Home Novel Komedi/Romantik Komedi Kenapa mesti dia??!!!
Kenapa mesti dia??!!!
Diyana Ramlan
19/1/2015 14:48:36
155,533
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 20

Sha, Maafkan abang.

Natasha merenung pada skrin pesanan ringkas itu. Tiada kemahuan untuk membalas. Sudah sepuluh kali pesanan ringkas seperti itu diterimanya. Namun satu pun daripadanya tidak dibalas. Dia tahu, jika dia membalas pesanan ringkas itu, sudah semestinya hatinya memberi peluang sekali lagi kepada Luqman. itu yang dia tidak mahu! Dia tidak mahu merasa sakit itu kembali. Dia sedar dirinya siapa. Dia hanyalah seorang anak yatim piatu yang tidak punya apa-apa seperti Dahlia yang jauh lagi menawan dan cantik.

Bunyi pesanan ringkas masuk lagi. Dengan malas dia membuka lagi peti pesanan ringkas itu.

Sha, abang tahu abang salah. Jangan buat abang macam ni. Abang tak sepatutnya berkasar dengan sha. Abang jealous! Please let me explain. Please sayang.

“Sayang?” berkerut dahi Natasha sesudah habis membaca pesanan ringkas daripada Luqman itu. Sayang? Dekat aku? Sudah kenapa Abang Luqman ni? Kalau dulu boleh la aku gembira, tapi…

Natasha menggelengkan kepalanya. “Ish! Usah fikir perkara yang tak pasti!”

Bunyi ketukan di pintu mengejutkannya yang sedang leka dibuai perasaan. Serta merta fokusnya kembali kepada kerja-kerja lakarannya. “Masuk!” Arah Natasha.

“Cik Natasha, errr.. Cik Natasha tak nak balik lagi?” tanya mila. Natasha mengerling jam pada pergelangan tangan kirinya. Ya Allah! Sudah lepas waktu balik! Natasha mengeluh panjang. Di raup mukanya dengan kedua-dua telapak tangannya.

“Cik Natasha ok?” tanya Mila, mengambil berat akan hal majikannya. Risau juga dengan keadaan majikannya yang kelihatan suram sejak dua tiga hari ini.

Natasha hanya mengangguk. Dia kemudian memusingkan kerusinya membelakangi Mila yang masih tercegat di hadapan pintu pejabatnya. Mila yang memahami kehendak Natasha yang tidak mahu dia bertanya lagi hanya berlalu dari situ. Dengar sahaja pintu biliknya ditutup, serta merta keluhannya dilepaskan. Terasa berat sekali.

Kepalanya didongakkan memandang pemandangan di luar tingkap kaca dihadapannya. Memandang awan putih yang bergerak bebas di langit. Alangkah bagusnya hidup aku seperti awan. Tidak perlu memikirkan hal kerja, hal peribadi, dan hal perasaan ini. Serabut!

“Abang Luqman. Sha dah lama maafkan abang. Tapi, entah kenapa. Sha masih tak dapat lupakan abang Luqman. walaupun Sha tahu Abang milik Dahlia. Salahkah Sha? Tamakkah Sha, Abang Luqman?” Keluhnya. Dia mengaku. Dia masih menyayangi Luqman. walaupun hakikat sebenar, Luqman bukan miliknya. Tetapi milik Dahlia.

Dia kemudian mengambil patung beruang kecil yang dihadiahkan oleh Luqman lima tahun lalu melalui kiriman pos. Ditekan-tekan perut beruang kecil itu. Melepaskan sedikit geram di hatinya pada patung yang tidak bersalah. “Benci!”

Ditekan lagi perut patung beruang itu. Kali ni dia menarik pula telinga patung comel itu. “Benci! Benci! Beeenciii!” luahnya. Tidak semena-mena, air matanya jatuh di atas perut patung tersebut. Ya! Walau benci macam mana sekalipun, dia tetap menyayangi Luqman.

“Sayang…” akhirnya, dia meluahkan apa yang dirasanya kini. Rasa sayangnya pada Luqman sejak kecil, tidak mungkin dapat dipadam begitu sahaja.

“Tamaknya aku! Aku tak patut rasa perasaan macam ni! Abang Luqman tak bersalah! Aku yang bersalah! Aku Cuma pentingkan perasaan aku sahaja! Tamakkan aku ni teddy?” tanyanya kepada patung yang tidak bernyawa itu.

“Aah. Kau memang tamak” jawab satu suara. Mata Natasha terbeliak. Serta merta patung itu dibalingnya.

“Kau bercakap ke Teddy?” tanya Natasha sekali lagi kepada patung yang dibalingnya. Matanya dikerdip beberapa kali. Seakan tidak percaya.

“weh” tegur lagi suara itu. Tetapi kali ini betul-betul dibelakangnya. Pantas sahaja dia menoleh kebelakang. Urgh.. dia ke? Natasha membuat muka sedikit menyampah.

“Nak apa?” tanya Natasha acuh tak acuh.

“siap cepat.” Arah faiz kepada Natasha. Namun langsung tidak diendah Natasha. Malah Natasha kembali duduk di kerusinya. Dia malas hendak mendengar segala arahan mahupun kehendak Faiz. Hari ini dia benar-benar tiada mood hendak bergaduh dengan Faiz.

Faiz yang melihat Natasha membuat tidak endah sahaja kepada arahannya, pantas memegang erat lengan Natasha lalu mengheretnya keluar dari pejabat. Natasha hanya menuruti Faiz walaupun mulutnya penuh dengan rungutan dan cemuhan tanda dia tidak puas hati. kakitangan pekerja Natasha semua melihat keadaan Natasha dan Faiz apabila mereka melalui kawasan itu. Semua mata tertumpu kepada mereka. Seolah-olah selebriti terkenal baru sahaja melintasi mereka.

Sampai sahaja di hadapan pintu lif, Faiz melepaskan peganggannya. Natasha mengaduh sakit kerana ditarik Faiz. Dia yang terkejut hanya mampu mengikut sahaja Faiz. “Ish! Awak ni dah kenapa?” tanya Natasha tidak puas hati.

“Ikut saya” arah faiz lagi. Sekali lagi Natasha membuat muka.

“Tak nak!” jawab Natasha tegas. Dia tidak mahu kemana-mana waktu sekarang ini. apatah lagi orang itu Faiz.

“Awak nak saya dukung awak pula ke?” tanya Faiz selamba. Pintu lif sudah pun terbuka di hadapan mereka. Kosong. Tiada orang di dalamnya. Mana tidaknya, sudah melepasi pukul tujuh malam. Semestinya ramai yang sudahpun pulang. Faiz melangkah masuk ke dalam lif. Natasha pula hanya tercegat di hadapan pintu lif itu. Dijelingnya Faiz tidak puas hati.

“Awak nak saya dukung awak ke?” tanya Faiz sekali lagi. Namun tidak mendapat respon daripada Natasha. Apabila Faiz mula mahu melangkah ke arahnya semula, cepat-cepat dia masuk ke dalam lif tersebut. Takut jika dia berbuat demikian akan timbul pula fitnah dikalangan pekerja terhadapnya. Faiz hanya tersenyum sinis. Sementara Natasha sudah masam mencuka.

Previous: Bab 19
Next: Bab 21

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Diyana Ramlan