Home Novel Cinta Bukan Suami Biasa
Bab 6

Minta maaf


Lamunan Al Hadi terhenti apabila Sarah mengigau dalam tidurnya. Menyebut perkataan yang tidak difahami. Al Hadi tergelak sendiri. Sarah, sangat disayangi. Malah dikagumi. Sarah punya solusi untuk setiap isu yang dibangkitkan. Sarah perempuan berpandangan jauh. Sarah bukan perempuan emosi. Sarah seorang realistik. Sarah berpegang pada kata-kata dan janji. Sarah sentiasa memudahkan orang lain, sehingga Sarah sentiasa makan hati.


Ya, cuma beberapa bulan ini, Sarah berubah 360 darjah. Sarah lain. Sarah pelik. Al Hadi bermain-main dengan rambut Sarah yang jatuh di dahi. Kemudian, mencium Dahi Sarah. Sarah membuka mata. Terasa tidurnya terganggu. 


"Abang...", kata Sarah dengan suara serak basah.


Jom solat Asar, Al Hadi senyum. 


"Abang, Sarah minta maaf, tadi emosi", kata Sarah.


"Abang dah maafkan. Abang sentiasa maafkan sayang walaupun sayang tak minta maaf. Abang pun minta maaf kalau ada kecilkan hati sayang", jawab Al Hadi.


Jauh di sudut hati Al Hadi, dia rasa kecil hati. Rasa sedih sekali. Namun, cepat dipositifkan mindanya. Ini ujian Alla beri padanya. Ya yukallifallahu nafsan illa wus'aha, Allah tidak akan uji sesuatu yang Al Hadi tidak tertanggung.


Benar, Al Hadi benar-benar maksudkan. Andai Sarah tidak minta maaf pun Al Hadi sentiasa maafkan. Al Hadi mahu Sarah jadi isteri yang baik. Al Hadi bukan lelaki patriarki. Al Hadi bukan lelaki yang suka menggunakan kuasa veto untuk menundukkan isteri. Al Hadi bukan lelaki begitu. Al Hadi adalah pemimpim isteri dan bakal anak-anak mereka, inshaAllah.

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ummu Ilham