Home Novel Cinta Kisah Adam Dan Ainur
Kisah Adam Dan Ainur
Yana Agasshi
29/11/2020 20:54:42
28,236
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 12

     KOTAK merah segi empat berisi 30 biji coklat  kitkat bar yang diletak atas kerusi tempat duduk sebelah dipandang sekilas dengan senyum kecil. Hatinya teruja membayangkan reaksi Ainur bila dapat hadiah ni nanti.


Tak pernah sekali pun sebelum ni dia bagi apa-apa hadiah mahupun sesuatu yang sebegini pada isteri kesayangannya itu. Cuma dia sedia tahu yang Ainur sukakan coklat jenama Kitkat ni. Dari dulu lagi dia nampak Ainur selalu makan. Kalau dapat makan je, muka mesti ceria bak anak kecil. Comel sangat dimatanya.


Dia tak pandai nak bersikap romantik seperti lelaki lain. Tapi untuk pertama kalinya, dia cuba. Berbunga bunga hatinya memandu kereta meredah jalan kampung Mahsuri saat ini.


Dalam beberapa minit sahaja, Honda City putihnya dah memasuki perkarangan rumah Haji Anuar. Sebaik saja kereta diparkir didepan rumah, enjin kereta terus dimatikan. Tangannya mencapai kotak hadiah sebelum melangkah keluar dari perut kereta.


Langit sudah mulai gelap memandangkan dah pukul 7 malam. Tak tunggu lama, dia menyusun langkah kearah tangga. Kasut jenama Nike-nya ditanggalkan diatas anak tangga lalu memanjat naik kedalam rumah.


Sebaik saja tiba diruang tamu, dilihat tamu kosong. Jadi dia meneruskan langkah masuk kedalam kamarnya pula. Tak sabar nak memberi hadiah tapi didalam kamar pun, kosong tanpa kelibat si isteri. Dahinya berkerut nipis. Masih membawa kotak coklat ditangan, dia bergerak keluar semula dan menapak kearah dapur pula. Baru saja nak menuruni anak tangga, cupingnya menangkap suara Ainur membuatkan dia membatalkan niat untuk turun. Sebaliknya berdiri dibalik dinding antara dapur dan ruang tamu.


      "Ohhh... Jadi Faizal dan pindah duduk rumah dia dulu la , macam tu ?".


Adam tersentap tatkala sebaris nama 'Faizal' disebut. Sebu menusuk isi perutnya tapi tetap saja dia mencuri dengar dalam debaran.


"Ya mak... Faizal cakap, ada je quaters yang   kerajaan sediakan kat Kuala Kangsar tapi dia nak stay sini je sebab dah lama kan rumah tu kosong. Lagipun dekat sikit dengan balai polis Rajawali," panjang lebar pula Ainur bercerita pada Hajah Fauziah yang berminat nak tahu serba sedikit soal Faizal.


Hajah Fauziah yang sedang menggulung popia sayur itu tersenyum senang.


     "Lepas ni boleh la ajak Faizal tu makan sekali.. Dah dia pun duduk rumah tu sorang-sorang kan..."


Ainur senyum bersama anggukan. Teringat zaman sekolah dulu. Ayah Faizal, Encik Hasnol pegawai polis di Balai Polis Tuah, yang sekarang dah pindah ke Rajawali. Encik Hasnol tu memang siang malam sibuk. Kadang sehari suntuk tak balik rumah. Opah la selalu datang bawak makanan untuk Faizal. Kalau siang, Faizal yang datang makan rumahnya. Bila teringat semua tu, senyum automatis terukir dibibirnya. Kenangan yang cukup menyamankan.


     "Encik Hasnol apa khabar sekarang? Mak lupa nak tanya khabar dia..,"  soal Hajah Fauziah lagi.


"Alhamdulillah, Encik Hasnol sihat... Dah pencen dah. Sekarang tinggal di Singapore dengan isteri baru dia," balas Ainur sama macam yang diceritakan Faizal padanya. Lama juga mereka berbual bertukar cerita tadi. Tu pun banyak lagi topik yang belum dikupas. 


