Home Novel Cinta Kisah Adam Dan Ainur
Kisah Adam Dan Ainur
Yana Agasshi
29/11/2020 20:54:42
28,222
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 14

      AINUR membuntuti langkah Adam seperti anak kecil. Tangannya kemas memegang pinggang kemeja yang dipakai Adam, takut tersesat mungkin. Dari lobi bawah lagi semua orang pandang dia macam lain macam.


Melirik sambil berbisik bisik dengan orang sebelah. Dia pun hairan sebenarnya. Segan pun ada. Padahal bukan main cantik lagi dia berdandan lebih harini. Palazo coklat cair yang baru dibeli dia padankan dengan blaus peplum bercorak bunga sakura. Tudung bawal satin rona pink terletak elok dikepalanya. Takut selekeh, malukan si suami pulak kan..Tapi alih-alih, still disambut tak berapa baik macam ni.


Atau mungkin...sebab bangunan 4 tingkat berkonsepkan interior kaca tebal ini tak pernah ada orang luar masuk kot? Eh tak taulah!


Yang si Adam pulak, serius je berjalan seolah olah Ainur tak wujud dibelakangnya. Takde kata nak explain serba sedikit tentang tempat kerjanya ini, atau kenalkan dia pada staff yang lain ke apa ke. Kesian si Ainur, nak menyesal tak guna dah. Tapi lebih baik macam ni kot daripada mereput sorang-sorang kat rumah.


Selepas beberapa saat sahaja berada dalam perut lif, Adam terus menapak keluar bila pintu lif terbuka luas ditingkat 4. Ainur pun ikut je dari belakang memandang kiri kanan dengan rasa kagum. Cantik sangat dekorasi pejabatnya. Keluar je lif, beberapa langkah ke depan ada macam taman mini dalam pagar kecil bercat putih. Dalam pagar tu ada satu pokok besar yang bunga-bunganya semua warna putih.


Ada 3 laluan berpermaidani merah. Kekiri, menyusur ke satu ruang luas yang menempatkan beberapa buah meja staff. Ke kanan, membawa ke ruang dapur dan ruang rehat yang juga dirias cantik sementara jika menyusur lurus ke depan ada beberapa bilik pejabat untuk jawatan tertentu.


Ainur laju mengejar Adam didepan sana bila sedar yang dia dah ketinggalan. Beberapa orang yang berselisih dengannya dihulur senyum mesra  Seronoknya dapat keluar macam ni sampai tak sedar dah macam budak tadika keluar lawatan sekolah. Ceria lain macam!


Melihat Adam menolak pintu kaca cermin antara salah satu bilik pejabat itu, langkahnya mati sekejap. Bulat matanya memerhati dinding luar pejabat. 100% cermin. Jelas dia dapat lihat pantulan dirinya sendiri dalam cermin tu.


Tak tunggu lama dia pun turut menolak daun pintu tadi lalu menapak masuk. Dia tak mempedulikan Adam yang dah pun duduk diatas kerusi kulit didepan meja kerja warna putih kapas itu, sebaliknya terus meliarkan mata kesetiap inci ruang . 


Sekali lagi dia tak dapat mengawal rasa terujanya dengan keunikan interior pejabat. Ruang pejabat agak luas, ada set sofa sekali meja kaca bulat ditengahnya, ada meja kerja yang belakang nya ada 1 rak lebar dan tinggi dipenuhi buku-buku. Kalahkan perpustakaan dah. Ainur tak mampu tutup mulut. Terlopong penuh minat. Matanya diluaskan lagi sekeliling pejabat. 


      'Patut pun suka sangat kerja...bilik pejabat pun dah macam rumah' - getusnya mengagumi segala apa yang dilihat. Bagai rusa masuk bandar.


Tak cukup dengan itu, dia bergerak pula ke arah dinding kaca sebelah kiri Adam. Melalui dinding kaca itu dia dapat melihat dengan jelas apa yang ada diluar. Orang yang lalu lalang pun dia boleh nampak tapi yang menakjubkan, orang dari luar tak nampak apa-apa. Cuma nampak pantulan dicermin.


