Home Novel Cinta Bukan Suami Biasa
Bab 10

Depresi


'Kau tak guna Sarah. Kau menyusahkan orang. Kau menyusahkan suami kau. Baik kau mati Sarah. Baik kau mati'


Sarah memejamkan mata. Membayangkan bagaimana rasanya mati? Bagaimana jika dia menikam diri? Bagaimana jika dia memotong leher sendiri?


Tidak lama, airmatanya mengalir. 'Kenapa Sarah?. Ya Allah, kenapa aku rasa begini? Kenapa aku rasa kosong. Aku rasa sedih?'


Sarah melihat gambar Al Hadi di smartphonenya. 'You deserve someone better. Definitely not me. Sarah tidak boleh jadi isteri yang baik. Sarah lawan cakap suami. Sarah ego. Sarah keras kepala. Sarah selalu marah suami.'


Sarah mahu lari. Tapi Sarah takut. Dia tiada duit banyak. Juga tiada tempat berteduh.


Sarah menghubungi rakannya, Imah. Imah seorang jururawat di Hospital Ampang Puteri. 


"Salam, Imah, kau kerja ke? Boleh tak nak tumpang rumah kau malamni"? - Sarah


"Salam, aku kerja malam. Tapi kau boleh je stay. Aku tinggal sendiri. Housemate aku kahwin. So, aku belum jumpa housemate baru. Lainlah kau, housemate sehidup semati hahaha" - Imah


"Okay, aku datang ya"! - Sarah


"Weyh, cop! Kau ada suami lagi nak lepak rumah aku buat apa"? - Imah


"Aku ada hal ni, nanti aku story mory" - Sarah


Tepat jam 3 petang Sarah sampai Ampang.


"Hah, masuklah. Cuba citer. Apa benda kau ni, baru 2 bulan kahwin, nak lari-lari pulak" Imah menyambut Sarah dengan seribu persoalan.


"Bagi aku duduk dulu. Aku tak tahulah. Aku macam depress. Macam nak mati. Nak bunuh diri. Kadang-kadang aku macam orang gila. Mengamuk tak tentu hala. Kesian Al Hadi", jawab Sarah.


"Aku cadang kau seek for help please. Jangan biar weyh. Lain macam aku dengar cerita kau. Sebelum melarat, jumpa pakar", kata Imah.


Sambil melepak di rumah Imah, Sarah search informasi di google chrome. Sarah taip, 'sign of depression'. Sarah tekun membaca. Kemudian, Sarah mula search kata kunci lain. Dia mula search 'psychology and impulsive'. Sarah membaca dengan khusyuk. Sarah rasa gelisah. Banyak yang merisaukan dia. Jantungnya berdebar-debar. Rasa sesak nafas.


Dapat berjumpa Imah, rasa lebih tenang. Rasa terluah. Imah memang kawan sejak sekolah. Cuma semenjak bekerja jarang berjumpa. Imah bukan kawan baiknya. Tapi, Imah selalu ada saat dia perlukan seseorang. Sarah merancang mahu lari dan menyendiri. Tapi dengan Imah, dia tidak boleh menceritakan rancangannya.


Sarah mahu lari daripada Al Hadi. Sarah rasa bersalah yang amat. Rasa kasihan. Rasa dia mengecewakan Al Hadi saat lelaki itu menikahinya. Lelaki sebaik Al Hadi sepatutnya dapat isteri yang baik dan solehah. Bukan yang selalu mengamuk macam dia. Entahlah, sepatutnya dia tidak berkahwin dengan Al Hadi. Lebih tepat orang seperti dia tidak sepatutnya berkahwin dan bersuami. Sarah tidak mempu membahagiakan sesiapa. Untuk jaga diri sendiri juga kini Sarah belum pasti mampu. Apatah lagi mahu jaga keluarga. Sarah tidak mampu memberi. 


Sarah juga takut, suatu hari nanti Al Hadi tidak tahan lagi dengan sikapnya, ketika itu jika Al Hadi meninggalkannya, pasti lagi kecewa. Sebelum Al Hadi yang meninggalkannya, biar dia yang pergi dulu. Sekurang-kurangnya dia tidak kecewa. Al Hadi, biarlah dia. Ada ramai perempuan yang boleh jadi isterinya. Begitulah ceteknya pemikiran Sarah. Saat begini, Sarah hanya mahu melindungi hatinya supaya tidak lebih kecewa. Sarah takut dengan apa yang bakal berlaku dalam hidupnya. Sarah cuba mengurangkan faktor kesedihannya dan dia tega mengorbankan suaminya.

Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ummu Ilham