Home Novel Cinta Bukan Suami Biasa
Bab 15

Di sebalik wajah tenang


"Tak ada apalah. Sedihkan tinggal family waktu cuti", Al Hadi mula bicara sebaik Azam mula duduk.


"Macamnilah Hadi, demi sesuap nasi. Hahaha. Tapi, diorang dah biasa. Semalam pun dah luangkan masa. Jadilah", Azam menambah bicara.


"Eh, kau duduk sini ja kan Zam, Salak Tinggi"?, soal Al Hadi.


"Haah, aku baru beli, sebelumni sewa, eh aku dengar kau beli studio apartment dekat dengan officekan? Berapa ribu ya"? kata Azam lagi.


"RM400 ribu lebih kurang", jawab Al Hadi sambil senyum.


"Aku baca FB kau, banyak share pasal property, kau jadi ejen ke"? tanya Azam.


"Eh, tak adalah. Aku memang suka beli rumah. Kumpul rumah. Ikutlah apa yang dah rancang dengan wife aku dulu", jawab Al Hadi.


"Oh kau dah kahwin? Hebatlah bro. Aku ni dapat beli rumah setingkat ni pun alhamdulillah", jawab Azam.


"Haah, aku dah kahwin, Dah nak masuk 3 tahun, Azzam". Al Hadi menghirup kopinya.


"Oh, kau dah kahwin. Apsal aku tengok macam bujang bro. Cuti anak sakit, bini sakit, semua tak ada. Kedatangan full. MC pun tak ada, memang untung kau".


"Wife aku tak ada kat Malaysia. Dia kat Melbourne, further studies", jawab Al Hadi.


Begitulah Al Hadi, sangat pandai menjaga rahsia. Tidak pula bercerita kisah sebenarnya. Tidak pula mencerca isteri yang hilang entah ke mana. Selepas beberapa hari Sarah pergi, dia menunggu panggilan Sarah. Memang rindu. Selepas seminggu masih tiada. Kemudian, dia menelefon ibu Sarah bertanyakan samaada Sarah ada menghubunginya. Ibu Sarah kata baru sekejap tadi, Sarah telefon tapi Sarah tidak beri nombor telefon. Kata ibunya, Sarah bilang biar Sarah saja yang telefon. 


Al Hadi kecil hati. Sarah langsung tidak menghubunginya. Hingga kini, jika mahu tahu khabar Sarah, dia akan pulang ke kampung, berjumpa ibu Sarah. Tetapi tidak pula dia memberitahu perihal Sarah yang tidak pernah menghubunginya selama 2 tahun. Ibu Sarah sakit. Al Hadi tidak mahu susahkan hatinya. Cukuplah dia saja yang memikirkannya. Selepas setahun, ibu mertuanya ada memberitahu, katanya Sarah perlu extend. Apa sebenarnya yang Sarah cuba lakukan?


"Eh, Hadi ajarlah aku nak invest. Aku nak buat, tapi tak berani", pinta Azam memecah lamunan Al Hadi.


"First, nak buat bendani kena tahu, macammana nak positifkan cashflow. Kedua, macammana nak buat surplus 50% daripada gaji kau. Ketiga, 50% surplus tu kau buat investment untuk kau settle hutang asas macam rumah yang kau duduk, kereta yang kau pakai. Kemudian lepas debt free, kau fokus untuk fund lain. Education fund, haji, retirement. Biasanya orang sangkut dekat yang pertama atau kedua. Ramai orang tak dapat buat banyak surplus. Ramai orang suka belanja, susah nak simpan", Al Hadi menerangkan panjang lebar.


"Fuh, thanks bro. Aku kena susun baliklah kan"?


"Haah, kau kena bincang dengan wife. Bab financial ni, kena sama-sama, kalau tak kau susah nak capai apa yang dirancang. Family kena tahu halatuju financial planning. Contoh, bila kau nak retire? Kena ada target, kena ada strategi how to achieve your target"?


"Okaylah bro, ini macam kena attend kursus", jawab Azam.


"Eh, memang betul, aku galakkan kau attend kursus, kau akan lebih terbuka, kau akan jumpa makna financial independance ikut version kau, bukan version orang lain", jawab Al Hadi.


Begitulah Al Hadi, apabila menjawab pertanyaan orang, apabila berbincang soal kerja, apabila menyelesaikan masalah dalam mesyuarat, dia adalah orang yang pandai menyimpan kemelut dalam jiwanya. Tiada siapa tahu, di sebalik wajahnya yang tenang, menyimpan seribu satu cerita dan kesedihan.


Sedang ralit menghabiskan kopinya, mata Al Hadi tertumpu pada ruangan tempat duduk 100 meter daripada kafe itu. Ada sesuatu yang menarik perhatiannya.

Previous: Bab 14
Next: Bab 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ummu Ilham