Home Novel Cinta Bukan Suami Biasa
Bab 32

Hari ulangtahun


Sarah bergerak perlahan. Dia nampak malas sekali dan tiada mood. Hatinya masih geram dengan Al Hadi. Sukarnya mahu move on, forgive and forget. Sampai saja di kondominium terus ada nota di pintu rumah Al Hadi. 


Ada sesuatu atas meja makan- abang


Sarah pergi meja makan. Ada tiga buah kotak di atas meja. Baru mahu membuka kotak pertama, ada nota lagi.


Jangan buka dulu, solat maghrib dulu. Nanti excited sangat solat lewat😉 -abang


Sarah tersenyum sendiri. Ada-ada saja suaminya. Dia pun pergi menunaikan solat maghrib di bilik. Kemudian pergi semula membuka hadiahnya. Sementara menunggu Al Hadi bolehlah dia melihat apa yang Al Hadi sediakan untuknya.


Dia membuka kotak pertama perlahan-lahan. Ada rantai emas. Kemudian ada kad di sebelahnya.


Assalamu'alaikum sayang,


Happy anniversary yang pertama. Walaupun abang tak tahu sayang ada di mana, tapi abang sediakan juga hadiah ini. Abang doa sayang sentiasa sihat dan gembira walau di mana sayang berada. Terima kasih sudi jadi isteri abang.


Sayang selalu,

Al Hadi

23 Januari 2016


Sarah mengalirkan air mata perlahan-lahan. Tidak tertanggung perasaan bersalahnya. Ketika ini dia sudah meninggalkan Al Hadi. Al Hadi masih mengingati tarikh penting begini. Sangkanya Al Hadi pasti lupa. Dia membuka kotak kedua. Ada beg tangan yang cantik berwarna ungu. Warna kesukaannya. Dia segera membuka kad di sebelah beg itu.


Assalamuaikum Sarah sayang,


Abang jumpa mak hari ini. Hari ini anniversary kita yang kedua. Abang rindu sangat sayang. Rindu sangat. Abang nak dengar suara sayang. Nak tengok muka sayang. Nak peluk sayang. Jadi abang balik jumpa mak, abang nak tanya pasal sayang. Mak cakap sayang tak sihat. Sayang sakit. Abang risau sangat. Tapi abang tak mampu buat apa-apa. Abang tak tahu macammana nak contact sayang. Happy anniversary yang kedua Sarah sayang. Abang doa Allah panjangkan jodoh kita dan dipertemukan kembali.


Sayang selalu, 

Al Hadi

23 Januari 2017


Sarah menangis tersedu-sedu. Kesedihannya tidak terbendung lagi. Sungguh dia seorang yang pentingkan diri sendiri. Dia membuka kotak terakhir. Dia menjangka ini mesti hadiah ulangtahun mereka yang ketiga. Dia membuka kotak perlahan-lahan. Ada sebuah diari berwarna ungu yang juga warna kesukaannya. Diari itu sangat cantik. Terukir indah namanya di muka hadapan diari itu. Ada kad juga di situ. Sarah segera membacanya.


Assalamualaikum sayang,


Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan yang ketiga. Terima kasih sudi jadi isteri abang. Jujur, abang happy sangat dapat jumpa sayang sampai tak tahu nak bagi hadiah apa untuk kali ini. Sebab kita sudah 2 tahun lebih tak jumpa, abang tahu sayang ada banyak cerita nak cerita tapi kita masih belum selesa. Abang hadiahkan diari ini. Abang harap sayang tulis semua apa yang berlaku sepanjang sayang jauh dari abang. Abang harap sangat. Berikan pada abang diari ini, bila sayang dah sedia nak bagitahu abang. Okay?


Mesti sayang nangis kan? Abang tahu :) Sayangkan nampak keras, ego tapi hati tisu hehe.


I love you soooo much.


Sayang selalu,

Al Hadi

23 Januari 2018


Sarah menangis dan tersenyum. Semua emosi bergaul menjadi satu. Tidak lama Al Hadi whatsapp menyuruhnya segera turun ke lobi. Sarah pun bergegas bersiap dan turun. Sarah tahu, Al Hadi benar-benar sayangkan dia tapi Al Hadi terlalu baik untuknya. Dia layak dapat wanita yang lebih baik daripadanya. Sarah rasa bersalah. Tidak tahu bagaimana mahu berdepan Al Hadi.


"Kita nak makan di mana?"tanya Sarah sebaik masuk ke dalam kereta Al Hadi. 


"Adalah. Rahsia. Nanti tahulah", jawab Al Hadi. Sarah diam saja. Tidak bertanya lagi. 


"Dah buka hadiah?"tanya Al Hadi.


"Dah", jawab Sarah ringkas.


"Macammana?"tanya Al Hadi.


"Okay", jawab Sarah Ringkas.


"Okay je?" tanya Al Hadi tidak puas hati.


"Erm, okay. Terima kasih. Abang tak perlu pun susah-susah sediakan hadiah. Tak penting pun," jawab Sarah. Sengaja menduga hati Al Hadi.


Al Hadi diam dan meneruskan pemanduan. Menjadi suami kepada Sarah, Al Hadi belajar menjadi kebal mata, telinga dan hati. Al Hadi perlu pelajar merawat hati sendiri. Al Hadi tahu Sarah kini sudah berubah menjadi ego, sombong dan suka menyakitkan hatinya. Sarah juga sukar dijangka. Kadang-kadang Sarah sangat baik dan lemah lembut pula. 


"Abang tahu, Sarah sebenarnya suka tapi tak nak tunjukkan?" Al Hadi menjawab sambil senyum.


"Erm...suka hatilah nak fikir apa", jawab Sarah lagi. 


Mereka sampai di Pullman Bangsar. Al Hadi sudah menempah meja untuk mereka. 


"Mahal makan sini. Membazir", komen Sarah sebaik duduk.


"Sekali-sekala, bukan selalu", jawab Al Hadi.


Al Hadi diam dan merenung Sarah di hadapannya. Sarah pura-pura memandang ke arah lain. Sesungguhnya dia malu apabila Al Hadi merenungnya begitu.


"Sayangni cantik, untung siapa jadi suami sayang", puji Al Hadi. Sarah buat-buat tidak dengar pujian Al Hadi itu membuatkan Al Hadi tersenyum lagi.


"Abang, ada benda nak tanya", kata Al Hadi memulakan bicara.


"Sarah pernah mengandung anak abang?" Al Hadi mula bertanya soalan terus. Sarah tersedak. Ketika itu dia sedang minum. Kemudian dia panggung kepala melihat Al Hadi. Al Hadi masih setia menunggu jawapan. Mata masih merenung tepat ke arah anak mata Sarah.


"Erm, tak. Tak pernah", jawab Sarah.

Previous: Bab 31
Next: Bab 33

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ummu Ilham