       "Apa nama kaca ni abang? Mahal tak?" Ainur menoleh ke arah Adam dibelakangnya yang serius menekur sesuatu pada skrin laptop.


"One way mirrored glass," tetap saja Adam menjawab walau tak berpaling.


Mendengar itu, Ainur mengangguk ngangguk konon macam balik ni terus nak singgah beli. Dia kemudian berjalan perlahan lahan dengan kedua dua tangan dibelakang badan dah macam investor yang datang buat pemeriksaan sebelum melabur.


Bila dah puas hati, akhirnya dia tersenyum riang bergerak ke arah sofa 3 serangkai lalu melabuhkan punggung disitu. Beg galas warna merah yang sedari tadi digalas tu dibawa kedepan lalu zip dibuka sambil dia menyanyi kecil. Handphone dan 2 buah novel dikeluarkan lalu diletak diatas meja kaca didepannya. Bersedia nak santai-santai.


       "Abang...," Ainur menyeru lagi memanjangkan lehernya cuba mencari muka Adam.


Lelaki itu langsung tak memandangnya. Tekun dengan kerja.


"Ainur nak pasang lagu boleh? Guna fon Ainur."


     "Tak boleh," laju pula Adam menyahut kali ni.


"Kalau nak dengar lagu, guna je earphone," sambung lelaki itu lagi selamba tanpa menoleh.


Ainur mencebik geram. "Tapi Ainur tak bawak earphone."


      "Dahtu, tak payah la dengar lagu."


Mendengar itu, Ainur menjuih tak puas hati. Geram pun ada. Yelah, nak dengar lagu pun tak boleh!


Nak tak nak, dengan suasana aman damai tulah dia mula membuka novel tebal yang dipinjam dari Farisha. Novel bertajuk Husna Iman itu karya penulis muda dan berbakat dengan nama pena Yana Agasshi. Antara penulis kegemarannya jugak la.. Muda tapi berbakat. (Hihiihi ^^)


15 minit pertama, elok lagi dibacanya novel tu diam diam. Berkutik pun tak tapi bila nak masuk minit ke 30, dia mari dah mood bosannya. Duduk macam tu tak kena, duduk macam ni tak kena, baring pun tak kena. Rasa macam lemas pulak. Senyap kemain!


'Papp!' - novelnya ditutup rapat dah takde feel nak teruskan pembacaan.


Dia menggeliat dulu membetulkan urat sarafnya yang naik tegang dek lama sangat mengadap novel. Kemudian, dia berdiri lagi. Bila berdiri je, automatik kedua-dua tangannya akan diletak dibelakang tubuh.Perlahan-lahan hayunan kakinya menghampiri meja Adam. Dia memandang muka serius lelaki tu yang memang fokus level 100.


       'Ni kalau aku pengsan pun dia buat tak tau aje' - detik hati kecilnya bersama gelengan.


"Abang, balik nanti kita singgah Megamall nak tak?"


      "Tak payah, bukan ada benda nak beli pun."


"Lah..Kat sana bukan tempat beli barang aje bang.. Macam-macam ada. Wayang, boling, game arcade, semua ada."


     "Kalau nak tengok filem, kat google berlambak. Boling kalau nak main, kat rumah pun boleh. Kelapa tua bertimbun belakang rumah tu, susun aje botol air, main," lancar ucapan itu keluar dari mulut Adam dengan nada serius tapi mampu buat Ainur ketawa lucu.


Geram tapi kelakar. Boling guna kelapa? Ya Allah.. Aku nikah dengan orang tua manaaaa la ni. Ketinggalan zaman!


Malas melayan suaminya yang tak ada kepekaan tu, dia bergerak pula ke arah rak buku belakang Adam, dari awal tadi lagi dia dah berminat dengan susunan buku banyak-banyak ni.


       "Nak buat apa lagi tu? Pergila duduk sana," larang Adam tiba-tiba mengundang cebikan Ainur. Mereka bertentang mata untuk beberapa saat sebelum Adam kembali menekur laptop dengan muka tak bersalah.


"Orang nak tengok je pun...,"  perlahan suaranya membalas bersama jelingan maut. Itu pun sebab Adam tak melihat.


