Home Novel Cinta Bukan Suami Biasa
Bab 35

Cubaan bunuh diri


"Sayang, sayang, okay tak?". Al Hadi mengetuk pintu bilik air. 


"Pergilah. Pergi sana. Berambus. Aku tak suka tengok muka kau". Sarah menjawab dengan kasar. Al Hadi terdiam. Dia tidak tahu apa salahnya. 


"Kalau abang salah, abang minta maaf. Sayang keluar dulu kita bincang". Al Hadi memujuk Sarah.


"Aku tak nak keluar kalau kau ada. Kau berambus dulu. Baru aku keluar". Sarah masih berang.


"Okay abang keluar. Sayang keluar sekarang". Terdengar pintu tertutup menandakan Al Hadi keluar dari bilik. Perlahan-lahan Sarah pun memakai baju dan keluar dari bilik air. Kemudian, dia solat Subuh. Rasa malas hendak solat. Beginilah dia jika dalam episod bipolarnya. Malas mahu menunaikan kewajipan. Terasa berat dan sukar. Dia rasa tenang tanpa Al Hadi di bilik. Ikutkan dia perlu makan ubat jika tidak keadaanya boleh semakin teruk. Tapi dia tidak mahu. 'Argh, biarlah teruk. Kenapa aku yang kena makan ubat, kalau aku sendiri, aku tak perlu pun makan ubat. Ini semua sebab mamat itu'. Sarah mengutuk Al Hadi dalam hati.


********


Al Hadi berjalan pulang ke bilik. Tadi dia berjalan sebentar di lobi. Dia mahu memberi ruang kepada Sarah. 'Entahlah apa yang Sarah marahkan. Apakah kerana dia meniduri Sarah? Ya, Sarah ada sebut dia tidak bersedia. Dia tidak mahu mengandung. Akibatnya dia kecil hati dan tertidur di kerusi. Semalam bukan dalam perancangannya. Ia berlaku di luar kawalan. Tidakkah Sarah faham?'. Pintu bilik diketuk. Beberapa kali ketukan baru Sarah membuka pintu. 


"Boleh abang masuk?" Al Hadi bertanya dahulu. Risau jika Sarah mengamuk. Sarah tidak menjawab tetapi membiarkan pintu terbuka. Al Hadi perlahan-lahan masuk dan menutup pintu. Kemudian mengambil tempat di sebelah Sarah. Seperti terkena kejutan elektrik, Sarah bangun dan segera menjauhi Al Hadi.


"Sayang marah abang sebab semalamke?" Al Hadi mula berbincang. Dia tidak melakukan dosa. Sarah isterinya. Dia berhak ke atasnya dan Sarah juga seperti rela bukan dipaksa.


"Aku nak tanya kaulah ya. Apa motif kau buat semalam? Kau nak buat aku pregnant, lepas itu kau nak tinggalkan aku kan? Kau saja kan tak nak bagi aku mulakan hidup baru?. Hati kau memang busuklah Al Hadi!" Suara Sarah kasar sekali. Tiada panggilan hormat. 


"Astaghfirullah. Sayang salah fahamni. Abang tak fikir pun nak buat macamtu", jawab Al Hadi. 'Bagaimana Sarah boleh berfikir sejauh itu? Kenapa Sarah tiba-tiba jadi begini?'.


"Kau yang salah. Semua salah kau. Aku tak nak mengandunglah. Aku tak nak. Kau faham tak?!" jerit Sarah lagi. 


"Tak. Belum tentu mengandung sayang", jawab Al Hadi lagi.


"Argh, kau cakap senanglah. Aku yang mengandung bukan kau. Cerai sekarang. Cerai. Aku tak nak hidup dengan kaulah. Faham tak?!!". Sarah makin kuat menjerit. Dia semakin tidak terkawal. Sarah mula memukul dada Al Hadi. Al Hadi memegang kedua-dua tangan Sarah. 


"Lepaslah..." Sarah merayu.


"Sarah calm down dulu, baru abang lepaskan", Al Hadi mula mahu menguasai keadaan.


"Aku nak cerai kau dengar tak?" kata Sarah lagi.


"Ya, abang dengar. Abang tak nak. Abang tak kan buat apa yang sayang nak", jawab Al Hadi. Tangan masih memegang kuat pergelangan tangan Sarah.


"Kau bagitahu bila kau nak ceraikan aku?. Tak apa aku tunggu. Aku sanggup tunggu. Janji kau ceraikan aku", kata Sarah lagi. Suaranya makin kendur.


"Abang perlukan sayang," jawab Al Hadi ringkas.


"Aku tak perlukan kaulah mangkuk. Aku menyampah tengok muka kau. Kau pergi mampus sekarang". Sarah naik berang semula.


"Abang minta maaf. Abang janji tak buat lagi", Al Hadi memujuk lagi.


"Argh..aku tak nak dengarlah. Aku nak cerai. Nak cerai!" Sarah masih dengan permintaan cerainya.


Aaaaaaaaaa!!!!!!. Sarah menjerit seraya membuka tingkap bilik. Sarah mula memanjat tingkap. Al Hadi terkejut.


"Sayang, sayang nak buat apa ni?". Al Hadi mula risau. 


"Aku nak matilah. Kau tak nak ceraikan aku. Aku matilah. Senang tak payah tengok muka kau!"Sarah berkata dengan bersahaja. 


"Kau nak cerai ke nak aku terjun?" tanya Sarah.


"Ya Allah, sayang jangan macamni. Okay, kita bincang", jawab Al Hadi.


"Tipu. Kau tipu. Kau tak nak ceraikan aku pun!" jawab Sarah.


"Okay abang ikut apa Sarah nak. Tapi, turun dulu", pujuk Al Hadi. Perlahan-lahan Al Hadi mendekati Sarah. Kemudian menangkap badan Sarah. Al Hadi menarik Sarah ke katil. Dia membalut Sarah dengan comforter dengan kuat. Sarah meronta-ronta. 


"Lepaskan akulah..." Sarah meronta-ronta.


"Abang tak kan lepaskan selagi sayang macamni", jawab Al Hadi.


"Lepaslah bodoh!!!". Sarah mula memaki hamun. Al Hadi cuma diam dan buat tidak tahu dengan kata-kata Sarah. Al Hadi tidak menghiraukan makian dan jeritan Sarah. Dia menguatkan pelukannya. Sarah menjerit-jerit sehingga penat dan tidak bermaya. Matanya terpejam. Hampir 15 minit bertarung. Sarah akhirnya memejamkan mata keletihan. Barulah Al Hadi melepaskan Sarah.

Previous: Bab 34
Next: Bab 36

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ummu Ilham