Home Novel Cinta Seteguh Karang
Seteguh Karang
Wann Shazni
3/1/2019 21:15:57
71,265
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 3

FARISYA membuat regangan pada otot-ototnya sebelum memulakan larian. Hari ini dia terpaksa berseorangan lagi kerana papanya adahal penting. Bukan pertama kali dia berjoging tanpa papanya. Dia ada menelefon Syazwan dan Shahrina namun masing-masing ada kerja yang perlu diselesaikan. Nak tak nak dia tetap perlu teruskan walaupun bersendirian.

Bersama earphone di telinga, dia memulakan dengan larian anak-anak dari rumahnya sehinggalah ke taman rekreasi yang berdekatan dengan kawasan perumahannya. Setelah sampai di situ, dia mengambil tempat biasanya di bawah pohon rimbun berhadapan dengan tasik.

Peluh yang menitis dilap dengan tuala kecil yang tergantung di lehernya. Farisya mengeliat kecil kemudian merenggangkan otot kakinya. Topi di kepala ditanggalkan. Kemudian dia merebahkan tubuhnya di atas rumput.

“Ahh...” Farisya menghela nafas.

Matanya merenung langit biru yang luas itu. Mengingati mamanya yang terlalu mencintai alam sekitar. Mamanya terlalu suka melukis dan mengambil gambar pemandangan terutamanya langit. Katanya di situ dia menemui ketenangan.

“Kalaulah mama ada di sini...”

Tanpa sedar, Farisya menuturkan kata-kata itu.

Belum sempat dia melayan perasaan, smartphone miliknya sudah berbunyi. Tertera nama Syazwan di kaca skrin. Pantas dia menjawab panggilan itu.

“Nak apa mangkuk?”

Kedengaran suara Syazwan merengus sebaik sahaja mendengar pertanyaan sebegitu.

“Dah selesai joging ke?” tanya suara itu.

“Aku ada kat taman lagi ni. Tempat biasa. Tengah layan perasaan kejap. Apasal?” Selamba sahaja Farisya membalas.

Syazwan ketawa. “Layan perasaan sebab papa kau tak dapat teman kau la kan? Lepas tu call aku, aku pun tak dapat teman kau kan. Then kau merajuk sorang-sorang kat bawah pokok tu.”

Farisya mencebik. Menyampah pula dia bercakap dengan Syazwan yang sememangnya ada perasaan syok sendiri.

“Tak ada maknanya aku nak merajuk,” balas Farisya kasar.

“Okey, okey. Arie, petang ni aku ambil kau kat rumah.Siapkan tugasan projek.”

“Projek apa?” tanya Farisya blur. Dahinya sudah berkerut seribu.

Mata Syazwan tidak berkelip-kelip selepas mendengar pertanyaan itu. “Weh! Kau jangan nak buat lupa ingatan pulak. Aku tahu la minggu lepas kau busy dengan pertandingan. Jangan buat-buat lupa pulak projek akhir kita ni.” Syazwan mula membebel panjang.

Tugasan itu diberi sebelum Farisya sibuk dengan pertandingan. Barangkali gadis itu terlupa. Mujurlah masih ada banyak masa lagi.

“Ada eh?”

Terasa geram pula Syazwan ketika itu.

“Kau jangan buat-buat lupa la pendek. Aku belasah kau kang!” marah Syazwan.

Farisya ketawa nakal. “Yang kau nak gelabah sangat apahal. Aku ingat la final project kita tu. Ingat aku jenis lepas tangan ke?”bebel Farisya.

Seronok pula selepas dapat mengenakan Syazwan yang sudah gelabah itu. Selalu sangat Syazwan gelabah apabila dia pura-pura lupa dengan tugasan. Ada satu hari tu, dia sengaja membiarkan Syazwan kalut sendiri apabila dia pura-pura terlupa membawa tugasan yang perlu dihantar kepada lecturer. Mengamuk sakan lelaki itu. Merajuk sampai tak bercakap dengannya. Itulah usikan yang paling nakal yang pernah dia buat sehinggakan Syazwan mengamuk. Tapi dia masih tak pernah serik untuk kenakan lelaki itu. Lama mana sangat Syazwan hendak merajuk dengannya. Lambat laun semuanya kembali seperti biasa juga.

“Kau ni kan, kalau bab mengusik memang nombor satu. Dahlama mengidam penumbuk aku ke?” tanya Syazwan garang. Nasihat macam mana pun,Farisya takkan makan saman. Hari ini minta maaf, esok buat balik.

