Home Novel Cinta Bukan Suami Biasa
Bab 8

Berhenti kerja


Pagi-pagi lepas Subuh, Sarah tidur semula. Al Hadi bersiap ke pejabat. Dia hairan melihat Sarah tidak bersiap. 


"Sayang, tak kerja"? tanya Al Hadi.


"Sarah senyum. Oh, saya sudah resign, 24 jam. Rasa malas nak kerja. Nak rehat dulu, nanti tengoklah cari kerja lagi," jawab Sarah dengan senyuman.


"Are you serious? Aren't you", Al Hadi terkejut. Sarah sungguh sukar dijangka. Semalam masih okay. Tiba-tiba pagi ini kata berhenti.


"Kejap lagi Sarah hantar surat ke Bina Usaha. Sarah rasa nak bisnes", kata Sarah.


"Okay, abang nak kita bincang bendani. Tapi abang nak ke pejabat dulu. Nanti Sarah singgah pejabat abang", pesan Al Hadi.


Al Hadi perlahan-lahan keluar meninggalkan kawasan rumahnya. Membuka bacaan Al Mathurat sehingga tamat. Fikirannya menerawang memikirkan isteri di rumah. Hatinya sedikit risau. Sarah berhenti kerja 24 jam. Memang kerja gila. Sarah bukan orang yang begini.


Pukul 9 pagi, Al Hadi sampai di pejabatnya. Terus membuka laptop menyemak minit mesyuarat lepas. Menghirup kopi kegemarannya. Sambil menyelak helaian kertas di atas mejanya. Tidak lama, Farah, pembantu pengurus, memanggilnya untuk ke mesyuarat.


"Bos, jom. Nanti lewat", ajak Farah. Al Hadi bangun dan berjalan laju masuk ke dalam lif. Mesyuarat di tingkat 5. Farah, mengikutnya dari belakang. Al Hadi diam. Farah pun sama. Tidak berani menegur lagi bosnya. Al Hadi memang begini karakternya. Perempuan akan segan-segan dengannya. Al Hadi bukan jenis lelaki melayan. Al Hadi hanya bercakap banyak dalam mesyuarat atau perbincangan. Waktu lain, dia banyak diam lebih-lebih dengan perempuan. Demgan lelaki, biasa saja dia bergurau-gurau.


Al hadi menghubungi Sarah melalui whatsapp, sambil menunggu pintu lif terbuka. "Sayang kat mana"? Tiada jawapan. Namun tidak diendahkan. Dia segera masuk mesyuarat.


Jam di tangan menunjukkan pukul 1.00 petang. Al Hadi cuba menghungi Sarah. Tidak berangkat. Tapi tidak pula dia risau. Sarah memang begitu jika sibuk. Mereka sudah berjanji mahu makan sama. Mahu bincang keputusan tergempar Sarah, berhenti kerja.


Pukul 5.00 petang, Al Hadi cuba menghubungi Sarah lagi. Masih gagal. Lepas maghrib, baru dia pulang. Sampai rumah, gelap gelita. Al Hadi mencari-cari Sarah. Sarah sedang tidur dalam bilik. Sinki penuh tidak berbasuh. Kain baju bersepah. Kepalanya sedikit sakit. Al Hadi perlu menyelesaikan rumah. Sarah bukan pemalas. Sarah orang yang pengemas dan teliti. Jika begini, pasti Sarah tidak sihat.


"Sayang tak sihat"? tanya Al Hadi.


Sarah membuka mata, kemudian menutup kembali.


"Jom, makan luar", ajak Al Hadi. 


Sarah geleng kepala. Kemudian menyambung tidur. Entah apa angin Sarah. Al Hadi pun jadi gundah. Al Hadi rasa sedih. Tapi dia pandai menyimpan rasa. Dapat berkahwin dengan Sarah juga satu nikmat. Al Hadi perlukan Sarah. Sarah juga perlukan suaminya. Walaupun apabila marah, Sarah akan bercakap kasar dan buat dia kecil hati, tapi dia tetap sayangkan sarah.

Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ummu Ilham