Tak menghiraukan Adam, Ainur tetap menhampiri rak buku itu. Berjarak 4 langkah dari meja kerja Adam. Gatal aje tangannya menyentuh sisi buku yang cantik semuanya. Hah, sisi buku pun cantik. Nampak sangat untuk hiasan semata mata. Bukan dibacanya semua ni 


Lama tercegat disitu, akhirnya anak matanya melekat pada 1 buku yang terletak agak tinggi diatas. Dapat dilihat judul dari sisi kulit buku itu tertera 'The Power Of Business'. Buku tu dia pernah baca zaman kolejnya dulu.


Menarik. Itu yang dia nak flashback balik serba sedikit dengan nak baca sekali lagi tapi tak tercapai pulak dek tinggi sangat kedudukannya. Terlompat lompat kalah kan kanggaroo pun still tak sampai. Akhirnya dia menoleh ke belakang, buat muka kesian untuk cuba mintak bantuan dari Adam.


       "Abang..,"


"Hm," tak juga berpaling.


      "Boleh tak ambikkan buku atas tu? Tak sampai la."


"Tak sampai tak payah ambik."


      "Ala, abang tolong la kejap..."


Kali ini Adam memusingkan kerusi berodanya  menghadap Ainur berkerut dahi.


       "Dah tahu tinggi nak ambik buat apa? Pergi lah duduk sana.."


"Taknak tolong  takpelah, Ainur ambik sendiri!" marah Ainur pula terlampau geram dengan sikap suaminya tu. Langsung tak boleh harap! Ishhh!!


Nak tak nak, dia cuba melompat sekali lagi sambil hujung carinya cuba menguis buku itu agar keluar dari rak. Adam diam memerhati dari belakang dengan riak risau.


       "Dahla tu, karang jatuh...," pesan Adam sedikit keras .


Eh bukannya nak dengar si Ainur. Makin tinggi pulak dia melompat. Lompat punya lompat,


     "Aduh!" punggungnya jatuh dia diatas lantai bila kakinya tiba-tiba tersalah landing.


Sepantas kilat Adam menerkam cemas. Pergelangan kaki kiri Ainur dipegang kemas takut terseliuh.


       "Dah cakap kan jangan ambik! Degil!" bentaknya tanpa sedar kerana terlalu risau.


Ainur yang dimarah diam saja menahan rasa sakit dipergelangan kakinya. Lantaklah nak marah ke apa, benda dah jadi. Aduhhh...


       "Sakitla abang...," ucapnya dengan muka berkerut-kerut.


Adam pantas menanggalkan sneakers pink putih yang dipakai Ainur sebelum perlahan lahan mengerak-gerakkan kaki kiri Ainur.


      "Sakit?" soalnya bimbang. Dengan mukanya sekali berkerut macam dia pulak yang terseliuh.


Ainur mengangguk manja.


Melihat itu, sekali lagi dengan penuh hati-hati tangan Adam mengurut kaki dan pergelangan kaki Ainur mengikut cara yang dia pelajari dari tok guru mengajinya dulu. Beberapa minit, barulah Ainur merasa sedikit lega. Tak terseliuh kot, itu yang cepat kebah.


Ainur diam merenung wajah Adam yang berada dekat didepannya. Melihatkan air muka Adam yang risaukan keadaannya dia jadi senyum sendiri. Berbunga bunga hati perempuannya saat ini. Kebetulan, Adam pun angkat muka lalu pandangan mereka bertaut jadi satu.


Lama.. Tak perlukan sepatah kata pun. Pandangan mata dah cukup membuatkan jantung mereka berdegup aneh, ada debaran hangat didada. Rasa seperti waktu berhenti berputar, dunia cuma ada mereka berdua.


    'Chupp!'- tiba-tiba saja Adam mengucup pipi Ainur tanpa 'amaran' 


Ainur jadi kaget. Kaget sebab tiba-tiba aje! Mukanya dah berubah merah padam saat ini.


Adam yang malu dengan tindakan spontannya barusan terus mengalihkan pandangan ke arah lain, cuba untuk berdiri namun laju Ainur menahan. Wanita itu bertindak lebih 'daring' dengan melingkari batang tengkuk Adam menggunakan kedua lengannya.