“Ala, gurau aje pun. Okey, apa-apa roger aku balik.” Farisya menghentikan pergaduhan itu. Bukannya dia tidak tahu, makin panjang makin panas jadinya nanti.

“Yelah! Okey bye!” Garang Syazwan bersuara.

Farisya membuat muka sebaik sahaja talian itu dimatikan.

Merajuk la tu.

 

 

 

HAKIMI mengeliat kecil. Terasa peluh menitis perlahan di pipinya. Setelah selesai joging, dia sengaja mengambil angin disekitar itu. Bersiar-siar sendirian sambil menikmati keindahan alam. Setiap hari dia terlalu sibuk dengan kerjanya sehingga tidak dapat berehat dengan baik. Otaknya juga kadang kala terlalu tepu untuk terus berfikir.

Kakinya melangkah masuk ke sebuah kedai runcit. Matanya meliar mencari minuman di dalam peti sejuk itu. Dibuka pintu peti itu. Belum sempat dia capai air kotak itu, ada tangan lebih pantas mencapainya.

Mata Hakimi sudah terjegil terkejut. Dipandang satu tubuh kecil yang berdiri di sebelahnya. Entah dari mana muncul agaknya.

“Err cik...”

Gadis itu terus memandangnya.

“Saya nak ambil air kotak tu...” Jari telunjuk Hakimi merunding ke arah air kotak itu sambil memandang wajah gadis itu.

Excuse me?” Dahi gadis itu berkerut.

“Saya yang sampai dulu. Saya dah aim air kotak tu dari tadi. Belum sempat saya nak ambil, cik dah ambil,” ujar Hakimi tenang. Tak pasal-pasal pula nak bergaduh pasal air kotak. Tapi nak buat macam mana, air kotak itu hanya tinggal satu. Sememangnya air kotak berperisa kiwi itu adalah minuman kegemarannya.

Gadis itu menjegil matanya. “Tapi saya yang ambil air kotak ni dulu.”

Hakimi mengeluh. Aduh, apalah nasib aku.

“Kalau awak nak, boleh pergi cari kat kedai lain. Kat sini bukan main banyak lagi kedai yang ada jual minuman. Sekian!” ujar gadis itu tanpa ada rasa bersalah. Terus dia berlalu pergi namun terasa hujung hoddie ditarik membuatkan langkahnya terhenti. Dia segera berpaling ke arah Hakimi.

“Kau nak apa, tarik-tarik baju aku ni!” Gadis itu mula menempik.

Hakimi memandang tepat wajah gadis itu. Seakan-akan pernah dilihat wajah itu. Begitu juga dengan suara. Puas dia berfikir akhirnya dia ingat juga. Gadis yang dilanggarnya semalam!

“Nak apa!”  tanya Farisya kasar. Takkan pasal air kotak pun nak cari gaduh.

“Cik adik, saya dah cakap baik-baik. Kenapa awak mesti nak tengking-tengking saya? Apa salahnya kalau awak minta maaf sebab mendahului saya sedangkan saya yang sampai dulu,” ujar Hakimi lembut. Dia tidak akan sesekali menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah.

Masalahnya kecil sahaja. Tak perlu pun dipanjangkan. Dia cuma terkilan, adab manusia sekarang semakin nipis. Dia tidak meninggikan suara pada gadis itu tetapi gadis itu yang menjawab dengan kasar. Sudahlah tiada kata maaf, malah dibalas kasar pula.

Farisya merengus. “Encik, ni pasal air kotak aje kan?Yang nak perbesarkan hal ni dah kenapa? Dah banyak sangat masa terluang ke? Lagipun masa awak buka pintu peti ni pun, mana saya nak tahu awak nak benda yang sama. Dah ada peluang depan mata, berebut la. Siapa cepat dia dapat. Okey? Kalau tak ada apa-apa, saya nak blah dulu,” ujar Farisya sinis. Dia terus berlalu dari situ dengan pantas. Silap-silap hari bulan ada juga yang lunyai kat situ.

Hakimi menggeleng kepala. Dia mencapai botol minuman ice lemon tea lantas menuju ke kaunter bayaran. Sempat lagi dia melihat gadis itu memilih makanan ringan. Sewaktu dia membuat pembayaran, gadis itu sudah berdiri di belakangnya. Menunggu giliran untuk membayar.

“Terima kasih,” ucap Hakimi kepada juruwang itu. Kemudian dia beralih ke arah gadis itu bersama senyuman kecil.