Mendengar itu, Hajah Fauziah ketawa kecil membayangkan tingkah Encik Hasnol.


       "Kahwin jugak dia kan. Encik Hasnol tu baik orangnya.. Ikhlas jalankan tanggungjawab di sebagai pegawai polis. Alhamdulillah dia baik-baik saja.."


"Tulah..,"


Adam dah tak betah mendengar perbualan itu lantas mengatur langkah kembali kedalam kamar. Kotak coklat dimasukkan kedalam laci almari pakaian yang jarang dibuka Ainur sebelum punggungnya dihenyak kasar diatas birai katil. 


Turun naik nafasnya mengawal rasa cemburu dalam hati. Bukan dia tak percayakan Ainur tapi kelemahan dirinya ialah dia tak yakin pada dirinya sendiri. Dia tak yakin kalau dia lelaki terbaik buat Ainur jadi kalau ada lelaki lain yang lebih baik darinya mendekati Ainur, dia.. takut. Pendek kata, dia tak suka Ainur berkawan dengan mana-mana lelaki. Apatah lagi... Faizal.


      "Abang dah balik?" suara lembut Ainur dari muka pintu menyedarkan Adam dari gelora jiwa. Meski hati terkilan tapi ia sukar dibaca kerana air mukanya sememangnya sedia dingin dan serius. Seakan berjauh hati, dia tak menjawab soalan Ainur, sebaliknya berdiri menanggalkan kot ditubuh dan meletakkannya diatas kerusi.


Ainur yang tak menghidu gores dihati Adam, menapak kearah meja sebelah kepala katil dengan senyuman.


     "Abang, abang ingat tak kawan baik Ainur masa sekolah dulu?" wanita itu menyoal masih teruja soal pertemuannya dengan Faizal setelah 10 tahun.


Adam diam. Ketap gigi menahan rasa sendiri. Dia bahkan tak memandang Ainur. Berdiri didepan almari sambil menanggalkan tali leher pula.


     "Faizal. Abang ingat kan? Kawan baik Ainur dengan Farisha dulu. Kan selalu juga kitorang buat homework kat rumah ni. Abang ingat kan?" makin beria pula Ainur menyambung. Wanita itu melabuhkan punggung diatas katil.


"Dah lain Faizal sekarang.. Langsung tak sama macam dulu. Perangai pun dah berubah. Kalau dulu pemalu, sekarang non stop bercakap."


Adam kaku tak bergerak mendengarkan ucapan Ainur itu. Ada satu andaian aneh menerjah akal fikiran. Kalau dulu...dia pemalu maknanya sekarang, dia lebih berani nak luahkan isi hati?


Liurnya ditelan kesat. Sumpah hatinya merasa tak nyaman saat ini. 


   "Abang, abang nak tahu tak yang Faizal akan stay sini? Sebab dia dah pindah kerja kat pejabat polis bandar.. Hebat kan?" 


Sebegitu polos Ainur tak dapat membaca isi hati Adam. Dia tak sedar bahawa setiap tutur katanya itu telah pun mengguris perasaan suaminya sendiri. Mungkin kerana terlalu teruja.


Adam pula jenis memendam rasa. Tak mungkin dia nak meluahkan cemburu dihati, tak mungkin juga dia nak memarahi Ainur. Jadi akhirnya dia terus membisu tanpa sepatah kata. Tuala mandi dicapai sebelum kakinya dihayun keluar meninggalkan Ainur sendiri.


    "Ishh.. Cakap dengan dia macam cakap dengan tunggul kayu," omel Ainur tarik muka. 


"Semalam elok je, harini dah start dah muka nak telan orang dia tu. Ishhh!" dia memukul mukul bantal disebelah tanda geram. Tak sampai sedetik, anak matanya mengerling kearah jam loceng diatas meja lampu. Dah nak pukul 7:30.. 


