Home Novel Cinta Bukan Suami Biasa
Bab 20

Temujanji


"Assalamu'alaikum Tuan Aqeel", Sarah memberi salam seraya duduk di hadapan bakal pelanggannya. Tidak lama Al Hadi pun duduk di sebelahnya. Mereka bertemujanji di cafe yang kurang orang dan sesuai untuk perbincangan bisnes. Selepas Al Hadi tunjuk perasaan, akhirnya Sarah membawa Al Hadi bersama. Selama ini, dia membuat temujanji di tempat awam. Itulah tugasnya.


"Oh ya, kenalkan ini suami saya, Al Hadi", perkenal Sarah kepada Tuan Aqeel. Tuan Aqeel menghulur tangan. Al Hadi menyambut dan memberikan senyuman. Sarah mula mengeluarkan sekeping kertas dan pen artline 0.6. Dia mula membuat fact finding berkenaan Tuan Aqeel.


"Tuan Aqeel, kita akan buat FMC atau Financial Model Canvas untuk tuan", kata Sarah memulakan rundingan. Sarah melakar kotak-kotak yang perlu dalam FMC Tuan Aqeel. Ia termasuklah, sasaran persaraan, strategi untuk mencapai apa yang dirancang dan taktiknya.


Kelihatan Tuan Aqeel mengangguk-ngangguk faham. Rundingan berlansung selama satu jam setengah. Tuan Aqeel bercadang mahu membuat pengurusan harta pusaka dan pelan perlindungan takaful. Perjumpaan ditangguhkan sehingga minggu depan selepas Sarah menyiapkan proposal. Tuan Aqeel pun memohon diri untuk pulang. Sarah mengucapkan terima kasih dan segera menghantar ke pintu masuk kafe. 


"Amboi, siap berhantar lagi", Al Hadi bergurau. Sarah buat tidak tahu. Mengemas begnya dan berjalan masuk ke Tesco. Dia bercadang mahu jalan-jalan cuci mata. Window shopping memang hobinya. Malah jika dia sedang berada dalam mild depression mood, dia akan window shopping untuk terapi. Semenjak disahkan bipolar disorder, Sarah cuba mencari lebih banyak hobi untuk mengalihkan tenaga yang banyak semasa manic. Itu yang dia suka jalan-jalan tengok barang walaupun dia tidak membelinya. Kadang-kadang, dia sengaja ambil semua barang yang dimahukannya ke dalam troli. Kemudian, selepas habis dan puas, dia akan memulangkan kembali barang-barang itu dan membeli yang paling perlu sahaja. Al Hadi, mengejar daripada belakang. Kemudian memegang tangan Sarah. Sarah sedikit terkejut.


"Tak baik, tinggal suami", kata Al Hadi. Sarah masih diam. Tadi dengan Tuan Aqeel bukan main bercakap banyak. Tiba-tiba jadi diam. Al Hadi sedikit berkecil hati. Sarah berjalan laju dan menarik tangannya. Al Hadi benar-benar kecil hati. Al Hadi kemudian tidak lagi memegang tangan Sarah. Dia hanya mengekori Sarah. Kelihatan Sarah mengisi banyak barang dalam troli. Entah barang-barang apa yang Sarah beli. Dulu Sarah bukan begini. Sarah jimat sekali. Kadang-kadang terdengar Sarah bertanya dan menjawab soalannya sendiri. Kadang-kadang terdengar Sarah menarik nafas dan menghembus kuat. Entah apa yang Sarah fikirkan. Tidak rindukah Sarah kepadanya. Sampai hati Sarah membiarkannya begini?. Lagi beberapa meter ke kaunter bayaran, Sarah pun mengeluarkan dan meletakkan semula barang-barang yang diambilnya tadi. Dia hanya memegang sebotol air yogurt. Kemudian ke kaunter bayaran untuk membuat bayaran. 


"Abang bayar", kata Al Hadi.


"Tak apa, saya ada duit", jawab Sarah.


"Tak apa, biar abang bayar, cuba dengar cakap abang", pujuk Al Hadi lagi.


"Awak ingat saya ni miskin sangatke?" jawab Sarah. Terus meninggalkan air yogurt di kaunter dan berjalan keluar dengan laju. Al Hadi segera membayar air yogurt itu dan mencari Sarah. Sarah berjalan laju hingga ke pintu utama. Kemudian, Sarah tidak kelihatan lagi. Al Hadi risau. Sarah sukar dijangka. Dia segera mendail nombor telefon Sarah. Tidak berangkat. Tidak lama, dia ternampak Sarah menaiki sebuah teksi di seberang jalan besar. Aduh, Al Hadi jadi buntu. 

Previous: Bab 19
Next: Bab 21

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ummu Ilham