Home Novel Cinta Bukan Suami Biasa
Bab 14

Sudah dua tahun hilang


Al Hadi menunggu penerbangannya ke Singapura di KLIA. Suasana sibuk macam biasa. Hari itu hari Ahad. Al Hadi perlu menghadiri conference di sana dengan seorang lagi rakannya, Azam. Conference tersebut keesokan harinya, Isnin. Kelihatan Azam memeluk isteri dan anak-anaknya. Kasihan, hari Ahad perlu outstation. Kemudian, Azam mendapatkan Al Hadi di kafe untuk minum bersama sebelum berlepas.


Melihat situasi Azam dan isterinya, Al Hadi teringat kisah setahun lepas, di tempat ini, bagaimana dia melepaskan Sarah pergi tanpa ada curiga di hati yang itulah kali terakhir mereka bersua. Dia melepaskan Sarah tanpa curiga yang itulah kali terakhir dia memeluk isterinya. Sungguh, langsung dia tidak curiga.


Ketika itu suasana di KLIA sibuk sekali seperti hari ini. Flight ke Melbourne dijangka bakal berlepas beberapa jam lagi. Dia pula tidak ambil pusing untuk memeriksa apakah benar tiket yang dipegang Sarah. Dengan siapa Sarah akan pergi? Siapa akan sambut Sarah? Cuma berkali-kali Sarah memberitahu, jangan risau, rakannya akan membantu di sana. Pada hari itu, Al Hadi tidak dapat menunggu lama, dia ada pembentangan yang perlu disiapkan. 


"Sayang, abang tak boleh tunggu lama. Nanti dah sampai contact abang. Ingat jangan nakal-nakal. Setahun saja. Please come back to me", pesan Al Hadi. Al Hadi memeluk Sarah dengan kemas seperti tidak mahu dilepaskan. Sarah menangis.


"Abang, ampunkan Sarah atas semua dosa Sarah. Sarah minta ampun untuk dosa yang lama dan bakal Sarah lakukan jika ada. Doakan Sarah. Redhakan Sarah. Sarah sayang abang sampai bila-bila. I pray for your happiness". Frasa 'without me' hanya terhenti di hati.


"Abang dah maafkan semua. Nanti kalau abang ada rezeki, abang jumpa Sarah okay", pujuk Al Hadi. Sarah senyum dan mengangguk. Itulah senyuman terakhir Sarah tinggalkan dua tahun lepas bersama seribu satu persoalan yang memenuhi benak fikirannya. Al Hadi kecewa, keliru, sedih, semua bergaul menjadi satu. Sungguhpun begitu, dia masih setia menunggu isterinya yang satu itu. Entah bila dapat bertemu.


"Hoi, menung apa bro"? tanya Azam sambil meletakkan kopinya ke atas meja. 

Previous: Bab 13
Next: Bab 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ummu Ilham