Dalam geram pun, dia tetap bangun untuk menyiapkan ruang solat. Sehelai sejadah dihampar kerana dia dah 3 hari datang bulan. Usai bentang sejadah, dia menyanggul ringkas rambut panjang separa pinggangnya lalu memanjat naik keatas katil. Duduk bersila ditengah-tengah katil sambil menghadap telefon bimbit. 


Kebiasaannya Adam akan larang dia main telefon waktu maghrib dan jadualnya pun memang diwajibkan mengaji bersama Adam selepas solat maghrib tapi.., kan dia dah diberi cuti. Apa salahnya rehat-rehat kan? Lagipun dia tak adalah sampai layan drama ke, youtube apa semua. Dia cuma 'scroll' blog memasak. Sejak dari dulu lagi dia memang minat memasak.


Selang 10 minit, Ainur angkat muka apabila batang tubuh Adam yang cuma bertuala dari pinggang ke bawah lutut itu muncul dibalik langsir pintu. Teragak-agak juga nak sambung hadap telefon. Diperhati saja gerak geri Adam yang sedang menyarung t-shirt hijau ditubuh. Kain pelikat cap Gajah Duduk warna hitam pula dipakai tanpa mengendahkan dirinya. 


    'Boleh kot main phone kejap..,' desis hati kecilnya masih teragak-agak. Beberapa saat berlalu lagi, bila dia lihat Adam dan berdiri diatas sejadah dalam posisi sedia untuk solat, barulah dia tersenyum senang lalu sambung sesi 'belek' skrin telefon.


Ralit. Scroll punya scroll, jangan kata blog aje. Habis IG selebriti chef dia korek. Dari duduk bersila, dah meniarap dengan kedua dua kaki menari tinggi. Sampai tak sedar Adam dah selesai solat dan mengaji. Lama juga tu.


    "Nur," suara garau Adam memeranjatkan Ainur. Ainur angkat muka memandang Adam yang dah pun duduk diatas birai katil dengan sebelah kaki dinaikkan diatas katil.


"Buat apa?" soal Adam dengan nada seriusnya. 


Macam mana nak cakap ek? Dia bukanlah kaku macam robot. Serius pun bukan macam nak telan orang tapi..tak mesra didengar la. Tak lembut, tak juga kasar. Namun untuk kali ini, cukup buatkan Ainur kecut perut. Sebab dia sendiri baru sedar yang dia dah terlalu leka dengan telefon.


Lambat-lambat Ainur angkat tubuh untuk duduk. "Maaf," ucapnya sepatah tak berbasa-basi. Wajah serius Adam dipandang sekejap sekejap saja. 


     "Abang tak marah pun Nur nak main telefon tapi banyak lagi waktu lain Nur boleh main benda ni kan? Waktu maghrib pendek je. Tak lama pun untuk Nur berzikir. Tak boleh mengaji, dengar abang mengaji," dah macam abah abah Adam mula berceramah. 


Terkulat-kulat Ainur yang diceramah. Malu pun ada. Malu sebab ada betulnya juga kata-kata Adam. Masa maghrib sekejap saja. Kenapa dalam waktu pendek tu dia tak ambil untuk basahkan lidah dengan zikir? .


       "Ainur mintak maaf. Ainur tahu Ainur salah..," ucapnya dengan cebiran. Comel bak anak kecil. Kalau suaminya jenis romantik, dah lama dia peluk erat macam anak kucing bermanja tapi dengan suaminya Adam Firdaus ni sorang, mahu jatuh katil dia kena tolak. Tak pun suaminya tu tayang muka seposen. Macam tak biasa kan? Hmhh..


Untuk kata maaf Ainur, Adam tak membalas. Lelaki itu bangun mencapai sekotak rokok Dunhill dan pemetik api lalu mengatur langkah keluar dari ruang kamar. Hatinya masih terguris dengan pertemuan Ainur dan Faizal jadi dia perlukan masa bersendiri. Takut makin menebal cemburu bila Ainur bercerita soal Faizal lagi. 

Previous: BAB 11
Next: BAB 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Yana Agasshi