perempuan itu. Kini memanggil pula namanya. Sayup sahaja. Seperti dengar atau tidak sahaja. Serta merta segala bulu roma yang ada tegak naik Sembilan puluh darjah!

“Ya Allah! Makhluk apa pula yang ada kat belakang aku ni! Kenapa dia tahu nama aku?” Tanya Natasha sendirian seakan mahu menangis. Sudahlah tadi dia cakap besar. Sekarang, Ambil kau sebijik!

“Natasha…” panggil lagi suara itu. Natasha tidak mahu toleh, malah membiarkan sahaja dirinya dipanggil. Aku tak nak tengok! Tak nak! Bentak hatinya ketakutan. Bila-bila masa sahaja dia boleh menjerit ketika ini.

Tiba-tiba dia merasakan seseorang memegang bahunya. Serta merta jeritan yang ditahannya meletus!

“MAKKKKKK!!!!!” Jerit Natasha. Jeritannya itu kuat dan nyaring sekali. Agaknya hantu sendiri pun boleh terkejut dengan jeritannya itu. tidak pun boleh jadi satu geng.

“HAHAHAHAHA!!!” kedengaran pula suara lelaki tergelak sakan dibelakangnya. Dia kenal benar suara ini! Dengan wajah masam mencuka dia memalingkan wajahnya menghadap gerangan yang sengaja ingin menakut-nakutkannya itu.

“Abang Luqman!!!!!” Jerit Natasha. Geram! Luqman dilihatnya sudah menekan-nekan perutnya akibat gelak yang tidak dapat ditahannya.

“Heee!!!!” Tangan ketam Natasha mula mencubit-cubit manja lengan sasa milik Luqman. Luqman pula masih tergelakkan Natasha.

“Natasha??! Kamu okay nak?” Tanya Puan Aminah yang baru sahaja keluar dari rumahnya. Terkejut mendengar jirannya itu menjerit. Sudahlah anak dara lagi. Risau jika berlaku sesuatu kepada Natasha.

“Tak ada apa-apa makcik. Maaf sebab terkejutkan makcik pula.” Kata Natasha terasa bersalah dengan jeritannya itu tadi. Bukannya dia sengaja. Di jelingnya Luqman yang masih menahan ketawa sejak mengenakannya tadi. Amboi! Seronok Nampak? Geram pula dia dengan Abang Luqman kesayangannya itu.

“Lah. Betul Kamu tak ada apa-apa ni? Tu? Siapa?” tanya Puan Aminah sekadar ingin memastikan Natasha betul-betul berkeadaan baik.

“Oh.. ini abang angkat saya. Luqman.” Natasha memperkenalkan Luqman di sebelahnya. Luqman sudah berhenti dari ketawa. Dia kemudian menuju ke arah Puan Aminah lalu dicium tangan wanita tua itu. Penuh sopan santun.

“Lah… kalau macam itu, makcik masuk dulu na… Luqman jagakan Natasha ya?” ucap Puan Aminah lalu masuk kembali ke dalam rumahnya. Luqman hanya mengangguk mengiyakan apa yang dikata Puan Aminah.

“Ish! Abang Luqman ni! Buat takutkan Sha jela!” rajuk Natasha. Masih lagi geram dengan perangai Luqman yang suka menyakatnya. Dah ke London pun masih dengan perangainya itu.

“Abang bukan sengaja pun. Seronok pula tengok Sha jalan itik semua. Alang-alang, abang nyakat la Sha! Rindu la nak kacau Sha.” Luqman berterus terang. Memang benar, dia sudah lama tidak menyakat Natasha. Malah terasa tidak lengkap pula kerana dia sudah lama tidak menyakat adik kesayangannya.

“Abang Luqman buat apa dekat sini? Malam-malam pula tu.” Tanya Natasha terus terang. Malas hendak melayan kerenah Luqman.

“Abang nak tuntut janji la.” Kata Luqman bersahaja. Dahi Natasha berkerut seribu.

“Ha… jangan nak buat tahu pula ye. Janji makan lunch la!” terang Luqman lagi sebelum sempat Natasha bertanya dengan lebih lanjut lagi. Natasha mengangguk faham.

“Okay! Esok! Sha janji! In Shaa Allah!” kata Natasha membuat janji. Cepat sahaja dia membuat janji, ini kerana semua hal kerja yang tertangguh itu sudah pun siap. Maka, dia bolehlah membuat kerja-kerja lain pula termasuk melaksanakan janjinya dengan Luqman.

“Betul ni? Yes!” jerit Luqman pula. Tetapi cepat-cepat dia menekup kembali mulutnya oleh kerana sudah larut malam. Nanti keluar pula Puan Aminah sekali lagi. Ghasak!

“Okay la abang rasa mengantuk pula. Balik dulu la ye.” Ucap Luqman ingin meminta diri. Tetapi belum sempat Natasha menjawab, bunyi salakan anjing kedengaran. Serta merta bulu roma mereka naik.

“Abang Luqman la ni…” tegur Natasha lalu cubit lengan Luqman.

“Kalau macam ni la gayanya…” kata Luqman tersekat. Dia dan Natasha berpandangan.

“CABUT!!!”

 cepat-cepat mereka berlalu dari situ. Natasha membuka pintu rumahnya lalu masuk sepantas kilat, manakala Luqman pula menghidupkan enjin keretanya lalu meninggalkan kawasan perumahan itu sepantas mungkin. Itu la, mulanya ingin menyakat Natasha sahaja, bila dengar sahaja bunyi salakan anjing, terus sahaja meremang bulu romanya.

Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Diyana Ramlan