Home Novel Cinta Bukan Suami Biasa
Bab 33

Kadang gembira kadang beku


'Sarah, abang suka Sarah yang dulu. Sarah yang ceria. Happy-go-lucky. Sarah yang suka buat lawak walau muka serius'. Kata-kata itu hanya dipendam dalam hati. Al Hadi tahu, Sarah tidak boleh ditegur, tidak boleh dikritik. Kritikan itu boleh jadi punca Sarah mengamuk dan tidak sedar diri. Dia teringat peristiwa di MRR2 tempoh hari. Benar-benar menguji dirinya sebagai suami. Al Hadi menyuap perlahan makanan ke mulutnya. Entah mengapa dia merasakan Sarah begitu jauh darinya. Mereka bukan saja nampak kekok malah nampak tidak mesra. Wajah Sarah sentiasa beku dan serius. Sukar untuk melihat Sarah senyum. 


Sebentar tadi Sarah menipu tentang dia tidak pernah hamil. Dia tahu Sarah menipu. Masakan dia tidak kenal langsung isterinya. Mustahil Sarah tidak hamil. Bukti di depan mata. Luka pembedahan di perut Sarah juga ada. Sampai hati Sarah masih cuba menipu. Di manakah anaknya? Apa sebenarnya yang Sarah cuba rahsiakan? Persoalan itu hanya bermain di fikiran Al Hadi. Dia langsung tidak berani bertanya. Dia tidak mahu hubungan yang cuba diperbaiki bertambah retak.


Sarah asyik memandang ke arah lain. Cuba mengelak memandang mata Al Hadi. Kadang-kadang saja dia mencuri pandang suaminya itu. Sarah duduk diam sambil melihat pinggannya. Dia sudah tidak betah lagi di situ. Entahlah, sepatutnya dia gembira ada suami sebaik Al Hadi. Tapi, dia masih cuba mengelak daripada suaminya itu. Tiba-tiba ada orang memberi salam. Sarah menoleh. Rupanya Fakhrul, rakan lama semasa bekerja dulu.


"Sarah, apa khabar?", tanya Fakhrul sambil tersenyum lebar dan teruja.


"Baik, alhamdulillah," jawab Sarah dengan senyuman paling manis dan lebar. 


"Oh, kenalkan suami aku, Al Hadi", kata Sarah sambil menunjuk Al Hadi. Fakhrul terus menghulur salam. Al Hadi menyambutnya dengan senyuman. 


"Eh, seorang saja? Duduklah", pelawa Sarah tanpa memikirkan Al Hadi.


"Tulah, aku tunggu Ali. Kau ingatkan Ali", jawab Fakhrul sambil duduk.


"Ya, ya ingat. Macammana company sekarang?" tanya Sarah dengan ceria.


"Okaylah macam itulah. Eh, kau nak tengok gambar anak datin kahwin," kata Fakhrul sambil membuka gallery di smartphonenya.


Al Hadi melihat gelagat Sarah dan Fakhrul dengan wajah mencuka. Kelihatan Sarah gembira dan teruja. Kalau tadi nampak beku, serius dan tidak gembira, kini Sarah yang dulu sebelum kahwin yang dikenalinya telah muncul. Al Hadi jadi cemburu, geram dan marah. Sarah memang langsung tidak memikirkan dirinya. Sudahlah hari ini hari penting mereka.


Hampir 15 minit mereka bersembang, Fakhrul meminta diri. Al Hadi bersalaman semula.


"Eh, sorry bro, aku sembang dengan Sarah. Lama tak jumpa dia. Untung bro kahwin dengan dia, Sarah pandai masak. Dulu selalu masak-masak untuk kitorang", kata Fakhrul lagi menambah pedih di hati Al Hadi. Bukan main puji Sarah. Sarah juga melayan Fakhrul. Lebih baik pula layanannya kepada Fakhrul berbanding dirinya. Al Hadi senyum saja dengan kata-kata Fakhrum.


Al Hadi melihat Sarah. Wajahnya beku dan serius. Sarah pula sudah mati kutu. Hilang sudah keceriaannya. Hilang dibawa Fakhrul. Kini di hadapannya adalah suami. Suami yang sepatutnya dilayan paling baik. Namun, mendapat layanan paling buruk. Sarah rasa bersalah tapi dalam masa yang sama masih tidak mahu mengalah. Biar Al Hadi yang menceraikannya. Biar Al Hadi yang muak dengan sikapnya. Biar Al Hadi yang meninggalkannya. Biarlah dia sendiri. Dia lebih gembira tanpa ada tanggungjawab yang tidak mampu digalasnya.


"Jom, kita naik", ajak Al Hadi.


"Hah, naik mana?" tanya Sarah.


"Naik bilik. Abang dah check in", jawab Al Hadi ringkas. Wajahnya masih beku. Hati masih geram.


"Err, kalau tak payah boleh tak. Sarah tak bawa baju semua," jawab Sarah.


"Abang ada beli baju. Satu malam je. Esok baliklah. Esok abang cuti. Esok sayang pun kena cuti. Cancel semua appointment," kata Al Hadi berbaur arahan.


Sarah mengekori Al Hadi perlahan. Al Hadi memperlahankan langkahnya. Apabila Sarah sampai di sebelahnya, tangan Sarah digenggam erat. 


Al Hadi berbisik perlahan di telinga Sarah. "Jangan cuba lari lagi. Apapun Sarah buat, abang sentiasa maafkan Sarah. Abang takkan lepaskan Sarah. Jadi, Sarah tak payah mimpilah nak lari ke, nak cari jantan lainke. Okay?"


Kata-kata Al Hadi membuat Sarah ketawa. Al Hadi memang romantik apabila berkata-kata. Hanya dia saja yang tahu. Untunglah dia. "Macamni senyumkan bagus. Ini masam je. Jumpa Fakhrul tu bukan main lagi suka, abang jealous tau. Nasib abang tak tumbuk-tumbuk muka Fakhrul tu," kata Al Hadi lagi sambil menekan butang lif.

Previous: Bab 32
Next: Bab 34

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ummu Ilham