Home Novel Cinta Bukan Suami Biasa
Bab 3

Jantung 'tercabut'


"Erk, abang, Sarah rasa, Sarah ada sakit jantung", kata Sarah sambil melipat telekung.


"Hah, kenapa Sarah cakap macamni?. Sayang okay tak?" Al Hadi nampak cemas sambil menarik Sarah duduk di katil.


"Haah, sebab bila duduk berdua dengan abang, jantung sarah macam nak tercabut daripada tangkai dia. Macam nak terkeluar dari badan", jawab Sarah dengan senyuman.


Kata-kata Sarah diiringi letusan ketawa Al Hadi yang berdekah-dekah. Sarah pelik. Apa yang lucu sangat sehingga Al Hadi jadi ketawa begini. Al Hadi yang serius dan bajet cool tiba-tiba ketawa macam orang gila. Tidak lama Al Hadi berhenti ketawa. Dengan ketawa yang masih bersisa, dia berkata, "sayang, tahu tak apa yang abang suka sangat pasal sayang"?


Sarah masih senyum. Tidak sabar mahu dengar kata-kata Al Hadi seterusnya.


"Sayangni, nampak ego, nampak keras, nampak garang, tapi, hati macam tisu. Kemudian suka buat lawak", sambung Al Hadi.


Senyum Sarah terhenti. Air muka berubah. Muka menjadi merah. Riak muka jadi marah. 


"Kalau sudah tahu, Sarahni ego, garang, keras hati, yang abang nak sangat kahwin kenapa? Sarah tak paksa. Sarah memang nak stop semuani kan. Sekarang nasi sudah jadi bubur. Sudah kahwin, abang nak buat apa lagi"? jawab Sarah.


"Sayang, abang gurau. Serius abang gurau. Abang minta maaf ya"? Al Hadi mula risau.


"Apa sebenarnya plan abang? Abang nak kahwin dengan Sarah, kemudian abang nak ceraikan Sarah supaya Sarah jadi janda"? kata Sarah lagi.


"Ya Allah, apa Sarah cakapni?. Sarah salah faham. Abang tak pernah fikir macamni", Al Hadi mula risau. Baru sehari sudah begini, bagaimana dengan kehidupan mereka esok lusa. Dia sayangkan Sarah. Terlalu sayang pada Sarah. Saat dia susah, Sarah banyak membantu. Saat dia jatuh, Sarah banyak menghulur tanpa jemu. Banyak jasa Sarah padanya. 


Tapi, Sarah akhir-akhir ini jadi lain sedikit. Sukar diduga. Kejap baik, kejap sensitif, kejap mengamuk, kejap sangat aktif dan banyak idea. Entah, dia pun pening, mungkin Sarah tertekan dengan kerja-kerja yang banyak ditambah persiapan majlis perkahwinan yang bertimbun.

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ummu Ilham