Pandangan mereka bertaut lagi membuatkan mereka seakan diawan awangan. Ainur senyum malu saat bibir Adam perlahan lahan mendekati bibirnya. Kecut satu perut. Dan sedetik, bibir mereka mulai bertaut kemas menghadirkan rasa indah dalam hati. Perasaannya sukar digambar dengan kata-kata. Bagai ada rerama berterbangan dalam perut. Asyik mereka berciuman ghairah.


    'Kok kok kok!' - ketukan pintu dari luar membuatkan Ainur terkejut beruk, spontan ditolaknya tubuh Adam kebelakang. Kuat, sampai tergolek suaminya itu diatas lantai.


Qalisya menapak masuk membawa fail biru ditangan. Langkahnya mati saat tak nampak sesiapa dalam ruang pejabat. Matanya diliar sekeling sebelum Adam tiba-tiba muncul disebalik meja kerja dengan muka selamba.


Dahi Qalisya berkerut seribu kehairanan. Baru menapak selangkah, tiba-tiba Ainur pula muncul dibalik meja yang sama dengan senyum kekok plus muka merah padam.


Sesuatu melintasi benak Qalisya membuatkan perlahan lahan dia berundur ke belakang. Keadaan berubah kekok sekelip mata.


       "I...ganggu korang ke?"


"Tak!" laju Ainur memangkas.


Bersungguh dia menggerak gerakkan tangan kanannya tanda dia tak buat macam apa yang Qalisya fikirkan sekarang. Malu tu tuhan je tahu.


      "Er...erm...tak tak.. Awak jangan salah faham Qalisya. Saya....," dia menoleh ke arah Adam meminta bantuan kecemasan namun lelaki itu buat muka tak tahu je sambil bersahaja melempar pandang ke arah luar dinding.


"Saya...jatuhkan buku! Ha, jatuh buku..,jadi abang Am tolong saya kutip buku tu. Ha,ha ,ha. Cuai betul saya," sambungnya lagi siap mengetuk kepalanya sendiri dengan tawa kekok . Memang kaku betul lakonan wanita itu. Janggal yang amat.


Sedangkan Adam cuma diam menahan rasa geli hati mengenangkan apa yang baru berlaku barusan. Tak taulah dari mana datang kekuatan luar biasa Ainur sampai bergolek dia ditolaknya.


Nur...,Nur...


************


      JAM DI DASBOARD dikerling sekilas sebelum dia mematikan enjin kereta. Dah dekat pukul 9 malam. Kepalanya ditoleh kearah kiri memandang Ainur yang lena dibuai mimpi. Dari mula-mula masuk kereta, terus lelap sampai lah dah sampai depan rumah ni pun, masih tak sedar lagi.


Adam diam menatap seraut wajah polos Ainur penuh kasih. Dia tersenyum lucu. Letih sangat mungkin.  Yelah, dari pukul pagi duduk dalam ofis sampailah pukul 8 malam.


Sumpah dia tak sedar masa berlalu kerana terlalu fokus dengan kerja. Kesian pula pada Ainur terpaksa menunggunya tadi. Itu pun dia izinkan Ainur pergi berbual dengan Qalisya, tak adalah bosan sangat. Sekarang pula, nasib baik dia dah siap solat, jadi naik rumah nanti boleh terus rehat.


Tak menunggu lama, Adam menyentuh sekali tangan Ainur yang diatas riba.


       "Nur, bangun. Dah sampai," perlahan saja suaranya menyapa cuping telinga Ainur membuatkan Ainur terus sedar dari lelap.


Wanita itu menggeliat kecil dengan mata separuh terbuka. Masih mengantuk. Kepalanya ditoleh kiri kanan memastikan yang dia masih berada dialam nyata. Takut bangun bangun je dah alam  barzakh ke apa ke kan..


      "Lama ke sampai?" serak sedikit suaranya menyoal pada Adam yang masih merenungnya tanpa suara. Dilihat Adam sekadar menggeleng kepala.


"Baru je."


     'Huaaaarrrghhhh' - sedap pulak Ainur menguap luas sambil mengangguk ngangguk kepala.


