Home Novel Cinta Bukan Suami Biasa
Bab 17

Terjumpa


"Suzana! Apa khabar?" teriak Al Hadi.


"Ya Allah, Hadi! Lama tak jumpa. Seorang? Kau kerja area sini?" jawab Suzana.


"Haah, anak kau umur berapa?" tanya Al Hadi.


"4 tahun", jawab Suzana ringkas.


"Baru tadi terserempak dengan Sarah di Menara TM. Husband aku kerja situ", jawab Suzana.


"Oh kecil dunia. Aku kerja di Bangsar South sana. Ada banyak office tower. Bila kau jumpa Sarah?" tanya Al Hadi. Cuba mengawal emosi. Antara teruja, gembira, dan rasa resah.


"Aku jumpa dia di cafe bawah Menara TM tu. Katanya ada appointment", jawab Suzana.


"Yalah, memang dia ada appointment hari ini", jawab Al Hadi hanya melindungi kemelut rumahtangganya.


"Oh, aku nak cepat, aku pergi dulu ya", Al Hadi meminta diri. Dia harus segera berkejar ke Menara TM. Mana tahu Sarah masih ada. Ada rezeki dapat berjumpa. Andai berjumpa, Sarah tidak akan dibiarkan. Al Hadi tidak akan termakan lagi dengan helah Sarah. Cukuplah 2 tahun lepas dia ditinggalkan.


Sarah terkejut, apabila pelayan memanggil namanya untuk order. Akhirnya, Sarah hanya memesan ice cappucino kegemarannya. Dia memandang manusia yang lalu lalang. Hidup ini perlu berjuang. Setiap orang ada ujian dan kisah masing-masing. Dia meletakkan ubatnya. Malam tadi dia lupa makan. Selalu begini, asyik lupa. Jadi dia mahu makan kejap lagi selepas makan. Tangannya asyik meneliti kertas cadangan yang telah dibentang. Sibuk sehingga tidak memandang sekeliling. Tidak lama, dia terasa ada orang menarik kerusi tapi belum duduk.


"Boleh saya duduk sini?" lelaki itu bersuara. Suaranya sangat dikenali.


"Sure, please have a seat, saya pun sudah mahu bangun", jawab Sarah seraya mengangkat kepala dan senyum. Senyumnya mati. Di depannya kini suami yang dirindui, Al Hadi. Sarah tergamam. Dia tidak dapat menyembunyikan wajah penuh kejutan.


"Thank you, Puan Sarah", kata Al Hadi. Al Hadi senyum dan duduk. Tidak lama wajahnya bertukar serius. Tadi selepas terjumpa Suzana dan mendapat maklumat tentang Sarah, dia segera ke Menara TM dan berkejar-kejar mencari di setiap cafe. Allah makbulkan doanya. Akhirnya Sarah ditemui di sini. Tidak tahu apa yang mahu dilakukan kepada isterinya itu. Hati rasa marah, tapi rasa rindu juga. 


Sarah telan air liur. Selama 2 tahun dia bertahan dan menghilang. Dia lebih tenang. Bertemu Al Hadi, maksudnya dia terpaksa memikul beban menjadi isteri. Sesuatu yang tidak mampu dilakukannya. Harapnya selama 2 tahun ini, Al Hadi akan melupakannya. Harapnya selama 2 tahun Al Hadi akan mencari pengganti dan melepaskannya. Bagaimana Al Hadi berjaya menemuinya?


Selama ini, Sarah tahu Al Hadi selalu berjumpa ibunya di kampung. Sarah juga tahu Al Hadi tidak pernah memberitahu sesiapa tentang tindakannya menjauhi Al Hadi. Kepada ibunya dia berbohong dan dia tahu Al Hadi tidak akan sekali-kali memberitahu berita buruk mengenainya. Al Hadi menantu yang baik. Ya, ibunya sendiri menganggap Al Hadi seperti anaknya sendiri.


"Saya rasa tuan salah orang, saya bukan Sarah", jawab Sarah berpura-pura tidak kenal. Aduhai Sarah, sekilas ikan di air, Al Hadi tahu jantan dan betinanya, inikan pula isteri sendiri. Argh biarlah yang penting Sarah tidak mahu berjumpa lagi Al Hadi dan akan terus berpura-pura tidak kenal.


"Okay, tengok ini, kertas cadangan ini, disediakan oleh Sarah Binti Kamaruddin, IC pun sama", jawab Al Hadi dengan sinis dan tegas. Tiada lagi senyuman di wajahnya. Mungkin geram dengan lakonan Sarah. Kalau Sarah jadi pelakon, pasti boleh dapat anugerah. Sarah terperangkap. Sungguh dia buntu. Mahu menipu lagi sudah tidak mampu. Lalu, dia cepat-cepat berkemas dan mahu meninggalkan meja. Dalam kekalutan dia tercicir satu kertas cadangan di lantai. Sarah kalut dan lari. Ubat pun dia tertinggal. Begitulah Sarah jika panik. Apa lagi asyik terlupa makan ubat.


Al Hadi melihat Sarah berlari dengan kalut sekali. Timbul rasa serba salah. Dia yakin itu Sarah, isterinya. Al Hadi mengutip kertas cadangan Sarah yang tercicir. Kemudian menelitinya. Ada nombor telefon. Alhamdulillah, 2 tahun dia berdoa dan menunggu agar Sarah dapat ditemui. Hari ini doanya dimakbulkan. Allah memang baik. Selama ini dia nampak kuat di luar, tapi di rumah, dia menangis kerana rindukan Sarah. Kali ini, dia tidak akan melepaskan Sarah. Dia akan buat Sarah menceritakan semua masalah sehingga Sarah hilang selama 2 tahun. Al Hadi memegang ubat di tangannya. Ini ditinggalkan Sarah. Sarah sakit apa?

Previous: Bab 16
Next: Bab 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ummu Ilham