 “Cik adik, hidup kena ada adab. Kena belajar minta maaf walaupun bukan salah kita.Sekurang-kurangnya dapat didik diri kita untuk tidak ada sifat sombong dan bongkak dalam diri. Assalamualaikum,” ujar Hakimi bersama senyuman manis. Dia terus berlalu pergi tanpa menunggu balasan daripada gadis itu. Dia tahu, kalau dia berlama-lama di situ pasti teruk jadinya.

Farisya menggigit bibir menahan amarah. Wajahnya sudah panas dan merah padam. Dalam hati, berbakul-bakul makian terhadap lelaki itu.

‘Kau ingat kau bagus sangat!’

 

 

 

“NAK pergi mana tu?” tanya Dato’ Kamal apabila melihat Farisya bersama beg laptopnya. Dia yang sedang membaca surat khabar di ruang halaman rumah hanya memerhati anak gadisnya dari atas sehingga bawah.

“Nak pergi buat assignment kat kolej,” jawab Farisya sambil menyarung kasut vans warna hitamnya itu.

Sememangnya mereka selalu membuat tugasan di kolej kerana Shahrina tinggal di hostel. Dia dan Syazwan pula berulang alik dari rumah kerana dekat dengan kolej. Adakalanya mereka membuat tugasan di luar kolej namun demi memudahkan Shahrina, mereka lebih gemar menghabiskan masa di kolej.

Mereka bertiga akan bersama sekiranya ada tugasan.Mungkin kerana sudah kenal rapat. Pada awalnya dia hanya bergandingan dengan Syazwan. Setelah mengenali Shahrina, barulah mereka bertiga berganding bersama. Masing-masing ada komitmen membuatkan tugasan menjadi mudah.

Jam ditangannya dipandang. Tinggal lagi 5 minit sebelum Syazwan sampai ke rumahnya. Dia mendekati papanya dan melabuhkan punggungnya diatas kerusi batu berhadapan papanya.

“Papa, hari ni Risy balik lewat sikit ye.”

Dato’ Kamal hanya mengangguk. “Hati-hati nak pergi tu.”

Farisya menangguk sambil tersenyum. Digosok sikunya yang baru dilekat plaster itu. Lukanya masih belum sembuh.

“Siku tu kenapa?” tanya Dato’ Kamal, mula resah sebaik sahaja melihat plaster dilekatkan di siku anak gadisnya.

“Jatuh. Mamat mana tah jalan tak guna mata,” bebel Farisya sambil menayangkan sikunya ke papanya.

Dato’ Kamal menggeleng kepala. Apalah yang Farisya buat sampai berlanggar dengan orang sehingga jatuh meninggalkan luka. Tak lain tak bukan nak kejar masa agaknya. Kalau tidak takkanlah boleh berlaku perlanggaranpula.

“Yang ajaibnya, hari ni pun Risy jumpa orang yang sama,” tambah Farisya lagi sambil membuat muka.

“Jodoh la tu,” usik Dato’ Kamal membuatkan Farisya mencebik meluat.

“Serius tak lawak, pa.”

Geram pula Farisya apabila papanya bergurau sebegitu. Jodoh? Memang tak la. Benda kecil pun nak cari gaduh, apa masalah mamat tu.

“Risy pun, jalan kena tengok kiri kanan depan belakang jugak. Jangan asyik berlari sampai tak tengok sekeliling. Mananya tak langgar orang.”

Faham sangat Dato’ Kamal dengan perangai anaknya. Suka sangat berlari sampai tak melihat sekeliling. Terutamanya apabila mengejar masa. Kelam kabut tak terkata sampai tak sempat tengok kiri dan kanan.

Farisya tersengih.

Bunyi hon membuatkan perbualan mereka terhenti. Pasti Syazwan sudah sampai di hadapan rumah.

“Pa, Risy pergi dulu.” Farisya mengucup tangan papanya dan berlari pantas ke arah kereta Vios berwarna hitam.

Dato’ Kamal hanya menggeleng kepala. Tak sampai seminit dia memberi nasihat, Farisya masih ulangi hal yang sama. Masuk telinga kanan,keluar telinga kiri. Sia-sia sahaja memberi nasihat berbakul-bakul.

“Yo!” Farisya mengangkat tangan sebaik sahaja Syazwan menurunkan cermin tingkap keretanya. Tanpa banyak suara, dia terus masuk ke tempat duduk sebelah pemandu.