Tangannya mula menolak daun pintu kereta sebelum melangkah keluar. Pintu kembali ditutup tapi tak pula dia terus naik kedalam rumah, sebaliknya tercegat menunggu Adam terlebih dahulu. Nak masuk sama-sama.


Adam yang dah pun keluar dari perut kereta mendekati Ainur. Mereka berdiri bertentangan.


       "Naik mandi dulu."


"Hah?" Ainur kaget. Segar rasa biji matanya mendengarkan arahan ringkas dari Adam.


     "Naik dulu? Abang nak pergi mana? Nak ikut.."


"Tak pergi mana pun. Nak ambik angin kejap. Nur masuk dulu."


Laju Ainur menggeleng manja.


      "Ainur teman abang ambik angin sekali boleh?"


Adam berdencit sekali dengan kerutan didahi sebagai amaran kepada Ainur supaya menurut katanya barusan.


Ainur mencebik hampa. Nak tak nak, terpaksa jugak dia akur. Dah macam ada batu besar dikaki, langkahnya berat diatur menuju ke arah pintu depan rumah.


Sampai di anak tangga, masih sempat dia menoleh pada Adam yang sedang mengeluarkan kotak rokok dari poket seluar. Niatnya nak tunjuk puppy-face, tapi tak jadi bila Adam langsung tak memandang ke arahnya.


       'Hmhhhh.....', keluhnya kecewa sebelum kembali menyambung langkah yang mati . Anak tangga dipanjat satu persatu lalu tangannya menolak daun pintu kayu yang tak berkunci.


"Assalamualaikum....." , ucapnya perlahan.


Menapak je naik, terus anak matanya jatuh ke arah ruang sofa didepannya. Semua ada kat situ. Haji Anuar dan Hajah Fauziah duduk diatas sofa panjang, Farisha pula duduk diatas lantai dekat kaki Hajah Fauziah. Tekun menonton drama slot samarinda.


        "Amboi..., seronok ya dapat ikut along kerja arini...," giat Farisha laju dengan lirikan nakal. Senyum-senyum Hajah Fauziah sambil mencuit sekali bahu anak gadisnya itu.


Ainur pun melangkah kedepan selepas menutup kembali pintu kayu tadi. Dia menghampiri sofa panjang dengan senyuman .


         "Mana ada seronok...bosan ada la.. Abang Am tu berjam jam fokus aje buat kerja," adu Ainur membuatkan Hajah Fauziah dan Haji Anuar ketawa lucu. Dah mengagak memang macam tu perangai Adam.


      "Along mana? Tak balik sekali ke?" soal Hajah Fauziah pula.


"Ada. Kat luar ambik angin katanya. Nanti naik la tu.."


      "Oh..yelah. Ainur masuk la bersihkan badan dulu."


"Baik. Ainur masuk dulu, mak.."


Tak menunggu lama, Ainur terus menyusun langkah ke kamarnya yang cuma 4,5 langkah dari ruang tamu tu. Tubuhnya pun dah rasa tak selesa sebab tadi sebelum ikut Adam, dia tak mandi pun sebenarnya. Sekadar cuci muka, ganti baju. Hahaha.. Malas, takut lambat kang kena tinggal.


Sekarang dia tak nak dah duduk duduk rehat memandangkan kalau dan dia 'rehat, hmmm sampai ke esok la rehat tu berlarutan. So sekarang dia tanggalkan tudung dikepala dulu sebelum mencapai pakaian yang nak dipakai dan juga tuala mandinya lalu bergerak ke bilik mandi. Tak pandang kiri kanan terus dia menonong masuk bilik air. 


Setelah 15 minit, usai menyarungkan pajama satin lengan panjang warna kelabu tanpa corak itu, Ainur berjalan masuk kedalam bilik dengan kepala ditutupi tuala mandi. Anak matanya meliar sekeliling bilik mencari kelibat si suami tapi tak kelihatan. Suka benar agaknya ambik angin sampai tak ingat nak naik 


Ainur kemudian bergerak ke arah meja solek mininya bersebelahan almari pakaian. Rambut yang lembab disikat rapi lalu diikat satu tak terlalu kemas.


