Home Novel Cinta Bukan Suami Biasa
Bab 25

Depresi dan lari lagi


Al Hadi memimpin Sarah masuk ke rumah. Sarah hanya diam saja. Tiada lagi kudrat melawan Al Hadi. Sarah penat. Penat yang amat. Umpama berlari lima pusingan padang tanpa henti. Begitulah penatnya bertarung dengan emosi yang entah bila datang manianya, kemudian pergi dan kini Sarah jadi depresi. Triggernya? Pastilah rasa bersalah kepada suami. Berkali-kali syaitan cuba mempengruhi fikirannya. Berkali-kali dia cuba positif. Akhirnya termakan juga dia dengan trigger itu. Lalu, Sarah mula masuk ke dalam ruangan depresi. Dia meninggalkan semua yang ada dalam hidupnya. Masuk ke dalam ruang antara dirinya dan suara hatinya. Ketika ini, hanya Allah yang bisa membantunya. Hanya Allah tempat dia bergantung supaya dapat dia keluar daripada ruang lingkup depresi, sekurang-kurangnya masuk ke mood normal.


"Nak air," pinta Sarah dengan lemah. Tubuhnya sangat lemah. Tangannya sakit bertarung dengan kudrat lelaki Al Hadi.


"Okay, kejap". Al Hadi mengambil segelas air. Selepas minum, Sarah baring di katil. Al Hadi duduk dan mengurut kaki Sarah. 


"Leave me alone. I want to be alone, please", pinta Sarah. Al Hadi sebenarnya tidak mahu meninggalkan Sarah. Dia jadi terkilan. Tapi dia cuba memahami Sarah. 


"Sayang nak apa-apa cakap dengan abang, abang nak solat kat luar", jawab Al Hadi.


Sarah mendengar derap kaki Al Hadi keluar. Rumah Al Hadi berlantaikan laminated timber flooring. Bilik Al Hadi yang cantik dan indah ini sikit pun tidak mampu mengembalikan mood Sarah. Sebaliknya Sarah lagi bertambah sedih. 'Kenapa Al Hadi bodoh sangat? Ceraikan saja aku kan senang? Aku ni dosa banyak. Amalan sikit. Aku terbeban dengan tanggungjawab isteri. Aku tak mampu. Aku bukan nak jadi hebat sangat di dunia ini. Aku nak survive, nak hidup, nak tinggalkan maksiat pun dah cukup. Dosa tak taat pada suami, aku tak sanggup. Kenapa Al Hadi, kau tak nak faham aku?'. Sarah bercakap dengan suara hati. Begitulah kebiasaan jika dia dalam mood depresi.


'Susah sangat dia nak lepaskan aku. Kalau aku mati lagi senang agaknya'. Suara hati Sarah menambah asam garam kepada luka jiwanya diiringi air matanya yang mengalir. Dia sudah tidak mahu hidup lagi. Dia tidak mahu menjadi isteri Al Hadi. Dia tidak mahu jadi isteri sesiapa. 


"Sayang, abang nak beli makanan, sayang nak makan apa?" Al Hadi membuka pintu sambil bertanya soalan. Al Hadi memegang pipi Sarah. Dia melihat ada airmata yang mengalir. Al Hadi lantas memeluk Sarah. 


"Sayang, jangan macamni. Kalau sayang ada masalah, bagitahu abang", pujuk Al Hadi. Sarah menangis lagi. Lebih deras daripada tadi. Separuh jiwanya terusik dengan layanan baik Al Hadi. Separuh lagi berpesan supaya dia tidak terpengaruh dengan kebaikan Al Hadi.


"Abang keluar kejap. Abang kunci pintu. Kunci ada kat tempat kunci yang ada key chain bendera", pesan Al Hadi tanpa rasa curiga. Sarah hanya berdiam diri. Begitulah dia jika depresi. Orang cakap apa pun buat tidak peduli. Hidup dalam dunianya sendiri.


Al Hadi memesan char kuey tiaw untuk Sarah. Sambil menunggu dia membalas whatsapp timnya. Al Hadi kadang-kadang perlu sentiasa alert dengan kerjanya. Perasaan terkilan dengan tingkahlaku Sarah, sudah lama pergi disaat Sarah kelihatan lemah dan tidak bermaya lagi. Semasa dia memeluk Sarah tadi, perasaan sayangnya semakin dalam. Mana mungkin dia dapat hidup tanpa Sarah. Walaupun Sarah bukan lagi Sarah yang dikenali 3 tahun dulu, tapi itu bukan alasan untuk perasaannya berubah.


"Encik, nah order encik dah siap," kata pelayan wanita itu. Al Hadi segera membayar makanannya. Dia segera masuk kereta. Tiba-tiba rasa risau dan tidak sedap hati meninggalkan Sarah sendiri. Al Hadi sampai di pintu rumah selepas hampir 45 minit keluar. Grille tidak berkunci. Tombol pintu terbuka. Dia kalut dan berlari masuk ke bilik. Sarah tiada. Ya Allah, bagaimana dia tidak terfikir yang Sarah akan lari lagi?

Previous: Bab 24
Next: Bab 26

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ummu Ilham