Syazwan terus memandu tanpa banyak suara. Farisya pula hanya menumpukan pada smartphonenya. Sebaik sahaja tiba di kolej, mereka terus menuju ke pondok berdekatan dengan tasik. Di situlah tempat mereka selalu melepak bersama-sama selain daripada membuat tugasan.

Susuk tubuh Shahrina sudah kelihatan dari jauh. Gadis itu kusyuk membaca buku. Barangkali sekadar membakar masa sementara menunggu kedatangan Farisya dan Syazwan.

“Yo Rin!” sapa Farisya, tubuh kecil Shahrina dipeluk dari belakang.

Syazwan menggeleng kepala. Dia terus mengambil tempat duduk berhadapan gadis-gadis itu.

Shahrina hanya tersenyum manis. Dia memang tidak petah berbicara. Lebih suka berdiam diri. Cuma apabila bersama dengan Farisya, dia mampu bercakap banyak pula. Dia tidak pernah kekok apabila berhadapan dengan mereka berdua. Perangai mereka berdua yang bising dan kecoh itu sudah cukup memeriahkan suasana.

“Arie, sorry pagi tadi tak dapat teman awak.” Lembut Shahrina memohon maaf.

Farisya menggeleng kepala. “Tak apa. Kalau kau ikut aku tadi, alamatnya kau pengsan.”

Syazwan sudah mengangkat muka. Shahrina pula sudah berkerut dahinya. Ada sesuatu yang berlakukah?

“Kenapa?” tanya mereka serentak.

Farisya membetulkan kedudukannya dan mendekati mereka. Bersedia untuk menceritakan apa yang sudah berlaku di awal pagi tadi.

“Aku bertekak dengan mamat yang langgar aku semalam.”

“Hah?!” Mereka berdua kelihatan terkejut.

“Mamat tu ah, cari pasal dengan aku. Pasal air kotak ajepun. Yang dia bising sangat tu apahal. Macam tak ada kedai lain yang dia boleh pergi,” bebel Farisya dengan wajah geram. Sakit hati pula memikirkan kejadian itu.

Syazwan menggeleng kepala. “Kalau bab pergaduhan ni, aku tahu sangat la puncanya daripada siapa.”

Serentak itu Farisya menendang kaki Syazwan. “Mulut kau tu jaga sikit.”

Shahrina sudah kalut. Belum apa-apa lagi dah bergaduh.

“Kalau macam ni perangai kau, sampai ke tua pun tak ada lelaki nakkan kau,” tambah Syazwan lagi. Sengaja menuang minyak ke dalam api.

“Kau ingat kau tu bagus sangat?” Farisya sudah bangun dari tempatnya dan menepuk meja batu itu. Silap-silap hari bulan boleh terbelah dua meja batu itu. Maklumlah, juara taekwondo.

“Korang berdua ni, jangan la bergaduh...” Shahrina cuba meleraikan pergaduhan itu sebelum lebih teruk. Bukannya dia tidak pernah melihat dua orang itu bergaduh teruk. Dia sendiri takut nak masuk campur.

Farisya merengus, begitu juga dengan Syazwan.

Shahrina menarik tangan Farisya, meminta untuk duduk bertenang.

“Korang berdua ni, kita datang nak buat assignmentkan. Bukan nak bergaduh,” ujar Shahrina dengan suara yang lembut. Pening sungguh dia dengan mereka berdua. Hal kecil pun boleh berperang satu kolej. Tak sampai 10 minit berada di situ, sudah bergaduh sakan.

Selalu sahaja dia menjadi orang tengah untuk meleraikan pergaduhan mereka berdua. Agaknya kalau dia tiada di situ, sudah pasti tunggang terbalik sekeliling mereka. Mereka bukannya jenis bergaduh mulut aje. Kadangkala kaki tangan semuanya naik. Yang pastinya Farisyalah yang selalu naik kaki dan tangan. Syazwan hanya mempertahankan diri sahaja. Mungkin kerana sudah memahami sikap kasar Farisya yang suka menggunakan kekerasan itu.

Syazwan membuat muka manakala Farisya berpeluk tubuh sambil melemparkan pandangan ke arah lain.

“Dah, dah. Jom mulakan perbincangan. Nanti Encik Naim nak tengok draf projek.” Shahrina mula mengeluarkan laptop dan peralatannya. Farisya turut mengeluarkan peralatannya namun dengan wajah yang geram. Begitu juga dengan Syazwan. Masing-masing masih dalam mood angin monsun.

Shahrina mengeluh perlahan. Sehari tanpa pergaduhan memang tak sah.

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Wann Shazni