Kulit muka yang putih bersih disapu pelembab dari jenama Simple sebelum cepat cepat menyarung tudung instant warna maroon separa bawah dada. Langkah kakinya dihayun keluar dari bilik berniat nak keluar 'cari' Adam. Mungkin saja lelaki tu lupa jalan ke pintu rumah.


        "Cik Kak nak ke mana tu...?", laju saja Farisha menyapa. Bab mengusik memang cekap la si murai ni sorang. Kalau bab lain, ke laut....


Ainur yang malas berlama diruang tamu sekadar menjuih comel tanpa menjawab soalan Farisha. Laju tangannya membuka pintu kayu didepannya. Anak tangga dituruni satu persatu selepas pintu kembali ditutup. Dapat dilihat Adam sedang tertunduk tunduk berbuat sesuatu dipekarangan rumah tapi tak nampak jelas sebab lelaki tu membelakanginya. Terus dia menyarung selipar dikaki lalu menapak menghampiri Adam.


Makin berkerut bila melihat Adam sebenarnya lagi menyusun botol botol air terpakai yang berisi air putih diatas tanah. Disusunnya berbentuk segi tiga macam tu. Ainur menoleh lagi kebelakang. Ada banyak kelapa tua warna coklat atas pangkin. 15 biji ada rasanya.


       "Abang nak buat apa ni?" soalnya penasaran. Al maklumlah, terkadang otaknya jadi lambat pick up.


Adam yang sedikit berpeluh tu berdiri mengadap Ainur.


"Boling."


'Ppffftt!' - spontan tawa lucu terlepas dari mulut Ainur.


Laju saja dia menutup mulutnya sendiri menggunakan tangan kanan takut si Adam terasa hati. Geli hati dia memandang susunan botol air diatas tanah, dengan kelapanya lagi. Adoiii lah. Muka selamba Adam dipandang.


      "Boling? Malam malam macam ni?"


Adam angguk.


      "Abang ni.. Kenapa tak naik ganti baju dulu. Kan dah kotor..," lembut saja kali ini Ainur menyapu nyapu baju kemeja yang ditubuh Adam.


Jelas kelihatan kotoran warna koko. Ni mesti dapat masa kutip kelapa belakang rumah. Patutla masa mandi tadi dia ada dengar bunyi bunyian kat belakang. Ingatkan Encik Kobi dari hutan. Rupanya Encik Hubby duk kutip kelapa. Allah laa..... 


Adam sedikit terusik hati mendengar ucapan Ainur. Disangkanya Ainur akan suka dengan apa yang dia dah sediakan ni ternyata tak. Tak dapat dikawal perasaannya sampai muka pun terlihat mendung.


      "Kalau tak suka takpelah," rajuknya cuba merobohkan susunan botol botol diatas tanah namun sepantas kilat Ainur menahan tubuh didepan Adam.


"Mana ada Ainur cakap Ainur tak suka.. Abang ni sensitif la kebelakangan ni..," giat Ainur dengan senyum lucu 


     "Ainur cuma terkejut je. Tak pernah lagi Ainur main boling guna kelapa macam ni... Dah macam zaman opah dulu," sambungnya lagi mengundang senyum kecil dari Adam.


Tak perasan pulak yang dia dah banyak senyum sejak-sejak 'membuka' pintu hati masing masing tempoh hari.


"Masa abang sekolah rendah dulu, boling kelapa ni antara acara sukan sekolah."


      "Wahhh.. Yeke? Kira abang terer la ni?"


Adam jongket bahu dengan muka 'tak nak berlagak tapi itulah hakikatnya'.


Melihat itu, Ainur ketawa besar.


"Ok, kalau macam tu jom battle. Siapa kalah dia kena ikut apa je yang pemenang cakap. Deal?"


Adam angguk tak membantah. Tak menunggu lama, dia terus bergerak ke arah pangkin kayu, berjarak 6 langkah dari susunan botol. Dia tunduk mencapai ranting kayu kecil untuk membuat garisan diatas tanah. 


      "Kaki tak boleh lebih dari garis ni," maklum Adam dengan riak serius mengundang tawa kecil dari Ainur.


Kelakar melihat sisi kebudak budakan suaminya tu. Kenapa lah selama ni tak tunjuk sisi charming ni ya?


"Siapa dulu? Ainur?"


     "Ikutlah."


"Ok , Ainur dulu lah," Ainur pantas mengambil satu biji kelapa tua yang paling kecil antara yang lain.


Takla berat sangat macam kelapa muda. Dia kemudian mula mencari posisi paling baik. Kakinya dipastikan berada belakang garisan agar tak dimarahi Adam yang serius memerhatinya dari belakang.


Lagak mereka betul-betul macam pemain boling proffesional yang sedang berjuang untuk pingat emas buat negara.


    Ainur mula menghitung setelah menghela nafas panjang.


"1.., 2..., 3!" hujung 3 tu terus dilempar kuat kelapa atas tanah bagi ia bergolek 


Fokus mereka merenung biji kelapa yang bergolek laju tu dannnnnnnnn ya. Ia terus bergolek sampai ke belakang tak menyentuh satu botol pun.


    "Pffttt!" -giliran Adam pula ketawa geli hati sambil memalingkan muka ke arah lain. Cuba mengawal keseronokan dalam hati. Ada chance la dia nak menang ni!


Melihat tahap kemahirannya sendiri, Ainur tertunduk malu. Longlai dia berundur memberi ruang pada pemain seterusnya pula bermain.


Adam menyinsing lengan kemejanya sampai ke siku. Bersedia nak tunjuk kehebatannya. Biji kelapa dari atas pangkin dipilih teliti sebelum mencapai buah yang sederhana besar berwarna keperangan.


Macam biasalah, posisi dibetulkan, kaki berada belakang garisan, lalu dihayun mengikut kiraan dalam hati.


      '1..., 2...,  3!"


"Aaachoo!!" , tiba-tiba Ainur buat buat bersin sedang tangannya sepantas kilat menolak tubuh Adam ketepi membuatkan buah yang dilempar Adam pun tergolek sayu tak kesampaian.


Ainur menyembunyikan senyumnya saat Adam menoleh ke arahnya dengan muka serius. Berkerut habis dahi dek tak puas hati. Kalau orang lain, harus dibalingnya kelapa atas kepala. Untung saja isteri kesayangan.


     "Sorry. Tak sengaja. 0-0 okey? Turn Ainur pulak," selamba pula Ainur buat muka tak bersalahnya menolak Adam kebelakang untuk dia ambik buah kelapa dari atas pangkin.


Riang menyanyi nyanyi kecil sambil bersedia nak buat lontaran. Botol botol nun jauh didepan di lock betul betul, kemudian hayunan dimulakan..


     "1...2... Aahhh!!" kuat suaranya menjerit bila mana tudungnya tiba-tiba saja ditarik kuat dari belakang.


Sumpah kuat sampaikan awning depan dah ke atas kepala. Terdedah habis rambut depannya macam Datin Seri Rosmah.


Ainur membetulkan tudungnya dulu sebelum terus menoleh kebelakang dengan muka harimau. Anak matanya merenung tajam ke arah Adam yang kecut satu muka menahan geli hati. 


Sampai nak terjunam kebelakang kepala Ainur bila ditariknya ekor tudung gadis itu tadi. Sumpah kelakar!


Ainur pun sama  Nak marah tapi mengingatkan situasi barusan dia jadi nak gelak pun ada. Mesti buruk gila mukanya tadi. Ya Allah... Jin mana yang merasuk laki aku harini...


      "Abang mari sini kejap," Ainur pantas mengubah air muka nya konon langsung tak kisah dengan apa yang terjadi.


Dia bahkan senyum manis melambai ke arah Adam yang menggeleng tak mahu masuk perangkap.


"Kenapa...? Marila sini... Ainur nak tengok tu, apa tu kat kepala abang tu. Mari cepat," pujuk Ainur lagi dah macam nak pancing anak kecil.


Adam menggeleng lagi sambil tangannya tetap menyapu kasar rambutnya sendiri membuatkan Ainur hilang sabar.


Ainur bercekak pinggang mendongak ke dada langit. Tak ada bintang pulak malam ni. Terang pekarangan rumah cuma dari cahaya bulan dan lampu yang terpasang dibawah bumbung depan anak tangga. Dia masih memikirkan cara nak 'menghukum' Adam sebenarnya. Sedetik, barula dia teringat yang Adam tak tahan geli. Geli yang macam geletek pinggang, geletek tapak kaki. Haaa... Nice..


     "Hmmh, Ainur nak naik dulu lah. Malas layan abang. Main kotor," ucap Ainur sambil menjuih manja lalu mengatur langkah ke arah rumah tapi bila dah menghampiri Adam, dia terus menyerang hendap.


"Dah dapat!!" jeritnya cuba menggeletek kedua dua pinggang Adam tapi laju lagi Adam mengelak.


Lelaki itu siap ketawa mengejek lagi dengan berlari mengelilingi Ainur biar pening kepala Ainur dibuatnya.


Dalam seronok dia berlari, tiba-tiba..., 'Dedebukk!!' - dilihat Ainur jatuh terduduk 


     "Nur!"  laju dia menerkam cemas. Ainur yang tertunduk memegang lutut kanan tu berkerut dahi seperti menahan sakit. Adam diserang rasa bersalah.


"Sakit ke? Mari g klinik," kalut dia memegang bahu Ainur cuba memapah tubuh genit itu bangun tapi Ainur sengaja mengeraskan badan.


Tak nak berganjak. Bila Adam memandangnya dengan muka risau, dia malah tersengih lebar.


     "Tipu je! Wekk!!"  ucapnya ceria lalu segera nak angkat punggung untuk larikan diri. Untung saja Adam cepat bertindak memeluk pinggang kecil Ainur dengan kemas, menghalang isterinya tu melarikan diri.


"Abang tak suka Nur main-main macam tu lagi," bisiknya dicuping Ainur.


Perlahan tapi keras. Dalam kerasnya, terasa hangat dipendengaran Ainur. Mereka bertentangan mata tanpa suara. Rasa bahagia menyelinap masuk dicelah hati. Mereka seolah meluahkan rasa cinta melalui pandangan mata.


Perlahan lahan Ainur melingkari batang tengkuknya Adam walaupun kakinya terpaksa dijenjet sedikit dek tak sampai. Dengan senyuman menggoda, bibir Adam dikucup kejap penuh kasih.


Adam diam membisu seolah terpukau dengan keindahan ciptaan Allah didepan matanya saat ini. Tak sedar barangkali yang mereka berada ditempat umum. Hebat sangat panahan asmara ini.


       "Amboi amboi amboi...," suara lantang Farisha memecahkan sebabak drama romantis.


Laju saja Ainur bergerak kebelakang Adam bila dek malu pada Farisha yang bercekak pinggang dimuka pintu. Comel dia menyorok dibelakang tubuh Adam.


       "Ooo... Ainur... Macam ni ek kau.. Diam diam ubi berisi..," usik Farisha lagi seronok.


Mendengar itu, Adam mengeluh berat dengan riak serius. Hilang terbang habis mood terujanya barusan  Lepas Qalisya , Farisha pulak. Kacau daun betul.


     "Mari masuk Nur," tak tunggu lama dia terus menarik tangan Ainur melangkah masuk kedalam rumah tanpa menghiraukan Farisha. Menonong je lalu sebelah adiknya itu. Terkekek-kekek Farisha ketawa sendiri.


******************


        AIR MATA dipipinya diseka menggunakan lengan kirinya. Sebak didada melihat kemesraan 

wanita yang dipuja bersama lelaki lain. Dari awal lagi dia memerhati setiap gerak geri Ainur dibalik pokok besar berhampiran pekarangan rumah Haji Anuar 


Kawasan itu agak gelap jadi mustahil boleh dilihat Ainur mahupun Adam. Nak saja dia lari dari melukai hatinya sendiri tapi kakinya langsung tak mahu berganjak. Seperti digam diatas tanah, dia menyeksa batinnya sendiri untuk melihat Ainur bersama Adam. Sungguh, dia terluka. Sungguh, dia menderita.. Air matanya pun masih mengalir. Sesak dalam jiwa cuma tuhan yang tahu.


Ainur Zahra.. Macam mana dia mampu miliki hati empunya nama itu ya Allah..


     


Previous: BAB 13
Next: BAB 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Yana Agasshi